Contoh Surat Permohonan Pengurangan Denda Penalti Rumah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Rujukan Tuan : SSSB/PT2A/PLOT 1026

31 Dec 2023

Nor Alifah Zakiah Binti Md Noh


Muhammad Izzuddeen Bin Khazali
No 46, Lorong 35,
Taman Guar Perahu,
14400 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang 5 Jan 2024

Kepada
Mr. Chia Dao Pheng
Senior Sales Manager
Scientex Sungai Dua Sales Gallery,
Lot 4358, Mukim 12, Jalan Gelugor,
13300 Tasek Gelugor,
Pulau Pinang

Yb/Dato’/Tuan/Puan

RAYUAN PENGECUALIAN ATAU PENGURANGAN DENDA SEBANYAK RM3,908.65 PT2A – PLOT 1026 –
PTD No. 3018 – HSD No. 39154

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Berhubung perkara di atas, saya telah dikenakan penalti atau denda sebanyak RM3,908.65 (PT2A –
PLOT 1026 – PTD No. 3018 – HSD No. 39154) diatas sebab yang tidak pasti dan di luar bidang kuasa
saya. Hal ini disebabkan segala proses penyerahan dokumen ini dikendalikan oleh pihak guam saya
iaitu M Y Lim & Junaidah Advocates & Solicitors. Jumlah yang dikenakan kepada saya adalah sangat
membebankan saya.

2. Seperti yang tuan sedia maklum, saya sebagai pembeli telah menggunakan perkhidmatan
guam dari M Y Lim & Junaidah Advocates & Solicitors untuk menjadi sebagai pemudah cara dan
khidmat nasihat untuk pembelian sebuah rumah (PT2A- PLOT 1026) beralamat No 46. Lorong Tasek
Gelugor Utama 1/11, Taman Tasek Gelugor Utama, 13300 Tasek Gelugor Pulau Pinang. Saya telah
memberi semua dokumen yang diminta oleh pihak guam tersebut dalam tempoh yang telah
ditetapkan. Walau bagaimanapun, saya juga bergantung kepada pihak Courier dari Pos Laju / JNT di
Pulau Langkawi kerana saya menetap di sana dan segala proses pengeposan adalah dari Pulau
Langkawi. Untuk makluman Yb/Dato’/Tuan/Puan, saya juga bergantung 100% kepada pihak Courier
di Pulau Langkawi untuk proses pengeposan.
3. Jika Yb/Dato’/Tuan/Puan mengenakan penalti atau denda kepada saya atas alasan lewat
memberi dokumen kepada pihak tertentu, adalah tidak adil bagi saya. Hal ini kerana, saya
mempunyai pihak guam yang sangat arif tentang hal ini iaitu M Y Lim & Junaidah Advocates &
Solicitors untuk menjadi sebagai pemudah cara untuk kami membuat proses pembelian rumah ini.
Saya telah mengikut khidmat nasihat oleh pihak guam dan sentiasa memberi respon dengan
memberi dokumen yang diminta tanpa melengahkan masa.

4. Saya mengharapkan pihak Yb/Dato’/Tuan/Puan dapat pertimbangkan sewajarnya dengan


permohonan rayuan ini. Saya juga mengharap pihak Yb/Dato’/Tuan/Puan supaya beri peluang
kepada saya untuk dikecualikan denda ini kerana ini di luar bidang kuasa saya dan saya tidak pernah
sengaja melambatkan proses pengeposan dokumen kepada pihak guam M Y Lim & Junaidah
Advocates & Solicitors.

5. Kerjasama dan pertimbangan pihak Yb/Dato’/Tuan/Puan amat dihargai dan diucapkan ribuan
terima kasih. Saya boleh dihubungi melalui (014-345 8995 / 014-345 8985)

Yang benar,

Muhammad Izzuddeen Bin Khazali Nor Alifah Zakiah Binti Md Noh


014-345 8995 014-345 8985

You might also like