Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.

Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia, Yang
Amat Berbahagia Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohd Ali, Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri
Razaleigh bin Tengku Muhammad Hamzah, Yang Berbahagia Che Puan Sri Nur Abdullah, Yang
Berbahagia Tan Sri-Tan Sri dan Puan Sri-Puan Sri, Dato-Dato Sri dan Datin-Datin Sri, Dato-Dato dan
Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekelian.

Sekalung budi setulus hati dari saya dan isteri saya serta keluarga, di atas kesudian Yang Amat
Berbahagia Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji
Mohd Ali, Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Razaleigh bin Tengku Muhammad Hamzah dan Yang
Berbahagia Che Puan Sri Nur Abdullah, Yang Berbahagia Tan Sri-Tan Sri dan Puan Sri-Puan Sri, Dato-
Dato Sri dan Datin-Datin Sri, Dato-Dato dan Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang hadir bagi
menyerikan lagi majlis persandingan anakanda saya, ShahriyatulAkmal dengan pasangannya Midhat
Murthada bin Dato Haji Ahmad Salimi pada malam ini.

Budi baik semua akan kami kenang selama-lamanya. Ucapan terima kasih ini juga saya tujukan
kepada rombongan pengantin lelaki yang diketuai oleh Yang Berbahagia Dato Haji Ahmad Salimi bin
Haji Ismail dan isteri Y. Bhg. Datin Hajjah Badriyah binti Haji Mat Tamin diatas kesudian untuk
bersama-sama meraikan majlis ini. Tidak lupa saya ingin menyampaikan uca[an penghargaan dan
terima kasih saya kepada sekelian yang hadir di dalam dewan yang mulia ini. Saya bagi pihak keluarga
menyatakan rasa syukur kehadrat AllahSubhanahu Wataala kerana dengan keberkatan limpah kurnia
dan izin darinya, kami telah menerima seorang lagi ahli dalam keluarga kami. Semoga dengan
kehadiran beliau, keluarga kami akan bertambah ceria dan berbahagia untuk selamanya.

Saya memohon jasa baik daripada para hadirin sekelian, untuk sama-sama mendoakan supaya
dilimpahkan keberkatan dan kebahagiaan serta dimurahkan rezeki buat pasangan mempelai hingga
ke akhir hayat. Kepada kedua anakanda tersayang ayahanda bagi pihak semua ahli keluarga ingin
menyampaikan sedikit pesanan buat panduan anakanda melayari bahtera hidup bersama. Dengarkan
dan hayatilah maksud kata-kata ini.

Adat orang bersuami isteri,


Pahit manis sama dirasa,
Dalam surut ada pasangnya,
Dalam susah ada senangnya,

You might also like