Kertas - Kerja - Hari - Kanak 2023

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

2023

S KERTAS KERJA
Majlis Sambutan
K Hari Kanak-kanak
B Sedunia 2023
I
N Tarikh
S 14 & 15 Disember 2023

U
Tempat
Dewan Dato’ SyahBandar Salleh,
Kampung Binsulok
L
O
K
KANDUNGAN
1.0 PENDAHULUAN

2.0 RASIONAL

3.0 OBJEKTIF

4.0 MATLAMAT

5.0 SASARAN DAN PENGLIBATAN

6.0 KETETAPAN

7.0

8.0 ANJURAN

9.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN

10.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

11.0 JADUAL PELAKSANAAN

12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

13.0 PENUTUP

KERTAS KERJA HARI KANAK-KANAK12023


KERTAS KERJA MAJLIS SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2023
SK BINSULOK
1.0 PENDAHULUAN
Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia telah disambut di Malaysia sejak tahun1959, setelah
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengistiharkan Hari Kanak-kanak Sedunia dan
meminta semua Negara meraikannya setiap tahun sebagai “Satu Hari Bagi Persaudaraan
Dunia dan Persefahaman Di Kalangan Kanak-kanak”. Malaysia adalah di antara 150 buah
negara yang menyambut Hari Kanak-kanak Sedunia pada bulan November setiap tahun.
Sebagai membuktikan keprihatinan masyarakat terhadap kebajikan dan kesejahteraan
kanak-kanak, pihak sekolah di bawah anjuran Unit Hal Ehwal Murid (HEM) dan Unit
Bimbingan & Kaunseling turut serta meraikan Hari Kanak-kanak Sedunia setiap tahun.
Pada tahun ini, pihak sekolah meraikan murid-murid bersama aktiviti yang dilaksanakan.

2.0 RASIONAL
Memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada kanak-kanak dan mencetuskan
kesedaran kepada kita semua bahawa masyarakat mempunyai tanggungjawab
untuk menentukan perlindungan, kebajikan, kesejahteraan serta hak-hak kanak-kanak
sentiasa dipelihara.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Meraikan kanak-kanak sempena sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia dengan
menghiburkan mereka dengan beberapa aktiviti yang dirancang.
3.2 Menghargai sumbangan dan peranan kanak-kanak di sekolah.
3.3 Mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat untuk memelihara hak dan masa depan
kanak-kanak.
3.4 Memastikan perkembangan kanak-kanak secara holistik dari segi fizikal, kognitif, bahasa,
sosio-emosi, sahsiah dan rohani.
3.5 Melahirkan generasi yang dinamik, progresif, aktif, berdisiplin dan berinovasi.
3.6 Melahirkan bangsa yang memiliki keperibadian terpuji, cemerlang, berbakat serta
berwibawa.

4.0 MATLAMAT
4.1 Mendedahkan murid sekolah tentang kepentingan menjadi seorang kanak-kanak yang
dinamik, progresif, aktif, berdisiplin dan berinovasi.
4.2 Memberikan kesedaran dan kefahaman tentang tanggungjawab seorang kanak-kanak.
4.3 Mewujudkan suasana sekolah yang penyayang di bawah Program Guru Penyayang Unit
Bimbingan dan Kaunseling.

KERTAS KERJA HARI KANAK-KANAK22023


5.0 SASARAN DAN PENGLIBATAN
5.1 Sekolah Kebangsaan Binsulok dari Pra Sekolah hingga Tahun Enam.
5.2 Semua Guru dan Kakitangan SK Binsulok

6.0 KETETAPAN
Tarikh : 14 & 15 Disember 2023
Hari : Khamis & Jumaat
Masa : 7:10 – 12:00 tengah hari
Tempat : Dewan Dato, Syahbandar Salleh, Kampung Binsulok

7.0 SUMBER KEWANGAN


PCG Unit Bimbingan Dan Kaunseling

8.0 ANJURAN
8.1 Unit Hal Ehwal Murid (HEM)
8.1.1 Unit Bimbingan dan Kaunseling

9.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN

Penasihat : En. Sinning Bin Hj Barun


(Guru Besar SK Binsulok )

Pengerusi : Encik Hazman @ Nasib Bin Masran


(GPK Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi : Puan Zailina Binti Okrin


(GPK Tadbir & Kurikulum)

Puan Rubiah Binti Omar


(GPK Kokurikulum)
Penyelaras / Setiausaha : Puan Hanim Binti Mudi
( Guru Bimbingan Dan Kaunseling )

AJK : Semua Guru Kelas


Guru Prasekolah

KERTAS KERJA HARI KANAK-KANAK32023


10.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

JAWATANKUASA NAMA AJK


Penyambut Tetamu Guru Besar dan Guru-guru Penolong Kanan SK Binsulok
Pengacara Majlis Pn. Faridah binti Jamlus
En. Noresam bin Ismail
Aktiviti
1. Got Talent Pn. DK Nor Hanie An Maria binti Ag Ahmad
En. Ag Zefry bin Hj Ali Ahmad

2. Mewarna Tahap 1 Pn. Jalihah binti Ahmad


Pn. Asmah binti Amin

3. Mewarna Tahap 2 En. Shamsudin bin Hj. Mail


Pn. Hasanah binti Hj Kupun

Jamuan Guru Pn. Aisah binti Mohd Yunus


Pn. Dg Hasanah binti Hj Kupun
Jamuan Murid (RMT) Pn. Asmah binti Amin
Pn. Jalihah binti Ahmad
Stesen Ais Krim Cik. Noorsamsiah binti Hj Zaiton
Pn. Ernah P. Sauman @ Ernah binti Paimin
Cenderahati / ‘Goodies Bags’ Pn. Noor Fauziah Hanim Binti Ali Ismail
Pn. Dg Jamiliah Binti Awg Lamit
Cik. Zaharni Binti Ag Tuah
Pn. Noor Fatimah Binti Ag Panjang
PA Sistem En. Ramzi Bin Abdul Talib
En. Aizat Rushdi Bin Che Jaafar
En. Johnymond Raymond
Persiapan Tempat En. Shamsudin Bin Hj Mail
En. Ag Ghani Bin Ag Juhad @ Ag Johan
En. Ahmad Bin Li
En. Ramzi Bin Abdul Talib
En. Aizat Rushdi Bin Che Jaafar
En. Mohd Mizwan Bin Wakeran
Pekerja Pembersihan Sekolah
Hiasan Pentas Pn. Hanim binti Mudi
Dg. Suhanah Binti Hj Ag Suang
En. Mohd Shahril Bin Denin
En. Ahmad Bin Li
Fotografi En. Nazrul Jaimis
Dokumentasi Pn. Hanim Binti Mudi
Kawalan Disiplin Pelajar Semua Guru Kelas Dan Pembantu Guru Kelas
Buku Program Cik. Dg Hamidah Binti Osman
Bacaan Doa En. Mohd Mizwan Bin Wakeran

KERTAS KERJA HARI KANAK-KANAK42023


11.0 JADUAL PELAKSANAAN

14 Disember 2023 ( Khamis )

7.10 pagi : Guru kelas mengambil kehadiran


7.40 pagi : Murid berkumpul di tapak perhimpunan
Senamrobik
9:00 pagi : Saringan Got Talent Tahap 2
Pertandingan Mewarna Tahap 1
10:30 pagi : Saringan Got Talent Tahap 1
Pertandingan Mewarna Tahap 2

15 Disember 2023 ( Jumaat )

7.10 pagi : Guru kelas mengambil kehadiran


7.40 pagi : Murid bergerak ke Dewan Dato’ Syahbandar
8.00 pagi : Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Sabah tanah Airku dan Lagu Sekolah
: Bacaan Doa
: Ucapan Guru Besar dan Perasmian
: Acara Pemotongan Kek sempena Sambutan Hari Lahir Bulan Januari
hingga Disember
: Pertandingan ‘Got Talent SKBM’ Tahap 1
9.40 pagi : REHAT
10.00 pagi : Pertandingan ‘Got Talent SKBM’ Tahap 2
: Persembahan
: Penyampaian Hadiah
: Sesi Bergambar
11.30 pagi : Bersurai

KERTAS KERJA HARI KANAK-KANAK52023


12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA UNIT JUMLAH


1 Piala SKBM Got Talent Tahap 1 3 X RM 10.00 RM 60.00
2 Piala SKBM Got Talent Tahap 2 3 X RM 10.00 RM 60.00
3 Hamper SKBM Got Talent 6 X RM 5.00 RM 30.00
4 Perhiasan Pentas & Dewan - RM 100.00
5 Goodies Bags (Kek Cawan) 299 X RM 1.50 RM 448.50
6 Ais Krim 400 kon RM 300.00
6 Hamper Pertandingan Mewarna Tahap 1 20 X RM 5.00 RM 100.00
7 Hamper Pertandingan Mewarna Tahap 2 20 X RM 5.00 RM 100.00

JUMLAH RM 822.00

13.0 PENUTUP

Diharapkan Sambutan Hari Kanak-kanak ini dapat melahirkan murid-murid yang sedar tentang kasih-
sayang dan penghargaan guru-guru terhadap mereka. Di samping itu juga diharapkan murid-murid sedar
tentang tanggungjawab mereka sebagai seorang kanak-kanak dan murid apabila mereka berada di rumah
atau di sekolah. Semoga mereka sedar dengan perlindungan, kebajikan, kesejahteraan serta hak-hak
mereka yang sentiasa dipelihara di sekolah ini akan menjadikan mereka seorang individu yang berguna
kepada agama, bangsa dan negara.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………………. ………..…………………………………
( HANIM BINTI MUDI ) (HAZMAN @ NASIP BIN MASRAN)
Penyelaras GPK Hal Ehwal Murid
Hari Kanak-kanak SK Binsulok
SK Binsulok

Diluluskan oleh,

……………………………….
(SINNING BIN HJ BARUN)
Guru Besar
SK Binsulok

KERTAS KERJA HARI KANAK-KANAK62023

You might also like