Kertas Kerja Dengue Patrol 2017

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

KERTAS KERJA PROGRAM

DENGUE PATROL
SK SRI LAKSAMANA, MASJID TANAH, MELAKA.

1.0 PENDAHULUAN

Demam denggi adalah satu penyakit berjangkit yang masih menjadi satu masalah

kesihatan awam di Malaysia. Bilangan kes demam denggi yang dicatatkan masih

membimbangkan setiap tahun. Walaupun sejak tahun 1993, Rancangan Kawalan

Penyakit Bawaan Vektor Kementerian Kesihatan telah memperkenalkan Program Bebas

Aedes di kemudahan-kemudahan kesihatan, namun analisa awal yang telah dijalankan

mendapati punca bilangan kes terus dicatatkan kerana sikap orang ramai dan

penglibatan masyarakat masih kurang memuaskan.

Oleh yang demikian, kerjasama di wujudkan dengan Kementerian Pendidikan untuk

menjalankan langkah pencegahan lebih awal melalui kumpulan tertentu iaitu pelajar

sekolah. Rentetan itulah, Misi Gempur Denggi yang merangkumi aktiviti Dengue Patrol

diadakan.

Dengue Patrol merupakan program pencegahan denggi yang ditaja oleh Sanofi

iaitu sebuah badan bukan kerajaan. Ia merupakan sebuah program usahasama

Kementerian Kesihatan , Kementerian Pelajaran dan Sanofi. Tujuan program ini adalah

untuk menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah memerangi denggi.

Program ini adalah hasil kerjasama bersepadu semua pihak untuk memastikan

warga sekolah dan masyarakat setempat bebas dan selamat daripada serangan nyamuk

aedes. Pihak sekolah berusaha untuk menerangkan punca dan bahaya denggi

terhadap para pelajar, keluarga, masyarakat dan negara. Adalah diharapkan agar

program Dengue Patrol ini dapat mencapai sasarannya.

Program Dengue Patrol ini merupakan program yang dirancang khas selama 4

bulan untuk memberi maklumat, di samping menjalankan aktiviti-aktiviti yang boleh

memberi faedah kepada semua pihak. Walaupun program seumpama ini julung kali

diadakan, diharap dapat berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan.


2.0 RASIONAL

Program Dengue Patrol bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para pelajar

tentang bahaya denggi dan kesan-kesannya.

 Kajian kes menunjukkan bilangan kes demam denggi yang dicatatkan berlaku di

kalangan penuntut sekolah yang berumur 7 hingga 18 tahun.

 Terdapat banyak sekolah di seluruh negara. Kebanyakan sekolah-sekolah

 terletak di dalam kawasan bandar mempunyai masalah penyakit denggi.

 Bagi menyemai pengetahuan dan amalan baik di dalam kawalan denggi kepada

peringkat umur yang rendah supaya pengetahuan dan amalan tersebut dapat

diteruskan apabila mereka dewasa nanti. Di samping itu diharapkan pelajar

sekolah dapat menjadi agen perubahan kepada bebas denggi di rumah

seterusnya masyarakat umum.

 Kajian daripada negara-negara lain telah menunjukkan bahawa aktiviti kawalan

denggi yang ditumpukan kepada golongan kanak-kanak sekolah telah mencapai

kejayaan.

3.0 MATLAMAT

Membantu pihak kerajaan Malaysia memberi kesedaran kepada para pelajar,

warga sekolah,ibu bapa dan masyarakat setempat terhadap tanggungjawab

menghapuskan tempat pembiakan dan cara mencegah pembiakan nyamuk aedes di

kawasan rumah mereka sekaligus mendedahkan kanak-kanak sekolah kepada aktiviti


pencegahan dan kawalan denggi dengan tujuan mewujud satu kumpulan yang

menjadikan “agen perubah” kepada masyarakat.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Pelajar dapat mengetahui dan menyedari bahaya denggi dan kesan - kesannya.

4.2 Dapat menyemai sikap tanggungjawab melindungi keluarga dan jiran daripada

jangkitan denggi.

4.3 Membentuk pelajar yang bertanggungjawab dan perihatin terhadap persekitaran

mereka dan bertindak dengan segera.

4.4 Untuk memberi kefahaman, kesedaran dan kemahiran di dalam mencegah dan

mengawal kejadian demam denggi di sekolah.

4.5 Untuk melibatkan semua golongan termasuk ibubapa dan kakitangan sekolah di

dalam aktiviti pencegahan dan pengawalan demam denggi.

5.0 PELAKSANAAN

5.1 Tarikh :20 Februari 2018 hingga 23 Mei 2018 (Peringkat Negeri)

16 Julai 2018 hingga 18 Oktober 2018 (Peringkat Kebangsaan)

5.2 Tempat :SK Sri Laksamana, Masjid Tanah, Melaka.

6.0 KUMPULAN SASARAN

6.1 Semua murid, warga pendidik dan staf SK Sri Laksamana

6.2 Masyarakat setempat

7.0 SENARAI JAWATANKUASA

Rujuk Lampiran
8.0 AKTIVITI-AKTIVITI PROGRAM DENGGI PATROL

Sekolah yang mengambil bahagian mesti menganjurkan kesemua 3 aktiviti yang


disenaraikan di bawah ;

1. Khidmat Komuniti
Objektif : Galakan penyertaan komuniti Sekolah boleh melakukan aktiviti
mengikut tema yang melibatkan pelajar, guru, ibu bapa dan komuniti sekitar
seperti gotong royong, pameran di sekolah, sesi penerangan dan pendidikan dan
sebagainya.

2. Media sosial dalam Bahasa Inggeris

Objektif: Mewujudkan bahan kesedaran denggi di dunia maya. Sekolah


digalakkan untuk menggunakan sebanyak mungkin saluran dunia maya sebagai
salah satu alat untuk menyampaikan kesedaran denggi. Contoh: laman
sesawang, blog, facebook, twitter, instagram, youtube dan sebagainya.

3. Seni Persembahan
Objektif : Mewujudkan idea kreatif untuk menyampaikan maklumat tentang mesej
denggi. Sekolah di galakkan untuk menyampaikan mesej pencegahan denggi dan
nyah nyamuk aedes mereka secara kreatif melalui saluran seni persembahan.

4. Aktiviti Sampingan Kuiz


Objektif : Menguji pengetahuan tentang denggi. Murid-murid, guru-guru, ibu
bapa, komuniti berhampiran sekolah di galakkan untuk menyertai kuiz ini untuk
menambah ilmu pengetahuan tentang denggi.

9.0 SUMBER KEWANGAN

1. Sumbangan Komuniti

2. Dana Khas
9.1 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA HARGA UNIT JUMLAH


1 BROSUR DAN PAMPLET RM 1 200 RM 200.00

2 PENCERAMAH RM 200 2 JAM RM 400.00

MAKAN MINUM MURID DAN WAKIL RM 700.00


3 RM 2 350
KOMUNITI

4 SENI PERSEMBAHAN RM 300 - RM 300.00

5 BAYARAN IKLAN RM 400 - RM 400.00

6 BAHAN PAMERAN RM 300 - RM 300.00

7 KOSTUM MURID RM 200 - RM 200.00

8 LAIN-LAIN RM 200 - RM 200.00

JUMLAH RM 2700.00

Disediakan oleh: _____________________

(PN.EMY BT OMAR)
PENYELARAS PROGRAM BEBAS DENGGI
SEKOLAH KEBANGSAAN SRI LAKSAMANA,
78300 MASJID TANAH, MELAKA.

Disemak oleh: _____________________

(PN.HJH HANISAH BT JAAPAR)


GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
SEKOLAH KEBANGSAAN SRI LAKSAMANA,
78300 MASJID TANAH, MELAKA.

Disahkan oleh: _____________________

(EN.SAFIAN BIN AB RAHMAN)


GURU BESAR
SEKOLAH KEBANGSAAN SRI LAKSAMANA,
78300 MASJID TANAH, MELAKA.

LAMPIRAN A
JAWATANKUASA INDUK PROGRAM DENGUE PATROL
SEKOLAH KEBANGSAAN SRI LAKSAMANA,MASJID TANAH,
MELAKA.

Pengerusi : En.Safian bin Ab Rahman (Guru Besar)

Naib Pengerusi 1 : Pn.Hajah Hanisah bt Jaapar (Guru Penolong Kanan HEM)

Naib Pengerusi 2 : Pn.Hajah Aida bt Puteh (Guru Penolong Kanan Pentadbiran)

Naib Pengerusi 3 : En.Azmi bin Abdullah (Guru Penolong Kanan Kokurikulum)

Naib Pengerusi 4 : En.Mohd Zaki bin Baharom (Guru Penolong Kanan Pend. Khas)

Koordinator Progam : Pn.Emy bt Omar

Setiausaha : Pn. Harsilawati bt Nasir

Bendahari : Pn. Siti Nor Fadhilah bt Sabbar

AHLI JAWATANKUASA KERJA

En.Mazizan bin Mahat

Pn.Norlida bt Salleh

En.Mohd Hamka bin Hussin

En.Jeffri bin Yusoh

Pn.Rose Adeline bt Aman

Pn.Tuan Yusriza bt Tuan Yunus

Pn.Ku Nafishah bt Ku Abu Hassan

You might also like