KELUARGA ISLAM (Amalan Islam Di Malaysia)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KELUARGA ISLAM

1. JELASKAN MAKSUD BERIKUT :-


a. PERANAN
 Peranan ialah tugas yang dilakukan untuk menjayakan sesuatu perkara

b. HAK
 Hak ialah kuasa atas sesuatu perkara atau untuk berbuat sesuatu perkara yang
ditentukan oleh undang-undang , agama atau adat istiadat .

c. TANGGUNGJAWAB
 Tanggungjawab ialah sesuatu kewajipan yang mesti dilakukan .

2. PERANAN :-

a. Dalam sesebuah keluarga , ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang diamanahkan


oleh Allah SWT terhadap anak-anak . Antara tanggungjawab ibu bapa terhadap
anak-anak ialah berdoa ke hadrat Allah SWT agar dikurniakan anak yang soleh
sebaik sahaja bernikah , mengazankan anak lelaki dan mengiqamatkan anak
perempuan sebaik sahaja dilahirka dan memberikan nama yang baik kepada anak .
b. Anak juga mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap ibu bapa bagi
membolehkan mereka tergolong dalam kalangan anak yang soleh . Antara
tanggungjawab anak terhadap ibu bapa adalah mentaati ibu bapa dengan sebaik-
baiknya , anak-anak wajib mengelakkan diri daripada menjadi anak yang derhaka
dan menjaga maruah serta nama baik ibu bapa .
c. Tanggungjawab suami terhadap isteri merupakan perkara yang wajib dilakukan oleh
suami dalam semua urusan kekeluargaan . Antara tanggungjawab suami ialah
menjaga maruah dan kehormatan isteri , memberikan nafkah zahir dan batin
mencukupi serta sentiasa membimbing isteri dengan ajaran Islam menuju keredhaan
Allah SWT .
d. Bagi menyempurnakan lagi kebahagiaan sesebuah keluarga , isteri perlulah
bertanggungjawab melakukan beberapa perkara . Antara tanggungjawab isteri
terhadap suami ialah mentaati suami selagi tidak bertentangan dengan syariat , tidak
meninggalkan rumah tanpa izin suami dan sentiasa menjaga amanah serta harta
suami .
3. HAK :-

a. Hak ibubapa daripada anak-anak adalah kewajipan bagi anak-anak untuk berbuat
baik kepada kedua orang tua mereka . Antara hak ibubapa daripada anak ialah
mendapat ketaatan , menjadi contoh teladan kepada khalayak ramai dan
mengharumkan lagi nama ibubapa .

b. Hak anak-anak daripada ibubapa merupakan salah satu tuntutan yang terdapat dalam
al-Quran . Antara hak anak-anak daripada ibubapa ialah mendapat nafkah selagi
tidak bekerja mahupun berkahwin , memperoleh tunjuk ajar dan kasih saying yang
secukupnya dan mengahwinkan dengan jodoh yang baik apabila tiba masanya .

c. Hak suami daripada isteri ialah sesuatu yang diperoleh suami daripada isteri dan
menjadi tanggungjawab isteri untuk menyediakan . Antara hak suami ialah menjadi
ketua dan pemimpin dalam rumah tangga , mendapat ketaatan daripada isteri dan
memperoleh kasih saying , cinta serta mesra daripada isteri .

d. Hak isteri daripada suami ialah sesuatu yang diperoleh isteri daripada suami dan
menjadi tanggungjawab suami untuk menyediakannya . Antara hak isteri ialah
memperoleh nasihat dan tunjuk ajar yang baik , memperoleh tempat tinggal yang
munasabah mengikut negeri tinggal dan memperoleh jaminan keselamatan serta
kebajikan .

4. TANGGUNGJAWAB :-

a. Anak terhadap ibubapa

 Mentaati ibu bapa dengan sebaik baiknya


 Menjaga maruah dan nama baik ibu bapa
 Sentiasa berbuat baik kepada ibu bapa
 Menjaga ibu bapa dengan penuh kasih sayang

b. ibubapa terhadap anak-anak

 Memberikan nama yang baik kepada anak


 Menyusui anak sehingga umur 2 tahun
 Memberikan pendidikan yang sewajarnya
 Mendidik anak supaya menjadi orang yang soleh dan beriman
c. suami kepada Isteri

 Menggauli isteri dengan cara yang baik


 Menyediakan keperluan hidup yang cukup
 Mencari nafkah yang halal
 Memimpin rumah tangga kearah kebahagiaan

d. Isteri kepada suami

 Mengurus kerja rumah


 Menjaga kehormatan diri dan suami
 Menjaga harta benda suami
 Tinggal bersama suami

You might also like