Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 23

Beyond Water

Setiap benda hidup mempunyai kod genetik yang disebut


DNA atau Asid Deoksiribonukleik yang terdiri daripada 90% air. DNA manusia
merupakan kod genetik yang kita warisi dari ibu bapa, yang mengandungi arahan-
arahan genetik yang mengawal perkembangan dan fungsian semua organisma hidup
yang diketahui. DNA merupakan bahan yang menyebabkan anak ikan membesar
menjadi ikan dan benih epal membesar menjadi pokok epal. Walaupun air boleh
wujud secara sendiri tapa DNA, namun sebaliknya tidak boleh - tapa air, kod DNA
yang penting ini tidak boleh wujud atau terus hidup.

Air tanpa DNA -> Air boleh wujud


DNA tanpa air - > DNA tidak boleh wujud =
Tiada Kehidupan

Air Dan Keajaiban Kehidupan Manusia

Telur persenyawaan manusia terdiri lebih daripada 90% air.


Apabila fetus berada di dalam rahim, ia dilitupi 100% air.
Plasenta, organ yang membekalkan fetus dengan nutrien penting serta membantu
mengeluarkan sisa buangan fetus juga mengandungi lebih 85% air. Apabila manusia
membesar, kandungan air purata tubuh manusia berbeza-beza antara
45-80% berat tubuh, dan kandungan air di dalam tubuh menurun dengan peningkatan
usia.
Penurunan
beransur-ansur kandungan air in lebih jelas pada mereka yang mengalami obesiti.
Golongan wanita juga mempunyai
kandungan air purata yang lebih rendah kerana mempunyai kandungan lemak yang
lebih tinggi. Apabila usia kita meningkat, kandungan air dalam tubuh akan mula
menurun dan pengurangan air in adalah salah satu tanda-tanda penuaan manusia.

Tahap Kandungan Air yang Menurun pada


Tubuh Manusia
Bayi - 90%
Lelaki Dewasa - 70%
Wanita Dewasa - 65%
Golongan Tua - 50%

Kepentingan Air Terhadap Tubuh Manusia

Mengapakah air begitu penting kepada kehidupan? Semua kehidupan bergantung


kepada sifat pemberi-kehidupan unik yang dimiliki oleh air. Air terdiri daripada
anggaran 70% berat tubuh kita dan ia terlibat dalam hampir semua proses penting
yang menyokong kehidupan. la membantu mengangkut nutrien, oksigen dan bahan
buangan daripada dan kepada sel. la diperlukan untuk fungsi sistem pencernaan, saraf,
endokrin dan peredaran
serta mengawalatur suhu tubuh.
Tambahan kepada peranan air terhadap penyelenggaraan tubuh kita setiap hari, air
juga memainkan peranan utama untuk mencegah penyakit.

Air atau bendalir di dalam tubuh manusia diganti setiap 18 ke 24 hari. Proses ini
menunjukkan betapa pentingnya tubuh
mendapatkan air yang bersih dan sihat
supaya fungsian tubuh dan sel dapat

beroperasi pada kesihatan yang optimum.


Sekiranya air tidak tulen, bendasing tersebut akhirnya akan menjejaskan keseluruhan
tubuh kerana air mengalir melalui setiap sel tubuh kita. Bertrilion sel tubuh
memerlukan air yang bersih untuk berfungsi dan menyingkirkan bahan buangan. Sel
yang lebih sihat merangsang tubuh yang lebih sihat! Sel kanser berbahaya adalah
contoh sel yang amat tidak sihat.

Kita juga perlukan air untuk kehidupan seharian misalnya untuk memasak atau untuk
membancuh kopi dan minuman lain.
Tampa air, tiada sebarang fungsi dapat dijalankan. Ringkasnya, tapa air maka tiada
kehidupan, tiada manusia, tiada haiwan, tiada tumbuhan dan anda juga mungkin tidak
wujud untuk membaca buku ini!

Tulang 22%
Otot 75%
Jantung 79%
Paru-paru 80%
Otak 82%
Ginjal 83%
Darah 83%
Hati 86%

Fungsi Penting Air

Peranan Air Kepada Tubuh Kita


• Menolong mencegah sembelit.
• Menolong menyingkirkan sisa buangan dan bendasing menerusi ginjal.
• Membekalkan bendalir untuk sel-sel, organ-organ dan tisu-tisu tubuh yang lain.
. Memastikan tubuh sentiasa terhidrat untuk membawa nutrien dan oksigen kepada
sel.
• Medium penting untuk semua fungsi sel.
• Menolong merangsang penampilan kulit yang cerah, sihat dan berseri-seri.
• Menolong menghasilkan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.
• Menolong pelinciran di antara sambungan sendi.
• Merangsang kesihatan sistem pencernaan.
• Air adalah pelekat yang mengikat struktur sel anda.
• Mengurangkan penakungan bendalir dan meningkatkan fungsi-fungsi kelenjar dan
hormon.
• Air mengawalatur suhu tubuh, memelihara keseimbangan.
• Menolong hati mengurai dan menyingkirkan lebih banyak lemak.
• Air membawa setiap nutrien, mineral, vitamin, protein, hormon dan pengutus kimia
dalam tubuh ke destinasi masing-masing.
• Protein dan enzim iaitu bahan asas kepada penyembuhan tubuh dapat berfungsi
secara efisien apabila terdapat air yang mencukupi.
• Tenaga harian anda bergantung kepada air kerana tindak balas kimia tubuh juga
bergantung kepada air.
• Tisu-tisu otak terdiri daripada 82% air. Maklumat dari otak dihantar ke bahagian lain
menerusi "laluan air".

Kitaran Air

Kitaran Hidrologi atau kitaran air adalah pergerakan air melalui hidrosfera - kawasan
yang melingkungi segenap ruang atmosfera serta permukaan bumi. Alam semula jadi
menggunakan sistem rawatan air yang menakjubkan yang terdiri daripada matahari
dan elemen semula jadi bumi yang lain untuk menjalankan kitaran hidrologi. Matahari
menggerakkan keseluruhan kitaran hidrologi melalui dua proses utama - kondensasi
dan penyejatan. Apabila matahari memanaskan permukaan air, penyejatan air akan
berlaku dan akhirnya sampai ke atmosfera sebagai wap air. Wap air menyejuk dan
menaik, membentuk awan yang akhirnya dikondensasi
kepada titisan air besar yang mendap sebagai hujan, hujan beku atau salji.

Sepanjang 40 tahun lalu, alam sekitar kita telah mengalami perubahan ketara dan
proses kitaran air semula jadi bumi telah banyak dipengaruhi oleh pelbagai pencemar
beracun. Air telah tercemar ole pelbagai bahan cemar industri, kimia dan biologi yang
mengalir ke dalam tasik, kolam, sungai, anak sungai, laut, empangan dan akhirnya
mencemari bekalan air minuman kita.

Suatu masa dahulu, air semula jadi dari mata air, perigi, tasik dan sungai adalah lebih
tulen dan tidak tercemar.
Air yang wujud ketika itu adalah air semula jadi yang tulen dan bersih dengan
gugusan molekul air rendah yang membolehkan sel tubuh menyerap nutrien dan
menyingkirkan bahan buangan berbahaya dengan lebih baik. Mereka yang minum air
sedemikian menjadi sihat dan jarang mengalami penyakit moden seperti kanser,
tekanan darah tinggi, kencing manis, dll.

Pencemaran Air -
Ancaman Terhadap Air Minuman Kita

"Bukti saintifik jelas mengesahkan kaitan antara pengambilan bahan toksik di dalam
air minuman dan akibat langsung kesihatan awam yang serius seperti peningkatan
kematian kerana penyakit kanser."
Terdapat lebih 2,000 pencemar organik dan bukan organik yang dikenalpasti di dalam
air minuman dan menjelang tahun
1990-an hanya 10% daripada jumlah tersebut telah dikenalpasti, dan in menunjukkan
bahawa terdapat lebih 90% bahan organik dan bukan organik yang tidak dikenalpasti
namun boleh menyebabkan kesan toksik bahaya terhadap bekalan air kita. Di antara
lebih daripada 2,000 pencemar yang ditemui di dalam air minuman, terdapat lebih
daripada 100 karsinogen yang diketahui tau karsinogen yang disyaki serta lebih
daripada 50 pencemar toksik kronik. Masalah utama yang disebabkan ole pencemaran
air adalah ia mencemar air pada sistem minuman kita dengan bahan kimia, logam
berat, pencemar organik dan bukan organik, pestisid dan pelbagai pencemar
berbahaya lain yang membawa implikasi yang serius terhadap kesihatan kita.

Jenis-jenis Pencemar Air


Mikroorganisma
Bahan Kimia Bukan
Pembasmi
Organik
Hasil Sampingan Pembasmi Bahan Kimia Organik

Klarin Di Dalam Air Paip - Mengapakah Klorin Sangat Berbahaya

"Menurut Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (EPA), klorin


merupakan pestisid yang digunakan untuk membunuh organisma hidup. Apabila kita
meminum air yang mengandungi klorin, a memusnahkan sel dan tisu di dalam tubuh
kita."
"Memasukkan klorin dalam bekalan air adalah ibarat memulakan bom jangka. Kanser,
masalah jantung, nyanyuk sebelum waktu; kedua-dua keadaan fizikal dan mental
dipengaruhi ole bekalan air yang dirawat dengan klorin. la membuatkan kita tua
sebelum waktunya dengan menghasilkan tanda-tanda penuaan seperti pengerasan
arteri darah."

Dr. Herbert Schwartz, Ahli Kimia Biologi

Penambahan klorin ke dalam air minuman bermula sejak akhir 1800-an dan untuk
hampir seabad lamanya klorin telah dianggap sebagai bahan tambahan kepada bekalan
air minuman yang tidak pernah dipersoalkan. Masyarakat moden telah sedia
menerima klorin sebagai
"selamat". Sebaliknya, klorin sebenarnya boleh menyebabkan bahaya serius terhadap
sistem peredaran, imun dan hormon tubuh. la berlaku kerana klorin amat reaktif dan
apabila disatukan dengan sebarang bahan yang boleh dioksidakan akan membentuk
sebatian sekunder yang boleh menukarkannya menjadi

toksin berbahaya. Sebagai contoh, nutrien fitokimia semula jadi pada buah-buahan
dan sayur-sayuran boleh bertukar kepada bahan penyebab kanser berbahaya apabila
disatukan dengan air berklorin. Apabila klorin ditambahkan kepada air minuman, ia
akan bersatu dengan bahan semula jadi lain untuk membentuk Trihalometana atau
THM.
Hasil sampingan klorin ini adalah amat karsinogenik dan boleh mencetuskan
pengeluaran radial bebas di dalam tubuh lalu menyebabkan kerosakan sel merbahaya.

Klorin Dan Kanser

Kajian terbaru ke atas 150,000 kelahiran sepanjang tempoh tiga tahun di Negara-
negara Nordic mendapati bahawa risiko kecacatan lahir meningkat secara ketara di
kawasan di mana klorin ditambahkan ke dalam air minuman. Para saintis juga telah
membuktikan kaitan antara klorin dan peningkatan risiko kanser usus, ginjal dan
pundi serta kaitan antara pengambilan toksin di dalam air minuman dan peningkatan
risiko kematian akibat kanser.

Institut Kanser Nasional Amerika Syarikat menganggarkan risiko kanser untuk orang
yang meminum air berklorin adalah 93% lebih tinggi berbanding dengan orang yang
tidak meminumnya. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menganggarkan
lebih daripada 3,000,000 orang mati setiap tahun akibat meminum air yang tidak
selamat.

Hasil Sampingan Pembasmi Klorin (DBP)

Klorin adalah bahan yang sangat aktif dan a bertindak dengan bahan yang wujud
semula jadi untuk membentuk sebatian yang dikenali sebagai Hasil Sampingan
Pembasmi
(DBP - Disinfectant By-Products). DBP yang paling biasa terbentuk apabila klorin
digunakan jalah Trihalometana (THM), dan asid haloasetik (HAA). Empat THM
utama termasuklah klorofom, bromofom, bromodiklorometana
dan dibromoklorometana. Terdapat lima
HAA - asid kloroasetik, asid dikloroasetik, asid trikloroasetik, asid bromoasetik dan
asid dibromoasetik.

Apakah Kesan DBP Terhadap Kesihatan?

OBP telah dikaitkan dengan kanser usus, pundi dan rektum.


Klorin juga mempengaruhi fungsi hati dan ginjal manusia bagi pendedahan akut dan
jangka panjang. Dalam kaiian makmal ke atas mencit dan tikus, bromofom,
bromodiklorometana dan dibromoklorometana THM didapati menyebabkan
perubahan negatif pada fungsi ginjal dan hati. THM juga telah dikaitkan kepada
keguguran awal dan kecacatan lahir.

Pencemar Berbahaya Di Dalam Air Masak

Para pengguna di seluruh dunia dinasihatkan agar memasak air minuman sebelum
diminum supaya klorin dalam air dapat tersejat keluar.
Tetapi ramai pengguna tidak sedar bahawa air paip mengandungi sejumlah klorin
bebas dan pencemar organisma lain yang banyak hinggakan untuk memastikan semua
klorin tersingkir, air terpaksa dididih selama lebih 20 minit pada suhu 100°C.
Meskipun begitu, air mash tetap mengandungi logam berat, bahan kimia toksik dan
lain-lain pencemar berbahaya yang tidak boleh dihapuskan secara pendidihan. Haba
daripada air yang mendidih menyebabkan tindak balas kimia dan menghasilkan
Trihalometana (THM) dan sebatian klorin yang lain. THM merupakan hasil
sampingan pembasmi dan merupakan bahan karsinogen yang amat toksik.

Faktor Kritikal Kesihatan - Air Minuman Yang Bersik

Seorang dewasa bolen jatun sakit kerana pelbagai sebab dan musabab. la mungkin
berpunca daripada diet yang tidak seimbang, tekanan, kekurangan tidur, faktor
persekitaran dan sebagainya. Bandingkan situasi in dengan keadaan bay yang baru
dilahirkan yang hanya meminum susu tepung. Susu yang diminum terdiri daripada air
dan susu tepung yang sebenarnya mengandungi lebih daripada 90% air. Jika susu
tepung adalah selamat untuk diminum dan bai tidak mengalami keadaan negatif
seperti yang dihadapi ole orang dewasa, mengapakah bayi mash boleh jatuh sakit
selepas minum susu?

Punca nyata penyebab penyakit bayi tersebut adalah air minuman yang diminum bay
tersebut berkualiti rendah.
Contoh ini menunjukkan kepentingan kritikal dan kesan langsung air terhadap
keshatan manusia dan betapa pentingnya meminum air bersih demi mengekalkan
kesihatan yang baik.

Air Minuman Tercemar - Penyebab Utama Penyakit Hari Ini

"Menurut laporan Program Alum Selitar


Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNEP),
setiap lapan saat seorang kanak-kanak
meninggal disebabkan oleh penyakit
bawaan air dan 80% penyakit di negara-negara
membangun
adalah
disebabkan oleh air yang tercemar."
Air minuman tercemar adalah penyebab
utama penyakit manusia hari ini.
Pencemaran air yang serius telah
mencemarkan air minuman lalu menvebabkan molekul air dalam sel dan organ tubuh
tidak dapat berfungsi secara optimum, lantas menyebabkan tercetusnya pelbagai
penyakit berbahaya. Penyakit bawaan air disebabkan oleh mikroorganisma patogen di
dalam air
minuman. Menurut Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO), penyakit cirit-birit adalah punca lebih daripada 1.7 juta orang
meninggal setiap tahun dengan sebahagian besarnya disebabkan oleh pencemaran air
minuman.

Walaupun bilangan hospital meningkat setiap tahun dan teknologi perubatan


berkembang pesat, para doktor hari ini masih lagi tidak dapat menangani peningkatan
bilangan penyakit yang mengancam manusia. Sains perubatan mungkin boleh
menyembuh banyak penyakit tetapi faktor penting yang perl difahami ialah
pencemaran air minuman kita adalah punca utama meningkatnya bilangan penyakit
masa kini manakala penyediaan bekalan air minuman yang bersih, tulen dan tidak
tercemar merupakan satu cara efektif untuk mengatasi masalah ini.

Air Tercemar dan Akibatnya Yang Membawa Maut:

• Lebih daripada 80% penyakit adalah disebabkan oleh air tercemar.


• Setiap 8 saat, seorang kanak-kanak meninggal disebabkan oleh penyakit bawaan air.
• Penyakit bawaan air adalah penyebab utama kematian kanak-kanak di bawah usia
5 tahun.
• Setiap tahun lebih daripada 1.7 juta kanak-kanak di dunia meninggal kerana cirit-
birit atau 4,000 kematian setiap hari.
13 Beyond Water - Air Hidup Semula Jadi

Air Hidup Semula Jadi Yang Tulen

Rahsia Alam Untuk Hayat


Bebas Penyakit
Terdapat lima tempat di bumi ini penduduknya mampu hidup melebihi 100 tahun,
sihat dan bebas penyakit.
Kelima-lima
tempat ini terletak di China, Rusia, Itali, Jepun dan Pakistan.
Penduduk di sini menikmati kesihatan yang baik tapa kanser, karies gigi atau penyakit
maut lain dan mereka tetap lasak dan kuat - berupaya melahirkan anak walaupun pada
usia tua.
Para penyelidik dan saintis antarabangsa telah mendapati penyebab yang
menyumbang kepada fenomena in adalah alasan yang asas - penggunaan air yang
segar, bertenaga, memperbaiki kehidupan setiap hari iaitu Air
Hidup Semula Jadi.

Kebaikan berfungsi meminum Air


Hidup Semula Jadi yang dicas secara semula jadi oleh medan geomagnetik semula
jadi bumi merangkumi peningkatan penyerapan dan penggunaan nutrien melalui salur
pencernaan serta kebolehan sel yang dipertingkatkan untuk menyerap air bagi
mengekalkan penghidratan sel yang lebih sihat. Air Hidup Semula Jadi kaya dengan
oksigen, mineral dan mikronutrien yang dipercayai dapat menolong mengurangkan
penuaan dan menggalakkan kecergasan dan tenaga.
Ciri-ciri Utama Air Hidup Semula Jadi Yang Tulen:
• Saiz gugusan molekul air yang lebih kecil (4-5 molekul setiap gugusan)
• Kualiti tulen
• Bersifat merangsang 'kehidupan'
• Mengandungi mineral semula jadi

Air Hidup Semula Jadi Dari Beyond Water

Sistem aliran selari pelbagai kebuk, pelbagai peringkat Beyond Water yang unik
menghasilkan semula Air Hidup Semula Jadi menerusi kombinasi unik fungsi
penapisan, penulenan, pengaktifan, Sinar Inframerah Jauh (FIR) dan pemagnetan.

Dengan Beyond Water anda dapat menikmati Air Hidup yang selamat, bersih, tulen
dan bertenaga untuk memastikan kesihatan tubuh yang optimum. Air Hidup Semula
Jadi Beyond
Water memiliki ciri-ciri yang sama dengan air di dalam tubuh anda dan ia merupakan
air yang paling asas tetapi amat diperlukan di dunia. la berupaya menolong
meningkatkan tenaga
penyembuhan

regenerasi tubuh dan menolong tubuh mengekalkan keseimbangan kesihatan


optimum. Air Hidup Semula Jadi Beyond Water dihasilkan dengan memulihkan air
melalui pelbagai lapisan unik medium penapisan, penulenan dan pengaktifan-
menyingkirkan pelbagai pencemar merbahaya, mengurangkan saiz gugusan molekul
air dengan pemancaran
Sinar Inframerah Jauh serta memagnetkan air untuk menstabilkan molekul air demi
memelihara kesihatan.

Sistem Aliran Selari Pelbagai Kebuk, Pelbagai Peringkat Beyond Water

Nota Penting: Sistem Pemulihan Bio-aktif Beyond Water disyorkan untuk digunakan
sebagai sister penulenan air Titik-Kegunaan (Point-Of-Use) yang disambungkan
secara terus kepada pili air bag menghasilkan air minuman berkualiti terunggul
memandangkan ia BUKAN luntu/k merawat air yang dijangliti bakteria atau sebarang
jenis air lain yang berasal daripada sumber yang tidak diketahui atau amat tercemar.

Sistem Beyond Water - Menyingkap Medium Penapisan, Penulenan, Pengaktifan dan


Pemagnetan Yang Berkuasa Lagi Unggul

Penapis Seramik 3 Peringkat dengan Perak Tersteril


• Menyingkirkan sista dan spora (Giardia, Kriptosporidium dIl.)
• Mencegah bakteria berbahaya daripada melekap dan membiak pada elemen seramik
• Mencegah dan mensteril bakteria

Blok Karbon Teraktif Berketumpatan Tinggi


• Menjerap klorin dengan lebih lanjut
• Menyingkirkan bahan kimia berbahaya - THM dan sebagainya
• Menyingkirkan rasa dan bau busuk
• Menyingkirkan PCB dan sebatian organik terhalogen yang lain

Bebola Anti-Bakteria Nano Perak


• Produk teknologi nano termaju
• Mempengaruhi metabolisme sel bakteria, mikroorganisma
• Merencatkan pertumbuhan sel bakteria

Batuan Mineral Kalsit Bergranul


• Mengubah dan menstabilkan paras pH air
• Membekalkan mineral kalsium dan magnesium

Karbon Teraktif Tinggi Bergranul dengan Perak


• Menjerap dan menyingkirkan herbisid, baja, pestisid dan trihalometana (THM)
• Menyingkirkan bahan kimia dan gas larut
• Menyingkirkan bahan pencetus rasa dan bau busuk

Zeolite (Aluminosilikat dengan agen permukaan terabahsuai)


• Ruang liang besar untuk fungi penyaringan kimia yang hebat
• Agen Kawalan Bau yang kuat
• Menyingkirkan pencemar radioaktif beracun seperti strontium dan pencemar
radioaktif yang lain
• Menyerap pencemar air dengan berkesan

Medium Memproses KDF° 55 yang dipatenkan


• Menurunkan klorin dan logam berat larut-air dengan berkesan
• Menyingkirkan sisik (keruping)
• Membasmi bakteria dan alga
• Menyingkirkan logam berat terlarut seperti plumbum, raksa, nikel, kromium dan
sebagainya
Nota: KDF° 55 adalah cap dagang dan hakmilik yang dipatenkan oleh KDF
Fluid Treatment, Inc.

Pyrolox® Bergranul (Mangan Dioksida)


• Medium penapisan tulen dan berkeupayaan tinggi untuk menyingkirkan logam berat
• Mengurangkan besi, sulfur dan mangan secara efektif Nota: Pyrolox® adalah cap
dagang dan hakmilik yang dipatenkan oleh
Prince Minerals, Inc.

Bebola-Bio Inframerah Jauh Berkecekapan Tinggi (Merah, Coklat, Tourmalin dan


Putih)
• Merangsang frekuensi resonan yang berfaedah dalam molekul air
• Mengaktifkan molekul air dalam tubuh
• Mengurai gugusan molekul air menjadi gugusan kecil bersaiz mikro (4-5 molekul
setiap gugusan)
• Memperbaiki paras oksigen dalam tubuh
• Air yang diaktifkan oleh Sinar Inframerah Jauh menolong menyingkirkan lemak,
bahan kimia dan toksin daripada darah serta melancarkan pengedaran darah

Bebola Seramik Alkali Kalsium


• Meningkatkan kealkalian dan pH air untuk kebaikan yang dipertingkatkan
• Memberikan kalsium untuk membantu memperbaiki keadaan tulang
• Meningkatkan elusi mineral bukan organik

Busa Pemampat Tear Bergred Makanan


• Menyediakan tekanan pemampatan yang dipertingkatkan ke atas medium penapis di
dalam kebuk penapis
• Struktur yang tegar memastikan fungi penapisan medium penapis yang optimum
• Mengekalkan keadaan padat medium penapis pelbagai peringkat

Pembaur Air Bergred Makanan


• Menstabilkan aliran air
• Menggalakkan sentuhan optimum elemen penapis air

Radas Pemagnetan Tetap Neodimium Berkuasa Tinggi


• Meningkatkan keterlarutan oksigen
• Meningkatkan tegangan permukaan
• Memperbaiki keterlarutan air
• Meningkatkan kekonduksian elektrik air
• Menghasilkan gugusan air yang lebih stabil
• Meningkatkan aktiviti ion hidrogen

Fungsi Penting Kebuk Penapis Dan Pemagnet Termaju

Unit Beyond Water menggunakan Sistem Aliran Selari Pelbagai Kebuk, Pelbagai
Peringkat yang menyalurkan air melalui 7 kebuk penapis termaju dan canggih dengan
medium penapisan, penulenan dan pengaktifan terpilih khas yang paling berkesan dan
inovatif yang disahkan untuk aplikasi air minuman bagi memberikan kualiti
menakjubkan yang hanya ditemui pada Air Hidup Semula Jadinya. Sebelum keluar
dari sistem ini, air dikenakan proses pemagnetan berkuasa melalui penggunaan
pemagnet peringkat akhir berkuasa - menjadikan
Air Hidup Semula Jadi handalan milk unik Beyond Water.

ULTRA I (Kebuk Penapis Tunggal)


Pra-rawatan bag menyingkirkan zarahan terampai, sedimen dan bahan kotoran.
Pra-sterilan untuk mengurangkan mikroorganisma, sista bakteria, bau busk dan rasa
yang kurang menyenangkan. Mengawal pH air.

TERMINATOR II (Kebuk Penapis Berkembar)


Membasmi dan menyingkirkan pencemar seperti klorin, hidrogen sulfida, VOC,
THM, amonia, sesium radioaktif, logam berat, bau, rasa dan kekeruhan.
MONITOR III (Kebuk Penapis Berkembar)
Menulen dan menggilap kualiti air ke tahap tertinggi. Menggalakkan penyingkiran
bahan pencemar dan bau yang mungkin tertinggal. Meningkatkan sifat
"penyembuhan".

ACTIVATOR IV (Kebuk Penapis Berkembar)


Peringkat terakhir peningkatan fungi penulenan, pensterilan dan penyahbauan.
Mengurangkan saiz gugusan air. Menukar dan mengaktifkan "Bio-Tenaga Hidup" air.
Meningkatkan mineral bermanfaat di dalam air. Melaras dan menstabilkan pH air.

TERUSAN PENSTABIL AIR ALIRAN LAMBAT (Pemagnet)


Memagnetkan air yang telah ditulen dan diaktifkan secara efektif.

Ciri-ciri Handalan Beyond Water

Rekaan Badan Baru Yang Canggih, Tirus dan Dipertingkatkan

Sejajar dengan komitmen Beyond Water terhadap inovasi berterusan dan rekaan yang
dipertingkatkan, unit Beyond Water terbaru dengan rekaan badan yang bergaya dan
menarik benar-benar menyenangkan mata memandang serta a memberikan kualiti
tiada kompromi yang menjadikannya nama popular di rantau ini.

Piawaian Kawalan Kualiti Yang Ketat


Setiap unit Beyond Water melalui sistem pemeriksaan Kawalan Mutu yang fiada
kompromi dan menyeluruh bagi memastikannya memenuhi keperluan dan kehendak
sedia ada sebelum ia disahkan untuk diedarkan. Cap Meterai Kawalan Mutu yang
dilekatkan pada setiap unit Beyond Water melambangkan komitmen kami terhadap
piawaian yang cemerlang.

Penambahbaikan Serta Penyelidikan dan Pembangunan Intensif Produk Yang


Berterusan
Teknologi termaju yang disatukan ke dalam sistem Beyond Water mewakili himpunan
pencapaian teknologi kritikal yang diperolehi sepanjang perlaksanaan usaha
Penyelidikan dan Pembangunan intensif. Peningkatan berterusan dan pengemaskinian
teknologi dan material membantu memastikan para pelanggan memperolehi hanya
sistem air terbaik di pasaran hari ini.

Binaan Yang Kukuh dan Mampat


Unit Beyond Water dibina dengan kerangka mampat dan kukuh yang melindunginya
daripada pelbagai persekitaran sukar demi pengoperasian yang tahan, cekap dan
handalan setiap masa.

Perintis Proses Pengisian Pemadatan-Getaran Beyond Water menggunakan teknologi


perintis
- Proses Pengisian Pemadatan-Getaran - yang memastikan setiap medium penapis
yang digunakan adalah terletak tepat dan sepenuhnya, menjurus kepada fungsi
penapisan, penulenan dan pengaktifan optimum untuk kualiti Air Hidup Semula Jadi
yang tiada tandingan.

Reka Bentuk Aliran Air Dari Bawah


Ke Atas
Reka bentuk Beyond Water yang merangsang aliran air dari bawah ke atas dapat
mengurangkan kadar aliran air, lantas meningkat dan memaksimumkan masa sentuhan
air untuk menulen dan merawat air dengan lebih efektif. Penggunaan reka bentuk
aliran air dari bawah ke atas juga mencegah pembentukan poket udara dalam medium
penapis yang boleh menggalakkan tumbesaran bakteria bawaan udara - masalah
umum dalam penapis konvensional lain.

Teknologi Aliran Selari


Penggunaan Teknologi Aliran Selari dalam
Beyond Water dapat meminimumkan kadar aliran air dan memaksimumkan masa
sentuhan di antara medium penapis dengan air yang hendak ditapis dan ditulen. Masa
sentuhan yang dilanjutkan in akan menggalakkan penyingkiran lebih banyak kotoran
dan pencemar, lantas memulikan air paip yang tercemar sehingga mencapai tahap
kualiti Air Hidup Semula Jadi.

Terusan Penstabil Air Aliran Lambat


Terusan Penstabil Air Aliran Lambat
terdiri dari satu proses rawatan peringkat
akhir di mana Radas Pemagnetan Tetap
Neodimium Berkuasa Tinggi bertindak
memulihkan air yang telah ditulenkan
kepada air minuman yang lebih stabil, asli
dan semula jadi.

Tempoh Hayat Operasi Yang Lebih


Lama
Teknologi Beyond Water yang canggih dan terkini dapat melanjutkan tempoh hayat
penggunaan sistem rawatan air kira-kira 5 kali lebih lama berbanding sistem penapis
air konvensional yang terdapat di pasaran hari ini.

Kebuk Penapis Lutsinar


Beyond Water merintis penggunaan
kebuk penapis lutsinar sepenuhnya bagi
menuniukkan komitmen yang luhur
dalam memberikan pengguna medium
penapis berkualiti premium. Bukan itu
sahaja, ketujuh-tujuh kebuk penapis
berteknologi tinggi padat berisi membuktikan dan memastikan kepadatan medium
100%, pada setiap kebuk penapis.
Sistem Kebuk Penapis Unik Beyond Water
ULTRA I

MEDIUM PENAPIS PREMIUM:


1. PENAPIS SERAMIK 3 PERINGKAT DENGAN PERAK TERSTERIL
2. BATUAN MINERAL KALSIT BERGRANUL
3. BEBOLA ANTI-BAKTERIA NANO PERAK

Air yang mengalir dari paip akan dipindahkan ke dalam kebuk Penapis ULTRA I di
mana ia bertemu lapisan boleh-cuci Penapis Seramik 3 Peringkat Dengan Perak
Tersteril untuk proses penapisan mikro termaju. Medium penapis khas
ini mengandungi lebih daripada 80 juta liang oligodinamik yang memerangkap dan
menyingkirkan zarahan terampai seperti kelodak, sedimen, karat, asbestos dan kotoran
lain, menyingkirkan mikroorganisma paling kecil atau sista protozoa, seperti Giardia
dan Kriptosporidium yang tidak dapat dimusnahkan ole pengklorinan. Ujian yang
dijalankan oleh makmal penyelidikan Antarabangsa mendapati Penapis Seramik 3
Peringkat Dengan Perak Tersteril berkeupayaan memerangkap mikroorganisma
bersaiz sekecil 0.22 mikron (rambut manusia bersaiz selebar 100 mikron) yang
dianggap memenuhi Piawaian Pensterilan Bakteriologikal Kelas 1.

Selepas melalui Penapis Seramik 3 Peringkat Dengan Perak Tersteril, air disalirkan
melalui lapisan medium penapis berikutnya - Batuan Mineral Kalsit Bergranul yang
berisi padat akan menukarkan dan menstabilkan tahap pH air serta membekalkan
mineral kalsium dan magnesium penting. Batuan Mineral Kalsit Bergranul adalah
mineral yang terdiri daripada kalsium karbonat terhablur dalam bentuk heksagon. la
ditemui di dalam batu kapur semula jadi dan digunakan secara meluasnya untuk
meneutralkan keasidan air berpH rendah.
Apabila air berasid bertembung dengan Batuan Mineral Kalsit Bergranul, kedua-
duanya akan bertindak dengan kalsium karbonat bagi meningkatkan tahap pH yang
akan mengurangkan potensi larut lesap tembaga, plumbum dan logam berat berbahaya
lain yang sering didapati di dalam air paip.

Air bertapis akan melalui lapisan berikutnya iaitu medium penapis premium yang
terdiri daripada
Bebola Anti-Bakteria Nano Perak. Bebola Anti-Bakteria Nano Perk, bersaiz nano dan
tidak toksik ini bertindak merencat metabolisme sel bakteria dan mikroorganisma lain,
menyebabkan penyingkiran dan penanggalan berkesannya daripada air yang dirawat.

dan mikroorganisma lain, menyebabkan penyingkiran dan penanggalan berkesannya


daripada air yang dirawat.

Apakah Nano Perak dan Bagaimana la Bertindak?


Perak telah digunakan sejak zaman berzaman untuk merawat penyakit disebabkan
oleh sifat semula jadi anti-bakteria dan anti-mikrob yang berkuasa. Zarah nano
merujuk kepada zarah bersaiz lebih kecil daripada 100 nanometer atau kira-kira satu
per lapan puluh ribu lebar sehelai rambut manusia. Zarah nano menggunakan
perubahan sifat yang berlaku pada skala nano. Molekul Bebola Anti-Bakteria Nano
Perak mempunyai kawasan permukaan yang amat besar yang meningkatkan sentuhan
aktif dengan bakteria dan mikroorganisma lain semasa rawatan air - dengan jelasnya
meningkatkan keberkesanan anti-bakteria dan anti-mikrobnya bagi menyingkirkan
dan
menanggalkan mikroorganisma terhalus
sekalipun. Bebola Anti-Bakteria Nano Perak bertindak menyekat respirasi dan
metabolisme asas membran sel mikrob, merencatkan penggandaan dan pertumbuhan
bakteria dan mikroorganisma berbahaya di dalam air yang dirawat.

Sistem Kebuk Penapis Unik Beyond Water


TERMINATOR II

MEDIUM PENAPIS PREMIUM:


1. BUSA PEMAMPAT TEGAR BERGRED MAKANAN
2. PEMBAUR AIR BERGRED MAKANAN
3. PEMBAUR AIR BERGRED MAKANAN
4. MEDIUM MEMPROSES KDF® 55 YANG DIPATENKAN
5. ZEOLITE (ALUMINOSILIKAT DENGAN AGEN PERMUKAAN
TERUBAHSUAI)
6. KARBON TERAKTIF TINGGI BERGRANUL DENGAN PERAK
7. BLOK KARBON TERAKTIF BERKETUMPATAN TINGGI

Kebuk dan Medium Penapis TERMINATOR |I dibentuk menggunakan teknologi


termaju untuk prestasi tahan lasak dan keberkesanan yang hebat. Air yang keluar dari
ULTRA I memasuki dua kebuk penapis TERMINATOR II secara aliran bawah ke
atas di mana air tersebut melalui Busa Pemampat Tegar Bergred Makanan dan
Pembaur Air Bergred Makanan yang secara bersamanya menediakan tekanan
pemadatan yang kukuh terhadap medium penapis untuk meningkatkan fungsi
penapisan air serta aliran air yang lebih baik.

Setelah melalui Pembaur Air Bergred Makanan, air akan melalui lapisan berikutnya
yang terdiri daripada Medium Memproses KDF° 55 Yang Dipatenkan. la adalah
bahan penapis unik yang dipatenkan sejak tahun 1987 dan merupakan pembaharuan
penting teknologi rawatan air. la terdiri daripada aloi-aloi tulen yang berbeza dan
bertindak menerusi proses elektrokimia yang disebut Redoks (Penurunan-
Pengoksidaan). Sewaktu tindak balas elektrokimia ini berlaku, elektron akan
dipindahkan di antara molekul dan elemen baru akan terbentuk..

Pencemar berbahaya akan ditukarkan menjadi komponen yang selamat. Klorin bebas
misalnya akan diubah meniadi klorida larut air yang tidak berbahaya dan
kemudiannya dibawa secara selamat menerusi bekalan air. Begitu juga logam berat
seperti tembaga, plumbum, raksa dan sebagainya turut bertindak balas membentuk
lapisan pada permukaan medium, dengan itu dapat disingkirkan secara efektif dari
bekalan air. Medium Memproses KDF° 55 Yang Dipatenkan membantu mengawal
mikroorganisma dengan mewujudkan persekitaran yang dapat menghapuskan
pelbagai organisma dan menyekat fungsi-fungsi mereka.

Medium Memproses KDF° 55 Yang Dipatenkan berkeupayaan menyingkirkan


pencemar berbahaya seperti klorin, bahan kimia industri, hidrogen sulfida dan semua
logam berat seperti plumbum, raksa, kromium dan banyak lagi bendasing yang tidak
dapat disingkirkan oleh penapis karbon sahaja.
Air kemudiannya mengalir menerusi sat lagi Pembaur Air Bergred Makanan sebelum
memasuki lapisan Zeolite (Aluminosilikat Dengan Agen Permukaan Terubahsuai)
yang mempunyai kapasiti pertukaran ion yang tinggi dan bertindak sebagai penyaring
molekul yang efektif dan kuat untuk memerangkap pelbagai bahan pencemar air serta
menyingkirkan amonia, metana dan sesium radioaktif yang biasanya terdapat dalam
air paip.

Keluar daripada lapisan Zeolite, air akan memasuki satu lagi lapisan Pembaur Air
Bergred Makanan sebelum melepasi lapisan berikutnya iaitu Karbon Teraktif Tinggi
Bergranul Dengan Perak yang diperbuat daripada tempurung kelapa bergred pertama -
diktiraf dan digunakan meluas sebagai penjerap pelbagai pencemar organik yang
efektif. la menyediakan isipadu mikrospora yang lebih tinggi untuk menyingkirkan
hasil sampingan klorin secara

paling efektif. Karbon Teraktif Tinggi Bergranul Dengan Perk mencegah penapis
karbon teraktif dari tercemar dan menyediakan kesan pembasmian bakteria tambahan.
Karbon Teraktif Tinggi
Bergranul Dengan Perk juga mampu menangani masalah bau, rasa dan warna pada air.

Lapisan terakhir laitu Blok Karbon Teraktif Berketumpatan Tinggi diperbuat daripada
karbon arang batu bergred tinggi dengan liang seragam bersaiz 5 mikron. la direka
bentuk dan dipilih khas untuk peringkat terakhir kedua-dua kebuk penapis
TERMINATOR II. Kuasa penjerapannya yang tinggi mampu menyingkirkan
pencemar yang tidak dingini seperti bau, rasa, kekeruhan dan klorin.

TERMINATOR II mampu menyingkirkan sehingga 99.99% pencemar berbahaya


dalam air yang dirawat seperti baja, herbisid, pestisid, klorin, kloromin, klorofom,
bahan kimia industri dan pelbagai hasil sampingan klorin seperti Sebatian Organik
Meruap (VOC) dan Thrihalometana (THM), dil

Sistem Kebuk Penapis Unik Beyond Water


MONITOR III

MEDIUM PENAPIS PREMIUM:


1. BUSA PEMAMPAT TEGAR BERGRED MAKANAN
2. PEMBAUR AIR BERGRED MAKANAN
3. BEBOLA-BIO INFRAMERAH JAUH BERKECEKAPAN TINGGI (PUTIH)
4. BEBOLA-BIO INFRAMERAH JAUH BERKECEKAPAN TINGGI
(COKLAT)
5. PYROLOX® BERGRANUL (MANGAN DIOKSIDA)
6. KARBON TERAKTIF TINGGI BERGRANUL DENGAN PERAK
7. BLOK KARBON TERAKTIF BERKETUMPATAN TINGGI

Air yang ditapis daripada TERMINATOR II telah dirawat dengan selamat dan bebas
sebarang kesan pencemar berbahaya.
Air yang memasuki
MONITOR III mulanya dialirkan menerusi lapisan
Busa Pemampat Tegar Bergred Makanan dan diikuti Pembaur Air Bergred Makanan
sebelum melepasi 5 lapisan medium penapis yang berbeza.

Lapisan pertama terdiri daripada Bebola-Bio Inframerah Jauh Berkecekapan Tinggi


(Putih) dan diikuti oleh lapisan Bebola-Bio Inframerah Jauh Berkecekapan Tinggi
(Coklat). Dengan mengalirkan air melalui dua lapisan Bebola-Bio Inframerah Jauh
Berkecekapan Tinggi ini, air tersebut dikenakan pengaktifan molekul intensif dan
resonan yang menyebabkan molekul air menyusun-semula kepada
4-5 molekul setiap gugusan berbanding sebelum dirawat iaitu antara 10-12 molekul.
Pengurangan saiz gugusan-mikro secara dramatik in meningkatkan sifat penyembuhan
air dengan mengecas air menjadi
"Bio-Tenaga Hidup".

Apakah Sinar Inframerah Jauh?


Bebola-Bio Inframerah Jauh diperbuat daripada bioseramik canggih yang
mengandungi sehingga 27 jenis seramik dengan pelbagai mineral oksida yang
dipanaskan serentak pada suhu 1600°C dan dibiarkan menyejuk. Selepas proses ini,
Bebola-Bio Inframerah Jauh akan dapat membebaskan Sinar Inframerah Jauh (FIR)
yang menyebabkan resonan di antara molekul air.

Dalam spektrum magnetik, kebanyakan sinaran tidak dapat kita lihat termasuk Sinar
Inframerah Jauh. Sinar Inframerah Jauh boleh menembus jauh ke dalam tubuh
manusia. la bole membantu mengembangkan kapilari yang merangsang pengedaran
darah. la sekaligus menambahkan simpanan tenaga dalam tubuh dan pertukaran
metabolik antara darah dan tisu tubuh. Sinar Inframerah Jauh boleh meningkatkan
kemampuan regenerasi tisu-tisu tubuh. la mengurangkan ketidaknormalan sistem saraf
serta membantu sistem autonomi berfungsi dengan sempurna.

Selepas melalui proses pengaktifan intensif, air tersebut akan mengalir melalui lapisan
berikutnya yang terdiri daripada medium penapis Pyrolox® Bergranul yang
merupakan mangan dioksida dalam bentuk mineral yng didaftarkan cap dagangnya. la
berfungsi sebagai pemangkin yang mengoksida dan memerangkap besi, mangan,
hidrogen sulfida dan sebagainya dalam medium penapis - untuk menyingkirkan sisa
pencemar yang tertinggal secara efektif. Air yang meninggalkan Pyrolox® Bergranul
disalurkan melalui Pembaur Air Bergred Makanan sebelum memasuki dua lapisan
terakhir Karbon Teraktif Tinggi Bergranul Dengan Perk dan Blok Karbon Teraktif
Berketumpatan Tinggi yang memberikan rawatan penapisan yang berkuasa lagi
efektif untuk menanggalkan sebarang sis pencemar yang masih ada.

Kebuk penapis MONITOR III telah direka khas untuk menulen, menggilap dan
menghasilkan semula air minuman berkualiti tinggi melalui Falsafah Reka Bentuk
unik Beyond Water.
Fungsi kesan penggilapan air MONITOR III yang tinggi menghasilkan air minuman
yang dipertingkatkan kualitinya sehingga mengatasi piawaian ketat kawalan kualiti air
antarabangsa.

Sistem Kebuk Penapis Unik Beyond Water


ACTIVATOR IV

MEDIUM PENAPIS DAN PENGAKTIF PREMIUM:


1. BUSA PEMAMPAT TEGAR BERGRED MAKANAN
2. PEMBAUR AIR BERGRED MAKANAN
3. BEBOLA SERAMIK ALKALI KALSIUM
4. BEBOLA ANTI-BAKTERIA NANO PERAK
5. BEBOLA-BIO INFRAMERAH JAUH BERKECEKAPAN TINGGI
(TORMALIN)
6. BEBOLA-BIO INFRAMERAH JAUH BERKECEKAPAN TINGGI
(MERAH)
7. KARBON TERAKTIF TINGGI BERGRANUL DENGAN PERAK
8. BLOK KARBON TERAKTIF BERKETUMPATAN TINGGI

Pada mulanya, air memasuki ACTIVATOR IV dengan melalui lapisan Busa


Pemampat Tegar Bergred Makanan dan dikuti Pembaur Air Bergred Makanan.
Seterusnya ia melalui Bebola Seramik Alkali Kalsium yang bertindak meningkatkan
kealkalian dan pH air untuk kebaikan yang dipertingkatkan, memberikan kalsium
berfaedah untuk menolong memperbaiki keadaan tulang serta meningkatkan elusi
mineral bukan organik. Lapisan berikut terdiri daripada Bebola Anti-bakteria Nano
Perak yang bersifat anti-bakteria dan anti-mikrob serta tidak bertoksik dan bertindak
sebagai perencat metabolisme sel bakteria dan mikroorganisma lain, menyebabkan
penyingkiran dan penanggalan
berkesannya daripada air yang dirawat.

Proses rawatan air ACTIVATOR IV berikutnya melibatkan air ditapis ke dalam


lapisan Bebola-Bio Inframerah Jauh Berkecekapan Tinggi (Tormalin). Lapisan
Bebola-Bio Inframerah Jauh Berkecekapan Tinggi (Tormalin) ini mengecas air yang
ditulenkan

dengan dos maksimum "Bio-Tenaga Hidup" dan


merangsangkan lagi pengurangan saiz gugusan-mikro molekul air, mengubah dan
menstrukturkan semula air yang ditulenkan ke tahap kualiti tertinggi yang merangsang
kesihatan dan penyembuhan. Proses pengaktifan air yang unik ini sekali lagi
dipertingkatkan apabila air melalui
Bebola-Bio Inframerah Jauh Berkecekapan Tinggi (Merah) bagi meningkatkan
pengaktifan lanjut molekul air. Air seterusnya mengalir melalui dua lapisan Karbon
Teraktif Tinggi Bergranul Dengan Perak dan Blok Karbon Teraktif Berketumpatan
Tinggi sebelum memasuki proses rawatan seterusnya.

Air teraktif - meningkatkan molekul gugusan air untuk kebaikan optimum


Penapis ACTIVATOR IV menjalankan fungi utama menghasilkan Air Hidup Semula
Jadi melalui tindakan khasnya yang menggunakan serangkaian Bebola-Bio
Inframerah Jauh Berkecekapan Tinggi untuk mengecas air yang dirawat dengan "Bio-
Tenaga Hidup" bagi mengaktif dan mengurangkan saiz gugusan-mikro molekul air,
mengubah dan menstrukturkan semula air yang ditulenkan ke tahap kualiti tertinggi
yang merangsang kesihatan dan penyembuhan optimum.

Air paip biasa mempunyai saiz gugusan air di antara 10-12 molekul walaupun selepas
ditulenkan secara biasa. Struktur molekul air teraktif dikatakan menyerupai struktur
air yang ditemui di dalam sistem biologi tubuh. Secara umumnya, Air Hidup Semula
Jadi mempunyai saiz gugusan yang lebih kecil di antara 4-5 molekul setiap gugusan,
yang dapat merangsang metabolisme optimum nutrien dalam sel dan mempercepatkan
penyingkiran sisa buangan merbahaya daripada dalam sel.

Proses Sistem Beyond Water


TERUSAN PENSTABIL AIR ALIRAN LAMBAT

Proses Rawatan Air:


Terusan Penstabil Air Aliran Lambat -
Radas pemagnetan tetap Neodimium berkuasa tinggi

Air yang memasuki peringkat terakhir Sistem Aliran Selari Pelbagai Kebuk, Pelbagai
Peringkat Beyond Water disalurkan ke dalam Terusan Penstabil Air Aliran Lambat
yang direka khas untuk mengurangkan aliran air dan didedahkan kepada rawatan
pemagnetan air yang unik.
Terusan Penstabil Air Aliran Lambat adalah 50 kali lebih efektif berbanding sistem
penapis air konvensional lain yang ada pada hari ini.

Kuasa Air Yang Dimagnetkan


Penyelidikan pertanian melaporkan bahawa penggunaan air yang dimagnetkan
membantu meningkatkan hail ladang daripada 10 ke 20%. Lembu tenusu yang
meminum air yang dimagnetkan juga menghasilkan lebih banyak susu dan lebih sihat
berbanding lembu yang minum air biasa yang tidak dirawat. Air dimagnetkan
diketahui mengaktifkan, membersihkan dan menyahtoksikkan - mempunyai nilai
pencegahan dan terapiutik. Kajian saintifik menunjukkan bahawa berat bahan kimia
serta air berubah dengan pengaruh medan magnetik. Ion Hidroksil (OH-) dihasilkan
dengan lebih banyaknya untuk membentuk molekul alkali yang membantu
mengurangkan keasidan. Air biasa mempunyai tahap pH 7 dan air biasa mempunyai
pH yang lebih tinggi apabila didedahkan kepada pemagnetan.
Dalam pelbagai kajian, air yang dimagnetkan dilaporkan membantu pencegahan atau
melegakan simptom tubuh.

Radas Pemagnetan Tetap Neodimium Berkuasa Tinggi - Menghasilkan Air Yang


Dimagnetkan

Radas Pemagnetan Tetap Neodimium Berkuasa Tinggi berkuasa menghasilkan kuasa


pemagnetan sehingga 10,000 Gauss yang mengecas dan memisahkan gugusan
molekul air, menjadikannya menolak antara satu sama lain untuk menghasilkan
penambahan tenaga. Meningkatkan molekul air yang bertenaga akan meningkatkan
pendedahan terhadap oksigen yang menjurus kepada peningkatan ketegangan
permukaan, lantas meningkatkan keupayaan air untuk menyerap dan mengangkut
bahan pencemar.
Proses pemagnetan air ini adalah sama seperti aliran
air yang mengalir dari air sungai di gunung yang
bersentuhan dengan batu magnetik semula jadi
(batu lod) lalu dimagnetkan. Sifat elektrik dan
magnetik air yang dimagnetkan melalui perubahan
positif agar sifat fizikal dan kimia air tersebut
berubah menjadi seperti berikut:

Meningkatkan keterlarutan oksigen


• Meningkatkan tegangan permukaan
• Memperbaiki keterlarutan air
• Meningkatkan kekondaksian elektrik air
• Menghasilkan gugusan air yang lebih stabil
• Meningkatkan aktiviti ion hidrogen

Sifat-Sifat Menakjubkan Air Yang Ditapis, Ditulen Dan Diaktifkan Oleh Beyond
Water

Beyond Water menyatukan kemajuan terkini teknologi rawatan air bagi


membolehkannya menyingkirkan pelbagai pencemar dalam julat yang luas dan di
waktu yang sama menulenkan dan mengaktifkan air bag menghasilkan Air Hidup
Semula Jadi yang unik dan tada tandingan. Medium penapisan yang berteknologi
tinggi dan heat di dalam sistem pemulihan air yang menakjubkan ini juga
mengekalkan mineral semula jadi bermanfaat yang wujud semula jadi di dalam Air
Hidup Semula Jadi seperti kalsium dan magnesium untuk membekalkan "Bio-Tenaga
Hidup" dan menyediakan manfaat positif air yang dimagnetkan.
Air yang ditulen, diaktifkan dan dimagnetkan Beyond Water mengandungi sifat-sifat
unik berikut:
• la merupakan Air Hidup Semula Jadi
• la merupakan air yang paling hampir dengan air tubuh manusia
• la membekalkan "Bio-Tenaga Hidup"
• la meningkatkan peredaran darah dengan mengangkut lebih banyak oksigen ke
seluruh tubuh, menghasilkan persekitaran kaya oksigen yang menolong memusnahkan
organisma anaerobik
• la menyingkirkan enapan berbahaya daripada sendi-sendi artritis / reumatik
• la merangsang kelenjar endokrin secara efektif
• la memiliki sifat antioksida yang tinggi untuk menghapuskan radial bebas yang
berbahaya
• la membantu meningkatkan jumlah sel antibodi semula jadi tubuh
• la membantu merangsang aktiviti antibodi
• la meningkatkan aktiviti penyembuhan sendiri sel-sel tubuh dan mempercepatkan
penyingkiran sisa sel
• la menghasilkan gugusan air yang kecil untuk memperbaiki fungsi sel dan kesan
penyahtoksik air
. la membantu memperbaiki penyesuaian sel terhadap stres dan persekitaran yang
menekan
• la mengoptimumkan pH air, menjadikannya hampir menyamai pH tubuh

Beyond Water - Air Hidup Semula Jadi Untuk Gaya Hidup Lebih Sihat

Beyond Water menghasilkan Air Hidup Semula Jadi yang sihat dan diaktifkan yang
enak diminum. Air Hidup Semula Jadinya yang ditapis, ditulen dan diaktifkan adalah
air yang tulen, bersih dan lazat untuk pelbagai kegunaan harian, sama ada untuk
diminum, memasak atau kegunaan-kegunaan lain.

Makanan yang dimasak dengan Air Hidup Semula Jadi mempunyai rasa yang lebih
lazat dan lebih serasi dengan ramuan semula jadi. Apabila digunakan untuk
menyediakan minuman, Air Hidup Semula Jadi menambahkan citarasa kepada rasa
dan menyerlahkan nutrien terbaik untuk penyerapan pantas tubuh.
B'Young bags disediakan menggunakan Air Hidup Semula Jadi kerana ia adalah air
terbaik yang dapat menyerlahkan pelbagai kebaikan unik minuman berfungsi ini.
Minuman kopi, kordial dan pelbagai minuman panas dan sejuk bertambah lazat
apabila menggunakan Air Hidup Semula Jadi. Yang lebih penting lagi, Air Hidup
Semula Jadi adalah air teraktif yang telah dicas dengan "Bio-Tenaga Hidup" serta
dimagnetkan untuk memberikan aneka manfaat positif ke arah gaya hidup lebih sihat.

Beyond Water Menawarkan Kepada Anda Ciri-ciri


Produk Handalan:
• Rekaan serba baru, tirus dan menarik
• Fungsi pengoperasian dipertingkatkan
• Kualiti produk yang tiada tandingan
• Keberkesanan diyakini
• Gantian produk tulen
• Piawaian kawalan kualiti perkilangan yang ketat
• Produk hasil daripada penambahbaikan serta penyelidikan dan pembangunan intensif
produk yang berterusan
•Binaan yang kukuh dan mampat
• Perintis Proses Pengisian Pemadatan-Getaran
• Reka bentuk Aliran Air dari Bawah ke Atas yang unik
• Teknologi Aliran Selari Khas
• Ciri Terusan Penstabil Air Aliran Lambat yang unik
• Ciri pemagnetan air khas
• Tempoh hayat operasi yang lebih lama - tahan lasak dan berprestasi tinggi
• Kebuk penapis lutsinar
• Kurang penyelenggaraan
• Tersedia perkhidmatan selepas jualan di seluruh negara

Teknologi Pemulihan Air Termaju Beyond Water


Beyond Water dicipta untuk memberikan para pengguna air minuman yang berkualiti
tinggi dengan teknologi pemulihan air terkini. Untuk mencapai matlamat ini, sistem
air in mestilah tahan lasak, memerlukan penyelenggaraan minimum, tidak
membazirkan air, boleh dipercayai dan mudah digunakan. Yang paling penting,
Beyond Water membekalkan kualiti terbaik air yang bersih, tulen dan diaktifkan - Air
Hidup Semula Jadi - keperluan gaya hidup lebih sihat hari ini.

Kapasiti Penapisan, Penulenan Dan Pengaktifan Yang Tiada Tandingan

Kapasiti rawatan air Beyond Water adalah berdasarkan penggunaan normal kediaman
dengan ahli keluarga seramai 5-10 orang yang menggunakan air secara purata 5 liter
seorang sehari.

Proses penapisan, penulenan dan pengaktifan Beyond Water yang unik berfungsi
paling berkesan apabila digunakan sebagai satu set lengkap seperti yang disyorkan di
dalam buku informasi produk ini. Fungsi optimumnya akan terjejas dan cacat jika
berlakunya penggantian, penambahan atau pengubahsuaian penapis yang tidak sah,
selain dari yang disyorkan. Penggunaan normal Beyond Water dalam satu set kebuk
penapis lengkap akan menyediakan kapasiti rawatan air berkualiti tertinggi seperti
yang ditunjukkan dalam jadual di muka surat sebelah:

Nota penting:
Sebaik sahaja unit Beyond Water dipasangkan buat kali pertama, adalah
penting untuk membiarkan air mengalir dan mencurah melalui sistem
sekurang-kurangnya 20 minit sebelum digunakan.

Konsep Penting Penapisan Air

Kapasiti penapisan dan keberkesanannya ditentukan secara langsung oleh kadar air
yang ditolak ke dalam sistem penapisan serta kuantiti dan kualiti medium penapis.
Secara amnya, sistem penapisan air yang benar-benar berkesan menyatukan proses
penapisan mekanikal dan kimia. Penapisan mekanikal adalah proses menanggalkan
pencemar dan bendasing secara fizikal daripada air yang dirawat. Bagi proses
penapisan kimia pula, medium mineral bercas positif digunakan di mana ia
menggunakan daya tarikan yang kuat terhadap pencemar yang wujud di dalam air.
Ikatan di antara pencemar dan molekul air akan diputuskan, membenarkan pencemar
yang telah dineutralkan melekat pada medium mineral dengan selamat. Beyond Water
menggunakan banyak medium penapis dan pengaktif terbaik untuk memberikan air
minuman sihat berkualiti terbaik pada hari ini. Kelebihan penapisan kimia berbanding
proses rawatan lain adalah pencemar berbahaya bole disasarkan untuk penyingkiran
berkesan sementara elemen berguna lain yang wujud di dalam air seperti mineral surih
semula jadi termasuklah kalsium dan magnesium tidak diganggu untuk minuman yang
menyihatkan.

Beyond Water melangkah lebih maju dengan membekalkan sistem rawatan air yang
unik lagi amat berkesan dengan teknologi pemulihan air termajunya yang terbukti,
bukan sahaja menapis bendasing dan pencemar bahkan mengaktifkan, mengecas dan
memagnetkan air demi kebaikan yang jelas. Beyond Water adalah terbukti sebagai
penyelesaian bagi rawatan air terbaik untuk air minuman yang tulen, bersih lagi
selamat - Air Hidup Semula Jadi untuk Gaya Hidup yang Lebih Sihat!

Penyaliran:
Penyaliran merujuk kepada air yang mengalir melalui medium penapis dengan
memilih laluan yang paling mudah ditembusi lantas membentuk satu rongga yang
merentasi medium penapis tersebut. la mengurangkan masa sentuhan air dengan
medium penapis dan memberikan hanya tahap penapisan yang minimum. Pada
dasarnya, air hanya mengalir melalui rongga yang telah terhasil dan memintas semua
medium penapis.

Luas Permukaan:
Luas Permukaan bermakna jumlah luas permukaan bahan penapis yang bersentuhan
dengan air yang hendak ditapis. Semakin luas permukaan bahan penapis bermakna
semakin banyak isipadu air yang dapat ditapis untuk menyingkirkan bendasing dengan
berkesan berbanding sistem yang membenarkan sentuhan hanya pada luas permukaan
yang terhad dan kecil.

Kadar Aliran:
Kadar Aliran merujuk kepada kelajuan aliran air dan jumlah masa di mana air yang
ditapis dibenarkan bersentuhan dengan bahan penapis. Kadar Aliran yang lebih lambat
bermaksud air tersebut telah menjalani tempo penapisan yang lebih lama dengan
bahan penapis. Oleh itu air menjalani proses penapisan yang lebih meluas dan
terperinci.

Membekalkan Air Minuman Terbaik Untuk Anda


Dan Yang Tersayang

Sistem Beyond Water sememangnya adalah sistem penapisan, penulenan dan


pengaktifan air yang terhebat masa kini. Melalui penggunaan medium penapisan
premium terpilih secara saintifik dan dikombinasikan dengan teknologi pemulihan air
termaju, Beyond Water berkeupayaan menghasilkan Air Hidup Semula Jadi untuk
kualiti tada tandingan yang lebih selamat, lebih lazat dan menawarkan kebaikan
positif untuk peningkatan gaya hidup hebat.

Mampat, kukuh dan bernilai estatika - Beyond Water dengan rekaan serba baru, tirus
dan menarik dapat dipadankan dengan sebarang persekitaran kediaman atau pejabat
dengan pemasangannya yang ringkas dan mudah, yang tidak memerlukan pendawaian
elektrik, pemasangan paip tambahan tau kerja paip yang rumit. Tapaknya yang kecil,
sistem 'counter top' serta kemudahan Titik-Kegunaan (Point-Of-Use) menjadikannya
ideal bagi dapur atau pantri pejabat, lantas memberikan Air Hidup Semula Jadi yang
selamat, bersih dan sihat buat semua.

You might also like