KK Bacaan Yaasin Dan Solat Hajat Atau Dhuha 2024

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

AKTIVITI BACAAN YAASIN DAN SOLAT HAJAT/DHUHA


SK BATU 38, SABAK BERNAM

TARIKH :
JUMAAT MINGGU KE-4
(SETIAP BULAN TAHUN 2024)

TEMPAT :
DEWAN SENTOSA SK BATU 38

KELOLAAN :
MUSOLLA DARUL HUSNA &
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SK BATU 38, SABAK BERNAM
[No. Ruj.]

KERTAS CADANGAN
AKTIVITI BACAAN YAASIN DAN SOLAT HAJAT/DHUHA
SK BATU 38, SABAK BERNAM

Yang Berusaha Tuan Guru Besar

AKTIVITI BACAAN YAASIN DAN SOLAT HAJAT/DHUHA 2024


______________________________________________________________________________

2. PENGENALAN / LATARBELAKANG PROGRAM

Surah Yaasin disebut oleh Nabi Muhammad S.A.W sebagai jantung Al-Quran. Ini disebabkan
kelebihan yang dimiliki oleh surah yang mulia ini. Antara kelebihan surah ini ialah diampunkan
dosa, dikurangkan sakit ketika sakaratul maut dan juga dikabulkan segala hajat dan permintaan.
Didorong oleh segala kelebihan ini, maka pihak pengurusan Musolla Darul Husna
dengan dokongan Panitia Pendidikan Islam berhasrat menganjurkan Majlis Bacaan Yaasin dan
Solat Hajat/ Dhuha di peringkat sekolah. Selain menjadi salah satu aktiviti bulanan musolla,
majlis ini juga dirancang dengan tujuan supaya semua warga sekolah sentiasa memohon
panduan Ilahi dalam menjalankan aktiviti sekolah sepanjang tahun. Dengan ini diharapkan
keberkatan dan kejayaan anak-anak SK Batu 38 dapat diperolehi. Adalah amat diharapkan
supaya program ini dapat berjalan lancar dan dapat membantu perkembangan murid dalam
pelbagai aspek serta mencapai objektif-objektif yang dirancang.

3. OBJEKTIF PROGRAM

a) Memohon doa dan panduan Ilahi dalam kelancaran semua aktiviti sekolah.
b) Melatih murid membaca Yaasin dan berdoa kepada Allah SWT.
c) Membolehkan pelajar mengamalkan amalan bacaan Yaasin dan solat hajat/dhuha.
d) Mendidik murid agar sentiasa meletakkan pengharapan kepada Allah S.W.T dalam segala
hal dan urusan.

4. KUMPULAN SASAR

Semua murid Tahun 1 – 6, PPKI dan guru SK Batu 38.


5. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

5.1 Jumaat Minggu Ke-4 (setiap bulan tahun 2024)

5.2 Tentatif Program

7.30 : Ambil kehadiran murid


8.00 : Bacaan Yaasin
8.30 : Murid bersurai dan masuk ke kelas

6. JAWATANKUASA KERJA

6.1 Jawatankuasa Induk

Pengerusi : (Guru Besar)


Timb. Pengerusi : Pn. Rohaini binti Mustari (Pen. Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1 : Pn. Aminah binti Basri (Pen. Kanan Ko-Kurikulum)
Naib Pengerusi 2 : En. Othman bin Suja’ (Pen. Kanan Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi 3 : En. Firdaus bin Bakri @ Hashim (Pen. Kanan PPKI)
Penyelaras : Pn. Nurulhuda binti Adam
Setiausaha : Siti Seringaton binti Baok
Ahli Jawatankuasa : Pn. Sharifah Widyawati binti Syed Ibarhim
Pn. Nurul Yakin binti Supeni
En. Muhamad Omar bin Zainuddin
En. Wan Mohd Khairi bin Wan Ibrahim
En. Wan Azizul bin Mohd Dahar
En. Muhammad Sulaiman bin Ishak
Pn. Siti Mahanum binti Jayalani
Pn. Nor Laily Samsinar binti Ahmad Zawawi
Pn. Noraisah binti Hashim
Pn. Siti Hajjar Hasnaa binti Yahya

6.2 Jawatankuasa Pelaksana

Penyelaras Majlis Bacaan Yaasin : Pn. Nurulhuda bt. Adam


TUGASAN GURU BERTUGAS PERINCIAN TUGAS
Pengacara Majlis • Nurul Yakin binti Supeni - Mengacarakan majlis dari
awal hingga akhir
Khalifah Bacaan Yaasin • Muhammad Omar bin - Mengetuai majlis bacaan
Zainuddin Yaasin

Buku Yaasin, Sejadah • AJK Musolla (murid) - Menyediakan buku
Yaasin dan sejadah
Kawalan Murid • Wan Mohd. Khairi bin Wan - Mengawal disiplin murid
Ibrahim
• Siti Seringaton bt. Baok
• Sharifah Widyawati Bt. Syed
Ibrahim
• Nor Laily Samsinar binti
Ahmad Zawawi
• Guru Matapelajaran Tahap
Dua

7. IMPLIKASI KEWANGAN

7.1. Sumber kewangan


- Tiada

7.2. Anggaran perbelanjaan


- Tiada

7.3. Kelulusan pindah peruntukan


-Tiada

8. ULASAN JPN/PPD

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

9. PENUTUP

Sesungguhnya amalan bacaan Yaasin dan solat Hajat/ Dhuha dapat memupuk rasa
kebergantungan setiap individu Muslim kepada Penciptanya dalam menjalankan urusan
seharian. Diharapkan aktiviti ini dapat berjalan lancar dan memberi impak positif kepada semua
guru dan murid yang terlibat, aminn.
Disediakan Oleh : Disemak oleh :

…………………………………………………………………… ……………………………………………………………………

(Nurulhuda binti Adam) (Rohaini binti Mustari)


Jawatan : Penyelaras Aktiviti Bacaan Yaasin Jawatan : Penolong Kanan Pentadbiran
Dan Solat Hajat/Dhuha Nama Sekolah : SK Batu 38
Nama Sekolah : SK Batu 38 Tarikh : 4 Mac 2024
Tarikh : 4 Mac 2024
[No. Ruj ]

KERTAS CADANGAN AKTIVITI BACAAN YAASIN 2024

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Aktiviti Bacaan Yaasin 2024

atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan Aktiviti Bacaan Yaasin 2024

Ulasan:

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………….
( )
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Batu 38
Sabak Bernam, Selangor
Tarikh :

You might also like