Borang Permohonan Myice

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

BORANG PERMOHONAN GERAN MyICE 2022

BAHAGIAN A: MAKLUMAT PERTUBUHAN

NAMA
PERTUBUHAN KEBAJIKAN NUR INSANI
PERTUBUHAN :

NO
TARIKH
PENDAFTARAN PPM-003-04-28052020 2020-05-28
DIDAFTARKAN:
PERTUBUHAN :

ALAMAT SURAT- WISMA KESIDANG, NO 3, RUMAH AWAM BERTAM ULU, 76450 MELAKA
MENYURAT : 76450 MELAKA TENGAH MELAKA

ALAMAT WISMA KESIDANG NO 3, RUMAH AWAM BERTAM ULU, 76450 MELAKA


PERTUBUHAN: 76450 MELAKA TENGAH MELAKA

NO FAKS
NO TELEFON : 01111936833
(JIKA ADA):

BILANGAN BILANGAN
30 0
KEAHLIAN : CAWANGAN:

BAHAGIAN B: MAKLUMAT MENGENAI KEDUDUKAN KEWANGAN

Jenis akaun: SEMASA


Nama Bank/Caw.Bank BANK ISLAM
No. Akaun 04042010019177

Sumber Kewangan
(Peruntukan kewangan yang akan disediakan oleh pertubuhan untuk pelaksanaan
program ini)
a. Sumber kewangan oleh pertubuhan sendiri (jika ada): RM 1000

b. Sumbangan daripada sumber lain (jika ada)


Nama agensi kerajaan/swasta:
Jumlah: RM0

RM: 0 x 0 Orang
c. Bayaran daripada peserta (jika ada):
Jumlah(RM): 0

Jumlah keseluruhan: RM 0

Pernah/ tidak pernah menerima pembiayaan atau geran dari JPPM.


Tiada

Peruntukan kewangan yang dimohon untuk program ini adalah RM 10000


PERTUBUHAN KEBAJIKAN NUR INSANI

Program 1

1. Tajuk:
PROGRAM MOTIVASI RUMAHKU SYURGAKU PERTUBUHAN KEBAJIKAN NUR INSANI
BAGI PENDUDUK KOMPLEKS ASNAF SERTA AGIHAN BANTUAN GELANDANGAN,
FAKIR MISKIN, ASNAF, ORANG TUA DAN ANAK YATIM MEMERLUKAN SEKITAR
NEGERI MELAKA

2. Tujuan:
Kertas kerja ini dikemukakan untuk memohon bantuan dana dalam bentuk kewangan bagi
membolehkan Pertubuhan Kebajikan Nur Insani menjalankan Program Motivasi Rumahku
Syurgaku Pertubuhan Kebajikan Nur Insani Bagi Penduduk Kompleks Asnaf Serta Agihan
Bantuan Gelandangan, Fakir Miskin, Asnaf , Orang Tua & Anak Yatim Memerlukan Sekitar
Negeri Melaka

3. Latar belakang:
Pertubuhan Kebajikan Nur Insani yang telah berdaftar secara rasmi dengan Jabatan
Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) merupakan sebuah organisasi yang tidak
berasaskan keuntungan. Pertubuhan Kebajikan Nur Insani secara aktif menjalankan
kegiatan kebajikan masyarakat dalam membantu golongan asnaf, fakir, miskin, anak yatim
dan golongan yang tidak berkemampuan.

Justeru itu, pihak kami mengambil inisiatif untuk menjalankan Program Rumahku Syurgaku
dan Program Agihan bantuan yang merupakan satu inisiatif Kemanusiaan dan Kebajikan
hasil cetusan idea daripada Pertubuhan Kebajikan Nur Insani setelah mengambil kira orang
ramai yang sangat terkesan dan dalam kesusahan selepas pasca pandemik Covid-19 yang
melanda negara. Kami di Pertubuhan Kebajikan Nur Insani menerima banyak laporan dan
aduan yang meminta pihak kami membantu dari segi permasalahan keluarga golongan
asnaf dan ramai yang masih terkesan kerana tiada makanan asas, memohon bantuan ubat
ubatan dan tidak kurang juga ada yang tidak mempunyai tempat tinggal, asnaf-asnaf yang
sakit, gelandangan yang tidak terbela nasibnya dan ramai lagi golongan yang terkesan
ketika pasca Pandemik Covid-19 melanda.

Program Motivasi Rumahku Syurgaku dan Agihan bantuan seperti ini sebenarnya amat-
amat diperlukan oleh masyarakat terutamanya golongan fakir miskin, asnaf, gelandangan
dan golongan yang sangat memerlukan kerana keadaan pasca pandemik Covid-19 pada
ketika ini sangat kritikal yang menyebabkan sangat ramai masyarakat terkesan. Malahan,
kadar kes bunuh diri atau percubaan bunuh diri yang semakin meningkat mutakhir ini cukup
membimbangkan disebabkan tekanan hidup masyarakat pada hari ini. Antara faktor
pendorong adalah disebabkan stress, depresi dan kemurungan melampau kerana masalah
kewangan, hutang dan masalah keluarga.

4. Objektif:
Pencapaian objektif yang disasarkan adalah seperti berikut:
• Memberi kesedaran betapa hidup berkeluarga satu kepentingan, sepertimana
menghidupkan amalan berkeluarga RasulAllah SAW di rumah.
• Mewujudkan budaya kehidupan cara islam yang sebenar dalam kalangan asnaf dan fakir
miskin
• Mewujudkan budaya solat berjemaah terutamanya untuk solat 5 waktu dalam kalangan ahli
keluarga bagi mewujudkan sifat kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga mengikut islam
• Membantu asnaf dan fakir miskin yang dalam masalah tekanan hidup dan bermasalah
dalam hubungan keluarga
• Membantu masyarakat yang berada di dalam kesempitan hidup .
• Mengurangkan beban masyarakat yang tertekan dan mempunyai masalah bebanan hidup
yang sangat kritikal
• Memberi bantuan kemanusiaan kepada masyarakat yang kurang berkemampuan agar
pihak NGO dapat mendalami dan memahami permasalahan dan keperluan mereka dengan
lebih jelas.
• Menggerakkan dan menyusun pasukan sukarelawan Pertubuhan Kebajikan Nur Insani
yang sama-sama ingin menyumbang khidmat bakti bagi membantu melancarkan perjalanan
program agihan bantuan
• Membantu masyarakat setempat seluruh negeri Melaka bagi menjalani hidup lebih baik

5. Komponen program:

i. Cadangan tarikh:
Tarikh 1: 23-07-2022
Tarikh 2: 06-08-2022
Tarikh 3: 20-05-2022
ii. Cadangan tempat:
A) Program Motivasi Rumahku Syurgaku (Kompleks Asnaf Flat Al Ihsan, Taman
Kenanga Tengkera)
B) Agihan Bantuan Gelandangan, Fakir Miskin, Asnaf , Orang Tua & Anak Yatim
Memerlukan Sekitar Negeri Melaka (Rumah gelandangan, fakir miskin, asnaf , orang
tua & anak yatim memerlukan sekitar negeri Melaka)
iii. Kumpulan sasar
A) Penduduk Kompleks Asnaf Flat Al Ihsan, Taman Kenanga , Tengkera
B) Golongan gelandangan, fakir miskin, asnaf , orang tua & anak yatim memerlukan
sekitar negeri Melaka
iv. BILANGAN PESERTA
200
v. KAEDAH PERLAKSANAAN
A) Tarikh: 23 Julai 2022
Tempat: Kompleks Asnaf Flat Al Ihsan, Taman Kenanga Tengkera
Bilangan perserta : 100 orang
Kaedah pelaksanaan : Program Rumahku Syurgaku melibatkan konsultan dan
penceramah yang berpengalaman dalam mengendalikan program keagamaan
melibatkan golongan Asnaf dan Fakir Miskin. Pengisian program sepanjang seharian
bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang akan menekankan aspek-aspek keagamaan
seperti penekanan kepentingan motivasi hubungan kasih sayang mengikut islam
dalam keluarga, solat Jemaah 5 waktu, post mortem masalah kekeluargaan dan solusi
permasalahan yang berlaku dalam kalangan asnaf dan fakir miskin.

B) Tarikh : 6 Ogos 2022


Tempat : Rumah gelandangan, fakir miskin, asnaf , orang tua & anak yatim
memerlukan sekitar negeri Melaka
Bilangan perserta : 100 orang
- Kaedah pelaksanaan : Agihan bantuan gelandangan, fakir miskin, asnaf , orang tua
dan anak yatim memerlukan sekitar negeri Melaka oleh Pertubuhan Kebajikan Nur
Insani bersama sukarelawan yang akan diagihkan mengikut kumpulan-kumpulan
bermula jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang.
6. Anggaran Perbelanjaan:

SIRI 1
Jumlah
Perkara
(RM)
Pengisian dan pengendalian kursus sepenuhnya
oleh pihak konsultan yang terdiri daripada 5
2000
penceramah dan 5 orang tenaga pengajar atau
fasilitator. Kadar upah setiap seorang adalah RM200
Kemudahan lengkap Set PA sistem , projektor. 500
Program explorace outdoor 500
Nota-nota modul, kertas, marker, mahjong paper. 500
Kelengkapan teambuilding, kelengkapan kursus
1000
sepenuhnya.
Makan dan minum perserta 1500
SIRI 2
Jumlah
Perkara
(RM)
100 Kit makanan keperluan asas seperti beras,
gula, tepung, minyak, telur, sardine, susu tin, biskut 4000
dan teh untuk 100 penerima
SIRI 3
Perkara Jumlah (RM)

Jumlah Perbelanjaan: RM 10000


7. FAEDAH/OUTCOME
Program Motivasi Rumahku Syurgaku dan Agihan Bantuan Gelandangan, Fakir Miskin,
Asnaf , Orang Tua & Anak Yatim Memerlukan Sekitar Negeri Melaka adalah proses secara
progresis dan bersungguh sungguh bagi mendidik dan melatih akal, jasmani dan roh
golongan asnaf dan fakir miskin dengan berasaskan nilai-nilai islamiah yang berteraskan
wahyu untuk melahirkan masyarakat yang bertaqwa dan mengabdikan diri kepada Allah
S.W.T dengan penglibatan golongan asnaf dengan menggunakan penempatan mereka
sebagai tempat yang paling dekat bagi menjayakan program.

8. KESIMPULAN
Diharapkan agar segala perancangan input yang disemai dan ditanam untuk membantu
golongan asnaf dan fakir miskin akan membuahkan hasil yang memberangsangkan,
kerjasama daripada semua penyumbang, tenaga gerak kerja adalah penting demi
menjayakan program ini. Melalui program seperti yang dirancang, golongan asnaf dan fakir
miskin dapat dibantu dari pelbagai aspek rohani, sosial dan fizikal agar golongan ini tidak
terus diabaikan dan dipandang serong oleh masyarakat. Sekian, didahuluinya dengan
ucapan ribuan terima kasih.
Catatan akuan perbincangan ajk

Program Motivasi Rumahku Syurgaku dan agihan bantuan gelandangan, fakir miskin, asnaf
, orang tua dan anak yatim memerlukan sekitar negeri Melaka telah dipersetujui oleh Ahli
Jawatankuasa melalui Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Kebajikan Nur Insani Kali
Kedua pada 9 April 2022

Pemohon:
SYUKRI BIN MOHD PIAH

880408045279
SETIAUSAHA
01111936833

Pengakuan:
Sekiranya kami didapati memberikan maklumat tidak benar atau palsu, kami boleh
disabitkan kesalahan dibawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh
dikenakan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga (3) tahun dan
boleh juga dikenakan denda.
RUMUSAN PERMOHONAN
Jumlah Permohonan: RM 10000

Perbelanjaan
program 1: RM 10000
Jumlah Perbelanjaan: RM 10000

Senarai Semak

Bil. Perkara Status

1. Borang permohonan lengkap Selesai

2. Lampiran Selesai

3. Kertas kerja program Selesai

4. Perakuan AJK Selesai

You might also like