Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

TEKS PENGACARA MAJLIS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Untuk makluman semua guru dan murid sesi petang, harini akan berlangsungnya program
pelancaran Hari Nilam Selangor (HANIS), galakan membaca dan minggu pusat sumber SMK MERU.
Program ini merupakan anjuran Pusat Sumber Sekolah.

Tema Hari Nilam Selangor, galakan membaca dan minggu pusat sumber pada tahun ini ialah

‘Membaca Jendela Dunia’. Majlis pelancaran telah dilaksanakan oleh Pengetua Cemerlang SMK

Meru, Pn Siti Dinar Binti Hamid.

Pelbagai aktiviti galakan membaca sempena program NILAM yang akan dijalankan

sepanjang tahun ini antaranya sudut pidato, mini library NILAM, baca cerpen, mengarang sajak,

hadiah peminjam aktif dan banyak lagi.

Semua murid digalakkan untuk menyertai aktiviti yang diadakan. Pelbagai hadiah menarik

disediakan.Boleh berhubung dengan guru pusat sumber sekolah jika ingin menyertai aktiviti yang

diadakan iaitu cikgu

1.ANIS NAJWA BINTI ZAKARIA

2.AQMAR NUR IZZAH BINTI NORAZLAN

3.NURUL HAFIZA BINTI ABDUL RAHMAN.

Jom kita sertai aktiviti yang dipertandingkan.

Majlis akan diteruskan lagi dengan pelancaran Hari Nilam Selangor (HANIS), galakan membaca dan

minggu pusat sumber SMK MERU.Oleh itu, dijemput PK petang, En Zahari Bin Jasman untuk

merasmikan majlis ini.

[PELANCARAN DIJALANKAN]

Terima kasih En Zahari Bin Jasman atas pelancaran itu tadi..

{GIMIK}

Dari Kedah ke Kuala Perlis

Singgah bersantai di tepi jeti

Persembahan gimik memeriahkan majlis

Semoga hadirin terhibur di hati.

-------------------------------{Gimik diperdengarkan }----------------------------------------


Dengan berakhirnya gimik sebentar tadi, maka berakhirlah sudah majlis pelancaran NILAM, galakan

membaca dan minggu pusat sumber.

Akhir kata,

Anak muda pulang ke desa,

Ibu dan ayah lama menanti,

Warga membaca tak membuang masa,

Khutub khanah teman sejati.

Sekian terima kasih.

You might also like