Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

PENGENALAN

Isu hasutan dan isu penghinaan terhadap institusi diraja di negara Malaysia tiada
pengujungnya. Kemajuan teknologi masa kini yang menjadi pencetus kepada
perkembangan media sosial baharu sekaligus telah mempengaruhi budaya dan kehidupan
harian manusia (RAHMAN, 2022).Undang-undang dan peraturan memainkan peranan yang
agak penting dalam mengawal setiap isu negatif yang dihantar di media sosial.Sejarah
membuktikan bahawa undang-undang dan peraturan mengekalkan keharmonian antara kaum
sehingga kini. Rakyat sentiasa harap hidup bermasyarakat akan memenuhi keperluan hidup
mereka dengan semangat bekerjasama dan bantu-membantu antara satu sama lain.

Apabila rakyat hidup bermasyarakat ia sentiasa memerlukan interaksi sosial. Amalan


hidup bermasyarakat di negara yang berbilang kaum ini akan mewujudkan nilai yang boleh
diterima dan tidak boleh diterima. Penulis telah memilih akta hasutan 1948 sebagai tajuk
untuk penugasan undang-undang dalam komunikasi. Sekatan terhadap media di Malaysia
telah dilaksanakan secara rasmi sejak akta hasutan 1948 diperkenalkan pada tahun 1948 oleh
pihak British ketika Persekutuan Tanah Melayu berautonomi bagi meyekat penentangan
terhadap pentadbiran British di Tanah Melayu pada masa tersebut.

Sesuatu berita ataupun isu yang disebarkan melalui media sosial berkemampuan untuk
mengubah persepsi seseorang individu terhadap sesuatu isu, samada baik ataupun
buruk.Setiap individu yang lahir di tanah air ini memiliki kebebasan untuk meluahkan
pendapat mereka tetapi ianya terbatas kepada warganegara Malaysia sahaja. Walaupun diberi
kebebasan untuk meluahkan pendapat ianya telah diberi kawalan yang munasabah supaya
sesuatu pendapat itu tidak memberi impak yang negatif kepada masyarakat.Pihak berkuasa
boleh menyekat sesuatu hantaran di media sosial menggunakan undang-undang yang sedia
ada bagi menjaga hubungan dengan negara luar, menjaga ketenteraman awam dan demi
kepentingan keselamatan persekutuan.

Bagi menyentuh isu ini penulis telah memilih satu kes yang berlaku pada bulan
Disember 2022 dimana seorang lelaki tempatan telah membuat satu hantaran di muka buku
(Facebook) yang berbaur penginaan terhadap Yang di-Pertuan Agong berkaitan pelantikan
Perdana Menteri ke-10 Dato Seri Anwar Ibrahim selepas negera dilanda kemelut politik.
Latar Belakang

Kes yang dibincangkan oleh penulis berlaku pada bulan Disember 2022 semasa negara
menghadapi krisis politik di mana selepas pilihan raya ke-15 tiada parti politik yang peroleh
majoriti mudah untuk bentuk kerajaan persekutuan baharu dan parlimen telah digantung
beberapa hari.Keadaan ini telah menyebabkan campur tangan YDPA untuk menyelesaikan
kemelutan politik yang melanda negara pada masa itu.Situasi ini telah mendorong satu lelaki
yang digelar “As bul” untuk membuat satu hantaran berbaur hasutan dan penghinaan
terhadap YDPA di daerah Hilir Perak. Kes ini telah disiasat di bawah seksyen 4(1) akta
hasutan 1948 kerana mengeluarkan kenyataan yang berkecenderungan menghasut.

Penulisan bermula daripada pengenalan kepada topik yang dipilih diikuti latar belakang
isu yang dipilih berkaitan topik dan seterusnya akan membincangkan persoalan yang
diutarakan berdasarkan fakta yang jelas dan diikuti dengan rumusan untuk pembaca
memahami penulisan dengan mudah.Agak penting untuk penulis menyusun penulisan supaya
lebih teratur dan tersusun.

INSTITUSI DIRAJA

Perkataan “Monarchia” yang berasal daripada latin bermaksud “raja” dalam bahasa malaysia
dan institusi diraja pula membawa maksud satu institusi yang mengangkat raja selaku ketua
pemerintah, serta kerabatnya juga sebagai golongan yang diberi keistimewaan, dalam
memerintah kerajaan dan rakyat serta menjadi tonggak utama dalam masyarakat. Raja
keturunan mutlak tunggal akan memerintah sesebuah negara yang mengamalkan sistem
pemerintahan diraja.di negara malaysia istitusi raja merupakan satu institusi yang di amalkan
sejak awal kurun ke-11.

Hak bersuara di Malaysia

Perlembagaan dan undang-undang menjadi asas kepada perlaksanaan dan tuntutan konsep
kebebasan bersuara dalam negara malaysia.Setiap manusia berhak untuk bersuara dan
meluahkan pendapat masing-masing tidak kira status dan bangsa.Masyarakat boleh
menggunakan kebebasan bersuara ini kebaikan diri sendiri ataupun kebaikan masyarakat
setempat. Walaupun diberi kebebasan untuk berhimpun ianya hanya boleh dilakukan secara
aman dan tanpa senjata.Sekiranya terdapat sesuatu isu ataupun ketidakpuas hatian terhadap
sesuatu isu ianya boleh diluahkan secara berhemah tanpa menyakitkan hati mana-mana pihak.

2
Kebebasan bersuara di malaysia adalah sistem nilai yang menekankan kepada satu tugas dan
juga hak yang perlu kepada keharmonian sosial-politik. Kebebasan untuk bercakap dan
bersuara ini telah dihadkan supaya kata-kata yang dikeluarkan tidak berbaur hasutan ataupun
fitnah,dimana tindakan sedemikian boleh dikenakan tindakan dibawah undang-undang
Malaysia.Perlembagaan malaysia secara umumnya memperuntukkan satu kombinasi antara
komunikasi dengan mulut,bahasaisyarat,simbol,hasilseni,muzik,arca,fotografi,buku,majalah
dan surat khabar semuanya tergolong dalam kebebasan bercakap dan bersuara. (HASSAN,
2022)

Kefahaman masyarakat tentang institusi raja atau raja berpelembagaan masih berada
pada tahap yang rendah.Akibat daripada ketidakfahaman ini ramai di antara rakyat malaysia
secara senang mengeluarkan ucapan secara lisan atau mengunakan media untuk
mengeluarkan kenyataan yang kemudianya disekat oleh peruntukan undang-undang yang
sedia ada.Seterusnya penulis akan memberi contoh-contoh kes yang dicaj di bawah akta
hasutan melibatkan YDPA yang pernah berlaku di negara kita.

Kes pertama

Seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan terhadap satu
hantaran di Facebook yang berbaur penghinaan terhadap yang di-pertuan Agong berkaitan
perlantikan perdana menteri ke-10 pada 16.12.2022.Kes disiasat di bawah seksyen 4(1) akta
hasutan 1948 kerana mengeluarkan kenyataan yang berkecenderungan menghasut.

Kes kedua

Empat lelaki warganegara tangkapan ditangkap polis pada 26/10/2022 bagi siasatan terhadap
empat pemilik akaun media sosial kerana cenderung menghasut dan menghina Yang di-
Pertuan Agong.Pihak polis telah mulakan siasatan terhadap mereka di bawah seksyen 4(1)
kerana mendatangkan kebencian atau penghinaan terhadap mana-mana raja atau kerajaan.

Kes ketiga

Seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun yang merupakan peniaga didakwa kerana menghina
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerusi
Facebook pada 01.02.2019.Menurut polis lelaki tersebut telah ditahan di Kuantan dan disiasat
mengikut akta hasutan 1948.

3
Selain daripada akta hasutan 1948 undang-undang juga memperuntukan akta-akta lain untuk
mencegah dan mengawal segala kesalahan dan salah laku yang berlaku melibatkan media
sosial.Berikut adalah antara akta yang diperuntuhkan untuk kes melibatkan media sosial di
malaysia.

1.Akta komunikasi dan multimedia 1998

2.Akta jenayah komputer

3.Akta tandatangan digital 1997

4.Akta teleperubatan

5.Akta hak cipta 1997(pindahan)

6.Akta aktiviti kerajaan elektronik 2007

Selain daripada akta-akta yang dinyatakan diatas,undang-juga memperuntukan seksyen


lain dalam kanun prosedur jenayah(PDRM) dan kanun keseksaan yang boleh dikenakan
tindakan keatas pesalah yang melakukan kesalahan yang dilakukan sosial media.Perbuatan
penghinaan terhadap agama bukanlah suatu bentuk kebebasan bersuara yang dijamin dan
dibenarkan oleh perlembagaan dan undang-undang. (AHMAD, 2022)sebaliknya,ia adalah
suatu bentuk pencabulan dan pelanggaran hak kebebasan bersuara kerana ia secara jelas
menyebabkan suasana ketidakharmonian dan menyemai perasaan benci-membenci antara
masyarakat berbilang agama. (AHMAD, 2022).

4
ANALISIS DAN PERBINCANGAN

Isu yang dibincangkan oleh penulis pada kali ini ialah suatu topik yang agak
menarik.Kebebasan yang dimilik oleh setiap warganegara tanpa mengira status adalah
kebebasan untuk bersuara tanpa batas atau sebarang penapisan.Masyarakat harus sedar
kebebasan yang dimiliki digunakan dalam cara yang betul.Terdapat peruntukan undang-
undang untuk menghukum pihak yang membuat kesalahan-kesalahan di media sosial dan
undang-undang yang sedia ada ditambah baik setiap kali sesuatu isu baru timbul di kalangan
netizen.

Kesalahan menghina istitut diraja merupakan suatu isu yang tiada kesudahan di negara
kita.media sosial sering kali digunakan sebagai tempat untuk meluahkan rasa ketidak
puashatian individu tertentu untuk meluahkan perasaan tanpa berfikir panjang.Masyarakat
Malaysia yang berpengetahuan dan sedar tentang kepentingan menghormati institusi diraja
pula akan melaporkan perkara sedemikian kepada pihak berkuasa untuk diambil
tindakan.Jelas tindakan sedemikian perlu diambil untuk memberi pengajaran kepada
masyarakat yang kurang pengetahuan berkaitan kepentingan institusi diraja kepada negara.

Semua kes yang dibincangkan di atas telah didakwa di mahkamah dan semua yang
terlibat adalah warganegara malaysia yang penulis boleh katakan sebagai golongan yang
kurang faham tentang kebebasan bersuara yang dibenarkan oleh perlembagaan
persekutuan.Semua kes yang disebut di atas telah didakwa di bawah akta hasutan 1948 dan
secara jelas kita dapat lihat undang-undang yang sedia ada tidak mampu untuk menyekat
kesalahan penghinaan institusi diraja secara atas talian(online) dan kerajaan perlu
mempertimbangkan samada untuk mengkaji akta yang sedia ada atau mengumbal undang-
undang baru untuk menamatkan isu ini selama-selamanya.

Dalam langkah membendung isu ini,masih banyak kekurangan dapat dilihat.Pengamal


undang-undang serta pakar sejarah mengesa individu yang disabitkan bersalah di bawah
kesalahan ini perlu dikenakan hukuman yang berat bagi mempertahankan dan melindungi
institusi diraja di negara kita.Walaupun pelbagai cadangan telah diberikan oleh pakar sejarah
dan ilmuwan tetapi kerajaan masih gagal untuk megubal undang-undang baru.Ini secara tidak
langsung telah membuka ruang yang lebih luas untuk kesalahan ini makin meningkat maka
undang-undang baru dengan hukuman yang lebih berat harus diperkenalkan untuk
melindungi kesucian institusi diraja.

5
RUMUSAN

Selaras dengan kemajuan negara pada masa kini negara juga berdepan dengan dunia
teknologi yang makin berkembang saban hari.Kebebasan bersuara yang dimiliki untuk
memberi pendapat dan buah fikiran kepada sesuatu isu sepatutnya digunakan dengan cara
yang betul.Banyak kemajuan boleh dicapai apabila seseorang mengamalkan hak bersuara
secara bijak.Perkara sebaliknya pula berlaku apabila pengunaan media sosial tidak digunakan
dengan cara yang sepatutnya.cara penyampaian pendapat kepada isu-isu yang melibatkan
istitut diraja tidak boleh dipandang remeh.Ianya perlu diberi perhatian oleh pemberi
pandangan kerana setiap gerak geri pengguna media sosial diawasi oleh pihak berkuasa.

Masyarakat perlu sedar setiap hantaran di sosial media akan mendapat respon yang
berbeza daripada netizen.Jelas undang-undang yang sedia ada tidak dapat menyekat
sepenuhnya isu hina serta hasutan terhadap istitut diraja secara atas talian(online).Masyarakat
perlu sedar bahawa isu berkaitan institu diraja adalah sesuatu yang sensetif dan ianya perlu
diberi perhatian dan mengelak daripada mengeluarkan sebarang komen yang berbentuk
hinaan atau hasutan.Ibarat peribahasa melayu yang berbunyi “melentur rebung biarlah dari
rebungnya” generasi muda harus dididik daripada kecil lagi untuk menghormati institusi
diraja dan mengunakan media sosial secara berkhemah.

6
RUJUKAN

Ahmad, n.M. (2022). Penghinaan terhadap agama dan konsep


kebebasan bersuara:analisis daripada perspektif islam dan undang-
undang di malaysia. 14.

Hassan, m. S.(2022). Kes Penghinaan Raja-Raja/Yang Di-Pertuan Agong Di Media


Sosial:tindakan dan penguatkuasaan undang-undang dalam kebebasan bersuara. Journal of
law & governance, 15.

Rahman, s. M.(2022). Penggunaan Media Sosial Baharu:Isu-Isu Dan Panduan Perspektif


Islam. 01.

You might also like