Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

NUR ANIS NATASHA BINTI ZAMRI

284789

Online Task 17/11/2022 (Khamis)


Cari satu artikel yang berkaitan dengan perlembagaan. Ulas dan berikan komen
anda.

https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2018/12/504655/perkara-153-jamin-
hak-semua-kaum

Dalam artikel tersebut menyebut mengenai salah satu unsur tradisi yang terdapat
dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan iaitu berkaitan kedudukan istimewa
orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Terdapat dua kumpulan yang
tidak memahami dan menghayati dengan baik terhadap sejarah pelaksanaan
Perlembagaan Persekutuan yang mengalami proses yang panjang dan berperingkat.
Perkara ini menimbulkan ketidakfahaman atau salah faham antara kedua-dua
kumpulan tersebut yang mempertikaikan hak-hak mereka. Kumpulan pertama
menyatakan bahawa mereka yang tidak boleh menerima istilah bangsa Malaysia
sama sekali kerana menurut mereka istilah itu menghapuskan kedudukan istimewa
orang Melayu dan peribumi. Manakala kumpulan yang kedua menyatakan bahawa
mereka yang mencabar Perkara 153 kerana berpendirian tidak perlu lagi ada
diskriminasi kaum di Malaysia. Istilah orang Melayu di bawah Perkara 160(2)
Perlembagaan Persekutuan berbeza dengan bangsa Melayu kerana Perjanjian
Persekutuan Melayu 1948 memperluaskan takrifan bangsa Melayu apabila menerima
kemasukan kaum bukan bangsa asal Tanah Melayu sebagai warganegara
Persekutuan.

Pada hakikatnya, Perkara 153 meletakkan kewajipan ke atas Yang di-Pertuan Agong,
bukan sahaja untuk menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan anak-anak
negeri, bahkan kepentingan sah kaum lain sebagai warga negara Malaysia.
Kepentingan Perkara 153 perlu dilihat dari sudut sejarah kerana Raja-Raja Melayu
dalam Perjanjian Negeri 1948 telah memberi komitmen kepada orang Melayu dalam
bidang pendidikan, kemajuan ekonomi, kebajikan sosial dan penyertaan dalam
perkhidmatan kerajaan. Apabila Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 digubal
bagi maksud pembentukan sebuah persekutuan, perkara yang menyentuh
kepentingan orang Melayu sebagai bangsa asal terus diberi perhatian. Hal ini tidak
pelik kerana melalui kuat kuasa Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, Raja-
Raja Melayu juga memperkenankan bangsa dan kaum asing diterima masuk sebagai
warganegara. Lantaran itu, kedudukan istimewa orang Melayu diletak di bawah
tanggungjawab khas Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan, yang juga berfungsi untuk
memelihara kepentingan sah kaum lain.

Realiti yang ada pada hari ini menunjukkan ekonomi dan kekayaan Malaysia masih
dikuasai kaum bukan Melayu dan bukan anak-anak negeri. Kedudukan itu bukti kukuh
bahawa Perkara 153 bukanlah satu dasar yang menghalang kaum bukan Melayu dan
anak negeri untuk meraih kekayaan, jauh sekali bersifat diskriminasi yang bercanggah
dengan prinsip keadilan. Oleh itu, setiap rakyat Malaysia perlu memahami dan
menghayati sejarah dan Perlembagaan yang telah dinyatakan bahawa terdapat
keadilan ke atas hak antara kedua-dua kumpulan tersebut. Mereka perlulah saling
memahami dan membuka minda menerima terhadap apa-apa yang telah digubal
dalam Perlembagaan adalah mengikut kesesuaian dan kebaikan untuk semua
masyarakat. Perlembagaan merupakan salah satu rukun negara yang ke-3 dan
menjadikan ia penting untuk semua orang hormati dan mematuhi Perlembagaan. Hal
ini dikatakan demikian kerana mematuhinya dengan baik tidak akan menimbulkan
salah faham antara satu sama lain yang boleh membawa kepada ketegangan dan
perbalahan antara satu sama lain. Perlembagaan bertanggungjawab menjaga hak
rakyat serta menjamin kemakmuran dan perpaduan negara.

You might also like