Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya _____________________________ dari kelas ____________,


ingin menyampaikan Info 5 Minit Dadah yang bertajuk:

Inhalan

Inhalan termasuk dalam kelas dadah berbentuk gas atau wap yang
disalahguna secara inhalasi. Inhalasi bermaksud menghidu gas atau wap
sama ada melalui hidung atau mulut sehingga gas atau wap itu sampai ke
paru-paru.

Inhalan ini wujud di dalam pepejal atau cecair meruap yang menghasilkan
gas atau wap pada suhu bilik. Gas atau wap ini hanya diambil secara inhalasi
untuk mendapatkan kesannya.

Dadah jenis inhalan lebih dikenali di Malaysia sebagai hidu gam dan
sebenarnya selain gam banyak lagi bahan yang boleh dihidu bagi
mendapatkan kesan “high” ataupun euforia.

Inhalan atau hidu gam ini dapat memberikan kesan psikoaktif kepada otak
dan menyebabkan penagihan yang teruk.

Terdapat lebih daripada 30 barangan harian yang boleh disalahgunakan


seperti gam, ubat nyamuk, minyak petrol, cat cair, thinner, cecair pemetik
api, spray rambut, krim pencuci, marker pen, dan lain-lain. Penagihan
inhalan ini tidak memerlukan peralatan khas seperti jarum, straw, daun,
sudu, botol, batang betik dan mentol lampu.

Kebanyakan penagih golongan ini merupakan kanak-kanak dan remaja. Perlu


diingatkan bahawa penggunaan mana-mana inhalan ini sangatlah berbahaya
kerana boleh merosakkan otak dan saraf seseorang secara kekal.

Sekian, terima kasih.

You might also like