Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

Bismillahirrahmannirrahim..

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam


Malaysia Madani. Terlebih dahulu marilah kita sama- sama
merafakkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana
dengan limpah inayahNya kita dapat bertemu dalam Majlis
Hari Apresiasi Pendidikan untuk sesi 2023/2024 bagi SK
FELDA Jengka 17.

Di kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan jutaan


terima kasih dan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa
majlis ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada ibu bapa /
penjaga murid yang telah menunjukkan komitmen yang
tinggi untuk hadir ke majlis ini. Kerjasama erat ibu bapa
bersama warga sekolah sangat diperlukan bukan sahaja
untuk mendidik anak-anak, tetapi perlu menyokong apa
juga rancangan atau program dianjurkan pihak sekolah demi
kejayaan anak masing-masing.

Semoga majlis ini dapat dijadikan asas permulaan anjakan


paradigma murid dalam menjana modal insan yang
terbilang. Majlis ini merupakan satu majlis khas untuk
meraikan murid-murid yang telah membuktikan
kecemerlangan mereka bukan sahaja dalam bidang
akademik malah sahsiah diri serta Kokurikulum.

Akhir kata, semoga kejayaan murid-murid yang diraikan


dalam Majlis Apresiasi ini dapat menjadi galakan kepada
mereka untuk terus berusaha mengejar kecemerlangan dalam
semua bidang, baik dalam bidang akademik mahupun
kokurikulum demi masa hadapan mereka.

You might also like