Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

Jenis jenis sisa domestik

Berdasarkan pemerhatian saya dan hasil soal selidik bersama 10 orang responden di taman saya, sisa
domestik di kawasan ini dapat dikelaskan kepada dua jenis iaitu:

1) Bahan organik ialah bahan yang boleh diuraikan dan dilupuskan dan dihasilkan dari sumber haiwan
dan tumbuhan, iaitu sisa makanan, sisa kebun dan kertas. Sisa makanan dan kertas merupakan sisa
buangan yang sering dan mudah ditemui di kawasan ini.

2) Bahan bukan organik pula ialah bahan yang sukar diuraikan dan dilupuskan dan dihasilkan dari
sumber mineral. Bahan-bahann yang biasa ditemui di taman ini adalah tin, plastik, besi buruk dan
kaca.
Punca punca pembuangan sisa domestik
Para responden memberi pendapat tentang punca punca pembuangan sisa domestik. Punca punca
yang menyebabkan berlakunya pembuangan sisa domestik adalah:
1. Pembuangan sisa jualan makanan di premis perniagaan oleh peniaga-peniaga yang tidak
bertanggungjawab. Keadaan bertambah buruk apabila penduduk turut membuang bekas-bekas
plastik merata rata di sepanjang jalan.

2. Pemungutan dan pengendalian sisa domestik tidak mengikut jadual oleh kontraktor yang diberikan
kontrak menguruskan sisa domestik.

3. Amalan atau tabiat pembuangan sisa domestik oleh penduduk setempat. Ada di kalangan penduduk
tempatan yang mengambil jalan mudah dengan membiarkan sisa domestik dibiarkan di atas jalan
tanpa penggunaan tong sampah.
Contoh pembuangan yang tidak betul

You might also like