Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

MENGHINDARI RASUAH DI KALANGAN MURID

MAKSUD RASUAH :

Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), rasuah bermaksud :


“Penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu
kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas
rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah dan
diskaun.”

Rasuah di kalangan pelajar sekolah pula adalah berbentuk tawaran hadiah, perlindungan
dan sebagainya untuk kepentingan diri sendiri dan juga salah guna kuasa untuk melindungi
rakan atau pelajar lain daripada dikenakan tindakan dan hukuman.

KESAN RASUAH :

1. KESAN KEPADA DIRI :


1. Mengaibkan diri sendiri.
2. Rakan-rakan akan memberi pandangan yang negatif.
3. Tiada keberkatan dalam apa juga yang dilakukan.
4. Hilang nilai moral dan juga kepercayaan orang.
5. Menjejaskan pelajaran dan masa depan.
6. Menimbulkan gejala buli dan samseng di kalangan pelajar.

2. KESAN KEPADA MASYARAKAT :


1. Merosakkan moral dan etika masyarakat.
2. Meruntuhkan ekonomi masyarakat.
3. Melahirkan masyarakat yang tidak berkemahiran.
4. Merosakkan moral dan etika dalam masyarakat.

3. KESAN KEPADA NEGARA :


1. Merosakkan sistem perundangan dan pemerintahan negara yang berkesan.
2. Menghalang pembangunan negara dan menjadi tidak seimbang.
3. Menjatuhkan imej dan kredibiliti negara.

KESIMPULAN :
amalan rasuah mempunyai kesan yang merosakkan kepada masyarakat dan negara.
Masyarakat akan mengalami kejatuhan moral dan kurang kepercayaan terhadap institusi,
sementara ekonomi terjejas oleh ketidaksamarataan dan ketidakadilan. Di samping itu,
negara juga bakal menghadapi kelemahan dalam sistem pemerintahan dan pembangunan
secara keseluruhan. Untuk mengatasi amalan rasuah, kesedaran dan pendidikan
masyarakat perlu ditingkatkan. Selain itu, tindakan tegas dan penguatkuasaan undang-
undang yang berkesan juga perlu dilaksanakan tanpa belas kasihan. Sebagai pelajar
sekolah, kita hendaklah melakukan sesuatu kerja dengan ikhlas, amanah dan telus tanpa
mengharapkan balasan dan menolak sebarang unsur atau sebarang pemberian yang diragui
agar gejala rasuah di kalangan pelajar akan terhapus sepenuhnya.

You might also like