PB Tatabahasa Final

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 14

TUGASAN 1

Penulisan Esei (30 markah)

Bahasa Melayu ialah satu bahasa yang tersohor dan terkenal di Asia Tenggara. Secara
amnya, teori bahasa sesuatu bahasa ialah tatabahasa. Tatabahasa menjadi asas untuk
penglahiran bahasa yang indah dan difahami oleh penggunanya. Oleh itu, bahasa dapat
dieksploitasikan untuk mewujudkan gaya dan laras bahasa yang tersendiri. Dengan itu,
tatabahasa mestilah tepat, lengkap, tuntas, lugas dan mudah difahami serta mencerminkan
kebolehan dalaman penutur jati yang ideal.

• Berdasarkan pernyataan di atas:


- Huraikan tentang asas tatabahasa yang meliputi definisi, kepentingan,
tatatingkat, jenis dan aliran tatabahasa secara ringkas.
- Jelaskan proses pembentukan kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda dalam
bahasa Melayu.
- Bandingkan kata kerja aktif dan kata kerja pasif berserta contoh ayat yang sesuai

• Penulisan esei perlu menggambarkan kemahiran anda dalam mengorganisasikan


idea dan kemahiran pemikiran kritikal anda dalam menginterpretasikan huraian di
atas.
• Huraian dan penjelasan yang anda kemukakan perlu diterjemahkan dalam bentuk
penulisan tidak melebihi 1000 patah perkataan secara keseluruhannya.
ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN........................................................................................................ 1
PENGENALAN............................................................................................................ 2
1.0 ASAS TATABAHASA............................................................................................. 3
2.0 PROSES PEMBENTUKAN KATA TERBITAN, KATA MAJMUK DAN KATA
GANDA.................................................................................................................. 4
3.0 PERBANDINGAN KATA KERJA AKTIF DAN KATA KERJA PASIF....................... 6
4.0 RUMUSAN............................................................................................................ 7
5.0 RUJUKAN............................................................................................................. 8
PENGHARGAAN

Alhamdullilah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan izin
limpah kurnianya dapat saya menyempurnakan amanah yang diberikan bagi kerja kursus
penulisan esei BMMB 1084 (Asas Tatabahasa Melayu) ini dengan lancarnya mengikut tarikh
yang telah ditetapkan.

Selain itu, dengan adanya peluang ini saya ingin mendedikasikan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih saya ini kepada pensyarah tercinta, En. Mohd Sufian
bin Ismail kerana telah memberi pendedahan awal mengenai perkara yang dibincangkan
serta bimbingan yang maksima daripada beliau. Hal ini membuka ruang kepada saya untuk
melakukan tugasan ini dengan semangat dan jayanya.

Di samping itu, saya amat terhutang budi kepada kedua ibu bapa saya atas dorongan dan
kata-kata semangat yang telah diberikan kepada saya semasa proses menyiapkan kerja
kursus ini. Seterusnya, tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan saya yang telah membantu
dan melontarkan pendapat yang bermanfaat. Akhir kata bagi penghargaan saya, saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada mereka yang terlibat secara langsung
mahupun tidak langsung dalam proses menyiapkan kerja kursus ini. Sekian, terima kasih.
PENGENALAN

Tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan tatabahasa yang betul amat penting dalam
bidang bahasa. Hal ini kerana tatabahasa yang betul akan menghasilkan ayat yang gramatis
dan ayat dapat disampaikan dengan makna yang jelas. Oleh itu, saya akan menjelaskan
secara ringkas berkenaan definisi, kepentingan, tatatingkat, jenis dan aliran tatabahasa.
Saya juga akan menjelaskan proses pembentukan kata terbitan, kata majmuk dan kata
ganda dalam bahasa Melayu. Perbandingan kata kerja aktif dan kata kerja pasif akan turut
saya sertakan.
1.0 ASAS TATABAHASA

Menurut Kamus Dewan Bahasa edisi keempat, tatabahasa bermaksud “pengetahuan atau
pelajaran tentang pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat”. Tokoh seperti
Zulkifley Hamid, Siti Hajar Abdul Aziz, Salleh Mohd Arkib dan lain-lain telah memberi
pandangan dan fahaman mereka mengenai definisi tatabahasa. Namun demikian, setelah
disimpulkan, tatabahasa bermaksud peraturan, prinsip atau pedoman tentang penggunaan
bahasa yang gramatis dari segi kata, frasa, klausa dan ayat.

Seringkali rakyat di negara kita mempersoalkan kewajaran mempelajari tatabahasa dan


kepentingannya dalam kehidupan seharian. Antara kepentingan mempelajari tatabahasa
ialah dapat membantu kita menggunakan bahasa pertuturan dengan tepat, teratur dan
lancar sama ada dari segi lisan mahupun tulisan. Selain itu, penguasaan bahasa dapat
ditingkatkan. Dengan mempelajari tatabahasa juga kita dapat menyampaikan maksud
dengan jelas tanpa mewujudkan salah faham atau kekeliruan terhadap pihak lain.

Tatabahasa terbahagi kepada dua bidang, iaitu sintaksis dan morfologi. Morfologi berada
pada kedudukan yang rendah dalam tatatingkat tatabahasa diikuti sintaksis yang berada
pada tahap lebih tinggi. Dalam morfologi, terdapat dua unsur iaitu morfem dan kata.
Manakala sintaksis terdiri daripada frasa, klausa dan ayat. Tatabahasa juga mempunyai
beberapa jenis iaitu tatabahasa deskriptif, tatabahasa preskriptif, tatabahasa normatif,
tatabahasa sejarah dan perbandingan, tatabahasa pedagogi, tatabahasa national,
tatabahasa sejagat dan tatabahasa formal. Setiap jenis tatabahasa ini mempunyai
konsepnya yang tersendiri.

Terdapat tiga aliran utama tatabahasa, iaitu tatabahasa aliran tradisional, tatabahasa aliran
struktural dan tatabahasa aliran transformasi generatif. Secara ringkasnya, tatabahasa aliran
tradisional ialah nahu yang mementingkan susunan bahasa yang betul dan mesti dipatuhi
sepanjang masa. Seterusnya, tatabahasa aliran struktural menekankan bidang morfologi
manakala tatabahasa aliran transformasi generatif memberi tumpuan kepada sintaksis.
2.0 PROSES PEMBENTUKAN KATA TERBITAN, KATA MAJMUK DAN KATA GANDA

Kata terbitan ialah kata kata dasar yang menerima imbuhan sama ada awalan, sisipan,
akhiran ataupun apitan. Imbuhan awalan ialah imbuhan yang hadir sebelum kata dasar
manakala imbuhan akhiran ialah imbuhan yang hadir selepas kata dasar. Contoh imbuhan
awalan ialah berjalan. Kata dasar bagi berjalan ialah jalan dan kemudian telah menerima
imbuhan awalan ber-. Imbuhan sisipan bermaksud imbuhan yang hadir dicelah kata dasar
manakala imbuhan apitan bermaksud imbuhan yang hadir di awal dan akhir kata dasar.
Contoh imbuhan sisipan ialah jelajah. Kata dasar jelajah ialah jajah dan kemudian telah
menerima imbuhan -el-.

Kata majmuk ialah dua kata atau lebih yang dirangkaikan untuk membentuk kata baharu
yang mempunyai makna khusus. Pemajmukan mempunyai empat jenis, iaitu pemajmukan
tunggal dengan tunggal, pemajmukan terbitan dengan terbitan, pemajmukan tunggal
dengan terbitan dan pemajmukan terbitan dengan tunggal. Pemajmukan tunggal dengan
tunggal ialah kata tunggal yang digabungkan dengan kata tunggal. Sebagai contoh, temu
duga yang membawa maksud soal jawab antara majikan dan pemohon pekerjaan.
Pemajmukan terbitan dengan terbitan ialah kata terbitan yang digabungkan dengan kata
terbitan lain. Misalnya, tugasan dan harian yang apabila digabungkan, ia akan menjadi
tugasan harian. Seterusnya, pemajmukan tunggal dengan terbitan ialah kata tunggal yang
digabungkan dengan kata terbitan manakala pemajmukan terbitan dengan tunggal ialah
kata terbitan digabungkan dengan kata tunggal. Contoh pemajmukan tunggal dengan
terbitan ialah papan kekunci. Papan ialah kata tunggal manakala kekunci ialah kata terbitan.
Contoh pemajmukan terbitan dengan tunggal pula ialah pencuci muka. Pencuci ialah kata
terbitan manakala muka ialah kata tunggal.

Akhir sekali, kata ganda. Kata ganda ialah kata dasar yang digandakan atau diulang sama
ada dalam bentuk tunggal, gabungan atau terbitan untuk membentuk kata baharu. Antara
ciri penggandaan ialah pengulangan bentuk kata itu lazimnya mempunyai tanda sempang
tetapi gandaan separa tunggal dikecualikan. Selain itu, penggandaan akan menyebabkan
perubahan makna dan bentuk kata daripada kata dasar kepada kata ganda. Penggadaan
mempunyai tiga jenis, iaitu penggandaan penuh, penggandaan berentak dan penggandaan
separa. Penggandaan penuh ialah kata dasar digandakan sama seperti bentuk asalnya.
Sebagai contoh, meja-meja, baju-baju dan buku-buku. Penggandaan berentak pula
melibatkan penggandaan kata dasar secara rentak. Misalnya, kuih-muih, lauk-pauk dan
mundar-mandir. Seterusnya, penggandaan separa. Penggandaan separa ialah kata dasar
digandakan secara sebahagian sahaja. Tamsilnya, tetikus, gilang-gemilang dan beg-beg
tangan.
3.0 PERBANDINGAN KATA KERJA AKTIF DAN KATA KERJA PASIF

Secara umumnya, kata kerja merujuk kepada perbuatan atau tindakan melakukan
sesuatu. Kata kerja terbahagi kepada dua, iaitu kata kerja aktif dan kata kerja pasif. Ayat
yang memfokuskan subjek asal sebagai tajuk menggunakan kata kerja aktif manakala ayat
yang mengutamakan objek sebagai subjek menggunakan kata kerja pasif.

Kata kerja aktif terbahagi kepada dua, iaitu kata kerja aktif transitif dan kata kerja aktif tak
transitif. Kata kerja aktif tak transitif dipecahkan lagi kepada dua jenis, iaitu kata kerja aktif
tak transitif berpelengkap dan tidak berpelengkap. Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap
ialah kata kerja yang tidak boleh berdiri sendiri dan memerlukan predikat sebagai
pelengkap. Sebagai contoh, berselimutkan, berbantalkan dan berbekalkan. Contoh-contoh
ini memerlukan penerangan bagi menyampaikan makna dengan jelas. Berbantalkan boleh
dilengkapkan dengan menambah perkataan lengan. Contoh ayat, Ali sedang tidur
berbantalkan lengan. Manakala kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja
yang boleh berdiri dengan sendiri tanpa perlu penerangan. Misalnya, tidur, makan dan
minum. Contoh-contoh ini tidak memerlukan penerangan dalam ayat kerana makna yang
ingin disampaikan sudah jelas. Contoh ayat, Abu sedang makan. Kata kerja aktif transitif
ialah kata kerja yang memerlukan objek selepasnya sebagai predikat ayat. Objek terdiri
daripada frasa nama, kata nama atau klausa nama. Contoh ayat, Imran mengail ikan.
Berdasarkan contoh, perbuatan mengail dilakukan oleh kata nama Imran manakala ikan
yang juga merupakan kata nama dijadikan sebagai objek.

Kata kerja pasif memfokuskan kepada objek menjadi subjek baharu untuk menjelaskan
perbuatan. Kata kerja pasif lazimnya mempunyai perkataan kena sebelum kata kerja.
Contoh ayat, pelajar yang lewat itu kena hukum dengan guru disiplin. Selain itu, kata ganti
nama diri pertama dan kedua turut terlibat apabila terbentuknya kata kerja pasif diri pertama
dan kedua. Contoh ayat, sudahkah kamu membaca buku itu? Kamu merupakan kata ganti
nama diri kedua. Kata ganti nama diri ketiga tidak ketinggalan juga apabila terbentuknya
kata kerja pasif yang mmepunyai imbuhan di-, diper-, diper-...-i, di-...-kan, di-...-i, dan diper-
...-kan. Contoh ayat, buku-buku itu telah dibeli oleh mereka. Mereka merupakan kata ganti
nama diri ketiga.
4.0 RUMUSAN

Natijahnya, ilmu tatabahasa itu luas.Walaubagaimanapun, tatabahasa telah dihuraikan


dalam unsur-unsur kecil supaya dapat memudahkan kita untuk memahaminya. Oleh itu,
sudah menjadi tugas kita untuk mempelajarinya supaya kita tidak salah dalam memilih
perkataan yang sesuai. Hal ini kerana setiap perkataan dan dialog yang kita sering gunakan
pada hari ini mempunyai tatabahasanya yang tersendiri. Kesannya, komunikasi akan
berjalan dengan lebih lancar kerana berjaya menyampaikan makna dengan jelas.

(1002 patah perkataan)


5.0 RUJUKAN

Abdul Hamid Mahmood. (1992). Ayat pasif bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Abdullah Hassan. (1993). Tatabahasa pedagogi bahasa Melayu. Utusan Publications &

Distributors Sdn. Bhd.

Ahmad Khair Mohd Nor. (2010). Pembentukan kata dalam bahasa Melayu. Pustaka Salam

Sdn. Bhd.

BM Tatabahasa. (n.d). Kata majmuk. Portal BM Tatabahasa.

https://sites.google.com/site/bmalaysiatatabahasa/kata-kata/kata-majmuk

Hasnah Awang & Muhammad Norrudin Abdul Aziz. (2022). Asas tatabahasa bahasa Melayu.

Sri Saujana Marketing.

Jamaludin Che Embi. (2011, Januari 25). Kata kerja pasif. Cikgu Dins.

https://cikgudins.blogspot.com/2011/01/kata-kerja-pasif.html

Kamus Dewan Bahasa (edisi keempat). (n.d.). Tatabahasa. In ekamus.dbp.gov.my. Dirujuk


pada September, 23, 2023, daripada
http://ekamus.dbp.gov.my/Search.aspx?spec=false&type=1&cari=tatabahasa
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2015).

Tatabahasa Dewan (edisi ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pihin Hassanal. (2016, Julai 13). BMMB3023 Pembentukan Kata Tunggal Dan Kata Terbitan

[PowerPoint slides]. SlideShare.


https://www.slideshare.net/pihinhassanal/bmmb3023-pembentukan-kata-tunggal-
dan-kata-terbitan

Wan Noryatini Mahmood. (2014, Januari 14). Aliran dan tokoh tatabahasa Melayu
[PowerPoint slides]. SlideShare. https://www.slideshare.net/wannoryatini/183212911-
alirandantokohtatabahasamelayudocx
LAPORAN TURNITIN

You might also like