Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

[Program SEGAK, SKT [2023]

CADANGAN KERTAS KERJA UJIAN SEGAK,


SK
TAHUN 2023

ANJURAN : UNIT KURIKULUM

1.0 NAMA PROGRAM

Ujian SEGAK, Tahun 2023

2.0 ANJURAN

Unit Kurikulum

3.0 KELOLAAN BERSAMA


4.0
Panitia Pendidikan Jasmani, Unit Hal Ehwal Murid dan Unit Kokurikulum SK

5.0 PENDAHULUAN

SEGAK dalam PAJSK merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh murid
sekolah untuk mengukur kecergasan berdasarkan kepada Standard Kecergasan Fizikal
Kebangsaan (SEGAK) yang ditetapkan. Skor mengikut tahap umur ini ditetapkan dengan
menggunakan indeks skor standard yang telah diperakui di peringkat kebangsaan.
SEGAK terdiri daripada empat aktiviti iaitu ‘Naik turun bangku’, ‘Tekan tubi’, ‘Ringkuk
Tubi Separa’ dan ‘Jangkauan Melunjur’.

6.0 TEMA:

“Sihat Bersama-Sama”

7.0 MATLAMAT

7.1 Murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk
meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum.
7.2 Pemudah cara guru untuk mengisi matlamat dalam PAJSK.

8.0 OBJEKTIF

8.1 Mengukur dan merekod tahap kecergasan fizikal kendiri.


8.2 Menganalisis dan mentafsir kecergasan fizikal kendiri.
8.3 Mengetahui tahap kecergasan fizikal kendiri.
8.4 Merancang dan melakukan tindakan susulan bagi meningkatkan tahap kecergasan
fizikal.
8.5 Mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat untuk mencapai tahap kecergasan fizikal
berdasarkan kesihatan yang optimum.
[SKT] Page 1
[Program SEGAK, SKT [2023]

9.0 BUTIRAN PROGRAM

9.1 Tarikh :
9.2 Hari : Isnin hingga Rabu
9.3 Masa : 7.20 pagi hingga 9.50 pagi
9.4 Tempat : Tapak Perhimpunan,

10.0 SASARAN PENYERTAAN

Semua murid Tahun 4, 5 dan 6.

11.0 KOMPONEN KECERGASAN

Antara komponen kecergasan berasaskan kesihatan iaitu:

a. Komposisi Badan
b. Daya Tahan Kardiovaskular
c. Daya Tahan Otot
d. Kekuatan Otot
e. Kelenturan

12.0 ITEM BATERI UJIAN

a. Indeks Jisim Badan


b. Jangkauan Melunjur
c. Tekan Tubi
d. Ringkuk Tubi Separa
e. Naik Turun Bangku

13.0 PELAN TINDAKAN

Bil Perkara Tarikh Catatan


pelaksanaan
1 Kertas kerja dibuat 06.03.20
2 Mesyuarat bersama guru dan ahli Panitia PJ 24.03.20
4 Pelaksanaan ujian SEGAK oleh Panitia PJ 27.03.20 –
29.03.20
5 Postmortem 01.04.20
6 Penyediaan laporan & dokumentasi 06.04.20

[SKT] Page 2
[Program SEGAK, SKT [2023]

14.0 JAWATANKUASA PENGELOLA

Penasihat : Cikgu
Pengerusi : Cikgu (Penolong Kanan Kurikulum)
Naib Pengerusi 1 : Cikgu Penolong Kanan HEM)
Naib Pengerusi 2 : Cikgu (Penolong Kanan Kokurikulum)
Setiausaha : Cikgu (Ketua Panitia PJ)
Pen. Setiausaha : Cikgu
Bendahari : Encik
AJK : Cikgu
: Cikgu
: Semua guru

15.0 JAWATANKUASA KERJA

Bil Jawatankuasa Ketua Bidang tugas


1 Penyelaras (Ketua Panitia PJ) - Menyelaras stesen-stesen
ujian SEGAK.
2 Pengurus teknikal - Memastikan peralatan
teknikal dalam keadaan baik
dan boleh digunakan.
3 Persiapan Tempat Semua guru yang mengajar - Menyediakan alatan.
& Alatan matapelajaran Pendidikan - Memastikan alatan
Jasmani mencukupi.
- Memastikan alatan yang
dipinjam dan dipulangkan
mencukupi.
4 Fotografi - Mengambil gambar setiap
stesen ujian SEGAK untuk
dokumentasi dan laporan.
5 Senamrobik - Memastikan murid
melakukan warming up
sebelum melakukan ujian
SEGAK.
6 Ukur tinggi & berat - Menyediakan peralatan lebih
awal.
- Mencatat ukuran tinggi &
berat murid dalam borang
yang disediakan.
7 Jangkauan melunjur - Menyediakan peralatan lebih
awal.
- Menunjukkan demostrasi
kepada murid.
- Mencatat jarak yang dibuat

[SKT] Page 3
[Program SEGAK, SKT [2023]

oleh murid dalam borang


yang disediakan.
8 Tekan tubi - Menunjukkan demostrasi
kepada murid.
- Mencatat kiraan yang telah
dibuat dalam borang yang
disediakan.
9 Ringkuk tubi - Menunjukkan demostrasi
separa kepada murid.
- Mencatat kiraan yang telah
dibuat dalam borang yang
disediakan.
10 Naik turun bangku - Menunjukkan demostrasi
kepada murid.
- Memastikan peralatan yang
diperlukan disediakan lebih
awal.
- Mengambil catatan kiraan
nadi setiap murid.
11 Pencatat statistik - Mengumpulkan borang
maklumat murid yang telah
diisi.
- Merekod data yang
dikumpulkan.
- Membuat analisis data yang
dieperolehi.

16.0 JADUAL UJIAN SEGAK

( tarikh) hingga ( tarikh )


Masa Aktiviti
7.20 pagi – 7.50 pagi Murid berkumpul di tapak perhimpunan.
1. Senamrobik.
2. Pendaftaran murid-murid.

7.50 pagi – 9.50 pagi 1. Ukur tinggi & berat.


2. Jangkauan melunjur
3. Tekan tubi
4. Ringkuk tubi separa
5. Naik turun bangku
9.50 pagi REHAT

17.0 PELAKSANAAN PROGRAM

[SKT] Page 4
[Program SEGAK, SKT [2023]

Ujian ini mesti dilengkapkan mengikut urutan secara berterusan. Urutan item bateri ujian
adalah seperti berikut :

1. Indeks Jisim Badan ( BMI )


2. Jangkauan melunjur
3. Tekan tubi ( 1 minit )
4. Ringkuk tubi separa ( 1 minit )
5. Naik turun bangku ( 3 minit )
Persediaan: Murid mestilah melakukan aktiviti memanaskan badan secukupnya sebelum
menjalani ujian. (Rujuk Lampiran B)

KESELAMATAN
1. Murid dikecualikan daripada mengambil ujian ini jika:
a. Disahkan oleh Pegawai Perubatan tidak layak mengambil ujian kecergasan
fizikal.
b. Mengidap penyakit kronik
c. Tidak sihat pada waktu ujian.
2. Alatan ujian yang digunakan mesti lengkap, selamat dan berfungsi dengan baik.
3. Kawasan ujian mesti selamat dan sesuai dengan jenis ujian yang hendak dijalankan.
4. Murid memakai pakaian Pendidikan Jasmani.
5. Pengawasan guru diutamakan semasa ujian dilaksanakan.
6. Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas ujian dilaksanakan.

PELAPORAN

1. Murid perlu merekod hasil ujian mereka.


2. Guru mengesahkan ujian yang telah dilakukan oleh murid.
3. Guru melaporkan hasil ujian.

18.0 SENARAI ALATAN

BATERI UJIAN ALATAN


Ukuran Antropometrik ( BMI ) Penimbang berat dan pengukur ketinggian.
Jangkauan melunjur Alat pengukur jangkauan
Tekan tubi Tilam gimnastik
Ringkuk tubi separa Pita pelekat
Pita ukur
Pelapik getah
Metronome atau rakaman ( 50 detik )
Naik turun bangku Bangku - ketinggian 30.5 cm ( 1 kaki )
Jam randik
Borang skor
Pembesar suara
Metronome atau rakaman ( 96 detik )
19.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

[SKT] Page 5
[Program SEGAK, SKT [2023]

Tiada

20.0 BORANG SKOR

Rujuk Lampiran A

21.0 PENUTUP
Semoga aktiviti seperti ini dapat memberikan pendedahan kepada murid tentang
kepentingan kecergasan dan kesihatan tubuh badan. Semoga segala aktiviti yang
dirancang dapat dijayakan dengan sokongan dan kerjasama daripada semua pihak.

Sekian, terima kasih.

”SIHAT BERSAMA-SAMA”

Disediakan oleh : Disemak oleh :

(NAMA GURU) (NAMA GURU)


Penolong Setiausaha, Penolong Kanan Pentadbiran,
Sekolah Kebangsaan. Sekolah Kebangsaan

Disemak oleh : Disemak oleh:

(NAMA GURU) (NAMA GURU)


Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Sekolah Kebangsaan

Disemak dan diperakukan sah oleh :

(NAMA GURU)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan

[SKT] Page 6
[Program SEGAK, SKT [2023]

Lampiran A

[SKT] Page 7
[Program SEGAK, SKT [2023]

[SKT] Page 8
[Program SEGAK, SKT [2023]

STENSEN 1: NAMA GURU

Ujian Indeks Jisim Badan

Nama ujian : Indeks Jisim Badan (BMI)


Tujuan : Menilai komposisi badan
Jantina : Lelaki & Perempuan
Alatan dan kemudahan : 1. Pengukur tinggi
2. Penimbang berat
3. Borang skor
Pengurusan dan organisasi : Pengukuran ini boleh dilaksanakan sebelum ujian
kecergasan bermula.
Prosedur : 1. Murid dikehendaki menimbang berat badan dalam
ukuran kilogram dan mengukur ketinggian dalam
meter.
2. Kira indeks jisim badan berdasarkan formula
berikut:

Indeks Jisim Badan = Berat badan (kg)


Tinggi (m) x Tinggi (m)

3. Rujuk jadual dibawah untuk mengenal pasti


komposisi badan.

Lelaki

Umur Berisiko Berat Berat


(Tahun) Kurang berat Normal Berlebihan berlebihan
9 <14.0 14.0 - 18.6 >18.6 - 21.0 >21.0
10 <14.2 14.2 - 19.4 >19.4 - 22.2 >22.2
11 <14.6 14.6 - 20.2 >20.2 - 23.2 >23.2
12 <15.0 15.0 - 21.0 >21.0 - 24.2 >24.2
13 <15.4 15.4 - 21.8 >21.8 - 25.2 >25.2
14 <16.0 16.0 - 22.6 >22.6 - 26.0 >26.0
15 <16.6 16.6 - 23.4 >23.4 - 26.8 >26.8
16 <17.2 17.2 - 24.2 >24.2 - 27.6 >27.6
17 <17.8 17.8 - 24.8 >24.8 - 28.2 >28.2

Perempuan
[SKT] Page 9
[Program SEGAK, SKT [2023]

Umur Berisiko Berat Berat


(Tahun) Kurang berat Normal Berlebihan berlebihan
9 <14.8 14.8 - 19.2 >19.2 - 21.8 >21.8
10 <14.0 14.0 - 19.9 >19.9 - 22.9 >22.9
11 <14.4 14.4 - 20.8 >20.8 - 24.0 >24.0
12 <14.8 14.8 - 21.6 >21.6 - 25.2 >25.2
13 <15.3 15.3 - 22.5 >22.5 - 26.2 >26.2
14 <15.8 15.8 - 23.2 >23.2 - 27.2 >27.2
15 <16.3 16.3 - 24.0 >24.0 - 28.0 >28.0
16 <16.8 16.8 - 24.5 >24.5 - 28.8 >28.8
17 <17.3 17.3 - 25.2 >25.2 - 29.6 >29.6

[SKT] Page 10
[Program SEGAK, SKT [2023]

STESEN 2: NAMA GURU

Nama ujian : Jangkauan Melunjur


Tujuan : Mengukur fleksibiliti
Jantina : Lelaki & Perempuan
Alatan : 1. Alat pengukur jangkauan.
2. Borang skor.
Pengurusan dan organisasi : Gunakan alat pengukur jangkauan yang disediakan.
Prosedur : 1. Murid duduk melunjur tanpa kasut. Tumit kaki
diletakkan di belakang penanda 23 cm.
2. Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian. Rakan
memegang lutut.
3. Tapak tangan kanan ditindih diatas belakang tapak
tangan kiri dalam keadaan hujung jari tengah
hendaklah sama.
4. Dagu rapat ke dada. Jangkaukan tangan perlahan-
lahan sejauh yang mungkin atas pita pengukur.
5. Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat tanpa
penyentap.
6. Murid diberi tiga percubaan berturut-turut.
Percubaan terbaik diambil kira sebagai skor. Bacaan
dikira pada sentimeter yang terhampir. Tidak perlu
merekod dalam titik perpuluhan.
7. Murid yang membantu memegang lutut pelaku tetapi
tidak menganggu pelaku.

[SKT] Page 11
[Program SEGAK, SKT [2023]

STESEN 3: NAMA GURU

Nama ujian : Ujian tekan tubi


Tujuan : Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan
serta otot bahu
Jantina : Lelaki
Alatan dan kemudahan : 1. Kawasan lapang dan rata.
2. Jam randik
3. Span ( 5 cm tinggi x 15 cm panjang x 10 cm lebar )
Pengurusan dan organisasi : 1. Ujian dilaksanakan secara berpasangan.
2. Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai
pencatat.
Prosedur : 1. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan
berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan
jari-jari kaki. Badan diluruskan.
2. Turunkan badan dengan membengkokkan siku
sehingga dada menyentuh span.
3. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia.
4. Tekan tubi diteruskan sehingga satu minit atau murid
tidak berupaya meneruskannya.
5. Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan
aktiviti secara sempurna mengikut arahan 1 hingga
3.
6. Murid B mengira dan merekod bilangan lakuan
murid A.

[SKT] Page 12
[Program SEGAK, SKT [2023]

Nama ujian : Ujian tekan tubi suaian


Tujuan : Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan
serta otot bahu
Jantina : Perempuan
Alatan dan kemudahan : 1. Kawasan lapang dna rata.
2. Jam randik.
3. Span ( 5 cm tingi x 15 cm panjang x 10 cm lebar )
Pengurusan dan organisasi : 1. Ujian dilaksanakan secara berpasangan.
2. Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat.
Prosedur : 1. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan
berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan
jari-jari kaki. Badan diluruskan.
2. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga
dada menyentuh span.
3. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia.
4. Tekan tubi diteruskan sehingga satu minit atau murid
tidak berupaya meneruskannya.
5. Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan
aktiviti secara sempurna mengikut arahan 1 hingga 3.
6. Murid B mengira dan merekod bilangan lakuan murid A.

[SKT] Page 13
[Program SEGAK, SKT [2023]

STESEN 3: NAMA GURU

Nama ujian : Ringkuk tubi separa (partial curl-up)


Tujuan : Menguji daya tahan dan kekuatan otot abdomen
Jantina : Lelaki & Perempuan
Alatan dan kemudahan : 1. Pita lekat bersaiz 2.5 cm
2. Pita ukur
3. Jam randik
Pengurusan dan organisasi : Lekatkan pita pelekat secara selari pada lantai di kiri dan
kanan. Jarak antara pita adalah 10 cm.
Prosedur : 1. Ujian ini dijalankan dengan murid memakai kasut
yang sesuai.
2. Murid A baring dengan lutut bengkok 90 darjah dan
tumit kaki sentiasa menyentuh lantai.
3. Buka kaki seluas bahu.
4. Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan hujung jari
menyentuh bahagian luar pelekat pertama.
5. Pada setiap lakuan ringkuk, bahu perlu diangkat
supaya jari tengah kedua-dua tangan menyentuh
bahagan luar pelekat kedua.
6. Bahagian bawah/ belakang badan hendaklah rata dan
jari tengah pada kedudukan asal (ulang prosedur 4)
sebelum melakukan ulangan yang seterusnya.
7. Murid melakukan pergerakan mengikut rentak
rakaman atau metronome dengan kadar 50 detik
seminit selama 1 minit.
8. Murid B mengira ulangan perlakuan.
9. Ujian akan ditamatkan sekiranya murid A:
9.1 Berasa tidak selesa.
9.2 Jari tidak menyentuh bahagian luar garisan
penanda kedua.
9.3 Tumit diangkat.
Panduan guru : Lakuan ringkuk yang tidak sempurna:
1. Bahagian bawah / belakang tidak menyentuh lantai.
2. Tumit diangkat.
3. Badan / bahu senget.
4. Punggung terangkat.
5. Lutut tidak bersudut 90 darjah ( tegak).

[SKT] Page 14
[Program SEGAK, SKT [2023]

STESEN 4: NAMA GURU

Nama ujian : Naik turun bangku


Tujuan : Menilai daya tahan kardiovaskular
Jantina : Lelaki & Perempuan
Alatan dan kemudahan : 1. Bangku – 30.5 cm
2. Jam randik
3. Borang skor
4. Rakaman atau metronome
Pengurusan dan organisasi : 1. Aktiviti dijalankan berpasangan.
2. Letakkan bangku di atas lantai yang rata dan
selamat. (Pastikan bangku tidak bergerak semasa
ujian dijalankan.)
3. Sediakan rakaman atau metronome rentak 96 detik
seminit.
Prosedur : 1. Ujian dijalankan dengan murid memakai kasut sukan
yang sesuai.
2. Murid berdiri tegak dengan kaki kanan atau kiri
(yang mana sesuai) diletakkan di atas bangku.
3. Penguji akan memberikan isyarat ‘mula’.
4. Murid melakukan pergerakan naik dan turun ( kaki
kiri naik, kaki kanan turun diikuti kaki kiri turun,
kemudian kaki kanan naik atau sebaliknya).
5. Murid melakukan pergerakan mengikut rentak
rakaman atau metronome dengan kadar 96 detik
seminit selama 3 minit.
6. Selepas tamat murid dikehendaki duduk serta merta.
7. Kira kadar nadi selepas 5 saat tamat perlakuan
dengan kiraan dilakukan oleh guru. Kadar nadi
diambil dalam jangka masa 1 minit.
8. Jika murid tidak menamatkan lakuan selamat 3 minit
skor murid ini dibatalkan.

[SKT] Page 15
[Program SEGAK, SKT [2023]

SENARAI ALATAN

BIL ALATAN BILANGAN CATATAN

1 Pengukur Tinggi 1

2 Penimbang Berat 1

3 Metronome 90 beats 1 Guna rakaman jika tidak


ada
4 Metronome 50 beats 1 Guna rakaman jika tidak
ada
5 Jam randik 3

6 Bangku (tinggi 30.5 cm) 2

7 Tilam Tekan Tubi 1

8 Tilam Sit up 1

9 Pita Ukur 1

10 Borang uji segak 46 set

11 Span (5 cm tinggi x 15 cm panjang x 10 cm 4


lebar)
12 Alat pengukur jangkauan 1

PELAN PELAKSANAAN

[SKT] Page 16
[Program SEGAK, SKT [2023]

C B

URUSETIA
MEJA
TAPAK
PERHIMPUNAN

E A

PETUNJUK :

A = UKURAN INDEKS JISIM BADAN

B = JANGKAUAN MELUNJUR

C = TEKAN TUBI

D = RINGKUK TUBI SEPARA

E = NAIK TURUN BANGKU

[SKT] Page 17

You might also like