Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 43

LIMA LENCANA TERTINGGI- LENCANA JAYA DIRI

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

LIMA LENCANA TERTINGGI


LENCANA JAYA DIRI

Rover E
LIMA LENCANA TERTINGGI (KEMAS KINI PADA : 30 MEI 2020)

1 Prepared By Rover E
LIMA LENCANA TERTINGGI- LENCANA JAYA DIRI

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

LENCANA JAYA DIRI

Nama:
No. Kad Pengenalan:
No.Kumpulan:
Daerah:
Negeri:

2 Prepared By Rover E
LIMA LENCANA TERTINGGI- LENCANA JAYA DIRI

LIMA LENCANA TERTINGGI

LENCANA JAYA DIRI


Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Remaja, sebagai mengakui pengetahuan
dalam kenegaraan, Fungsi-fungsi Parlimen Malaysia, Badan Berkanun dan mempunyai
Buku Log Pengakap yang kemas kini.

Sukatan Lencana Jaya Diri


1. Mengetahui fungsi-fungsi parlimen.
2. Melukis dan menerangkan rupa bentuk bendera semua negeri dalam Malaysia dan
mengetahui lambang Malaysia dan lambang negeri masing-masing.
3. Menerangkan fungsi satu daripada agensi kerajaan atau badan berkanun seperti
UDA, MARDI, MARA, FELDA, LPN, PETRONAS dan lain-lain.
4. Melukis peta negeri masing-masing dan menunjukkan kawasan parlimen dan ahli
parlimen bekenaan.
5. Mempunyai buku log pengakap yang kemas kini.

Arahan sebelum memulakan salinan buku log (tidak perlu salin):

1. Sediakan test pad (foolscap paper) yang beratnya dalam lingkungan 70 gsm.
2. Muka Pertama salin PPM.
3. Muka seterusnya lukiskan lencana Jaya Diri. (Needed or nt?)
4. Muka seterusnya lengkapkan Butir-butir Peribadi.
5. Muka seterusnya Persetiaan dan Undang-undang Pengakap.
6. Muka seterusnya salin sukatan pelajaran lencana tersebut.
7. Muka seterusnya lengkapkan setiap perkara yang berkaitan dengan soalan.
8. Setelah lengkap balut buku dengan kertas pembalut, lebih baik ditambah dengan plastik.
9. Buku Log yang lengkap dan kemas itu serah kepada Pemimpin untuk disemak.
10. Tuan Pesuruhjaya Pengakap Daerah atau wakil yang telah dilantik akan memeriksa Buku Log
Lencana Jaya Diri tersebut.

3 Prepared By Rover E
LIMA LENCANA TERTINGGI- LENCANA JAYA DIRI

1. Mengetahui fungsi-fungsi parlimen.

Fungsi Parlimen

Parlimen negara kita ialah institusi yang tertinggi sekali di Malaysia untuk menyelaras dan
menentukan pentadbiran negara terjamin, adil dan saksama. Parlimen adalah badan perundangan
bagi kerajaan persekutuan, dan ia membuat undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di
seluruh negara.

Parlimen juga

 meluluskan undang-undang persekutuan,


 membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang sedia ada,
 memeriksa dasar-dasar kerajaan,
 meluluskan perbelanjaan kerajaan,
 meluluskan hasil-hasil cukai yang baru,
 menjadi forum kritikan dan fokus pendapat awam mengenai perkara-perkara nasional.

Struktur Parlimen Malaysia

Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga komponen:-

Parlimen Malaysia

1. Yang Di-Pertuan Agong


2. Dewan Negara
3. Dewan Rakyat

Yang Di-Pertuan Agong


Penerangan:-

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dipilih untuk memerintah negara selama tempoh
lima tahun oleh Majlis Raja-Raja. Yang di-Pertuan Agong merupakan sebahagian daripada
Parlimen, akan tetapi Baginda tidak mempengerusikan Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Baginda hanya menyampaikan titah ucapan di kedua-dua Dewan tersebut apabila perlu dan
hanya dilakukan pada permulaan setiap sesi Parlimen yang bermula pada awal tahun.

4 Prepared By Rover E
LIMA LENCANA TERTINGGI- LENCANA JAYA DIRI

Tugas–tugas:-

1. Memanggil mesyuarat Parlimen


2. Manamatkan penggal Parlimen (setelah dinasihat oleh Jemaah Menteri)
3. Membubarkan Parlimen

Dewan Negara
Penerangan:-

Dewan negara mempunyai 70 orang ahli yang terdiri daripada 2 kategori:

A. 26 orang ahli adalah daripada B. 44 orang ahli yang dilantik 13


buah negeri, setiap negeri YDPA, termasuk 2 orang ahli
diwakili oleh 2 orang ahli. dari Wilayah persekutuan KL
Ahli-ahli dipilih oleh Majlis dan1 ahli dari Wilayah
Undang-undang Negeri. Persekutuan Labuan.

Seorang ahli Dewan Negara boleh menyandang jawatannya selama tiga tahun dan tempoh itu
tidak dijejas oleh pembubaran Parlimen.

Tugas-tugas:-

1. Mengkaji semula dan meluluskan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan
Rakyat.
2. Mempunyai kuasa yang lebih besar dalam soal suatu Rang Undang-undang yang
bertujuan meminda Perlembagaan Persekutuan.
3. Mempunyai kuasa untuk menolak sebarang Rang Undang-undang untuk meminda
Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan kelebihan suara/majoriti 2/3 daripada
keseluruhan ahli.
4. Mempunyai Kuasa Veto.

Dewan Rakyat
Penerangan:-

Terdiri daripada 222 orang ahli yang telah dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya umum setiap
lima tahun.

5 Prepared By Rover E
LIMA LENCANA TERTINGGI- LENCANA JAYA DIRI

Tugas-tugas:-

1. Meluluskan undang-undang.
2. Mmenentukan belanjawan negara.
3. Mengawasi perjalanan pentadbiran kerajaan.

6 Prepared By Rover E
LIMA LENCANA TERTINGGI- LENCANA JAYA DIRI

2. Melukis dan menerangkan rupa bentuk bendera semua negeri dalam Malaysia
dan mengetahui lambang Malaysia dan lambang negeri masing-masing.

Bendera Malaysia

1. Bendera negara Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama
lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di
sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri serta
dua Persekutuan iaitu
 Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Terengganu, Perlis,
Selangor, Melaka, Sarawak, Pulau Pinang dan Sabah.
 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan.

2. Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas
jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia.

3. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam iaitu agama rasmi
Malaysia.

4. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.

5. Warna Kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna di-Raja bagi Duli-Duli Yang
Maha Mulia Raja-Raja.

7 Prepared By Rover E
LIMA LENCANA TERTINGGI- LENCANA JAYA DIRI

Lambang Kerajaan Malaysia

1. Lambang Malaysia menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang


terkandung dalam Persekutuan Malaysia dan Kerajaan Persekutuan, manakala bintang
bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia.

2. Lima belah keris itu tanda Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dahulu (Johor, Kedah,
Perlis, Kelantan dan Terengganu).

3. Bahagian sebelah kiri perisai itu menandakan Negeri Pualu Pinang dan bahagian sebelah
kanan dengan pokok Melaka itu Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri itu adalah
sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu.

4. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam
dan putih ialah warna Pahang; merah dan kuning warna Selangor; hitam, putih dan
kuning warna Perak; merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. Empat buah
negeri ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal.

5. Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan negeri Sabah di sebelah kiri dan
Sarawak di sebelah kanan.

6. Di tengah-tengahnya ialah Bunga Raya - Bunga Kebangsaan.

7. Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagai penupang jata Negeri-negeri Melayu


Bersekutu dahulu itu dipakai dalam Lambang Malaysia.

8. Cogan - Besekutu Bertambah Mutu - ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan
tulisan jawi di sebelah kanan.

9. Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Di Raja Yang Maha Mulia Raja-Raja.
8 Prepared By Rover E
LIMA LENCANA TERTINGGI- LENCANA JAYA DIRI

Bendera Negeri Johor Darul Takzim

1. Anak bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang berdaulat.

2. Bahagian yang berwarna merah bermakna hulubalang yang mempertahankan negeri.

3. Bahagian yang berwarna biru tua itu pula maksudnya Kerajaan Negeri.

9 Prepared By Rover E
LIMA LENCANA TERTINGGI- LENCANA JAYA DIRI

Lambang Negeri Johor Darul Takzim

1. Mahkota tanda D.Y.M.M. Raja Empat Bintang di sudut Perisai Putih itu menandakan
Empat Buah Jajahan besar asal negeri itu, iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan
Endau; sementara Bintang dan Anak Bulan di tengah pula, tanda Agama Islam.

2. Dua ekor Harimau yang memegang perisai itu mengingatkan kepada binatang-binatang
buas yang pada suatu masa dahulu merayau-rayau di negeri ini.

3. Lukisan yang berbunga-bunga di sebelah bawah perisai maksudnya Gambir dan Lada
Hitam, dua jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini.

4. Cogan negeri Johor ialah "KEPADA ALLAH BERSERAH".

10 Prepared By Rover E
LIMA LENCANA TERTINGGI- LENCANA JAYA DIRI

Bendera Negeri Kedah Darul Aman

1. Bendera negeri Kedah memaparkan anak bulan sabit berwarna hijau di bawah perisai
kuning yang tanda negeri ini beragama Islam, dan dilingkungi oleh jambangan padi.

2. Merah ialah warna kebangsaan negeri Kedah yang turun temurun.

3. Padi maknanya negeri ini makmur dalam hal kehidupan.

4. Anak bulan tanda negeri beragama Islam.

5. Perisai pula maksudnya Raja (Kerajaan) sentiasa menjaga dan memelihara rakyatnya
dan penduduk dalam negeri ini daripada kezaliman.

11 Prepared By Rover E
LIMA LENCANA TERTINGGI- LENCANA JAYA DIRI

Lambang Negeri Kedah Darul Aman

1. Jambangan yang terdiri daripada biji padi melambangkan komoditi pertanian utama
negeri iaitu beras padi.

2. Bulan sabit melambangkan Islam sementara perisai melambangkan kekuasaan


pemerintah.

3. Anak bulan tanda Agama Islam.

4. Warna kuning yang digunakan pada perisai dan padi melambangkan warna diraja Sultan
manakala hijau menandakan negeri ini beragama Islam.

5. Lagu Negeri Kedah ialah “ALLAH SELAMATKAN SULTAN MAHKOTA”

12 Prepared By Rover E
LIMA LENCANA TERTINGGI- LENCANA JAYA DIRI

Bendera Negeri Kelantan Darul Naim

1. Latar belakang berwarna merah maksudnya kejujuran penduduk, rakyat Raja.

2. Lambang kebesaran berwarna putih itu tanda kesucian Raja negeri ini.

13 Prepared By Rover E
LIMA LENCANA TERTINGGI- LENCANA JAYA DIRI

Lambang Negeri Kelantan Darul Naim

1. Mahkota itu tanda Kedaulatan Sultan.

2. Dua tombak dan dua keris maksudnya kekuatan orang-orang Melayu Kelantan. Anak
bulan dan bintang adalah tanda Islam.

3. Dua pucuk meriam maknanya bahawa negeri ini adalah sentiasa sedia untuk
mempertahankan dirinya.

4. Dua ekor kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua negeri ini tatkala Che' Wan
Kembang (atau Che' Siti) Permaisuri Kelantan (kira-kira pada akhir kurun yang ke 14)
yang kerana terlalu kasih kepada kijang kesayangannya, telah memerintahkan wang emas
dicap dengan gambar binatang itu.

5. "BERSERAH KEPADA TUHAN KERAJAAN KELANTAN" ialah cogankata negeri


ini.

14 Prepared By Rover E
LIMA LENCANA TERTINGGI- LENCANA JAYA DIRI

Bendera Negeri Melaka Darul Azim

1. Warna-warna merah, putih, kuning dan biru adalah warna-warna Bendera Persekutuan
dan menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam Persekutuan.

2. Anak bulan dan bintang pecah lima itu pula ialah tanda Agama Islam, agama negeri dan
Malaysia.

15 Prepared By Rover E
LIMA LENCANA TERTINGGI- LENCANA JAYA DIRI

Lambang Negeri Melaka Darul Azim

1. Warna merah, putih, kuning dan biru maknanya Melaka sebuah negeri dalam Malaysia.

2. Lima bilah keris maksudnya lima orang pahlawan termasyhur di Melaka pada zaman
dahulu.

3. Anak bulan dan bintang pecah lima tanda Agama Islam, agama rasmi negeri.

4. Pokok Melaka ialah pohon dari mana negeri itu mendapat namanya.

5. Dua ekor pelandok yang memegang perisai ialah untuk memperingati riwayat tua iaitu
pelandoklah yang telah menyebabkan Raja Melaka yang pertama mengambil keputusan
untuk menetap dalam negeri ini dan membukanya.

16 Prepared By Rover E
LIMA LENCANA TERTINGGI- LENCANA JAYA DIRI

Bendera Negeri Sembilan Darul Khusus

1. Tanah kuning itu maksudnya D.Y.M.M. Raja.

2. Bahagian tiga segi yang berwarna merah bermakna rakyat.

3. Sementara bahagian tiga segi yang berwarna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang bagi
Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini.

17 Prepared By Rover E
LIMA LENCANA TERTINGGI- LENCANA JAYA DIRI

Lambang Negeri Sembilan Darul Khusus

1. Sembilan tangkai padi di dalam perisai itu maksudnya sembilan buah negeri dalam

2. Gabungan Negeri Sembilan yang lama.

3. Warna merah dalam perisai menunjukkan hubungan-hubungan pada masa yang lalu
dengan British.

4. Warna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang.

5. Warna kuning maknanya Yang Di Pertuan Besar. Bintang Pecah Sembilan itu adalah
juga menunjukkan sembilan buah negeri dalam gabungan lama.

6. Pedang dan sarungannya di atas perisai itu tanda keadilan.

7. Di tengah-tengah antara pedang dan sarung ialah "Changgai Putri" tanda Kebesaran Yang
Di Pertuan Besar.

18 Prepared By Rover E
LIMA LENCANA TERTINGGI- LENCANA JAYA DIRI

Bendera Negeri Pahang Darul Makmur

1. Bendera negeri Pahang Darul Makmur mengandungi dua warna iaitu putih di atas dan
hitam di bawah. Kedua-duanya sama lebar.

2. Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika
dahulu pemerintahan di negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara.

3. Putih adalah melambangkan Raja.

4. Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa makna bahawa negeri Pahang adalah
negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan Beraja.

5. Ini juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan,
undang-undang, adat istiadat, adat resam, tata susila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang
ada pada Raja sebagai negeri beraja dan berdaulat.

19 Prepared By Rover E
LIMA LENCANA TERTINGGI- LENCANA JAYA DIRI

Lambang Negeri Pahang

1. Mata cogan berbentuk daun kopi itu semuanya diperbuat daripada emas termasuk
penongkok dan taran kerana logam emas itu melambangkan bahawa emas merupakan
hasil masyur yang utama di Negeri Pahang.

2. Gading yang bersilang dibawah daun kopi itu melambangkan bahawa ketika itu gading
gajah terdapat dengan banyaknya serata negeri Pahang sehingga ia menjadi satu
perdagangan yang besar.

3. Kalimah " Ya La Tif " bermaksud yang lemah lembut.Simboliknya pemerintah tidak
menggunakan kekerasan.

20 Prepared By Rover E
LIMA LENCANA TERTINGGI- LENCANA JAYA DIRI

Bendera Negeri Perak Darul Ridzuan

1. Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning dan
hitam. Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya.

2. Warna putih melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak
Darul Ridzuan.

3. Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak
Darul Ridzuan.Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Amat Mulia Raja Di
Hilir Perak Darul Ridzuan.

21 Prepared By Rover E
LIMA LENCANA TERTINGGI- LENCANA JAYA DIRI

Lambang Negeri Perak Darul Ridzuan

1. Lambang Negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi Jata Ke Bawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

2. Jata ini dilingkungi dengan bulan sabit yang mengandungi bunga padi.

3. Jata melambangkan Kedaulatan Raja Pemerintah.Bulan Sabit menandakan Agama Islam


sebagai agama rasmi.

4. Bunga padi menggambarkan sumber perusahaan rakyat dan kesuburan negeri.

22 Prepared By Rover E
LIMA LENCANA TERTINGGI- LENCANA JAYA DIRI

Bendera Negeri Perlis Darul Sunnah

1. Warna kuning maksudnya D.Y.M.M. Raja.

2. Warna biru maksudnya rakyat.

3. Bendera itu maknanya kerjasama yang erat di antara Raja dengan Rakyat baginda.

23 Prepared By Rover E
LIMA LENCANA TERTINGGI- LENCANA JAYA DIRI

Lambang Negeri Perlis Darul Sunnah

1. Lengkaran padi itu maksudnya pekerjaan utama dan hasil utama negeri iaitu padi.

2. Perisai tanda kebanggaan negeri itu kerana kekayaan hasil padinya.

24 Prepared By Rover E
LIMA LENCANA TERTINGGI- LENCANA JAYA DIRI

Bendera Negeri Pulau Pinang

1. Warna biru muda maksudnya warna laut yang indah di sekeliling pulau itu.

2. Warna putih maksudnya negeri Pulau Pinang yang aman damai.

3. Warna kuning tanda kemakmuran.

4. Pohon pinang ialh pohon dari mana pulau itu mendapat namanya.

25 Prepared By Rover E
LIMA LENCANA TERTINGGI- LENCANA JAYA DIRI

Lambang Negeri Pulau Pinang

1. Pohon pinang ialah tanda asal nama pulau itu.

2. Petak yang berwarna kuning mengandungi gambar Jambatan Besar Pulau Pinang yang
mempunyai dua (2) tiang dan empat (4) kabel yang menegakkan tiang tersebut.

3. Dua (2) tiang ini melambangkan Serampang Dua Mata di dalam Dasar Ekonomi Baru
iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Empat (4) kabel pula
menggambarkan empat (4) jenis keturunan di negeri ini iaitu Melayu, Cina, India dan
lain-lain.

4. Jalur-jalur biru dan putih yang menjadi simbol lautan berjumlah lima (5) tiap-tiap satu
warna yang memberi makna simbol lima prinsip Rukunegara dan lima daerah
pentadbiran yang terdapat di Pulau Pinang.

26 Prepared By Rover E
LIMA LENCANA TERTINGGI- LENCANA JAYA DIRI

Bendera Negeri Sabah

1. Bendera Negeri Sabah berbentuk empat persegi bujur pada kada 1 : 2. Petak utama dalam
bendera ini luasnya separuh bendera dan buka lebarnya 2/3 bendera.

2. Petak ini berwarna biru salji sebagai latar belakang kepada bentuk Gunung Kinabalu
berwarna nilakandi yang berada dalam kedudukan 1/4 dari sempadan atas dan sempadan
bawah petak utama.

3. Bahagian lain dalam bendera ini terbahagi kepada tiga jalur warna melintang yang mana
jalur yang paling bawah memenuhi kaki bendera.

4. Jalur paling atas berwarna biru zirkon, jalur tengah berwarna putih dan jalur bawah
berwarna merah cili.

5. Warna biru zirkon melambangkan keamanan dan ketenteraman, putih melambangkan


kemurnian dan keadilan, manakala merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan.

6. Warna biru salji melambangkan perpaduan dan kemakmuran sementara warna nilakandi
melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.

7. Lima jenis warna itu melambangkan lima buah Bahagian Pentadbiran Negeri ini dan
bentuk Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah.

27 Prepared By Rover E
LIMA LENCANA TERTINGGI- LENCANA JAYA DIRI

Lambang Negeri Sabah

1. Lambang Negeri Sabah terdiri dari dua bahagian iaitu atas yang berupa dua lengan
berwarna kuning sedang menjulang Bendera Negeri yang terletak di atas satu susunan
lima warna Negeri iaitu biru zirkon, merah cili, putih, biru salji dan nilakandi.

2. Di bawahnya iaitu tubuh utama lambang ini yang berbentuk sebuah perisai. Bahagian
atas perisai ini tersusun tiga warna Negeri iaitu biru zirkon, putih dan merah cili dalam
bentuk V.

3. Bahagian bawah perisai ini terdapat bentuk Gunung Kinabalu berwarna nilakandi yang
berlatarbelakangkan warna biru salji.

4. Perisai itu dipangku oleh sehelai skrol berwarna merah yang tertulis dengan cogankata
negeri Sabah "Sabah Maju Jaya" berwarna putih.

5. Warna biru zirkon melambangkan keamanan dan ketenteraman, warna putih


melambangkan kemurnian dan keadilan. Merah cili melambangkan keberanian dan

28 Prepared By Rover E
LIMA LENCANA TERTINGGI- LENCANA JAYA DIRI

keyakinan. Biru Salji melambangkan perpaduan dan kemakmuran sementara nilakandi


melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.

Bendera Negeri Sarawak

1. Warna merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam


daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan kemajuan dan
ketinggian maruah dalam proses membina Sarawak sebagai negeri contoh.

2. Warna kuning menggambarkan keagungan Perundangan dan Peraturan (Order),


perpaduan serta stabiliti dalam masyarakat yang berbilang kaum.

3. Warna hitam melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak mentah,
balak dan sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya.

4. Bintang yang berwarna kuning bermuncung sembilan melambangkan sembilan bahagian


di mana rakyatnya tinggal di dalam harmonis.

5. Simbol bintang juga merupakan cita-cita tinggi rakyat kita dan hasrat perjuangan kita
untuk meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka.

29 Prepared By Rover E
LIMA LENCANA TERTINGGI- LENCANA JAYA DIRI

Lambang Negeri Sarawak

1. Lambang negeri menjunjungkan kemegahan "Bumi Kenyalang: terbang tinggi dengan


aspirasi dan pencapaian dalam semua lapangan daya usaha, berpandukan ideologi "politik
pembangunan".

2. Lencana negeri ini juga boleh membezakan keunggulan Sarawak daripada negeri-negeri
lain di dunia.

30 Prepared By Rover E
LIMA LENCANA TERTINGGI- LENCANA JAYA DIRI

Bendera Negeri Selangor Darul Ehsan

1. Empat bahagian yangberwarna kuning dan merah itu maksudnya daging dan darah iaitu
unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini.

2. Bulan bintang pula ialah sebagai Agama Islam, iaitu agama rasmi negeri dan kesucian
Agama Islam ditunjukkan dengan warna putih.

31 Prepared By Rover E
LIMA LENCANA TERTINGGI- LENCANA JAYA DIRI

Lambang Negeri Selangor Darul Ehsan

1. Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri.

2. Tombak merah di tengah-tengah ialah Sambu-warna.

3. Di sebelah kanan ialah Keris Pendek dan di Kiri pula Keris Panjang.

4. Ketiga-tiganya adalah Alat Kebesaran Negeri. Tulisan Jawi yang berbunyi "Dipelihara
Allah" ialah cogan negeri.

5. Di bawah cogan pula ialah tali bengkong yang dipakai sebagai iakt pinggang oleh
pahlawan-pahlawan zaman dahulu.

32 Prepared By Rover E
LIMA LENCANA TERTINGGI- LENCANA JAYA DIRI

Bendera Negeri Terengganu Darul Iman

1. Latar belakang berwarna putih maksudnya D.Y.M.M. Sultan.

2. Ia melingkungi tanah hitamyang bermakna rakyat - oleh itu bermakna Sultan adalah
memberi perlindungan kepada seluruh rakyat baginda.

3. Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri.

33 Prepared By Rover E
LIMA LENCANA TERTINGGI- LENCANA JAYA DIRI

Lambang Negeri Terengganu Darul Iman

1. Bulan bintang menunjukkan negeri Islam.

2. Mahkota menandakan pemerintahan Di Raja. Pedang, Keris Panjang dan Cokmar pula
merupakan Alat Kebesaran Negeri.

3. Manakala di sebelah kanannya ialah Quran melambangkan Undang-undang.

4. Buku Undang-undang di sebelah kiri pula melambangkan keadilan.

5. Wali/Selampai melambangkan Alat-alat Istiadat Kebesaran.

34 Prepared By Rover E
LIMA LENCANA TERTINGGI- LENCANA JAYA DIRI

Bendera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

1. Bendera ini berteraskan bendera kebangsaan yang berjalur putih dan merah.

2. Warna biru tua bersama bintang serta bulan sabit berwarna kuning.

3. Unsur-unsur ini tidak dapat dipisahkan memandangkan Kuala Lumpur adalah Ibu Negara
Malaysia dan juga Wilayah Persekutuan.

4. 14 jalur merah dan putih (melintang) menandakan keanggotaan 13 buah negeri di


Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terletak di bawah pentadbiran
Kerajaan Persekutuan.

5. Bulan sabit dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi. Bintang
berbucu 14 melambangkan 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur yang bertindak sebagai Pusat Kerajaan dan pentadbiran.

6. Warna biru tua di bahagian tengah melambangkan perpaduan wargakota Wilayah


Persekutuan Kuala Lumpur yang berbilang kaum.

7. Warna merah melambangkan keberanian, kegagahan sebuah bandaraya dalam


menghadapi cabaran ke arah pembangunan bandaraya kosmopolitan yang dinamik dan
berprogresif.

8. Warna kuning melambangkan kedaulatan dan kemakmuran Kuala Lumpur.

9. Warna putih melambangkan keluhuran, kebersihan dan keindahan bandaraya dalam


taman bercahaya.

35 Prepared By Rover E
LIMA LENCANA TERTINGGI- LENCANA JAYA DIRI

Bendera Wilayah Persekutuan Labuan

1. Bendera ini mengandungi tiga jalur melintang yang sama lebar berwarna merah, putih
dan biru dengan bulan bintang pecah empat belas berwarna kuning terletak di tengah
bendera.

2. Jalur-jalur merah, putih, biru dan bulan bintang berwarna kuning yang melambangkan
warna Bendera Malaysia membawa makna Pulau Labuan adalah menjadi Wilayah
Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia.

3. Bulan Bintang bermakna Agama Islam sebagai agama rasmi dan bintang pecah empat
belas menggambarkan negeri-negeri dan Kerajaan Persekutuan bersatu dalam
Persekutuan Malaysia.

4. Warna merah melambangkan keberanian bermakna Pulau Labuan adalah menjadi


Wilayah Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia.

5. Warna putih melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan dalam


mempertingkatkan katahanan rakyat yang beradab, berkebudayaan dan berkeperibadian
Malaysia.

6. Warna biru melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum, hidup bersatu, aman
makmur hormati serta berusaha untuk memajukan pembangunan ekonomi yang
berasaskan sains dan teknologi.

7. Warna kuning melambangkan kedaulatan Raja Berperlembagaan serta mendokong dan


menghormati lunas-lunas perlembagaan dan falsafah Rukun Negara.

8. Bulan bintang berwarna kuning yang menjadi lambang keIslaman dan Kedaulatan Raja
Berperlembagaan yang terletak di tengah-tengah dan mencakupi ketiga-tiga jalur (merah,
putih, biru) menampakkan kestabilan dan kekuatan di dalam menyatukan lambang-
lambang keberanian, kesucian dan perpaduan.
36 Prepared By Rover E
LIMA LENCANA TERTINGGI- LENCANA JAYA DIRI

3. Menerangkan fungsi satu daripada agensi kerajaan atau badan berkanun


seperti UDA, MARDI, MARA, FELDA, LPN, PETRONAS dan lain-alin.

Federal Land Development Authority (FELDA)

FELDA dalam bahasa Malaysia dikenali sebagai Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
(LKTP). FELDA adalah satu agensi kerajaan Malaysia yang menangani penempatan semula
penduduk luar bandar yang miskin ke kawasan-kawasan yang baru dibangun agar meningkatkan
taraf hidup mereka. Agensi ini menumpukan kepada pembukaan ladang-ladang pekebun kecil
untuk tanaman kontan.1 Sehingga 2000, FELDA mengusahakan tanah sebanyak 9,000 kilometer
persegi, kebanyakannya ladang kelapa sawit. Ini adalah kerana getah sering mengalami harga
turun naik, selain daripada menghadapi persaingan yang hebat daripada bahan tiruan.

Sejarah FELDA

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau FELDA telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di
bawah Ordinan Kemajuan Tanah (Land Development Ordinance) 1956.

Fungsi-fungsi FELDA

4 tujuan utama

 Menjalankan dan melaksanakan projek pembangunan tanah.

 Memaju, memudah dan melaksanakan pembangunan, pengurusan dan perkhidmatan


ekonomi, sosial, pertanian, penempatan, perindustrian dan komersial serta aktiviti
sampingan yang lain di kawasan dimana FELDA diberi kuasa melaksanakan projek
pembangunan tanah atau kawasan yang dimiliki oleh FELDA dan syarikatnya.

 Melaksanakan kegiatan yang dapat membantu memodenkan sektor pertanian di kawasan


dimana FELDA diberi kuasa mentadbirnya terutama dalam kegiatan yang berkaitan
dengan pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran hasil keluaran pertanian dan ternakan.

 Membantu, membimbing, menasihati, mengurus dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan


sosial penempatan, pertanian, industri dan komersial dalam kawasan FELDA.

37 Prepared By Rover E
LIMA LENCANA TERTINGGI- LENCANA JAYA DIRI

Visi dan Misi FELDA

Visi:

Visi
Menjadi pemacu pembangunan penempatan negara yang progresif sambil
menjalankan misinya iaitu menambah nilai untuk kepentingan peneroka.

Misi:

Misi
Menambah Nilai Untuk Kepentingan Peneroka (MIGHT)

M-Menambah: Menambahkan nilai melalui amalan budaya kerja yang cemerlang


bersandarkan potensi yang dibentuk serta kekuatan diri seperti kreatif dan inovatif,
bijak serta berupaya menerima dan memacu perubahan.

I-Integriti: Integriti merupakan amalan berpegang teguh kepada prinsip kejujuran,


amanah serta moral yang tinggi.Integriti juga adalah apabila kita melaksanakan
perkara yang melihat dan dapat menghindari ketirisan melalui kerja yang berkualiti
tinggi.

G-Gagah: Gagah melasanakan tugas dengan berani dan tabah serta menunjukkan
kesanggupan mengambil risiko terhitung dan tidak terus berada dalam zon selesa,
seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan organisasi.

H-Hormat: Hormat-menghormati dengan mewujudkan konsensus dan kesepakatan


dalam setiap perkara serta meraikan perbezaan pendapat antara petugas dan juga
stakeholder yang menjadi rakan FELDA.

T-Tolong-menolong: Tolong-menolong untuk merealisasikan aspirasi organisasi


dengan melaksanakan kerja dalam satu pasukan yang bergerak seiringan dengan
menggunakan set kepakaran dan kemahiran individu-individu dengan lebih
optimum.

38 Prepared By Rover E
LIMA LENCANA TERTINGGI- LENCANA JAYA DIRI

5 Teras Felda

Membangunkan Komuniti Felda Warga peneroka menjadi


potensi generasi menjadi komuniti golongan berpendapatan
baru contoh luar bandar pertengahan

Memperkukuhkan Felda menjadi pelaku


budaya FELda sebagai global
institusi

Penjenamaan semula FELDA

Sewaktu dipertanggungjawabkan untuk menyelia FELDA di bawah Jabatan Perdana Menteri,


Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri negara kita menekankan pembangunan usahawan
aktiviti bukan ladang, di samping mempelbagaikan aktiviti pengeluaran produk akhir (seperti
pemprosesan, pembungkusan, dan pemasaran dengan mempunyai jenama tersendiri sebagai
pengeluar dan pengedar dalam kalangan komuniti FELDA) bagi memajukan masyarakat FELDA.

Untuk mencapai matlamat itu, FELDA telah memperkenalkan pelbagai skim insentif untuk
menggalakkan peneroka menjadi usahawan kerana pendapatan daripada hasil kebun antara
RM1,000 hingga RM1,2000 sebulan kini tidak mencukupi.

Namun dengan memperkenalkan kegiatan bidang ladang dan bidang keusahawanan, kerajaan
berharap bahawa pendapatan peneroka FELDA dapat ditingkatkan melebihi RM2,000 sebulan.

39 Prepared By Rover E
LIMA LENCANA TERTINGGI- LENCANA JAYA DIRI

4. Melukis peta negeri masing-masing dan menunjukkan kawasan


parlimen dan ahli parlimen bekenaan.
Peta Kawasan Pilihan Raya Negeri Kedah

40 Prepared By Rover E
LIMA LENCANA TERTINGGI- LENCANA JAYA DIRI

BIL PARLIMEN NAMA PARTI KAWASAN


1 P004 YB TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD PH - PPBM LANGKAWI

2 P005 YB DATO' SERI UTAMA HAJI MUKHRIZ PH - PPBM JERLUN


TUN DR. MAHATHIR
3 P006 YB DATO' IR. HAJI AMIRUDDIN BIN PH - PPBM KUBANG
HAMZAH PASU
4 P007 YB DATO' SERI MAHDZIR BIN KHALID BN - UMNO PADANG
TERAP
5 P008 YB DATO' MAHFUZ BIN HAJI OMAR PH - PKR POKOK
SENA
6 P009 YB TUAN CHAN MING KAI PH - PKR ALOR SETAR

7 P010 YB DR. AZMAN BIN ISMAIL PH - PKR KUALA


KEDAH
8 P011 YB TUAN HAJI AWANG BIN HASHIM PAS PENDANG

9 P012 YB TUAN SABRI BIN AZIT PAS JERAI

10 P013 YB TUAN AHMAD TARMIZI BIN PAS SIK


SULAIMAN
11 P014 YB PUAN NOR AZRINA BINTI SURIP PH - PKR MERBOK

12 P015 YB DATO' JOHARI BIN ABDUL PH - PKR SUNGAI


PETENI
13 P016 YB DATUK SERI PANGLIMA ABDUL BN - UMNO BALING
AZEEZ BIN ABDUL RAHIM
14 P017 YB TUAN KARUPAIYA A/L MUTUSAMI PH - PKR PADANG
SERAI
15 P018 YB DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION PH - PKR KULIM
BIN ISMAIL BANDAR
BHARU
Kawasan Parlimen dan Ahli Parlimen

41 Prepared By Rover E
Dewan Undangan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri:
BIL DEWAN UNDANGAN NEGERI NAMA PARTI
1 N.01- AYER HANGAT YB. ENCIK JUHARI BIN BULAT.SDK., PH - PPBM
AMK., BKM.
2 N.02- KUAH YB. MOHD FIRDAUS BIN AHMAD PH - PPBM

3 N.03- KOTA SIPUTEH YB. DR. SALMEE SAID. SSS. PH - PPBM

4 N.04- AYER HITAM YB. AZHAR BIN IBRAHIM PAS

5 N.05- BUKIT KAYU HITAM YB. HAJAH HALIMATON SAADIAH PH - PPBM


BINTI SAAD. SSS.,
6 N.06- JITRA YAB. DATO' SERI UTAMA HJ. MUKHRIZ PH - PPBM
TUN MAHATHIR. DMK., SPMK.,DHMS.,
DSNS., SSS., JP.,
7 N.07- KUALA NERANG YB. MOHAMMAD YUSOFF @ MUNIR PAS
BIN HJ. ZAKARIA
8 N.08- PEDU YB. HJ. MOHD RADZI BIN MD AMIN PAS

9 N.09- BUKIT LADA YB. USTAZ SALIM MAHMOOD AL PAS


HAFIZ
10 N.10- BUKIT PINANG YB. ENCIK ROMANI BIN WAN SALIM PAS

11 N.11- DERGA YB. TAN KOK YEW.,BKM PH - PKR

12 N.12- SUKA MENANTI YB. DATO' HAJI ZAMRI BIN YUSUF. PH - PKR
DSSS., SMK., JP.
13 N.13- KOTA DARUL AMAN YB. TEH SWEE LEONG PH - PKR

14 N.14- ALOR MENGKUDU YB. DATO' HAJI IR.PHAHROLRAZI BIN PH - PKR


HAJI ZAWAWI. DSDK., JP
15 N.15- ANAK BUKIT YB. DATO' WIRA HAJI AMIRUDDIN BIN PH - PPBM
HAMZAH. DGMK., DSDK., JP.
16 N.16- KUBANG ROTAN YB. ASMIRUL ANUAR BIN ARIS AMANAH

17 N.17- PANGKALAN KUNDUR B. DATO' DR. ISMAIL BIN SALLEH. DSDK., AMANAH
AMK
18 N.18- TOKAI YB. DATO' DR. MOHD HAYATI BIN PAS
OTHMAN
19 N.19- SUNGAI TIANG YB. DATO' SURAYA BT. YAACOB. DSDK., BN - UMNO
PJN.,SDK.,BKM., JP
20 N.20- SUNGAI LIMAU YB. USTAZ MOHD AZAM BIN ABD SAMAT PAS

21 N.21- GUAR CHEMPEDAK YB. DATO' WIRA DR KU ABDUL RAHMAN PH - PPBM


KU ISMAIL. DGMK.,DSDK.,BKM.,JP
22 N.22- GURUN YB. DATO' JOHARI BIN ABDUL (PKR) PH - PKR

23 N.23- BELANTIK YB. USTAZ MOHD ISA BIN SHAFIE PAS


LIMA LENCANA TERTINGGI- LENCANA JAYA DIRI

24 N.24- JENERI YAB. MUHAMMAD SANUSI BIN MD NOOR PAS

25 N.25- BUKIT SELAMBAU YB. SUMMUGAM A/L RENGASAMY PH - PKR

26 N.26- TANJONG DAWAI YB. USTAZ HANIF BIN GHAZALI PAS

27 N.27- PANTAI MERDEKA YB. USTAZ FADZLI BIN HASHIM PAS

28 N.28- BAKAR ARANG YB. OOI TZE MIN PH - PKR

29 N.29- SIDAM YB. DR. ROBERT LING KUI EE -

30 N.30- BAYU YB. ABD NASIR BIN IDRIS PAS

31 N.31- KUPANG YB. DATO' HAJI NAJMI BIN HJ AHMAD PAS

32 N.32- KUALA KETIL YB. MEJAR (B) MANSOR BIN ZAKARIA PAS

33 N.33- MERBAU PULAS YB. DATO' USTAZAH HAJJAH SITI ASHAH PAS
BINTI HAJI GHAZALI., DSDK., AMK
34 N.34- LUNAS YB. AZMAN BIN NASRUDIN. SSS., PJK -

35 N.35- KULIM YB. YEO KENG CHUAN PH - PKR

36 N.36- BANDAR BAHARU YB. DATO' NORSABRINA BINTI MOHD BN - UMNO


NOOR, DSDK.,SMK.,BCM.,PJK.

43 Prepared By Rover E

You might also like