Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Soalan :

Dasar pendidikan negara kita seiring ataupun menyokong pengaruh


penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan, dan
apakah contoh penggunaannya di dalam bidang pendidikan masa kini.

Panel Kedua :
Terima kasih tuan moderator. Pertamanya terima kasih kerana
menjemput saya bagi berkongsi maklumat berkaitan forum kita pada hari
ini.

Berbalik kepada soalan tadi tentang dasar pendidikan negara yang


menyokong penggunaan TMK dalam pendidikan. Untuk makluman,
kerajaan Malaysia melalui Rancangan Malaysia Ke-9 (2006-2010) telah
menyatakan bahawa prasarana TMK

yang mencukupi akan diagihkan kepada semua institusi pendidikan di


negara ini termasuklah pelaksanaan kurikulum TMK dalam
pembelajaran, pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan
pembelajaran, menaik taraf pengetahuan dan kemahiran TMK,

pengaplikasian TMK dalam sistem pengurusan sekolah serta


memperbaiki kemudahan dan kelengkapan TMK dari semasa ke
semasa.

Ianya turut dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan


Malaysia dimana pembangunan TMK dalam pendidikan akan
dilaksanakan dengan tujuan utamanya adalah untuk mempertingkatkan
pembangunan infrastruktur TMK

selain daripada meluaskan akses dan ekuiti kelengkapan TMK,


mewujudkan kurikulum berasaskan TMK (TMK-based), meningkatkan
sistem penilaian menggunakan TMK, dan meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran TMK di kalangan pelajar, guru-guru dan staf-staf lain.

Kalau kita kaitkan dengan masa kini, TMK merupakan hanya satu
alternatif bagi menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran iaitu
melalui PDPR.

Guru menggunakan pelbagai kaedah atau Teknik untuk


menjalankan pdpr. Contohnya seperti Google Meet, Zoom, Google
Classroom, Edelima , youtube dan lain-lain lagi.

Kepentingan TMK ini dapat kita lihat dgn lebih lanjut apabila Menteri
Pendidikan kita mengumumkan tentang pengagihan sebanyak 150 ribu
peranti kepada murid-murid yang memerlukannya.

Utk makluman para hadirin, sebanyak 12,887 telah diagihkan kepada 95


buah sekolah, sebanyak 40 290 akan diagihkan selewat-selwatnya
sebelum 12 Jun 2021 dan bakinya diagihkan sebelum September 2021.

Oleh itu, penggunaan dan pengaplikasian TMK dalam konteks


pendidikan di Malaysia adalah faktor utama yang menyumbang kepada
cabang ilmu baru dalam era informasi kini.
Soalan : Budaya teknologi maklumat dan komunikasi ini akan
memudahkan atau lebih membebankan guru? Dan apakah pula peranan
guru dalam menjayakan penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi ini dalam pendidikan terutamanya semasa pandemik Covid-
19 ?

Panel kedua :

Pada pendapat saya, TMK sememangnya membantu dan memudahkan


tugas-tugas guru. Tidak timbul soal membebankan guru kerana
kewujudannya serta fungsinya lebih kepada untuk membantu dan
memudahkan tugas guru. Bagaimana ianya dapat membantu?

Guru dapat menggunakan kemudahan ini bagi melaksanakan pdpr


dengan lebih menarik dan berkesan serta ianya memudahkan untuk
mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan.

Namun ini berbalik kepada sikap guru juga. Ada sesetengah guru
yang mungkin mempunyai ideologi yang berbeza, dan meletakkan
pengaruh negatif terhadap penggunaan TMK dalam pendidikan ini.

Contohnya apabila seorang guru yang tidak berminat dengan


penggunaan TMK, ataupun tidak mempunyai kemahiran dalam
penggunaannya, guru tersebut akan berasa terbeban dan sukar
terutamanya semasa melaksanakan pdpr.

Berbanding guru yang mempunyai kemahiran, mempunyai


pengetahuan, mengetahui kebaikkan penggunaan TMK ini, guru-guru ini
tidak akan merasa terbeban malahan berasa lebih lega kerana
mempunyai alat bantuan yang efektif bagi menjayakan pengajaran
mereka.
Pada masa kini, TMK sepatutnya dilihat sebagai satu keperluan. Kita
tidak boleh lagi menafikan kegunaannya sangat penting dan meluas
dalam kehidupan seharian kita. Guru-guru seharusnya melengkapkan
diri dengan memantapkan lagi pengetahuan dan kepakaran dalam
bidang ini, seiring dengan peredaran masa dan kecanggihan teknologi
yang kian pesat membangun.

Hal ini sangat penting kerana sebagai seorang guru, tugas kita bukan
hanya mengajar murid menulis dan membaca. Kita juga
bertanggungjawab dalam menentukan kemajuan pendidikan di Malaysia
yang tercinta ini.

You might also like