Program Sentuhan Kasih KPKT Fokus Kesejahteraan Penduduk Perak

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

 

Home  ARTIKEL  RENCANA

A命

PEMBANGUNAN landskap persekitaran kehidupan di Taman


Rekreasi Woodland Bandar Baru Tambun akan dijalankan.

Program
Sentuhan Kasih
KPKT fokus
kesejahteraan
penduduk Perak
 Editor Wilayahku September 15, 2023 5:19 pm

PROGRAM Sentuhan Kasih Kementerian


Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT)
akan memastikan keperluan kemudahan
awam serta infrastruktur di Pasar Tanjung
Rambutan, Kolam Takungan Jalan Putra
Pertama, Bandar Baru Tambun, Taman
Rekreasi Woodland dan Dewan Komuniti
Taman Perpaduan diberi perhatian.

Untuk itu, peruntukan sejumlah RM3.25 juta


diumumkan bagi projek-projek seperti berikut:

*Kerja-kerja menggantikan longkang, gutter


dan kerja berkaitan di Medan Selera Taman
Perpaduan

*Mengganti bumbung dan kerja mengecat


serta kerja-kerja berkaitan di Pasar Tanjung
Rambutan

*Mengganti lampu jenis SON kepada LED


untuk tiang lampu dalam kawasan gugusan
Manjoi, Meru, Chemor, Klebang dan sekitar

*Mengganti lampu jenis SON kepada LED


untuk tiang lampu dalam kawasan Tanjung
Rambutan dan sekitar

*Mengganti lampu jenis SON kepada LED


untuk tiang lampu dalam kawasan Bandar
Baru Tambun dan sekitar

*Pembangunan landskap persekitaran


kehidupan di Taman Rekreasi Woodland
Bandar Baru Tambun

*Membina laluan air tambahan di Jambatan


Jalan Kamaruddin Isa

*Menggantikan kelubung (culvert) sedia ada di


jalan masuk ke FRU, Sungai Senam

Selain itu, sebanyak RM1.7 juta peruntukan


juga diluluskan untuk projek-projek menurap
jalan, naik taraf longkang, dewan orang ramai,
pasar serta baik pulih pagar di kampung-
kampung baru dalam daerah Ulu Kinta seperti
Kanthan Baru, Tanah Hitam, Chemor R. A,
Changkat Kinding dan Kuala Kuang.

Sentuhan kasih KPKT yang diberikan adalah


berdasarkan keperluan menerusi inisiatif KPKT
dalam memastikan keselesaan dan
kesejahteraan penduduk Tambun tanpa
mengira bangsa dan agama.

Selain daripada peruntukan untuk kerja-kerja


menaik taraf dan membaik pulih kemudahan
awam untuk PPR di sekitar Perak, KPKT telah
meluluskan sebanyak RM5.78 juta dana
penambahbaikan serta penyelenggaraan dan
penggantian lif yang akan dilaksanakan oleh
Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak
(LPHP) dan Bahagian Pelaksanaan dan
Perkhidmatan Jurutera KPKT pada tahun ini.

Maka, Program Sentuhan Kasih KPKT hari ini


membawa kelulusan peruntukan berjumlah RM
10.73 juta yang bakal dimanfaatkan oleh
penduduk Tambun dan Perak amnya.

#StrongerTogether #DemiPertiwi
#UnityInDiversity

 Share This
  

AUTHOR Editor Wilayahku

Email: editorwilayahku@gmail.com

Aras 9, Blok 1, Menara Seri Wilayah,


Kementerian Wilayah Persekutuan, Presint 2,
62100, Putrajaya

03-88615260

   

MULAKAN CARIAN

Type something and Enter 

© 2020 Wilayahku. All rights reserved. Designed by


FlatNews

Mengenai Wilayahku Email: editorwilayahku@gmail.com

Hubungi: 03-88615260 / 011-59587489

You might also like