Guru Yang Saya Sayangi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Guru yang Saya Sayangi

Setiap murid pasti mempunyai guru kelas. Guru kelas saya


Bernama Cikgu diana. Cikgu Diana merupakan seorang guru
yang sangat rajin dan berdedikasi. Beliau mengajar kami
Bahasa Malaysia.

Cikgu diana seorang yang peramah. Air mukanya


sentiasa manis dan bersemangat. Air mukanya sentiasa manis
dan bersemangat. Beliau mudah memberikan senyuman dan
tidak sombong.

Beliau sangat mengambil berat tentang pelajaran kami.


Beliau mengajar kami dengan bersungguh- sungguh.
Sekiranya kami menghadapi sebarang masalah dalam
pelajaran, beliau tidak jemu- jemu menjelaskan untuk kami.

Cikgu Diana juga seorang guru yang baik hati. Sekiranya


kami menghadapi masalah, beliau akan menghulurkan tangan
untuk memberikan bantuan.

Cikgu Diana sering menasihati kami supaya menjadi


murid yang baik dan tekun belajar. Dia tidak pernah memukul
kami tetapi selalu menegur kami jika melakukan kesalahan.

Saya sangat sayang akan Cikgu Diana. Saya berasa


gembira dan bangga kerana mempunyai seorang guru kelas
yang baik dan bertanggungjawab seperti Cikgu Diana.
Kawan Baik Saya

Saya tinggal di Taman Ipoh. Nama kawan karib saya ialah


Lee Tak Wah. Kami berkawan sejak lima tahun yang lalu.

Lee Tak Wah akan kedua dariapda tiga orang adik-


beradik. Bapanya bekerja sebagai seorang guru manakala
ibunya pula seorang kerani di pejabat kerajaan.

Lee Tak Wah mempunyai seorang abang dan seorang


adik perempuan. Nama abangnya Lee Tak Seng manakala adik
perempuannya Bernama Lee Mei Ling. Lee Tak Seng berumur
empat belas tahun. Dia bersekolah di sebuah sekolah
menengah. Lee Mei Ling pula berumur enam tahun. Dia masih
bersekolah tadika.

Lee Tak Wah seorang yang peramah dan baik hati. Kami
belajar di dalam kelas yang sama. Selepas sekolah, kami
selalu membuat kerjs sekolah Bersama- sama. Kami juga
mempunyai hobi yang sama. Kami suka membaca buku cerita
dan menonton televisyen.

Lee Tak Wah juga handal bermain badminton. Dia


berlatih badminton pada setiap hari Selasa di sekolah kami.
Dia bercita- cita untuk menjadi seorang pemain badminton
bertaraf dunia. Pada masa lapang, saya suka bermain
badminton dengannya. Kami bermain badminton di halaman
rumah saya.

Saya berasa bertuah kerana mempunyai kawan yang


baik hati. Saya berharap persahabatan kami akan kekal buat
selama- lamanya.

You might also like