Karangan Respons Terhad - Resume

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KARANGAN

Iklan-iklan di bawah menunjukkan sebahagian daripada iklan kerja kosong.

Berdasarkan iklan-iklan yang diberikan, sediakan resume diri anda yang lengkap bagi
permohonan satu pekerjaan yang anda minati.

Panjangnya resume anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

1
PERMOHONAN PEKERJAAN SEBAGAI GURU BAHASA MELAYU

Maklumat Peribadi
Nama: Luqman Hakim bin Shahril
Umur: 25 Tahun
Jantina: Lelaki
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Objektif
Saya ingin menimba pengalaman baharu. Selain itu, saya juga ingin mempelajari pelbagai ilmu daripada
rakan sekerja yang berpengalaman.

Potensi Diri
Saya mudah bekerja dalam kumpulan. Di samping itu, saya juga pandai menguruskan emosi ketika bekerja
dalam tekanan.

Latar Belakang Pendidikan


Saya memperoleh diploma dalam bidang Pendidikan Kesusasteraan Bahasa Melayu di Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kemudian, saya memperoleh ijazah sarjana muda dalam bidang
Pendidikan Bahasa Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Anugerah
Saya pernah dianugerahkan sebagai pemidato terbaik pada peringkat kebangsaan. Saya juga pernah
menerima pelajar terbaik bagi subjek Bahasa Melayu sewaktu di sekolah rendah dan menengah.

Kemahiran Bahasa
Saya boleh bertutur, menulis dan membaca dalam bahasa Melayu dengan baiknya. Selain itu, saya juga
boleh bertutur, menulis dan membaca dalam bahasa Mandarin serta bahasa Arab.

Kemahiran Tambahan
Saya mahir menggunakan perisian Microsoft Office seperti Word, Excel dan PowerPoint. Bukan itu sahaja,
saya juga mahir dalam penyuntingan gambar dan video dengan perisian Adobe.

Maklumat untuk Dihubungi


No. 34, Jalan Maarof,
Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
No. Telefon: 012-3456789
Alamat e-mel: luqman.hakim@zmail.com.my

Individu yang Dirujuk


Dr. Harishon binti Radzi
Pensyarah Kanan
Jabatan Pendidikan Bahasa Melayu
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
No. Telefon: 03-44446789
Alamat e-mel: harishon@ukm.my

You might also like