Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

5.

4 Dapatan Pemerhatian

Untuk kajian ini, pengkaji telah menjalankan pemerhatian. Pengkaji telah menangkap gambar
sebagai bukti dan untuk mengenal pasti platform-platform yang digunakan untuk membuat
pembelian atas talian dan risiko-risiko pembelian atas talian yang dihadapi dalam kalangan
pelajar Tingkatan 6 di SMK Tun Syed Sheh Barakbah.

Foto 1 : Menunjukkan sekolah SMK Tun Syed Sheh Barakbah . (2022)

Sumber : Kajian Lapangan 2022

Foto 2: Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Sheh Barakbah

Sumber: Kajian Lapangan 2022

36
6.0 RUMUSAN
6.1 Pengenalan
Berdasarkan keseluruhan, tajuk ini ialah pembelian barangan atas talian dalam kalangan
pelajar Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Sheh Barakbah 14200,
Sg.Bakap, Pulau Pinang. Pembelian barangan atas talian semakin menjadi ‘trend’ dalam
kalangan pelajar. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti platform-platform yang digunakan
untuk membuat pembelian atas talian oleh pelajar Tingkatan 6 dan mengkaji risiko-risiko
pembelian atas talian yang dihadapi dalam kalangan pelajar Tingkatan 6 di SMK Tun Syed Sheh
Barakbah. Untuk mencapai objektif kajian tersebut, sebanyak 30 orang pelajar yang bersekolah
di kawasan tempat kajian telah dipilih sebagai responden kajian ini.
6.2 Kaedah kajian dan demografi responden
Terdapat 3 kaedah kajian yang dipilih untuk menjalankan kajian ini iaitu kaedah soal selidik,
kaedah kepustakaan, dan kaedah pemerhatian. Dalam menjalankan kaedah soal selidik, seramai
30 responden telah dipilih secara rawak daripada populasi tempat kajian. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa seramai 15 orang lelaki dan 15 orang perempuan telah dipilih untuk
menjawab satu set soal selidik tersebut dan kebanyakan daripada kelas perniagaan dari aliran
perniagaan. Manakala pengkaji juga telah menjalankan pemerhatian di kawasan tempat kajian.
Setelah mengumpulkan data daripada responden, aspek penganalisisan data dan pengiraan
manual akan diguna pakai. Oleh sebab ini, kekerapan, peratus dan min sahaja akan dijadikan
data unuk dianalisis.
6.3 Platform-platform yang digunakan oleh pelajar Tingkatan 6 dalam membuat
pembelian atas talian di SMK Tun Syed Sheh Barakbah
Dapatan kajian juga mendapati bahawa terdapat 8 platform-platform yang digunakan oleh
pelajar Tingkatan 6 di SMK Tun Syed Sheh Barakbah. Menurut soal selidik yang dijalankan,
mereka dapat mengenal pasti platform yang digunakan untuk membuat pembelian atas talian.
Antara platform-platform yang digunakan oleh pelajar Tingkatan 6 dalam membuat
pembelian atas talian ialah “Shopee” , “Lazada” , “Laman sesawang” , “Shein” , “Telegram” ,
“Zalora” , “Tiktok” dan “Instagram” .

6.4 Risiko-risiko pembelian atas talian yang dihadapi dalam kalangan pelajar Tingkatan 6 di
SMK Tun Syed Sheh Barakbah
Dapatan kajian juga mendapati bahawa terdapat 7 risiko yang dihadapi dalam kalangan
pelajar Tingkatan 6 dalam membuat pembelian atas talian di SMK Tun Syed Sheh Barakbah.
Menurut soal selidik yang dijalankan, mereka setuju risiko pembelian atas talian dalam kalangan
pelajar Tingkatan 6.

37
Antara risiko yang dihadapi dalam kalangan pelajar Tingkatan 6 di SMK Tun Syed Sheh
Barakbah ialah “ barangan yang dipesan tidak sampai”, “ memperoleh barang yang rosak”,
“mendapat barang yang tidak berkualiti”, “syarikat perniagaan mendedahkan maklumat
peribadi”, “perkhidmatan poslaju yang tidak cekap” , “penipuan terhadap maklumat produk” dan
“ memperoleh barangan yang tidak menepati saiz dan cita rasa”.
6.5 Kesimpulan
Hasil daripada kajian yang dijalankan, didapati platform-platform yang digunakan oleh
pelajar dalam membuat pembelian atas talian oleh pelajar Tingkatan 6 di SMK Tun Syed Sheh
Barakbah ialah “Shopee” , “Lazada” , “laman sesawang” , “Shein”, “telegram” , “tiktok” dan
“Instagram”. Daripada kelapan-lapan platform tersebut, didapati platform Shopee merupakan
platform yang paling dominan yang digunakan di SMK Tun Syed Sheh Barakbah.
Selain itu, hasil daripada kajian yang dijalankan, didapati risiko-risiko pembelian atas talian
yang dihadapi dalam kalangan pelajar Tingkataan 6 di SMK Tun Syed Sheh Barakbah ialah “
barangan yang dipesan tidak sampai”, “ memperoleh barang yang rosak”, “mendapat barang
yang tidak berkualiti”, “syarikat perniagaan mendedahkan maklumat peribadi”, “perkhidmatan
poslaju yang tidak cekap” , “penipuan terhadap maklumat produk” dan “ memperoleh barangan
yang tidak menepati saiz dan cita rasa”. Daripada ketujuh-tujuh risiko tersebut, didapati risiko
memperoleh barangan yang tidak menepati saiz dan cita rasa merupakan risiko yang paling
dominan dalam membuat pembelian atas talian dalam kalangan pelajar Tingkatan 6 di SMK Tun
Syed Sheh Barakbah.
Pengkaji berharap platform-platform tersebut dan risiko pembelian atas talian dapat
mempengaruhi pelajar supaya lebih berwaspada dalam membuat pembelian barangan atas talian.

7.0 RUJUKAN
Hornby (1985) (dalam Nor Hidayah binti Mohamed,2004)
https://www.academia.edu/11282660/metodologi

https://plus.google.com/115405146348550084089

Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Buku Teks Ekonomi Tingkatan 5 (2019)

Kamus Dewan Edisi Ketiga : Definisi Pengguna Bijak

38
Dicapai pada 14/6/2022

https://www.scribd.com/document/448477119/Bab-2-RESEARCH
Definisi perniagaan atas talian
Dicapai pada 14/6/2022

39
8.0 LAMP

40

You might also like