Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

Kini pakaian tradisional kaum lelaki Melayu yakni baju Melayu sudah berusia lebih kurang 700

tahun. Ini dikira sejak Sultan Muhammad Syah (1424-1444) , memberi titah, ‘ di larang memakai cara

Atas Angin (Arab termasuk China) , cara Keling(ga/gi)….’ (Sejarah Melayu). Sebaliknya apabila

baginda menunaikan fardu solat Hari Raya, baginda menyarung baju Melayu (dipakai cara sarung,

lengkap destar. Tiba di masjid barulah baginda mengena jubah (pakaian Atas Angin). Dalam teks

Hikayat Hang Tuah pula diperikan memakai Cara Melayu = termasuk segala peralatan pakaian

kebesaran diraja ditambah dengan tingkah laku sopan yang selaras dengan pegangan Islam. Dalam

sejarah melayu juga dikatakan bahawa baju melayu yang di pakai oleh rakyat melaka singkat dan

sendat, tetapi seorang pembesar melayu telah memanjangkannya dan membesarkan pesaknya,

maka terbentuklah baju melayu seperti sekarang. Persoalannya kenapa baju kurung Cekak Musang

berhias lima butir kancing atau butang? Dua butir bertindih di cekak leher, dan diikuti dengan tiga

butir di bahgian bawah (belahan).

Menurut seorang bekas budayaawan dari UKM, dari segi entnografi sosiobudaya kancing itulah
lambang keharmonian rumah tangga masyarakat melayu. Dua butir bertindih di bahagian atas ibarat
kerukunan diantara pasangan suami isteri = ayah ibu. Tiga butir di bawahnya melambangkan tiga
orang anak mereka = sulung, tengah dan bungsu. Ini sekadar pandangan umum. Kalau anak mereka
hanya satu atau lebih lima orang maka tujuh butir lah butangnya, atau sebutir seperti baju Melayu
Teluk Belanga?

Sebenarnya bukan begitu. Menurut Azah Aziz (Mak Engku),


Tujuh butir untuk kalangan bangsawan atau raja di istana!
Dalam hal ini kita juga harus merujuk kepada sistem nombor, yang juga wujud dalam rekabentuk
keris = berlok 3 – 11. Lok 11 ialah milik Sultan = pemerintah termasuk Ratu, lok 9 (Cik Siti Wan
Kembang), lok 5 untuk bendahara dan anak-anak raja. Begitu juga tangga rumah Melayu dikira
berurutan 3-9 mata. Bumbung perabung Masjid Kampung Laut 3-5 tinggat. Kajian seni rupa Melayu
harus lagi merujuk kepada filsafat Nakula. Nah, disini dapat kita lihat bahawa betapa berilmu dan
berseninya bangsa melayu yang sering dikatakan pelupa ini. Siapa kata orang melayu bukan bangsa
filosuf. Walaupun karya filosufi kita tidak dicatatkan dengan tinta atau di cetak ia tidak bermakna
kita buta falsafah.
Dalam Islam semua nombor hanya di kira dari 1- 9. Dalam kiraan ilmu keislamanan kita boleh
merujuk langsung kepada 5 = rukun Islam, atau 6 Rukun Iman. Jadi setujukah anda dengan jumlah
butir baju Melayu Cekak Musang mengira jumlah 5 sesuai dengan pegangan kita, Rukun Islam. Insya
Allah sesuai dengan fahaman kita terutama dalam konsep Dakwah yang paling sederhana, ” Salah
satu pokok da’wah itu ialah ‘HUSNUL JIWARI – iaitu pergaulan yang baik dengan tetangga dekat .
Inilah yang dihurai oleh Prof Dr HAMKA (lih.Prinsip Kebijaksanaan
Da’wah Islam, Pustaka Melayu Baru, K.L.1981,hal.13). Sekarang anda buatlah kesimpulan samaada
anda masih lagi merasakan bangsa kita tidak setanding atau sehebat bangsa lain. Adakah benar
seperti apa yang dikatakan oleh orientalis barat bahawa orang Melayu hanya memakai cawat dan
ada yang bertelanjang. Jadi jika anda terserempak dengan seseorang di sekitar Kuala Lumpur dengan
berbaju Melayu cekak musang atau teluk Belanga, janganlah anda memandang lekeh atau
menghina. Berkemungkinan besar orang itu adalah saya kerana baju melayu adalah pakaian harian
saya.
bernama…

- Baju kurung cekak musang diperkenalkan pada tahun 1930-an . baju ini mempunyai kolar setinggi
3.5 cm, dua biji butang di kolar dan tiga butang sederet dibawah. Baju ini labuh hingga ke lutut,
berpesak dan berkekek. baju ini dipadankan dengan kain sarung ombak mengalun. Sumber ; Buku
teks lengkap Pendidikan Seni Visual SPM tingkatan 4 & 5. Terbitan Fajar Bakti Sn. Bhd. Mungkin
saudara bukan berasal drpada. semenanjung malaysia kerana tidak pernah melihat baju kurung
cekak musang . Lagipun tak kan kementerian pelajaran menyuruh murid pend. seni belajar sesuatu
yang salah. saya syorkan saudara beli buku teks lengkap Pendidikan Seni Visual SPM tingkatan 4 & 5.
Terbitan Fajar Bakti Sn. Bhd untuk rujukan saudara sendiri

 pakaian tradisional permpuan

1. Baju Kurung Teluk Belanga


2. Baju Belah
3. Baju Kurung Cekak Musang
4. Baju Kedah
5. Baju Kebaya Labuh
6. Baju Kebaya Pendek
7. Baju Pahang

 pakaian tradisional lelaki

1. Baju Kurung Melayu Teluk Belanga


2. Baju Kurung Melayu Cekak Musang

. Baju Melayu ini ada dua kategori, nama khas dan nama umum. Nama umum bagi baju
kaum Melayu (lelaki dan perempuan), dan nama khas baju rasmi lelaki Melayu. Mungkin
boleh ditukar sebagai baju traditional Melayu bagi nama umum (

Dalam buku Sulalatus Salatin memang ada disebutkan bahawa orang Melayu yang lelaki
memakai baju kurung. Itulah nama asal bagi pakaian tradisional orang-orang Melayu tidak
kira lelaki atau perempuan. Berikutan peredaran zaman, saya percaya bahawa bagi
membezakan pakaian untuk lelaki dan perempuan, maka timbullah panggilan Baju
Melayu untuk pakaian lelaki manakala Baju Kurung kekal untuk pakaian perempuan. Ini
adalah fakta dan saya percaya fakta ini perlu disertakan.--Tikar aurum 08:36, 30 Jun 2008
(UTC)

Penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai suku kaum. Di antaranya adalah Kadazandusun, Bajau,
Murut, Kedayan, Bisaya, Irranun, Rungus, Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan, Orang
Sungai, Tatana, Tagaas, Brunei, Suluk dan lain-lain.

Perbezaan diantara berbagai-bagai suku kaum tersebut adalah ketara terutama sekali dari segi
bahasa, ugama, adat istiadat, corak dan pegangan hidup termasuklah pakaian tradisi mereka.

Penggunaan pakaian-pakaian tradisional tersebut boleh dilihat dari dua sudut zaman iaitu zaman
klasik dan zaman moden. Di zaman klasik, pakaian-pakaian tradisional ini dipakai semasa uparaca-
upacara ritual, hari perkahwinan dan sebagai pakaian seharian. Di zaman moden pula pakaian-
pakaian tradisional ini hanya dipakai untuk tujuan-tujuan yang tertentu seperti di hari perkahwinan
oleh pengantin lelaki dan perempuan (kadangkala juga oleh pengapit pengantin) serta untuk acara-
acara kebudayaan.

Kebanyakan suku kaum di Sabah memilih hitam sebagai warna pakaian traditional mereka.
Penggunaan warna hitam asalnya daripada kepercayaan bahawa warna hitam adalah lambang
kekuasaan atau warna ketuhanan yang mana dapat melindungi si pemakai daripada makhluk-
makhluk halus yang jahat. Ada setengah-tengah pihak mengatakan bahawa penggunaan warna
hitam adalah disesuaikan dengan cara hidup dan keadaan semulajadi di waktu itu.

1.

2.
o MELAYU

o CINA

o INDIA

o KAUM-KAUM YANG LAIN:

o Kadazan

o Iban

o Orang Ulu

o Kelabit

o Bidayuh

o Sikh

o Punan/Penan

o Kenyah/Kayan

o Melanau

KAUM-KAUM DI MALAYSIA
3. MASYARAKAT DI MALAYSIA KAUM TERBESAR

4. Malaysia mempunyai jenis-jenis kain dan pakaian tradisional yang berbagai bentuk dan warna, dari
tengkolok bulu burung dan baju kulit kayu, hinggalah kain songket Diraja yang antik. Pada zaman
dahulu, penduduk peribumi memakai pakaian yang diperbuat daripada kulit kayu dan hiasan manik.
Dengan ketibaan tamaddun lama, kain tenunan dan batik Melayu dipakai oleh orang kenamaan dan
kerabat diraja. Dengan ketibaan pedagang asing, pakaian serta kain seperti sutera Cina, pelikat dan
jubah Arab diperkenalkan di negara ini . SEJARAH PAKAIAN DI MALAYSIA

5. PAKAIAN ORANG MELAYU LELAKI PEREMPUAN CELANA BAJU KEBAYA BAJU MELAYU TELUK
BELANGA BAJU KURUNG CEKAK MUSANG SAMPING BAJU KURUNG KEDAH BAJU MELAYU TELUK
BELANGA BAJU KURUNG TELUK BELANGA SELENDANG KAIN SARUNG

6. BAJU KEBAYA Baju kebaya dipakai oleh wanita Melayu. Ada dua teori tentang asal baju kebaya. Satu
mengatakan perkataan 'kebaya' itu berasal daripada perkataan Arab habaya yang bermaksud
pakaian labuh yang terbelah di hadapan. Satu lagi mengatakan pakaian seumpama ini dibawa oleh
Portugis ke Melaka, maka sebab itulah kebaya telah lama dipakai di Melaka; bukan sahaja oleh
wanita Melayu tetapi juga oleh wanita Cina Peranakan (Baba) dengan sedikit perbezaan dalam
potongan dan gaya memakainya. Baju kebaya yang asal direka labuh hingga ke paras lutut ataupun
lebih. Tangannya panjang dan lebar. Bahagian badannya mengikut potongan badan dan melebar ke
bawah bermula dari bahagian punggung. Bahagian hadapannya pula terbelah dan berkolar sampai
ke kaki baju. Bahagian yang terbelah ini disemat dengan tiga kerongsang berasingan atau yang
berangkai dengan rantai halus. Kerongsang ini dikenali sebagai ibu dan anak kerongsang. Kerongsang
yang besar dan di atas sekali dipanggil ibu dan dua lagi yang kecil dan dipakai bawah kerongsang ibu
dipanggil anak. Kebaya ada pelbagai gaya. Contohnya di Selangor, kebayanya tidak berkolar. Di Perak
pula lengan kebayanya sangat lebar berbanding dengan kebaya di negeri-negeri yang lain. Di Pahang
pula, baju kebayanya yang dikenali sebagai baju Riau Pahang mempunyai leher berkolar dan
berkancing seperti baju kurung cekak musang tetapi bahagian hadapannya juga berbelah seperti
baju kebaya yang lain; malah turut dipasangkan kerongsang di bawah kancingnya yang berbutang
itu.

7. Baju Kebaya

8. BAJU KURUNG CEKAK MUSANG Baju kurung cekak musang adalah sama dengan baju kurung Teluk
Belanga kecuali pada bahagian lehernya. Leher baju kurung cekak musang ada kolar. Kolar tersebut
hanya selebar satu jari dan kedudukannya menegak. Pada bahagian hadapan kolar ada bukaan
panjang yang berkancing. Biasanya ada satu kancing pada kolar dan dua atau tiga lagi kancing pada
bukaannya. Butang emas atau emas berbatu permata digunakan sebagai pengancingnya. Kancing
yang paling terkenal ialah kancing emas yang dipanggil garam sebuku dan kancing berbatu permata
yang dikenali sebagai kunang-kunang sekebun. Baju kurung cekak musang wanita boleh dipakai
dengan seluar atau kain sarung. Seluar yang selalu digunakan ialah kain seluar panjang, seluar
panjang dan seluar bambu. Jika mahu, samping dan selendang juga boleh dipakai bersama. Baju
Melayu cekak musang lelaki pula dipakai dengan seluar dan bersamping. Lebih segak lagi apabila
bertanjak atau bersongkok.

9. BAJU MELAYU DAN KURUNG CEKAK MUSANG

10.

11. BAJU KURUNG TELUK BELANGA Baju kurung Teluk Belanga juga lebih dikenali sebagai baju kurung
atau baju kurung Johor. Baju ini boleh dipakai oleh kaum lelaki dan wanita. Dari segi sejarahnya, baju
ini mula dipakai pada zaman pemerintahan Sultan Johor, iaitu Almarhum Sultan Abu Bakar yang
bersemayam di Teluk Belanga, Singapura pada sekitar tahun 1800-an. Justeru itulah ia dipanggil Baju
Kurung Teluk Belanga dan ia juga merupakan pakaian kebangsaan orang Melayu Johor. Sejak itu
pemakaian baju ini telah berkembang ke negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Baju kurung merupakan
pakaian kebangsaan rakyat Malaysia dan banyak dipakai dalam majlis-majlis rasmi. Baju Kurung
Teluk Belanga adalah labuh, dan potongannya longgar kerana dirusuknya berpesak dan di bawah
lengannya pula diletakkan kekek. Potongan lehernya bulat dan berbelah di depan. Pada sekeliling
tebukan lubang leher itu, jahitan tulang belut digunakan bagi mengemas dan memperkukuhkan lagi
leher baju tersebut. Baju kurung teluk belanga yang dipakai oleh kaum lelaki dan wanita pada
dasarnya adalah sama kecuali; a) Baju yang dipakai oleh lelaki labuhnya adalah separas punggung,
alas lehernya lebar dan mempunyai tiga kocek iaitu di dada kiri, di dada kanan dan di bahagian
bawah hadapan baju, manakala baju kurung yang dipakai oleh kaum wanita pula labuhnya hingga ke
lutut dengan satu kocek di dada kiri atau pun tanpa kocek. b) Kaum lelaki memakai baju ini dengan
seluar panjang samada seluar Acheh atau Seluar panjut Kaum wanita pula memadankannya bersama
kain samada kain dari jenis batik, songket atau sutera. Kain ini pula diikat dengan ikatan yang
bernama ombak mengalun, iaitu dengan lipatan-lipatan yang letaknya di rusuk kanan atau kiri.
Kepala kain sarung lazimnya diletakkan ke belakang apabila dipakai dengan baju kurung ini.

12.

13.
o Sejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya Melaka sebagai pusat
perdagangan, diikuti Pulau Pinang dan Kula Lumpur. Kehadiran mereka ini membawa bersama
bukan sahaja barangan dagangan untuk tukaran, tetapi jua adat resam, budaya dan corak
pakaian tradisional mereka yang kemudiannya disesuaikan dengan suasana tempatan.

o Busana klasik Cina yang asalnya berlapis-lapis, sarat dengan sulaman benang emas dan sutera,
kini masih boleh dilihat dengan diubahsuai mengikut peredaran masa dan kesesuaian. Jubah
Labuh, Cheongsam, Baju Shanghai dan Samfoo kekal dipakai di dalam majlis dan upacara.
Kebanyakannya masih dihasilkan dari negeri China menggunakan fabrik sutera dan broked yang
berwarna terang dengan ragamhias benang emas dan perak.

PAKAIAN ORANG CINA


14. Pakaian tradisi pasangan Cina yang diubah suai. Lelaki memakai jubah labuh Ming moden dari satin
dan wanita memakai Baju Shanghai yang berbelah di depan.

15. Pakaian cheongsam atau ‘baju panjang’ yang selesa dan anggun juga sering dilihat hingga ke hari ini.
Lazimnya, cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di
pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera,
satin dan lain-lain jenis kain lembut. CHEONGSAM

16. Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Ia merupakan pakaian harian
wanita keturunan Cina selain dari 'cheong sam'. Ia digemari oleh wanita-wanita separuh umur dan
yang bekerja di ladang, lombong atau di rumah. Samfoo diperbuat daripada kain nipis yang tidak
bercorak atau berbunga halus. Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai
sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju
yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti
seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera. Pakaian
tradisional ini jarang sekali dipakai oleh lelaki berketurunan Cina di Malaysia .

17. PAKAIAN ORANG INDIA Kehadiran kaum India ke Tanah Melayu menyaksikan bermulanya gaya
pemakaian dari benua India khususnya di kalangan Hindu-Ceylonese-Tamil juga keturunan Punjabi-
Singhs. Pakaian kaum India lebih dikenali dengan warna-warna terang dan kaya dengan tenunan dan
sulaman benang emas, perak, labuci juga batu-batu permata. Di hari perkahwinan lelaki India
memakai dhoti dilengkapi dengan turban manakala wanitanya memakai sari yang digandingkan
dengan choli ketat. Wanita remaja mengenakan skirt labuh 'Ihenga' juga dipadankan dengan baju
pendek atau choli.

18. Sari, busana tradisional India yang paling disukai. Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan
dan ia adalah pakaian seharian dan turut dipakai pada musim perayaan. Sari terdiri daripada
lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter lebar dan panjangnya pula antara lima
hingga lima belas meter mengikut saiz pemakai. Kebanyakan kain sati adalah jarang dan lembut.
Sebelum memakai sari, Si pemakai perlu memakai anak baju yang ketat dan singkat. Kemudian sati
dililit dari pinggan dan diselempang pada bahu kiri. Lilitan pinggang sebanyak tiga hingga lima kali
untuk menguatkan lilitan supaya tidak terurai. Dari segi pemilihan warna, kebanyakan sari yang
dipakai berwarna gelap seperti merah, biru, hijau dan ungu. Warna-warna ini lebih menarik untuk
sari yang dipakai pada musim perayaan. Pemilihan corak pula adalah mengikut si pemakai. Ada yang
lebih suka bercorak tumbuha-tumbuhan dan ada juga yang lebih suka bercorak haiwan. Untuk
menjadikan si pemakai kelihatan menarik, kebanyakan mereka memilih sari yang mempunyai
pelbagai jenis manik yang berkilat. Ini akan menyerlahkan lagi kecantikan si pemakainnya. Wala
apapun pemilihan warna biasanya dipadankan dengan corak yang menarik dan sesuai dengan si
pemakai

19. DHOTI Dhoti merupakan pakaian untuk kamum lelaki. Pakaian ini diperbuat daripada kain yang
bewarna putih. Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari perkahwinan sahaja kerana generasi
muda hari ini tidak berminat dengan pakaian tersebut. Dhoti diperbuat daripada lembaran kain
putih yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan
kemudian disangkukan pada bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya
kelihatan menarik. Ada juga dhoti yang bewarna kuning pudar atau kuning susu. Pakaian ini banyak
dipakai oleh golongan ceti.

20. Sari, busana tradisional India yang paling disukai. Gadis India menggayakan Baju Pavadai Choli yang
menggandingkan baju pendek dipadankan kain kembang dari sutera bertenun benang emas.

21. Pakaian Kaum Iban

o Kanak-kanak perempuan Iban berpakaian dalam pakaian penuh (wanita) Iban semasa upacara
Gawai di Debak , rantau Betong , Sarawak

22.
o Kain Sirat

o Kain Sirat atau kain cawat adalah pakaian asas kaum Iban. Sirat adalah sebidang kain yang
berukuran 50 cm X 500 cm. Bahagian hujung kain ini dihiasi dengan sulaman atau tenunan yang
indah. Kadang-kadang manik dan kulit siput turut dikarangkan sebagai hiasan di bahagian itu.
Sirat dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah kangkang. Hujung kain ini dijuntaikan
dari pinggang ke hadapan dan belakang badan; mempamerkan bahagian yang berhias.

o Dandong

o Ia merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban. Dandong lebih lebar daripada
bedong. Panjang dandong tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus barang-
barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Dandong diperbuat daripada kain yang
ditenun dengan cara ikat.

23.
o Bidang

o Wanita Iban memakai kain sarung yang dipanggil bidang. Kain sarung ini sempit dan
panjangnya cuma lebih kurang separas lutut. Biasanya bidang diperbuat daripada sebidang kian
yang berukuran 110 cm x 60 cm dan terdiri daripada dua bidang kain seumpamanya yang
dicantumkan. Bidang yang digunakan sebagai pakaian harian tidak banyak reka coraknya.
Kebiasaannya bidang ini hanya dihias oleh reka corak jalur-jaluran yang bewarna-warni. Bidang
yang dipakai ketika upacara tertentu @ sebarang perayaan pula dihiasi oleh pelbagai reka
corak geometrik dan diwarnakan dengan warna merah bata dan kekuning-kuningan. Malah ada
diantara bidang tersebut yang dihiasi dengan reka corak bermotif tradisional yang
disongketkan dengan benang emas atau perak di atas kain dasar yang bewarna merah .

24.
o Kalambi

o Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua jenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi
tanpa lengan. Kalambi dipakai oleh lelaki dan wanita Iban ketika upacara tertentu sahaja.
Potongan kalambi sangat ringkas iaitu terdiri daripada sebidang kain segi empat bujur yang
dilipat dua. Sisinya dicantumkan dan ditinggalkan ruang untuk lubang lengan atau ambungan
lengan. Panjang kalambi berbeza-beza iaitu ada yang separas punggung dan ada yang labuh
hingga ke lutut. Kalambi ditenun dengan segala macam motif yang indah. Terdapat kalambi
yang dihias dengan jalur-jalur yang indah dan ada pula kalambi yang dihias dengan jalur-jalur
dan setengahnya pula dipenuhi dengan figura-figura roh dan binatang. Kalambi yang dipakai
oleh pahlawan juga dilapiskan dengan kekabu sebagai pertahanan. Ada kalambi yang
menggunakan kain yang ditenun dengan cara ikat. Kain ini bermotifkan jalur-jaluran yang
menegak, figura manusia dan burung. Semua motif tersebut ditenun dalam bentuk geometrik.
Hujung kalambi hasil tenunan ikat ini pula dibiarkan berjumbai, berpintal atau dihias dengan
karangan manik.

25.
o Bedong

o Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit. Kain selempang ini
dikenali sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus. Panjang
bedung hampir sama dengan sirat. Beong dipakai di bahu sebagai selendang atau
diselempangkan di badan seperti pangkahan di dada dalam upacara-upacara rasmi.

o Pua Kumbu
o Pua Kumbu adalah hasil tenunan kaum Iban yang paling terkemuka. Pua Kumbu dikatakan
mempunyai kuasa dan dijadikan bahan penting di dalam upacara-upacara seperti berubat,
gawai dan seumpamanya. Dalam upacara perkahwinan pula, ibu bapa pengantin perempuan
menghadiahkan kain ini kepada keluarga pengantin lelaki sebagai 'mas kahwin'. Semasa
bersanding, pasangan pengantin duduk di bawah 'sengkuap' untuk mendapat restu daripada
saudara tua. Pua juga digunakan untuk menghias pelamin, dan lain-lain kegunaan selain
digunakan sebagai pakaian.

26. Pakaian kaum Kadazan

27.
o kaum Kadazan adalah sederhana berbanding dengan kumpulan etnik yang lain. Pakaian kaum
lelaki menunjukkan pengaruh pakaian Cina. Terdapat tiga jenis blaus kaum wanita. Satu
daripadanya ialah blaus lengan pendek yang dipakai oleh wanita muda. Satu lagi ialah blaus
dengan lengan ¾ dipakai oleh wanita pertengahan umur untuk pakaian seharian. Jenis yang
ketiga dipakai oleh wanita tua atau pakar ritual semasa sesuatu upacara.

28. Pakaian kaum wanita Sinuangga ’ Baju blaus lengan pendek dan leher berbentuk U dipakai oleh
wanita muda. Mempunyai sulaman berwarna suramdi sepanjang lubang kepala dan lengan,
dansepanjang jahitan tepi dan pertengahan belakang. Benang berwarna merah, kuning, dan krim
digunakan. Jahitan utama: sinusuk bulus (jahitan rantai), tantop (jahitan bulu). Teknik jahitan bulu
juga digunakan untuk membuat binuunsi ’ , satu jalur merah dan kuning sempit yang ditenun seperti
tali kasut. Butang betawi dilingkar dengan tali di bahagian dalam. Ini dalah supaya butang ini dapat
digunakan dengan blaus yang lain. Butang betawi pada satu masa dahulu dilekat sehingga ke leher
baju untuk upacara tertentu dan separuh dari bahagian bawah blaus untuk pakaian seharian. Pada
masa kini, tidak banyak perbezaan nya. Butang-butang ini diikat dari bahagian atas ke bawah blaus
menggunakan benang kapas. Butang perak Betawi yang disalut emas merupakan simbol status bagi
kaum Kadazan Penampang. Sesiapa yang mampu mempunyai 30 butang dianggap kaya.

29.
o Aksesori

o Himpogot Tali pinggang dibuat dari duit perak. Biasanya tiga di pakai bergantung kepada
kekayaan pemakai, satu di keliling pinggang, dan dua lagi di atas dan di bawah tangkong.

o Tangkong . Tali pinggul yang dibuat daripda 84 gelang tembaga berukir. Tiga tangkong dipakai
bersama, diikat dengan tali ratan merah(hindagang), hitam(initom) . Tali ratan merah
digunakan untuk wanita yang belum berkahwin dan hitam untuk wanita yang sudah berkahwin.
Tali in biasanya di biarkan kosong di bahagian belakang untuk mengelakan dari sesak nafas..
Tangkong ini boleh di regangkan untuk berbagai tujuan, satu darinya ialah memudahkan
seseorang membawa bakul di belakang.

o Titimbak Pin rambut digunakan untuk menghias dan mengetatkan sanggul.

o Tiningkokos Gelang lingkar dibuat dari tembaga atau perak

o Gohong Gelang tembaga atau perak

o Hamai Rantai leher

o Simbong Subang

o Paun Kerongsang dibuat dari duit syilling emas

30.
o Siga do bobohizan Dipakai oleh Bobohizan semasa sesuatu upacar ritual. Ia merupakan
tengkolok penuh dengan hiasan daripada bulu burung merak atau turki. Bulu burung ini diikat
dan dijahit keatas satu jalur kain yang lebar. Bulu ini memberi sokongan dan bentuk kepada
tengkolok tersebut, yang mana kelihatan dari hadapan hampir ditutup oleh kain seperti kipas di
kepala. Dari bahagian belakang, bulu-bulu ini hampir semua kelihatan. Jalur kain dimana bulu
itu dilekatkan dihiasi dengan renda, sulaman dan manik-manik. Andavi do tandaa’ ataupun
bulu panjang ayam jantan juga dijahit di hadapan kain tersebut. Hujung setiap bulu diikat
dengan potongan kain yang berwarna-warni. Dari bahagian bawah kedua dua tepi tengkolok,
dijahit beberapa lingkaran manik berwarna warni yang bergantung di bahagian hadapan/dada..
Tengkolok ini diikat dengan kain di belakang kepala. Tinggi tengkolok ini ialah kira-kira 1 ½ kaki.

o Husob Kain berwarna warni yang dipakai oleh bobohizan diatas bahu dan melintangi badan.
Biasanya dua husob dipakai berselang-seli.

31.
o Pakaian lelaki

o Gaung Baju lengan panjang tanpa sulaman. Pada masa sekarang, ia dihiasi dengan perhiasan
dan butang emas.

o Souva Seluar panjang hitam dengan ikat pinggang berwarna biru indigo. Perhiasan emas di
sepanjang pinggang seluar moden.

o Kaking atau toogot Bengkung pinggang hitam


o Siga Penutup kepala dibuat dari kain dastar, dilipat atau dililit dalam beberapa cara yang
istimewa: hinopung (hopung= ular sawa) model berpilin Kinahu (kahu’ = pemegang belanga)
model berlipat sinimbitan atau tinahanuk, dimana satu tepi kecil terkeluar.

o Tupi’ sinikat Topi bulat dibuat dari tali yang kuat dengan teknik lingkaran dan ikaat untuk
menguatkan siga.

32. Sambutan Perayaan Di Malaysia SAMBUTAN PERAYAAN UTAMA DI MALAYSIA Hari Raya Aidil Fitri
Perayaan Gawai Dayak Pesta Songkran Perayaan Krismas Tahun Baru Cina Perayaan Deepavali
Perayaan Tadau Kaamatan

33. MELANAU
34. Masyarakat Melanau merupakan masyarakat etnik yang terdapat di Sarawak. Umumnya
masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi
kepercayaan, kebudayaan dan adat resam. Justeru itu masyarakat ini merupakan satu
cabang dalam masyarakat Melayu. Namun begitu masyarakat Melanau tetap mempunyai
budaya dan adat resam mereka yang tersendiri. Adat resam ini jelas terlihat dalam aspek
kehidupan mereka seperti kelahiran, perkahwinan dan juga kematian. Adat resam atau
amalan ini diwarisi sejak zaman berzaman dan masih diteruskan hingga ke hari ini.
35.

You might also like