Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Ruj. Kami : JP/BKS/726/6 Jld.

6 ( )
Tarikh : November 2021
Rabiulakhir 1443H
YBHG. DATUK MOHAMAD IDHAM BIN NAWAWI
Ketua Pegawai Eksekutif
Celcom Axiata Berhad,
No. 6, Persiaran Barat, Seksyen 52, PJ Sentral,
Jalan Sultan Hishamuddin,
46200 Petaling Jaya,
Selangor.

UCAPAN TAHNIAH DI ATAS PENGANUGERAHAN DARJAH KEBESARAN PANGLIMA


JASA NEGARA (P.J.N.) SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN
RASMI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG
DIPERTUAN AGONG

Dengan hormatnya izinkan saya menjemput perhatian YBhg. Datuk kepada perkara di atas.
Didoakan semoga YBhg. Datuk dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat serta
dipermudahkan segala urusan jua.

2. Saya bagi pihak Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dengan sukacitanya


merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBhg. Datuk atas Penganugerahan
Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara (P.J.N.) sempena Sambutan Ulang Tahun Hari
Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan
Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji
Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada 13 November 2021.

3. Dengan tulusnya, kami di DOSM ingin mengucapkan selamat maju jaya dan yakin
bahawa penganugerahan ini akan memantapkan lagi kepimpinan YBhg. Datuk dalam
meneruskan komitmen terhadap matlamat pembangunan usahawan, meningkatkan
kebajikan sosial, menyumbang kepada pembangunan digital luar bandar dan memastikan
tiada golongan yang tertinggal dalam era digital ini.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Salam hormat,

(DATO’ SRI DR. MOHD UZIR MAHIDIN)


CELCOM FOKUS PADA KEPIMPINAN RANGKAIAN BAGI MEMACU
PERTUMBUHAN PENDAPATAN

PETALING JAYA, 12 SEPTEMBER 2019 – Pacuan yang konsisten oleh Celcom Axiata
Berhad sebagai penyedia rangkaian utama dalam industri telah menghasilkan pertumbuhan
pendapatan 1.9% sehingga kini (YTD) bagi perkhidmatan pascabayar dan prabayarnya pada
suku kedua 2019 (2Q19). Ini sekaligus mengekalkan momentumnya dalam kepimpinan
rangkaian, dengan peningkatan populasi liputan 4G kepada 93% manakala liputan 4G LTE-A
kepada 81% berbanding 89% dan 76% pada suku kedua 2018 (2Q18).
Sehingga kini, rangkaian LTE Celcom meliputi 10 negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Johor,
Perak dengan populasi liputan 96%, termasuk lebih daripada 25 bandar utama seperti
Lembah Klang, Putrajaya, Georgetown, Ipoh, Johor Bahru dan banyak lagi. Celcom memiliki
lebih daripada 11,000 tapak yang merangkumi lebih 9,000 tapak LTE di seluruh negara, yang
capaian kapasiti data yang lebih meluas. Rangkaian kukuh Celcom mencatatkan peningkatan
39% pada asas tahunan (YoY) untuk penggunaan data purata kepada 13.3GB sebulan setiap
pengguna pada 2Q19, hasil daripada pengalaman digital terbaik pengguna seperti penstriman
video, rangkaian sosial dan permainan mudah alih.

Celcom juga menduduki tempat No.1 untuk Ketersediaan 4G dan Pengalaman Muat Naik
Terpantas di Malaysia oleh laporan 'Pengalaman Rangkaian Mudah Alih: Laporan Malaysia'
oleh Opensignal, pada April 2019. Berdasarkan analisis bebas mengenai pengukuran mudah
alih yang direkodkan dalam tempoh 1 Disember 2018 sehingga 28 Februari 2019.

Laporan tersebut menyatakan bahawa Celcom mendahului sebanyak 86.8% bagi


Ketersediaan 4G di seluruh negara dan Pengalaman Muat Naik dengan kelajuan purata
6.3Mbps. Turut dicatatkan dalam laporan tersebut adalah skor keseluruhan Celcom bagi
Pengalaman Video pada 61.2 mata dan untuk Pengalaman Muat Turun pada kelajuan purata
14.7Mbps.

Fokus Celcom ke arah segmen yang mendatangkan untung membolehkan pertumbuhan


pendapatan asas suku tahunan (QoQ) sebanyak 2.9% untuk perkhidmatan pascabayar dan
prabayarnya, di sebalik persekitaran yang begitu kompetitif. Fokus kepada pelanggan bernilai
tinggi turut menyumbang perkembangan positif dengan kenaikan RM1 Purata Pendapatan
Setiap Pengguna (ARPU) kepada RM85 dan peningkatan ARPU Prabayar sebanyak RM3
menjadi RM37 berbanding dengan suku sebelumnya. Diikuti dengan perbelanjaan berdisiplin
Celcom, sehingga 1H19, EBITDA meningkat sebanyak 4.7%, manakala aliran tunai bebas
(Free Cash Flow) sebanyak 5% dan PATAMI sebanyak 11.7%.

Mengulas mengenai prestasi 2Q19 Celcom, Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif
Celcom Axiata Berhad, berkata fokus berterusan Celcom untuk menjadi penyedia rangkaian
utama dalam industri telah membuahkan hasil dengan pertumbuhan positif dan penyediaan
nilai terhebat yang berterusan kepada pelanggan.

"Celcom akan terus melabur dalam penggunaan teknologi end-to-end seperti 4T4R multiple
input, multiple output (MIMO), Carrier Aggregation, 256 Quadrature Amplitude Modulation
(QAM) dan banyak lagi di tapak menara LTE kami, ke arah penyampaian penyambungan
internet dan pengalaman digital yang terbaik.

"Celcom juga mencatatkan 34% peningkatan trafik data pada asas tahunan (YoY) dengan
265mil GB pada 2Q19 dan perkhidmatan video menjadikan lebih daripada 50% penggunaan
data keseluruhan, ini terhasil daripada pengalaman terbaik di rangkaian kukuh kami dan
peningkatan penggunaan data oleh pelanggan Celcom.

"Celcom turut mencapai Skor Promoter Purata tertinggi di kalangan industri telekomunikasi.
Skor Promoter Purata Celcom yang positif memperlihatkan kecemerlangan kualiti rangkaian,
liputan dan perkhidmatan pelanggan syarikat di semua saluran. Ia turut meliputi penggunaan
digital dan urus niaga Celcom yang mencatatkan peningkatan sebanyak 32% dengan log
masuk pengguna unik sebanyak 1.547 juta pada aplikasi Celcom Life, dan peningkatan
sebanyak 65% iaitu 1.585 juta daripada transaksi dalam talian, "katanya.

Perancangan seterusnya :
"Celcom akan memperhebatkan lagi fokus ke arah keuntungan dan kecemerlangan operasi
dengan pelaburan pintar yang meliputi pelaburan berterusan untuk meningkatkan
infrastruktur rangkaia pada kos operasi yang minimum, dan menerokai bidang baru untuk
pertumbuhan dan inovasi dalam segmen perniagaan dan perusahaan.

"Kami telah mewujudkan kerjasama erat dengan pelbagai rakan kongsi teknologi dan
penyedia platform, untuk memperhalusi pengewangan pelaburan dengan menyediakan
penyelesaian Internet Pelbagai Benda (IoT) secara menyeluruh untuk pelbagai industri
menegak yang utama di Malaysia, sebagai persediaan ke era Revolusi Perindustrian Keempat
(IR4.0).

"Perjalanan transformasi digital berterusan Celcom akan dilaksanakan dengan aspirasi


terkini, model perniagaan dan proses kerja baharu, kolaborasi dan budaya kerja moden yang
akan mendorong budaya berprestasi tinggi dalam organisasi. Kami berhasrat untuk menjadi
sebuah syarikat dengan pengalaman 30 tahun tetapi kaya dengan budaya yang bercirikan
syarikat permulaan digital”.

"Celcom juga akan meneruskan komitmennya terhadap matlamat pembangunan negara dalam
pembentukan usahawan digital, meningkatkan kebajikan sosial, menyumbang kepada
pembangunan digital luar bandar, dan memastikan tiada golongan yang tertinggal dalam era
digital ini. Celcom juga akan terus memainkan peranan yang lebih besar menjangkaui
objektif keuntungan, dan menjadi sebuah badan korporat yang bertanggungjawab.

"Kami akan sentiasa bersama negara dalam mengubah aspirasi menjadi kenyataan,
memanfaatkan segala teknologi dan perkhidmatan baru demi kepentingan semua, berusaha
untuk memajukan masyarakat digital dan mempertingkatkan perkhidmatan pelanggan,
menyokong pembangunan transformasi digital negara selaras dengan Pelan Gentian Optik
dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) untuk pertumbuhan liputan 98% jalur lebar
berkelajuan minimum 30Mbps di semua kawasan pada tahun 2023 di seluruh negara, "kata
Idham.

SUMBER :
https://www.celcom.com.my/about-celcom/media-centre/2019/celcom-
fokus-pada-kepimpinan-rangkaian-bagi-memacu-pertumbuhan-
pendapatan

You might also like