Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

SEKOLAH MENENGAH SAINS SERI PUTERI, JALAN KOLAM AYER

51200 KUALA LUMPUR

KERJA LAPANGAN
TINGKATAN 3 TAHUN 2022

1.0 Arahan kepada murid:


1.1 Kerja lapangan wajib dilaksanakan oleh semua murid tingkatan 3 bagi memenuhi
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Geografi.
1.2 Penulisan tugasan akan dilaksanakan dalam tempoh cuti persekolahan iaitu bermula
pada 25 Ogos 2023 hingga 25 September 2023.
1.3 Penulisan dan penghasilan tugasan ini hendaklah dilaksanakan berdasarkan aspek
tugasan mengikut format yang telah ditetapkan.
1.4 Aktiviti mencari dan mengumpul maklumat boleh dilakukan di luar waktu pengajaran dan
pembelajaran.
1.5 Boleh melaksanakan kajian secara berkumpulan tetapi hasil kerja dibuat secara
individu.
1.6 Digalakkan menyertakan foto / gambar / rajah / grafik yang relevan untuk menjelaskan
lagi hasil kajian.
1.7 Digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) untuk mencari dan
mengumpul fakta.
1.8 Menulis sumber rujukan dengan betul.
1.9 Semua laporan hendaklah bertulis tangan. Cetakan maklumat hanya dibenarkan untuk
bahan rujukan dan draf sahaja.

1
2.0 Tugasan
Murid dikehendaki menjalankan kajian tentang pekerjaan penduduk dalam pelbagai
kegiatan ekonomi di sekitar tempat tinggal atau kawasan sekolah murid.

Kerja lapangan tersebut haruslah merangkumi perkara berikut:


2.1 Mengkaji Latar belakang kawasan kajian.
2.2 Menjelaskan konsep dan takrifan kegiatan ekonomi.
2.3 Mengenal pasti peta di kawasan kajian dan membuat tafsiran peta tersebut
2.4 Menyatakan jenis kegiatan ekonomi di kawasan kajian
2.5 Menganalisis faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di kawasan kajian.
2.6 Mengenal pasti dan menghuraikan kesan negatif kegiatan ekonomi terhadap manusia
dan alam sekitar di kawasan kajian.
2.7 Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan negatif kegiatan ekonomi
yang berlaku di kawasan kajian.
2.8 Merumuskan hasil kajian lapangan.

3.0 Kerangka Pelaksanaan Tugasan


 Perancangan – jadual kerja, objektif kajian & penentuan kaedah kajian
 Proses awal – Temu bual/ pemerhatian / rujukan, draf konsep/faktor/kesan dan
cadangan
 Format asas PBL mengandungi semua perkara berikut:
3.1 Penghargaan
3.2 Pendahuluan
- Pengenalan
3.3 Objektif
3.4 Kawasan Kajian
- Latar Belakang kawasan kajian
- Peta
3.5 Kaedah kajian
- Mengemukakan dan menggunakan sekurang-kurangnya 3 kaedah kajian
3.6 Hasil kajian
- Konsep – (Fakta + Huraian)
- Faktor – (Fakta + Huraian + Contoh)
- Kesan – (Fakta + Huraian + Contoh)

2
- Cadangan/langkah – (Fakta + Huraian + Contoh)
3.7 Rumusan
3.8 Sumber Rujukan
*Perancangan dan proses awal dilaksanakan sebelum penulisan projek dilakukan

4.0 CONTOH PELAKSANAAN TUGASAN


4.1 Perancangan
4.1.1 Jadual kerja

Tarikh/Masa Perkara Catatan


3 Sept 2022 (Isnin) Mencari maklumat tentang definisi Di rumah
Pemanasan Global dalam buku teks
& Internet
4 Sept 2022 Mencari maklumat peta Kawasan Di rumah
(Selasa) kediaman dalam google maps

4.1.2 Proses awal


4.1.3 - Temu bual – KEMUKAKAN TEKS TEMU BUAL (Ambil nama
responden, alamat, umur)
- Pemerhatian – GAMBAR
- Tafsir Peta Kawasan kajian

4.1.3 Hasil Kajian – draf konsep/draf punca/draf kesan/draf langkah

4.1.4 Senarai Rujukan


4.1.5 Lampiran

4.2 Penghargaan
Contoh: Penghargaan kepada pentadbir, penghargaan kepada guru, ibu bapa,
rakan-rakan dan semua yang telah memberi Kerjasama menjayakan kajian ini.

4.3 Pendahuluan- Pengenalan

3
- Kajian ini merupakan tugasan wajib untuk murid tingkatan 3. Tajuk kajian saya
ialah….saya (nama) dari tingkatan…. Sekolah … telah melakukan kajian ini di
Bandar Cahaya, Shah Alam Selangor (Berdasarkan nama Kawasan kediaman
masing-masing)
- Antara sebab saya memilih Bandar Cahaya, Shah Alam Selangor (Berdasarkan
nama Kawasan kediaman masing-masing) kerana ………..
- Tempoh masa yang diberikan untuk saya melaksanakan tugasan ini ialah……..

4.4 Objektif kajian (AMBIL DARIPADA ARAHAN SOALAN)


- Menghuraikan Latar belakang di Bandar Cahaya, Shah Alam Selangor
(Berdasarkan nama Kawasan kediaman masing-masing)
- Menghuraikan konsep dan takrifan kegiatan ekonomi.
- Mengenal pasti peta di kawasan kajian (Berdasarkan nama Kawasan
kediaman masing-masing)
- Menyatakan kegiatan ekonomi di …. (Berdasarkan nama Kawasan kediaman
masing-masing)
- Menghuraikan faktor mempengaruhi kegiatan ekonomi di Bandar Cahaya, Shah
Alam Selangor (Berdasarkan nama Kawasan kediaman masing-masing)
- Menghuraikan kesan negatinf kegiatan ekonomi terhadap manusia dan alam
sekitar di Bandar Cahaya, Shah Alam Selangor (Berdasarkan nama Kawasan
kediaman masing-masing)
- Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan negatif kegiatan
ekonomi yang berlaku di Bandar Cahaya, Shah Alam Selangor (Berdasarkan
nama Kawasan kediaman masing-masing)
- Merumuskan hasil kajian lapangan.

4.5 Latar belakang kawasan kajian (Ciri fizikal & ciri budaya)
Contoh: Kawasan kajian yang saya pilih untuk kajian ini ialah Bandar Cahaya, Shah
Alam, Selangor (NYATAKAN KAWASAN KEDIAMAN MASING-MASING). Kawasan
ini terletak kira-kira 5 KM dari bandar Shah Alam, Selangor. Jumlah penduduk di
Kawasan ini kira-kira 500 orang. Kebanyakan penduduk di Kawasan ini adalah
daripada latar belakang kaum Melayu, Cina dan India. Kebanyakan penduduk di
Kawasan ini merupakan Kawasan tanah pamah yang menjadi tumpuan penduduk.

4
Selain itu di bahagian barat Kawasan ini, terdapat sebatang sungai yang mengalir
iaitu Sungai Andak. Di sekitar Kawasan ini terdapat pelbagai kemudahan asas iaitu
jalan raya, sekolah, hospital………….

4.6 Kaedah kajian (HURAIKAN SEKURANG-KURANGNYA 3 KAEDAH)


4.6.1 Kaedah pemerhatian
Saya telah melakukan kaedah pemerhatian di sekitar Bandar Cahaya,
Shah Alam, Selangor. Melaui kaedah ini saya telah membuat
pemerhatian tentang aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh penduduk
setempat yang berkaitan dengan kegiatan ekonomi. Maklumat yang
diperoleh telah saya catatkan untuk membantu saya melaksanakan
kajian ini.
4.6.2 Kaedah temu bual
Saya telah menemu bual beberapa orang responden yang telah dikenal
pasti. Dengan kaedah ini, saya dapat mengenal pasti beberapa jawapan
awal terhadap kajian saya. Jawapan responden telah direkodkan untuk
mendapatkan maklumat mendalam berkaitan kajian yang dilaksanakan.
4.6.3 Kaedah rujukan
Saya telah membuat rujukan pelbagai bahan untuk menyiapkan kajian ini.
Antara bahan yang dirujuk ialah….

4.7 Hasil Kajian


4.7.1 Konsep

Berdasarkan maklumat yang dikumpulkan, nyatakan kegiatan ekonomi


yang dijalankan ……..

4.7.2 Faktor- KEMUKAKAN SEKURANG-KURANGNYA 3 FAKTOR.


HURAIKAN 1 FAKTOR 1 PERENGGAN

Contoh: Faktor utama yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di Bandar


Cahaya, Shah Alam Selangor ialah faktor bentuk muka bumi. Tanah
pamah merupakan bentuk muka bumi yang meliputi keseluruhan
kawasan Bandar Cahaya, Shah Alam Selangor. Oleh sebab itu, kawasan
ini amat sesuai untuk pelbagai kegiatan pertanian iaitu kelapa sawit.

5
Sebahagian besar penduduk di kawasan ini bekerja sebagai peladang di
kebun kelapa sawit. Tanah pamah yang sesuai ini telah menggalakkan
pertumbuhan kelapa sawit di kawasan ini.

4.7.3 Kesan – KEMUKAKAN SEKURANG-KURANGNYA 3 KESAN TERHADAP


ALAM SEKITAR

Contoh: Pemanasan global yang berlaku di sekitar Kawasan Bandar Cahaya,


Shah Alam Selangor boleh mengakibatkan kesan negatif terhadap alam
sekitar. Hal ini kerana kebanyakan penduduk yang mengusahakan
penanaman kelapa sawit di kawasan ini menggunakan racun serangga dan
baja kimia untuk memastikan kesuburan tanaman mereka. Penggunaan baja
kimia dan racun serangga boleh menipiskan lapisan ozon kerana
membebaskan gas sulfur dan gas nitrat ke atmosfera. Akibatnya jika
keadaan ini berterusan, cuaca di sekitar Bandar Cahaya, Shah Alam
Selangor akan terus meningkat dan menyebabkan pemanasan global yang
tidak dapat dikawal.

4.7.4 Cadangan – KEMUKAKAN CADANGAN MENGIKUT JUMLAH KESAN.


CADANGAN 1 MESTI MENGATASI KESAN 1, CADANGAN 2
MENGATASI CADANGAN 2 DAN SETERUSNYA)

Contoh: Masalah pemanasan global yang berlaku di sekitar Bandar Cahaya


Shah Alam, Selangor akan dapat diatasi dengan cara menggantikan
penggunaan baja kimia dan racun serangga dengan penggunaan baja
organic dan kawalan makhluk perosak. Dengan cara penggunaan baja
organic, gas-gas kimia yang berbahaya tidak akan dibebaskan. Selain itu,
kawalan makhluk perosak juga lebih berkesan kerana haiwan yang dibiarkan
mengawal ladang kelapa sawit seperti anjing akan dapat mengawal ancaman
makhluk perosak seperti tikus dan lain-lain.

6
4.8 Rumusan
Contoh: Sebagai rumusannya, berdasarkan kajian kegiatan ekonomi penduduk
yang telah saya laksanakan di Bandar Cahaya, Shah Alam, Selangor
membolehkan saya mengenali konsep kegiatan ekonomi secara am dan
terutamanya di kawasan kajian. Melalui kajian saya juga dapat mengenalpasti
beberapa masalah yang dihadapi daripada kegiatan ekonomi penduduk di
kawasan ini. Masalah tersebut adalah seperti ………………….,
……………………, …………………………, …………………………, dan
…………………………. Namun demikian saya dapat mencari beberapa
cadangan cara mengatasi masalah tersebut. Antaranya adalah seperti
……………………, ……………………, ……………………… dan
……………………….
Saya berasa bersyukur kerana diberi tugasan ini. Ini kerana melalui kajian ini
saya sedar betapa pentingnya kegiatan ekonomi terhadap pembangunan
negara. Namun, dalam kemajuan sektor ekonomi negara, kepentingan
menjaga alam sekitar juga harus dititikberatkan. Saya juga sedar bahawa ahli
masyarakat memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan sektor
ekonomi negara di samping membendung masalah akibat kemajuannya.

4.9 Sumber Rujukan


Cara menulis
- Buku Teks (Nama Pengarang : J.M Gullick, Tahun Terbit : 1994, Tajuk Buku :
Images of Asia, “Old Kuala Lumpur”, Tempat Terbit : New York, United
States.Penerbit : Oxford University Press)
- CONTOH:
J.M Gullick,1994. Images of Asia: “Old Kuala Lumpur”. New York, United
States: Oxford University Press

- Orang Sumber (Nama, umur, alamat.)


- CONTOH:

7
Encik Zainal bin Kassim, 55 tahun, No 32, Jalan P11 A5/2, Presint 11,
62300, Putrajaya.
- (senaraikan maklumat 3 orang sumber yang kamu temubual

- Internet
- Salin URL

https://en.wikipedia.org/wiki/Bandar_Kinrara

https://www.google.com.my/maps/place/Bandar+Kinrara

https://ms.wikipedia.org/wiki/Kitar_semula

You might also like