Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN WIRA JAYA

HALAMAN AMPANG, Tel/Fax: 05-3188132/31


31350 IPOH Emel: ABA2069@moe.edu.my
PERAK DARUL RIDZUAN Kod Sekolah: ABA2069

___________________________________________________________________________________
Ruj. Kami : SKWJ 700-10/5/3 ( )
Tarikh : Januari 2024
SK Wira Jaya
Halaman Ampang
31350 Ipoh
Perak

Kepada,

Pengarah,
PETRONAS Twin Towers,
Level 4, Suria KLCC
50088 Kuala Lumpur

Tuan,

Permohonan Mengadakan Lawatan Sambil Belajar Ke Petrosains

Merujuk perkara di atas, saya bagi pihak guru-guru Sekolah Kebangsaan Wira Jaya,Ipoh Perak
Darul Ridzuan ingin memaklumkan bahawa warga sekolah kami bercadang untuk mengadakan
lawatan sambil belajar ke Petrosains dan Sultans of Science2.

2. Berikut adalah cadangan untuk lawatan tersebut:

Tarikh : 07 Januari 2024 (Rabu)


Masa : 3.00 petang
Bilangan murid : 38
Bilangan guru : 6 orang

3. Tujuan kami mengadakan lawatan ini adalah untuk kami menambah ilmu pengetahuan di
samping merasai pengalaman serta aktiviti yang menarik yang tidak dapat dilakukan di sekolah.

4. Selain itu, tujuan lawatan ini juga selaras dengan visi sekolah kami iaitu melahirkan
teknokrat yang berinovasi dan mampu bersaing dalam bidang teknologi di masa akan datang.

5. Oleh itu, saya berharap agar permohonan ini akan dipertimbangkan dan diluluskan oleh
pihak tuan.

Segala kerjasama pihak tuan, saya ucapkan terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

…………………..
(CHE ROSNANI BT ISMAIL )
Guru Besar,
SK Wira jaya, Ipoh, Perak

You might also like