Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PROTOKOL PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM (PENGAKAP)

1. Diharap semua pelajar bersedia untuk memulakan perhimpunan rasmi. (Pelajar diminta
meletakkan beg di sebelah kanan masing-masing).

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.


Saya …………………………………………………………………………… dari tingkatan
……………………………… merupakan ahli pengakap yang bertugas untuk mengendalikan
perhimpunan bulanan kokurikulum pada kali ini.

2. Yang Berbahagia, Tuan Ibrahim Bin Ishak, Pengetua SMK Bandar Baru Bangi.
3. Yang Berusaha :
Pn. Rosiah Binti Arifin, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Bandar Baru Bangi.
Pn. Norhazlin Binti Mohd Sani, Penolong Kanan Petang SMK Bandar Baru Bangi.
Dr. Wan Rokiah Binti Wan Ibrahim, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Bandar Baru
Bangi.
Pn. Musalmahwati Binti Abdul Mubin, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Bandar Baru Bangi.
Barisan Guru Kanan Matapelajaran, Guru-guru dan seterusnya rakan-rakan sekalian.

4. Bagi memulakan majlis pada petang ini, marilah kita bersama-sama membaca ummulkitab
Al-Fatihah.
5. Seterusnya, majlis menjemput saudara ………………………………………………………….. untuk
mengetuai bacaan doa.
6. Terima kasih atas bacaan doa itu tadi.
7. Majlis diteruskan dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu dimulakan dengan lagu Negaraku, diikuti
Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Semua pelajar diminta berdiri tegak dan menyanyikan
dengan penuh semangat.
8. Seterusnya, saya menjemput saudara ………………………………………………………………….
untuk mengetuai lafaz ikrar Rukun Negara dan Ikrar Pelajar.
9. Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan ikrar tersebut.
10. Semua guru dan murid dipersilakan untuk duduk.
11. Bagi meneruskan perhimpunan pada hari ini, saya menjemput guru bertugas pada minggu ini
iaitu ………………………………………………………………………………….. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
(Guru bertugas mengendalikan agenda perhimpunan dan setelah selesai,pengacara majlis (ahli
pengakap akan ambil alih semula bagi mengakhiri majlis perhimpunan)
12. Bagi mengakhiri perhimpunan pada petang ini, marilah kita bersama-sama membaca tasbih
kifarah dan surah Al-Asr.
13. Sekian, terima kasih.

You might also like