Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 28

HAK MILIK : ROHIZAN BIN YA P59009

KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP PELAJAR


ORANG ASLI :SATU KAJIAN DI DAERAH RAUB,PAHANG

ABSTRAK

Pendidikan Islam merupakan salah satu subjek pengajaran dan pembelajaran yang
terdapat di setiap sekolah di seluruh Malaysia.Sehinggakan ia dianggap sebagai suatu
subjek yang wajib lulus dalam UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah) yang dipanggil
PAFA(Pencapaian Sekolah Rendah). Ini kerana, isi kandungan yang terkandung dalam
subjek tersebut ialah perkara asas yang dilakukan dalam kehidupan seharian. Dalam arus
pendidikan,terutamanya warga pendidik haruslah peka bahawa adakah subjek tersebut
bersesuaian dengan budaya, persekitaran, adat resam dan tahap kefahaman terutamanya
pelajar orang asli dalam subjek ini. Mengikut kajian daripada sumber yang sahih,
menunjukkan kadar keciciran pelajar orang asli dalam beberapa subjek teras termasuk
subjek Pendidikan Islam adalah amat membimbangkan.Di tambahkan lagi dengan
keciciran pelajar orang asli menyambung pelajaran ke peringkat sekolah menengah
adalah sekitar 60% setiap tahun. Ekoran daripada ini unjuran menunjukkan terdapat kira-
kira 100,000 orang asli yang akan tercicir daripada arus perdana ekonomi, pendidikan dan
kemajuan pada tahun 2020. Justeru melalui pelan induk pendidikan, pendidikan orang asli
boleh dimajukan berdasarkan Teras ke 4 (Merapatkan jurang pendidikan), Teras ke 5
(memartabatkan profesion keguruan) dan Teras ke 6 (melonjakkan institusi pendidikan).
Bagi membangunkan pendidikan orang asli berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
serta teras Falsafah Pendidikan Islam itu sendiri yang memartabatkan pendidikan Islam
sebagai salah satu wadah rohani kepada pengembangan pengajaran dan
pembelajaran,maka usaha-usaha perlu dilakukan dengan segera berlandaskan idea-idea
yang betul dan perancangan yang tersusun rapi agar sebarang permasalahan yang
menyebabkan pengajaran Pendidikan Islam dikalangan pelajar orang asli tidak dilihat
menjadi satu kekangan mahupun halangan yang menyebabkan pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam tidak dapat disampaikan dengan jayanya.
HAK MILIK : ROHIZAN BIN YA P59009

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Latar Belakang

Pendidikan Islam mula diperkenalkan di peringkat nasional selepas kemerdekaan tanah


melayu pada 31 Ogos 1957.Perlembagaan Islam memperuntukkan agama Islam sebagai
agama Persekutuan (Perlembagaan Persekutuan 1983). Sekaligus perkara ini membuka
ruang kepada Pendidikan Islam memperolehi keistimewaan dari pelbagai bentuk ( Abd
Halim 1989).

Tujuan sistem pendidikan di Malaysia di perkenalkan adalah untuk melahirkan


warganegara yang berilmu, berketrampilan, mempunyai nilai bagi menghadapi cabaran
globalisasi serta perkembangan pesat sains dan tenologi (Akta Pendidikan 1996:11).
Pendidikan Islam adalah mengikut acuan yang diperlukan didalam system pendidikan
kerana mengkut kehendak kerajaan iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani maka lahirlah beberapa matapelajaran yang khusus
iaitu Pendidikan Islam bagi pelajar Islam dan Pendidikan Moral bagi yang bukan
beragama Islam. Dalam subjek Pendidikan Islam ini, terdapat tiga pecahan didalamnya
iaitu Tilawah Al-Quran, Jawi dan Ulum Syariah terbahagi pula kepada tiga bahagian iaitu
Ibadah, Sirah dan Akidah.

Menurut Abdul Halim (1989) antara usaha-usaha kerajaan untuk menjamin mutu
pendidikan adalah dengan menubuhkan Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan
Pendidikan Agama Islam (LEPAI) di Bahagian Hal Ehwal Agama Islam (BAHEIS) pada
tahun 1983 dan juga menubuhkan juga Laporan Jawatankuasa Mengkaji Pelaksanaan
Dasar Pelajaran Kebangsaan(LJMDPK) 1988).

Kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah dibentuk berdasarkan kepada


matlamat dan keperluan untuk memberikan pengetahuan Agama Islam kepada
pelajar.Oleh itu, demi memperkasakan lagi,Pendidikan Islam sebaris dengan subjek yang
lain, pelbagai cara yang dilaksanakan dengan mewujudkan subjek Bahasa Arab di sekolah
rendah di bawah bimbingan guru JQAF (Program Jawi, al-Quran, Bahasa Arab & Fardhu
Ain) yang bermula pada 2005 sehinggalah sekarang. Di samping itu, kerajaan juga
HAK MILIK : ROHIZAN BIN YA P59009

menambahbaikan isi kandungan buku teks Pendidikan Islam bagi mencapai matlamat
KSSR yang baru sahaja diperkenalkan pada tahun ini semata – mata untuk mencapai
matlamat yang satu iaitu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Islam dikalangan pelajar terutamanya di kalangan pelajar orang Asli. Adnan (
2000)

1.1 Penyataan Masalah

Penulis cuba untuk mengenengahkan masalah yang dihadapi oleh pelajar Orang Asli
dalam subjek Pendidikan Islam yang rata-ratanya kurang berminat dalam subjek ini. Oleh
itu, penulis cuba memfokuskan tentang pedagogi yang sesuai dengan kefahaman dan
bersesuaian dengan mereka.Selain daripada itu,penulis juga mengkaji tentang cabaran
dalam membudayakan agama Islam dalam budaya dan adat resam masyarakat Orang
Asli serta memberikan beberapa cadangan yang perlu dilaksanakan agar pelajar ini dapat
memantapkan pemahaman mereka tentang Pendidikan Islam seterusnya diterapkan dan
diamalkan dalam kehidupan seharian.

Sementara itu , dari segi pendidikan, pencapaian yang ditunjukkan oleh pelajar-
pelajar Orang Asli secara umumnya, walaupun statistik memperlihatkan peningkatan
berbanding dengan pencapaian pada masa lepas, namun pencapaian itu masih lagi di
tahap yang kurang memuaskan. Hanya segelintir pelajar sahaja yang berjaya meneruskan
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Ramai yang tercicir sama ada di peringkat
sekolah rendah ataupun di peringkat sekolah menengah. Menurut Statistik JHEOA,
keciciran yang tinggi adalah di peringkat sekolah rendah, terutamanya pada peringkat
darjah tiga. Keciciran ini pula menyebabkan Orang Asli tidak dapat dilengkapkan dengan
ilmu pengetahuan untuk membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan yang baik .Hasan
(1998).

Walau bagaimanapun, masih terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kanak-


kanak orang asli tidak mencapai kemajuan dalam pendidikan. ‘Masalah’ ini tidak dapat
diukur dan masalah ini telah memberi kesan kepada pencapaian orang asli dalam
pendidikan. (Nicholas 2006). Ini juga secara tidak langsung mempengaruhi pencapaian
mereka dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.
HAK MILIK : ROHIZAN BIN YA P59009

Jadual 1.1.0: Kadar Keciciran Pelajar Sekolah Rendah dari Darjah 1 hingga Darjah 6

Pada Tahun 1976-2000

Tahun Bil. Yang Tahun Bil. Pelajar Bil. Pelajar Kadar


Kemasukan mendaftar di berjaya yang berjaya yang Keciciran
darjah 1 menamatkan menamatkan tercicir
(%)
darjah 6 darjah 6

1976 2,105 1981 630 1475 70.1


1977 2,151 1982 741 1410 65.6
1978 2,317 1983 705 1612 69.6
1979 3,102 1984 757 2345 75.6
1980 2,304 1985 654 1,650 71.6
1981 2,416 1986 783 1,633 67.6
1982 2,729 1987 944 1,785 65.4
1983 2,868 1988 1,000 1,868 65.1
1984 2,651 1989 1,052 1,599 60.3
1985 2,879 1990 1,124 1,755 60.9
1986 2,942 1991 1,031 1,911 64.9
1987 2,988 1992 1,217 1,771 59.2
1988 2,881 1993 1,255 1,626 56.4
1989 2,970 1994 1,466 1,404 48.9
1990 3,078 1995 1,699 1,379 44.8
1991 3,248 1996 1,678 1,569 48.3
1992 3,202 1997 1,825 1,377 43.0
1993 3,379 1998 2,264 1,115 33.0
1994 3,128 1999 2,574 427 15.1
1995 5,505 2000 3,144 2,361 42.9
Total 58,843 26,544 32,117 54.6
HAK MILIK : ROHIZAN BIN YA P59009

Sumber: Nicholas & Colin (2000 )

Dalam pada itu juga, terdapat pelbagai usaha penyelesaian yang telah dijalankan
oleh pihak yang bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah ini seperti di peringkat
Kementerian Pelajaran. Ada di antara usaha mereka ialah merangka modul modul mata
pelajaran khususnya Pendidikan Islam dengan lebih sistematik dan berkualiti serta
melatih para guru dengan menerapkan kaedah kaedah pengajaran yang sesuai.Tidak
kurang juga peranan yang dimainkan oleh JHEOA sama ada diperingkat atasan mahupun
bawahan dalam membuat kursus,program,seminar yang bertujuan meningkatkan
kefahaman mereka terhadap Pendidikan Islam.

Menerusi salah satu kajian lepas yang dijalankan oleh Ahmad Redzuan (2010)
banyak berkisarkan tentang mengenal pasti pendekatan dakwah melalui bidang
pendidikan menerusi agensi agensi badan kerajaan atau bukan kerajaan seperti Jabatan
Agama Islam Pahang(JAIP), Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Negeri Pahang dan
sebagainya. Maka lahirlah pelbagai program ,unjuran daripada hasil penggemblengan
agensi agensi ini seperti kursus dakwah,bantuan kemasukan ke pusat pengajian tinggi ,
kampung bimbingan dan lain lain.

Penulis mendapati masih tidak ada kajian yang khusus dijalankan bagi mengenal
pasti kaedah kaedah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dijalankan
khususnya di Daerah Raub,Pahang. Kajian kajian yang dijalankan sebelum ini hanya
menjuruskan kepada sosiobudaya masyarakat Orang Asli,cabaran atau masalah dakwah
serta penglibatan agensi agensi dalam memajukan masyarakat Orang Asli. Maka di atas
sebab ini , maka pengkaji secara rasional telah memilih tajuk ini sebagai satu panduan
kepada masyarakat dan khususnya kepada warga pendidik dalam mempelbagaikan
kaedah pengajaran terhadap golongan ini.

1.2 Tujuan Kajian

Arah tujuan kajian ini dijalankan adalah bermatlamatkan beberapa aspek yang mana
pengkaji akan menghuraikan secara am berdasarkan tajuk kajian yang dipilih oleh
HAK MILIK : ROHIZAN BIN YA P59009

pengkaji dan juga secara ringkas dalam memberikan konsep konsep yang bertindak
sebagai pemboleh ubah berdasarkan objektif kajian.

Secara amnya, pemilihan tajuk kajian iaitu ‘Kaedah Pengajaran Pendidikan Islam
Di Kalangan Pelajar Orang Asli: Satu kajian Di Daerah Raub, Pahang’ boleh
didifinisikan sebagai satu tatacara cara atau peraturan membuat sesuatu terutamanya yang
bersistem atau yang biasa berdasarkan prinsip-prinsip tertentu.Dalam hal ini ia dikaitkan
pula dengan perihal mengajar sesuatu yg berkaitan dengan mengajar seperti cara atau
sistem mengajar melalui aspek yang dipentingkan dalam penyelidikan ini iaitu
Pendidikan Islam yang difokuskan terhadap segolongan manusia yang berasal dari
sesuatu daerah tertentu mahupun rakyat sesebuah negara yang didiami.

Manakala Masyarakat Orang Asli pula dilihat sebagai pemboleh ubah yang masih
jauh ketinggalan dari segi taraf hidup berbanding kaum Melayu, Cina, India, Bumiputera
di Sabah dan Sarawak seperti Kadazan Dusun serta Iban. Walaupun masyarakat Orang
Asli pada masa sekarang mempunyai banyak peluang yang disediakan oleh kerajaan
untuk memajukan diri dan keluarga namun keupayaan mereka bertindak balas terhadap
memiliki kehidupan yang lebih baik tidak diusahakan sepenuhnya melalui pendidikan,
pertanian, perikanan, pelancongan dan sebagainya.

Justeru itu, bidang pendidikan adalah jalan utama daripada keluar kehidupan yang
serba kekurangan dan bersaing dengan orang lain. Justeru masyarakat Orang Asli khusus
kepada generasi muda harus sedar bahawa melalui penglibatan diri dalam dunia
pendidikan akan dapat mengubah kehidupan yang lebih sempurna.

Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mencari kaedah kaedah pendidikan yang sesuai
untuk pelajar Orang Asli dalam menarik minat mereka dalam mata pelajaran Pendidikan
Islam. Diharapkan juga agar dapatan hasil kajian akan dapat digunakan oleh pihak
berkaitan seperti orang perseorangan yang terlibat secara langsung mahupun tidak
langsung serta badan badan kerajaan,NGO,JHEOA,PERKIM,YADIM,JAKIM dan lain
lain untuk membuat tindakan drastik atau suatu pelan tindakan dapat dilakukan bagi
menyelesaikan permasalahan ini. Melalui perancangan dan usaha yang ikhlas, komited,
HAK MILIK : ROHIZAN BIN YA P59009

berterusan dan bersepadu bersama-sama masyarakat Orang Asli sahaja akan dapat
membuatkan anak-anak Orang Asli suka mempelajari Pendidikan Islam dan
mengamalkan nilai nilai murni yang dipelajari dalam kehidupan mereka seharian.

1.3 Objektif Kajian

 Melihat kaedah pedagogi yang digunakan oleh guru dalam memberi pendedahan
mata pelajaran pendidikan Islam kepada para pelajar khususnya pelajar orang
Asli.

 Membuat kajian terhadap pelbagai program yang dirangka dapat meningkatkan


kefahaman bagi mata pelajaran Pendidikan Islam yang diajar kepada pelajar
Orang Asli disekolah,khususnya dalam skop kajian pengkaji di daerah Raub,
Pahang.

 Mencari faktor faktor yang menjadi pendorong kepada pelajar Orang Asli dalam
mempelajari mata pelajaran Pendidikan Islam dan seterusnya adalah menjadi
harapan pengkaji dalam menerapkan dapatan dari apa yang dipelajari oleh mereka
dalam kehidupan masing masing.

 Mengesan peranan yang dimainkan oleh pihak pihak yang berkaitan dengan
masyarakat orang Asli dalam memberikan bantuan sama ada dalam bentuk fizikal
mahupun material.

 Mewujudkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak terlibat untuk


memantapkan lagi kaedah pengajaran Pendidikan Islam secara lebih bersistematik
dan terancang.

1.4 Persoalan Kajian

 Adakah terdapat hubungkait antara guru guru yang mengajar mata pelajaran
Pendidikan Islam dengan kaedah pedagogi yang digunakan oleh mereka dalam
menyampaikan mata pelajaran Pendidikan Islam?
HAK MILIK : ROHIZAN BIN YA P59009

 Adakah terdapat hubungkait kursus,seminar,ceramah motivasi,kaunseling dan


program program yang dijalankan dapat membantu meningkatkan penguasaan
mata pelajaran Pendidikan Islam?

 Adakah terdapat hubungkait tentang faktor faktor pendorong yang menyebabkan


para pelajar orang Asli berminat atau tidak berminat untuk mempelajari mata
pelajaran Pendidikan Islam di sekolah?

 Adakah terdapat hubungkait peranan peranan yang dijalankan oleh pelbagai


pihak yang berkaitan dengan masyarakat orang Asli dalam mempertingkatkan
taraf hidup mereka di alam Melayu khususnya di daerah Raub,Pahang?

 Adakah terdapat hubungkait langkah-langkah yang telah dan masih perlu diambil
oleh pihak yang berkenaan untuk meningkatkan kaedah pengajaran mata pelajaran
Pendidikan Islam terhadap pelajar Orang Asli khususnya di daerah Raub,Pahang?

1.5 Hipotesis

Antara hipotesis kajian ialah:

H0 : Tidak terdapat hubungan menerusi pelbagai kursus,program,seminar


yang diadakan oleh pihak yang berkaitan dalam memberi pendedahan yang
berguna kepada mereka. Kursus Pendidikan Islam secara asas yang dianjurkan
untuk para pelajar orang Asli mengikut kesesuaian perancangan masa dan tempat.

H0 :Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor faktor pendorong


dan penghalang dalam pembelajaran Pendidikan Islam di kalangan pelajar Orang
Asli dengan minat mereka untuk belajar serta masalah mereka dalam
mempelajarinya.

H0 : Tidak terdapat hubungkait yang significan di antara guru mata pelajaran


pendidikan Islam dengan kaedah pengajaran dalam pembelajaran ini.

H1 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara peranan yang di jalankan


oleh pelbagai pihak dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat Orang Asli.
HAK MILIK : ROHIZAN BIN YA P59009

H0 : Tidak terdapat perkaitan yang signifikan dan khusus atau pasti di antara
langkah langkah yang sudah dijalankan iaitu adakah ia memberi kesan dalam
kajian ini.

1.6 Kerangka Konseptual Kajian

Dalam kajian ini pengkaji akan menjelaskan kerangka teori atau theoretical framework
yang akan menjadi asas bagi menyelesaikan atau menghuraikan masalah yang akan
dikaji. Pengkaji juga akan membincangkan hasil-hasil kajian lepas yang berkaitan atau
boleh dikaitkan dengan masalah yang dikaji terutama sekali untuk menjelaskan
kedudukan kajian dalam konteks kajian-kajian yang pernah dilakukan. Kerangka
konseptual merupakan gambaran kajian ini secara kasar. Ia ditunjukkan di dalam bentuk
gamba rajah. Dalam kajian ini pengkaji ingin melihat kaedah-kaedah pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam yang mempengaruhi keberkesanannya dalam kalangan
murid-murid dah Orang Asli. Rekabentuk tersebut ditunjukkan seperti mana gambar rajah
di bawah:

Persepsi Pelajar
Terhadap:

-Kaedah Pengajaran dan


Pembelajaran Pendidikan
Islam Tahap
Keberkesanan
Kaedah
Sikap/Persepsi Pelajar
Pengajaran Dan
Terhadap:
 Aktiviti Pembelajaran
 Faktor Pendorong Pendidikan Islam
HAK MILIK : ROHIZAN BIN YA P59009

Keberkesanan
kaedah –kaedah P &
P Pendidikan Islam yg
sesuai terhadap
murid Orang Asli

Rajah 1.6.1: Kerangka Konseptual Kajian

Kerangka konseptual kajian ini adalah mempunyai perkaitan diantara satu sama
lain.Dimana dalam aspek kaedah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam ia telah
dibahagikan pula kepada beberapa kaedah yang disukai,tidak disukai,kaedah yang diguna
pakai serta cadangan kaedah kaedah yang difikirkan sesuai dengan kajian.Ini penting,
kerana kerangka teori ini dapat memperjelaskan satu persatu permasalahan yang dikaitkan
dengan tajuk kajian kepada penghasilan satu dapatan maklumat maklumat yang
bermanfaat.

Bagi kerangka teoritikal kajian,pengkaji telah menggunakan 3 teori yang berkaitan iaitu:

1. Koperatif

Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari
pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat
HAK MILIK : ROHIZAN BIN YA P59009

yang sama (Slavin 1982). Dalam kajian ini, guru akan menggunakan kaedah tersebut bagi
mencungkil kebolehan setiap pelajar. Melalui pembelajaran koperatif ini, diharapkan
pelajar dapat berinteraksi secara positif dalam kumpulan dan menggalakkan budaya
perkongsian idea antara satu sama lain.

2. Konstuktivisme

Konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan yang menerangkan


bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Mengikut kefahaman
konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh dipindahkan daripada guru kepada
guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan
mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid
itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Untuk membantu murid membina
konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia
ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untik dijadikan
sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu
bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina.

3. Pelaziman Operan (Ganjaran)

Selain itu, kajian ini juga menggunakan teori pelaziman operan, pengukuhan positif.
Pengukuhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran kepada pelajar setelah perlakuan
itu ditunjukkan, bertujan supaya perlakuan tersebut akan diulang. Dalam kajian ini, kami
akan memberikan ganjaran kepada pelajar yang banyak terlibat dalam aktiviti P& P.
Ganjaran akan diberikan dalam bentuk pujian, senyuman atau pemberian hadiah.

Kesimpulannya,pengkaji harus bijak memilih kerangka teoritikal kerana ia akan


menjadi panduan dalam proses penyelidikan bagi mengenal pasti terma yang relevan
dengan konsep, definisi pemboleh ubah, soalan-soalan khusus yang hendak diselidik,
memilih responden kajian, prosedur pemilihan, strategi pengumpulan data, teknik
menganalisis dan interpretasi hasil dapatan kajian.
HAK MILIK : ROHIZAN BIN YA P59009

1.7 Kepentingan Kajian

Dapatan kajian ini amat penting khususnya terhadap daerah Raub,Pahang yang mana ia
meyumbang kepada kajian dalam bidang bidang :

1. Pembolehubah pembolehubah baru yang akan dikaji

Boleh dijadikan sebagai role model mahupun panduan terhadap para guru yang mengajar
mata pelajaran pendidikan Islam secara langsung ataupun penglibatan guru lain yang
tidak terlibat secara langsung dinegeri-negeri yang terdapat di Malaysia.

2. Metodologi Kajian

Pengkaji melihat akan penggunaan pelbagai kaedah metodologi dalam penyelidikan ini
amat penting bagi memberi panduan kepada pengkaji bagaimana data dikutip dan
dikumpul. Antaranya kaedah kualitatif iaitu dapatan maklumat daripada rujukan-rujukan
ilmiah seperti jurnal, prosiding, laporan penyelidikan dan buku-buku yang berkaitan.
Kaedah soal selidik iaitu skala likert lima dan temubual juga digunakan dalam kaedah ini.
Penjelasan tentang metodologi yang digunakan akan memudahkan pengkaji dalam
menjalankan kerja-kerja penyelidikan secara lebih sistematik dan menjimatkan masa.
Pengkaji akan membuat analisis kandungan daripada data data yang diperolehi daripada
kaedah kaedah metodologi yang diguna pakai semasa penyelidikan dijalankan samada
dari aspek aspek pengamatan atau ulasan diberikan terhadap apa yang diperkatakan,
dibaca, didengar, dilihat, ditonton dan lain lain.Pengkaji juga akan mengutarakan
pandangan membina secara peribadi terhadap sesuatu isu yang berkaitan dengan kajian
yang dilakukan ekoran daripada dapatan metode yang digunakan dalam kajian ini.

3. Sampel Kajian

Penggunaan para pelajar Orang Asli sebagai sampel kajian dalam penulisan ini diharap
akan meningkatkan prestasi Pendidikan Islam dalam melahirkan masyarakat yang
seimbang dari sudut intelek, rohani, emosi dan jasmani. Semoga kajian ini dapat
dijadikan panduan kepada guru-guru Al-Quran yang berada di sekolah yang mana mereka
HAK MILIK : ROHIZAN BIN YA P59009

ini terlibat secara langsung mendidik pelajar-pelajar masyarakat orang Asli ke arah
menjadi insan yang berguna dan tidak mustahil dengan kaedah dan sistem yang dirancang
sempurna akan melahirkan pula para pelajar orang Asli yang mewakili sekolah di seluruh
Negeri Pahang dalam Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ), hafazan ayat ayat suci al quran
dan lain lain bidang yang berkaitan,khususnya di daerah Raub.

4. Hasilan Baru Yang Diharapkan

Adalah diharapkan juga peningkatan kualiti pencapaian para pelajar orang Asli di dalam
mata pelajaran Pendidikan Islam terutamanya dalam peperiksaan yang mereka hadapi
khususnya dalam penilaian PAFA. Kemerlangan daripada para pelajar orang asli dalam
bidang Pendidikan Islam akan menjadi satu anjakan paradigma kepada mereka sendiri
dalam mengaplikasikan pembelajaran yang mereka perolehi dalam kehidupan seharian.

5. Perspektif Baru

Kajian ini juga amat penting agar dapat menyedarkan semua pihak yang terlibat dalam
bidang pendidikan sama ada di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM),
Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) hingga ke sekolah-
sekolah kajian di seluruh Negeri Pahang bahawa dengan adanya kaedah pengajaran yang
terancang dan berkualiti akan dapat melahirkan input insaniah dikalangan para pelajar
orang Asli yang lebih mantap.Ini bertepatan lah dengan dasar Falsafah Pendidikan
Kebangsaan iaitu:

Falsafah Pendidikan Negara pula menjelaskan “Pendidikan Di Malaysia adalah suatu


usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.
HAK MILIK : ROHIZAN BIN YA P59009

1.8 Batasan Kajian

Kajian ini dijalankan di Daerah Raub, Pahang dan pengkaji telah memilih dua buah
sekolah iaitu bagi kategori sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Satak manakala bagi
kategori sekolah menengah kebangsaan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku
Kudin.

Pengkaji menggunakan instrumen soal selidik dan ia dijalankan dengan sampel


yang digunakan oleh penyelidik adalah terhad kepada Orang Asli sahaja dan seramai 40
orang pelajar yang akan dipilih oleh penyelidik secara rawak serta melibatkan pelbagai
peringkat umur. Seramai 20 orang pelajar Orang Asli bagi kategori sekolah rendah dan 20
orang pelajar Orang Asli bagi kategori sekolah menengah.

Sampel yang dipilih oleh pengkaji adalah terdiri daripada para pelajar Orang Asli
yang pandai membaca dan mempunyai kemahiran komunikasi asas untuk kaedah temu
bual yang akan dijalankan oleh pengkaji nanti.Ini penting, kerana kesahan dan
kebolehpercayaan adalah diukur daripada aspek aspek yang dinyatakan di atas tadi.
Dapatan kajian ini yang dilakukan ini juga adalah daripada pemilihan skop kajian
daripada dua buah sekolah yang dipilih oleh pengkaji dalam kajian ini berbanding sekolah
sekolah lain yang terdapat di daerah Raub yang mana ia melibatkan skop yang lebih
besar.

1.8.1 Limitasi Tempat


Sekitar sekolah sekolah di daerah Raub, Pahang.

1.8.2 Limitasi Kajian


Kajian yang dijalankan adalah kajian ilmiah yang berbentuk kajian
lapangan dan kepustakaan. Skop penyelidikan ini memberi tumpuan kepada
para pelajar Orang Asli di Daerah Raub sahaja.

1.9 Definisi Operasional

10.1 Pendidikan Islam


HAK MILIK : ROHIZAN BIN YA P59009

Pendidikan Islam bermaksud memberi pendidikan kepada anak-anak atau murid-


murid / pelajar berdasarkan ajaran Islam. Mendidik juga bermaksud mengasuh,
menjaga dan membelai supaya seseorang anak itu menjadi baik. Baik di sini
tentulah baik pada pandangan Islam. Ilmu pengetahuan yang diberi itu ialah suatu
wadah dalam pendidikan. Justeru ilmu belum tentu mendidik, dan memberi ilmu
juga belum tentu lagi memberi pendidikan. Yusuf al-Qardawi ( 1980 )
mendifinisikan falsafah Pendidikan Islam adalah pendidikan manusia seutuhnya,
akal dan hatinya, rohani dan jasmaninya, akhlak dan ketrampilannya. Ia bertujuan
untuk menyediakan manusia bagi menghadapi masyarakat yang sering
menghadapi kebaikan dan kejahatan, kemanisan dan kepahitan.

10.2 Orang Asli

Dalam undang-undang Malaysia, Akta 134, Akta Orang Asli 1954 (disemak 1974)
dalam Osman Ali et.al (2005) mendefinisikan Orang Asli seperti berikut:

Orang Asli adalah mana-mana orang yang bapanya bangsa Orang Asli
dan lazim mengikut cara hidup Orang Asli dan adat serta kepercayaan
Orang Asli, termasuklah seseorang keturunan melalui lelaki itu. Anak
angkat atau anak hasil perkahwinan dengan bukan Orang Asli, dikira
Orang Asli sekiranya anak tersebut mengikut cara hidup Orang Asli.
Kepercayaan agama tidak memutuskan hak Orang Asli selagi dia
mengikuti cara hidup Orang Asli

Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn ( 2003 ) masyarakat Orang


Asli merupakan komuniti kecil di Malaysia dan adalah penduduk pribumi negara
ini. Orang Asli merupakan masyarakat yang mempunyai beberapa suku kaum
yang berbeza-beza. Secara rasminya masyarakat Orang asli dibahagi kepada tiga
kumpulan yang terbesar iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Asli. Suku Senoi dan
Negrito pula diklasifikasikan kepada enam suku kecil. Suku Melayu Asli
dipecahkan kepada tujuh suku kecil.
HAK MILIK : ROHIZAN BIN YA P59009

Teuku Iskandar (1994) mendefinisikan ‘orang’ sebagai manusia.Manakala


perkataan ‘Asli’ pula membawa maksud yang asal keturunannya,lahir dan tinggal
di sesebuah negeri.Ia juga bermaksud peribumi iaitu penduduk asal sesebuah
negeri dan bukannya orang asing yang datang menetap di situ. Secara ringkasnya
dapatlah dipahamkan orang Asli membawa maksud orang atau peribumi yang asal
keturunannya lahir dan tinggal di sesebuah negeri dan bukannya orang asing atau
mendatang.

Takrif Orang Asli mengikut Akta Orang Asli 1954 menyatakan :

(a) Mana-mana orang yang bapanya ialah ahli daripada kumpulan etnik orang asli,
yang bercakap bahasa orang asli dan lazimnya mengikut cara hidup orang asli dan
adat dan kepercayaan orang asli, dan termasuklah seorang keturunan melalui
lelaki orang itu;

(b) Mana-mana orang daripada mana-mana kaum yang diambil sebagai anak
angkat semasa budak oleh orang asli dan telah dibesarkan sebagai seorang orang
asli, lazimnya bercakap bahasa orang asli, lazimnya mengikut cara hidup orang
asli dan adat dan kepercayaan orang asli dan ialah ahli daripada suatu masyarakat
orang asli; atau

(c) Anak daripada mana-mana penyatuan antara seorang perempuan orang asli
dengan seorang lelaki daripada suatu kaum lain, dengan syarat anak itu lazimnya
bercakap bahasa orang asli, lazimnya mengikut cara hidup orang asli dan adat
kepercayaan orang asli dan masih lagi menjadi ahli daripada suatu masyarakat
orang asli.

Sumber: Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia

Oleh kerana terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Orang


Asli, maka terdapat banyak perbezaan dari segi cara hidup dan pertuturan bahasa
yang digunakan. Kebudayaan dan adat resam mereka juga berbeza-beza dan
mempunyai keunikan yang tersendiri. Adat resam berikut akan memperlihatkan
HAK MILIK : ROHIZAN BIN YA P59009

adat resam yang diamalkan di kalangan masyarakat Orang Asli secara


keseluruhan. Terdapat tiga kategori utama Orang Asli iaitu Negritos, Senoi dan
Proto-Malaya. Iskandar (1976) dan Jasman Ahmad (1997) suku kaum masyarakat
Orang Asli yang pelbagai berbeza dari segi cara hidup dan pertuturan bahasa yang
digunakan.

BAB 11

KAJIAN KEPUSTAKAAN

Dalam penulisan ini,pengkaji mendapati bahawa kajian kepustakaan berfungsi di dalam


mengenal pasti mengenalpasti topik yang relevan, menarik dan bersesuaian untuk
pengkaji.Disamping itu juga kajian kepustakaan sebagai sumber rujukan dan idea bagi
pengkaji, sama ada ingin membuat kajian lanjutan tentang apa yang telah dikaji oleh
kajian literature yang lepas serta ia kajian kepustakaan ini berfungsi dalam memberikan
gambaran terhadap pelbagai kemungkinan / masalah yang mungkin dihadapi sewaktu
menjalankan kajian tindakan, seperti sample kajian, masa, pengaruh sekeliling, bantuan,
kesesuaian tajuk dengan umur sampel kajian, faktor sosial.

Sorotan literatur membincangkan kajian-kajian lepas yang dibuat oleh pengkaji


atau penyelidik mengenai faktor-faktor pelajar tercicir dalam pelajaran dan hubungan
signifikan motivasi rendah dengan masalah pelajar Orang Asli tercicir dalam pelajaran.
Pada bahagian ini, pengkaji cuba mengeluarkan seberapa banyak dapatan berkaitan
HAK MILIK : ROHIZAN BIN YA P59009

kajian-kajian terdahulu dan menganalisis dapatan-dapatan tersebut serta membuat


perbandingan bagi mendapatkan kekuatan dan kelemahan-kelemahannya. Pengkaji juga
cuba mencungkil pandangan dan pendapat penulis-penulis lain seperti ahli-ahli akademik
berkaitan dengan tajuk bagi memperkasakan lagi penyelidikan yang dibuat oleh
penyelidik. Sorotan penulis diharap dapat memberikan input yang bermanfaat kepada
pembaca dan pengkaji-pengkaji akan datang.

Semasa awal pengenalan orang Inggeris terhadap masyarakat Orang Asli, mereka
menggelar masyarakat Orang Asli sebagai aborigines yang bererti masyarakat yang
mundur, tidak membangun dan primitif. Nama masyarakat ini dikenali sebagai “Orang
Asli” oleh kerajaan Malaysia bagi menjurus kepada kehidupan yang moden dan tidak
menyentuh sikap negatif masyarakat tersebut. Bancian penduduk yang dilakukan pada
tahun 1993, terdapat lebih kurang 95 529 0rang masyarakat Orang Asli di seluruh negara.
Dalam jumlah tersebut , hampir 70 peratus tinggal di kampung berhampiran dengan
masyarakat Melayu dan yang selebihnya tinggal di kawasan pedalaman Jasman (1997)

Menurut Iskandar (1976), pada tahun 1969 Orang Asli tinggal di pedalaman(
Deep Jungle) adalah kira-kira 60 peratus dan 40 peratus lagi tinggal di kampung yang
agak sukar di kunjungi kerana kebanyakan kampung tersebut memerlukan kenderaan
khas seperti jeep untuk dijejaki.

Masyarakat Orang Asli adalah golongan masyarakat peribumi yang ketinggalan


menikmati arus perdana memerlukan suatu pelan tindakan yang terancang bagi
merapatkan jurang perbezaan antara kaum yang ada di Malaysia dari segi ekonomi dan
keadaan sosial mereka. Iskandar (1976) mencadangkan kepada kerajaan dan Jabatan Hal
Ehwal Orang Asli (JHEOA) agar memberi penekanan kepada tiga rancangan perubahan
sosial masyarakat Orang Asli iaitu: Pertama, meningkatkan tahap kesihatan dan
kesedaran tentang kesihatan di kalangan Orang Asli. Kedua, meningkatkan standard
pendidikan. Ketiga, memperbaiki keadaan ekonomi masyarakat Orang Asli.

Keupayaan masyarakat Orang Asli berubah dan bersedia mengikuti arus utama
negara dengan cara memperbaiki taraf pendidikan dan sosio-ekonomi serta meneruskan
budaya mereka yang positif akan menentukan hala tuju kehidupan yang lebih baik. Tiba
HAK MILIK : ROHIZAN BIN YA P59009

masanya Orang Asli berdikari dan tidak terlalu bergantung pada kerajaan atau masyarakat
yang prihatin kepada mereka dalam mengejar kehidupan yang berkualiti dari segi
pendidikan, sosial, ekonomi, kesihatan dan keperluan asas . ( Osman et.al 2005)

Perubahan yang ingin penyelidik tekankan adalah berubah secara revolusi dalam
semua aspek dan tidak berubah secara hukum alam atau masa iaitu perubahan evolusi.

Banyak kajian yang telah dilakukan tentang masyarakat Orang Asli samada
pengkaji daripada luar ataupun pengkaji daripada tempatan.Berikut adalah antara kajian
yang telah dilakukan;

1. Penerimaan Dakwah Islamiah Di Kalangan Masyarakat Orang Asli : Kajian Kes


Di Pulau Carey Banting,Selangor Darul Ehsan(Halim Mokhtar).Tesis Sarjana
Pengajian Islam.(2003)

2. Pendekatan Dakwah Kepada Orang Asli Suku Semai Di Kampung Sungai


Ruai,Raub Pahang (Che Yusoff Che Mamat,Ahmad Redzuan Mohd Yunus &
Anuar Puteh).Jurnal Islamiyyat.Jilid 25(2004)

3. Pendekatan Dakwah Melalui Pendidikan Kepada Masyarakat Orang Asli Di


Negeri Pahang (Ahmad Redzuan Mohd Yunus)Jurnal Of Islamic and Arabic
Education 2(1)(2010.)

4. Konsep Pendidikan Islam Mengikit Pemikiran Ibn Khaldun : Suatu Kajian

Terhadap Elemen Elemen Kemasyarakatan Islam (Syahrul Riza)Tesis Ijazah

Sarjana Sastera(2008)

Kesimpulan daripada tinjauan awal yang dilakukan oleh pengkaji, pengkaji

mendapati masih terlalu kurang kajian ilmiah yang menumpukan kepada kaedah

pengajaran dan pembelajaran terhadap pelajar orang Asli dilakukan secara serius.Ini

ditambah lagi sifat ’keterbukaan’ masyarakat orang asli pada masa kini yang dapat

menerima apa yang disampaikan kepada mereka dengan menggunakan medium apa
HAK MILIK : ROHIZAN BIN YA P59009

sekalipun.Apatah lagi melihat keberadaan perkembangan ilmu Pendidikan Islam zaman

ini yang dapat melahirkan para pelajar yang berketrampilan dalam pelbagai bidang

sehinggakan mewujudkan barisan tenaga generasi rabbani yang sejajar dengan Falsafah

Pendidikan Islam itu sendiri.Iaitu:

“Falsafah Pendidikan Islam ialah suatu usaha yang berterusan dalam menyampaikan

ilmu, membentuk kemahiran dan memupuk penghayatan Islam berdasarkan Al Quran

dan As Sunnah sepanjang hayat. Ia bermatlamat melahirkan insan yang berilmu,

berkepribadian mulia, berkemahiran dan bersikap positif untuk mencapai kebaikan di

dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat”


BAB 111

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan

Pengkaji menggunakan berbagai teknik dalam menjalankan kaedah ini. Ini termasuklah
kaedah mengumpul data, cara untuk menguji kaedah yang dibentuk untuk memastikan
kekuatannya, kaedah penilaian data bagi memastikan hanya data yang terbaik yang
dianalisis (Idris 2001).

3.1.1 Pengertian Metodologi

Perkataan ‘Metodologi’ memberi maksud ilmu yang membicarakan tentang


tatacara melakukan penelitian.Perkataan ini berasal dari kata Yunani yang
digabungkan iaitu “metodos” yang bererti cara dan “logos” yang bererti ilmu.(
Teuku Iskandar 1994 ).

3.2 Reka Bentuk Kajian


HAK MILIK : ROHIZAN BIN YA P59009

Pengkaji menggunakan soal selidik sebagai instrumen utama penyelidikan untuk


memperoleh data penyelidikan yang akan dijalankan. Soal selidik dipilih kerana
keberkesanan mendapatkan maklum balas daripada sampel secara berkesan, menjimatkan
masa dan memerlukan kos yang rendah. Menurut Lim (2007) soal selidik digunakan bagi
mengumpul maklumat berkenaan dengan fenomena yang tidak dapat diperhatikan secara
terus oleh penyelidik seperti sikap, kepercayaan, pandangan, pengalaman, nilai yang di
pegang, minat manusia dan sebagainya. Di samping itu juga pengkaji akan menggunakan
beberapa jenis atau kaedah kajian yang difikirkan sesuai oleh pengkaji dalam
mengumpulkan data penyelidikan yang dijalankan iaitu;

3.2.1 Kajian Perpustakaan

Pengkaji menjalankan kajian perpustakaan untuk mengumpul data yang berkaitan dengan
kajian yang dijalankan. Dengan itu pengkaji menyedari bahawa kajian ini bertujuan
menjelaskan latar belakang sesuatu peristiwa tertentu itu berlaku bersandarkan
fakta,pendapat para penyelidik serta disokong dengan teori-teori yang mengaitkan
dengan isu kajian yang dikaji. Kajian pengkaji juga adalah bertujuan menganalisis
sesuatu aktiviti yang membawa kepada perkembangan data yang diperlukan sama ada
yang diperolehi dari dokumen atau fail dari institusi berkenaan dan juga individu-
individu yang ada berkaitan dengan motif kajian. Metod ini merupakan satu proses untuk
mendapatkan data atau maklumat dengan membuat rujukan di perpustakaan.Segala
maklumat yang diperolehi didapati daripada buku-buku ilmiah,jurnal,kertas kerja
prosiding,keratan akhbar,laman web internet dan tesis. Metod ini penting bagi
mendapatkan maklumat dan membantu penelitian dalam kajian ini.

3.2.2 Kajian Lapangan

Metod lain yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian lapangan.Dalam kajian
ini,penyelidik menggunakan inisiatif kajian soal selidik serta temubual beberapa orang
HAK MILIK : ROHIZAN BIN YA P59009

pelajar orang Asli di sekitar Raub. Penyelidik juga menggunakan persampelan dengan
mengedarkan borang kaji selidik kepada mereka melalui bantuan guru kaunseling
sekolah. Pengkaji akan membuat kajian rintis hasil daripada soal selidik tersebut (pilot
test – pengujian instrumen). Pengkaji juga akan memastikan bahawa informan berkenaan
tahu atau mempunyai pengetahuan tentang perkara berkenaan iaitu dengan menggunakan
teknik tapisan atau filter technique (Idris 2001). Instrumen soal selidik menggunakan
skala likert lima pemeringkatan. Dengan itu responden dapat menunjukkan sikap mereka
dengan menyemak sejauh mana mereka bersetuju dengan kenyataan yang dinyatakan.
Responden hanya dikehendaki membulatkan salah satu nombor untuk menunjukkan
persetujuan mereka terhadap kenyataan seperti berikut :

Sangat Tidak Setuju (STS) = 1

Tidak Setuju (TS) = 2

Kurang Setuju (TP) = 3

Setuju (S) = 4

Sangat Setuju (SS) = 5

3.2.3 Kaedah Temubual

Penyelidik juga menggunakan kaedah temubual dengan menemu bual beberapa pelajar
orang Asli mengenai subjek Pendidikan Islam yang di ajar di sekolah dan secara tidak
langsung dapatan permasalahan kajian akan terhasil melalui kaedah ini.Kaedah ini
dijalankan ke atas guru guru yang berkaitan khususnya guru guru agama disekolah
terbabit,jabatan jabatan yang berkaitan,pusat atau pertubuhan agama serta orang
perseorangan yang terbabit secara langsung mahupun tidak langsung semasa kajian ini
dilakukan.

3.2.4 Pemerhatian / Observasi:


HAK MILIK : ROHIZAN BIN YA P59009

Fink (1995) tinjauan ialah sistem mengumpul data untuk menghurai, membanding atau
menjelaskan pengetahuan, sikap dan amalan serta tingkah laku.Kaedah ini amat
bertepatan dengan situasi pengkaji sendiri yang merupakan observer yang berada dalam
situasi yang dikaji itu sendiri dan terlibat secara langsung. Pengkaji mempunyai
pengalaman sebelum ini dalam kajian yang lepas. Ini memberi pengalaman secara
langsung kepada pengkaji dan dapat memerhati secara terperinci akan kaedah-kaedah
pengajaran yang sedia ada digunakan oleh para guru dalam menyampaikan pembelajaran
kepada para pelajar orang asli serta menghasilkan beberapa teknik ataupun cadangan
yang difikirkan sesuai dalam kajian ini.Contohnya seperti kaedah mento mantee di antara
guru dengan pelajar orang asli yang melahirkan dapatan hasil kajian yang diinginkan
oleh pengkaji. Menurut Fink (1995) tinjauan ialah sistem mengumpul data untuk
menghurai, membanding atau menjelaskan pengetahuan, sikap dan amalan serta tingkah
laku.

3.3 Persampelan Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan kedua-dua jenis persampelan iaitu
persampelan kebarangkalian jenis rawak lapis atau strata kerana responden kajian
terbahagi kepada golongan dewasa dan remaja sekolah yang terlibat dalam pengajaran
dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Islam. Unit-unit dalam setiap lapis akan
dibahagikan populasinya mengikut jantina, taraf pendidikan, tempat tinggal dan umur.
Data yang diperolehi amat sesuai untuk tujuan analisis secara kuantitatif.

Pengkaji juga memilih persampelan tak kebarangkalian jenis purposif iaitu


populasi tersebut mempunyai kriteria yang telah ditetapkan oleh pengkaji berasaskan ciri-
ciri yang dirumuskan sebagaimana yang dikehendaki oleh kajian.

Dalam kajian ini juga, sampel atau responden diharap akan memberikan
kerjasama dengan sepenuhnya samada dari segi pemberian maklumat yang berguna
kepada penyelidikan yang dijalankan dan seterusnya kepada penghasilan satu analisis
kajian yang memberi manfaat kepada bidang ilmiah melalui hasil dapatan data data yang
dikutip.
HAK MILIK : ROHIZAN BIN YA P59009

Rumusannya,kaedah persampelan yang akan digunakan oleh penyelidik ialah


persampelan beberapa pelajar orang Asli di sekitar Raub,guru guru yang terlibat di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran serta agensi agensi yang dilihat mempunyai kaitan
dengan kajian.

3.4 Lokasi Kajian

Kajian ini dijalankan di Daerah Raub, Pahang dan pengkaji telah memilih dua buah
sekolah iaitu bagi kategori sekolah rendah iaitu SK Satak manakala bagi kategori sekolah
menengah kebangsaan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Kudin. Pemilihan
lokasi kajian ini dibuat berdasarkan populasi sekolah sekolah yang terlibat yang mana
sebilangan besarnya terdiri daripada pelajar Orang Asli dan para guru yang terlibat secara
langsung yang akan memenuhi segala tuntutan, keperluan dan kehendak kajian.
Pemilihan lokasi dibuat berdasarkan populasi yang akan memberi jawapan yang baik
berdasarkan soalan kajian yang akan di jawapan berdasarkan objektif kajian yang telah
ditetapkan.

3.5 Instrumen Kajian

Dalam melakukan kajian ini,pengkaji menggunakan format soal selidik untuk diedarkan
kepada pelajar-pelajar Orang Asli dan guru guru yang terlibat dalam pengajaran mata
pelajaran pendidikan Islam.Di mana bagi kategori sekolah rendah iaitu SK Satak
manakala bagi kategori sekolah menengah kebangsaan ialah Sekolah Menengah
Kebangsaan Tengku Kudin. Format ini dijalankankan dengan mewujudkan soalan soal
selidik dibina oleh pengkaji berdasarkan objektif dan matlamat kajian yang dijalankan.
Soal selidik mengandungi tiga bahagian yang perlu dijawab oleh respondent.

Bahagian pertama soal selidik iaitu bahagian A merupakan latar belakang


responden yang perlu disiapkan untuk mengetahui identiti responden secara umum untuk
kegunaan pengkaji. Bahagian B dan bahagian C menghendaki responden menjawab
soalan berdasarkan objektif yang ditetapkan oleh pengkaji. Item setiap soalan yang dibina
mengambil kira objektif penyelidikan berdasarkan kesedaran pelajar Orang Asli terhadap
kepentingan pembelajaran mata pelajaran pendidikan Islam,masalah masalah yang
HAK MILIK : ROHIZAN BIN YA P59009

menyukarkan Orang Asli dalam mempelajari mata pelajaran pendidikan Islam serta
kaedah kaedah yang diguna pakai oleh para guru yang terlibat dalam pengajaran mata
pelajaran pendidikan Islam.

3.6 Tatacara / Prosedur Pemerolehan Data

Pengumpulan data penyelidikan dilakukan di beberapa sekolah yang terpilih di daerah


Raub.Ia melibatkan sekolah rendah dan menengah kebangsaan iaitu bagi kategori sekolah
rendah ialah SK Satak manakala bagi kategori sekolah menengah kebangsaan ialah
Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Kudin yang melibatkan pelajar Orang Asli
dengan menggunakan borang soal selidik untuk memperolehi data dan maklumat
penyelidikan yang dijalankan.Dijalankan pada masa persekolahan dan diwaktu
petang,persampelan dilakuan dengan mengikut ketetapan dibawah;

a) Bahagian A : Maklumat Diri Responden


b) Bahagian B : Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah P & P Pendidikan Islam.
c) Bahagia C : Persepsi Pelajar Terhadap Aktiviti / Program Dalam Membantu
Meningkatkan Penguasaan Pelajar Orang Asli .
d) Bahagian D: Faktor-Faktor Pendorong Minat Mempelajari Pendidikan Islam
Di Sekolah.
e) Bahagian E : Peranan Pihak-Pihak Yang Berkaitan Dalam Memberi Bantuan
Dalam Meningkatkan P&P Pendidikan Islam.

Jenis soalan yang digunakan dalam setiap bahagian soal selidik seperti berikut:

a) Bahagian A: Maklumat Diri Responden menggunakan soalan jenis jawapan


berbentuk isi tempat kosong dan jawapan berbentuk kategori.
b) Bahagian B: Soalan jenis jawapan berdasarkan skala Likert. Iaitu respondent
akan memberi jawapan berdasarkan sangat tidak setuju, tidak setuju, kurang
setuju, setuju dan sangat setuju berdasarkan persepsi pelajar terhadap kaedah P
&P Pendidikan Islam. Tujuan membina soalan ini adalah untuk menarik
pelajar menjawab soalan yang dibina oleh penyelidik bagi mendapat objektif
penyelidikan yang tepat.
HAK MILIK : ROHIZAN BIN YA P59009

c) Bahagian C: Soalan yang dibina adalah jawapan yang dibina berbentuk Skala
Likert. Tujuan penggunaan berbentuk sekala likert melihat persepsi pelajar
terhadap aktiviti / program dalam membantu meningkatkan penguasaan
pelajar Orang Asli .
d) Bahagian D: Soalan yang dibina adalah berdasarkan jawapan yang dibina
berbentuk skala Likert. Tujuan penggunaan berbentuk sekala likert melihat
faktor-faktor pendorong minat mempelajari pendidikan islam di
sekolah.
e) Bahagian E : Soalan yang dibina adalah jawapan yang dibina berbentuk
Skala Likert. Tujuan penggunaan berbentuk sekala likert melihat peranan
pihak-pihak yang berkaitan dalam memberi bantuan dalam
meningkatkan P&P Pendidikan Islam.

3.7 Tatacara Penganalisan Data

Data daripada sumber primer seperti temubual, soal selidik, observasi, laporan, fail, minit
mesyuarat dan sumber sekunder seperti ulasan, makalah dan buku-buku ilmiah akan
dikumpul untuk dianalisis.

Data yang dikumpulkan hasil daripada jawapan soal selidik responden contohnya
akan dianalisis secara kuantitatif dengan menggunakan perisian Statistical Package For
The Social Science (SPSS-PC For Windows Version 11.5).

Di samping itu, pengkaji juga menjalankan analisis secara kualititatif iaitu dengan
membanding, mengkategori dan menyusun data dengan tujuan untuk menjelas sesuatu
keadaan, membuktikan hipotesis kajian atau menjawab sesuatu soalan.

Dalam kajian ini, amat signifikan bagi pengkaji melaksanakan proses analisis data
melalui penyusunan fakta atau peristiwa untuk menghurai atau menjelaskan maksud-
maksud tertentu. Peristiwa-peristiwa itu sendiri yang akan menjelaskan perubahan atau
perkembangan yang berlaku malah peristiwa-peristiwa itu sendiri merupakan faktor-
faktor yang perlu dinyatakan bagi membuktikan perubahan atau perkembangan itu.
HAK MILIK : ROHIZAN BIN YA P59009

RUMUSAN

Ismail (1993) oleh kerana Islam diterjemahkan sebagai Al Din maka secara tidak
langsung ia mencakupi di akhirat keseluruhan ruang lingkup kehidupan manusia baik di
dunia mahupun di akhirat sesuai dan sejajar dengan maksud falsafah pendidikan islam.
Manakala Dasar Pendidikan Islam ialah untuk melahirkan insan soleh yang kamil,
beriman, berilmu,beramal dan berakhlak.

Justeru daripada inilah mata pelajaran Pendidikan Islam diwujudkan kerana ia


bukan sahaja sebagai sekadar subjek mata pelajaran yang diajar di sekolah bahkan dapat
memperlihatkan kesempurnaan Islam sebagai satu sistem hidup yang syumul ( sempurna
dan lengkap ) tetapi juga untuk menzahirkan amalan hidup sebenar sebagai seorang
muslim yang ada penghayatan sepenuhnya sebagai hamba Allah di muka bumi ini.

Pendidikan Islam yang telah ditentukan falsafahnya bukan sekadar satu “ism“ dan
“teoritikal“ semata-mata tetapi ia telah dizahirkan secara waqie melalui system
pendidikan yang unggul pada Zaman Rasulullah SAW dan tabiin yang lalu.Kurikulum
Pendidikan Islam yang telah dirancang dan diubahsuai dari semasa ke semasa untuk
memantapkan lagi kesan dalaman dan luaran kepada para pelajar yang menjadi sasaran
utama. Isi kandungan Pendidikan Islam digubal adalah berorientasikan kepada amalan
dan penghayatan Islam. Begitu juga strategi penyampaian dan pembelajaran , bukan
sekadar menyampaikan maklumat atau pengetahuan , metodologi serta pedagoginya
menuju ke arah amalan dan penghayatan Islam yang sebenar.
HAK MILIK : ROHIZAN BIN YA P59009

Zaini ( 1988 ) guru Pendidikan Islam tidak sahaja berperanan sebagai mualim
(pengajar dan penyampai) tetapi harus juga menjadi seorang naqib, murajjik, contoh
teladan diri dan mursyid dalam usaha ke arah pembentukan “insan kamil” maka segala
perubahan sama ada terhadap kurikulum, pengajaran dan pembelajaran serta guru itu
sendiri hendaklah berlandaskan kepada asas-asas falsafah dan cita-cita Pendidikan Islam.

Kesimpulannya kaedah pengajaran dalam pembelajaran Pendidikan Islam


haruslah dilaksanakan secara berterusan, dalam erti kata lain pengajaran serta pendidikan
islam harus bermula daripada “buaian hingga ke liang lahad”, Ahmad Mahmud (1996). Ia
tidak terhenti sekadar menyampaikan maklumat yang berbentuk ilmu semata-mata tetapi
ia harus diseiringkan dengan arahan yang betul dan pernyataan yang berterusan.
Kesinambungan tradisi ilmu dalam bentuk spirall (kitaran) ini tiada hentinya dan tiada
infitinya. Semoga generasi masa kini,khususnya para pelajar orang Asli akan lebih
terkehadapan dalam apa jua bidang dan menjadi salah satu pemangkin ke arah
kecemerlangan pendidikan.

You might also like