11 Ciri - Ciri Bangsawan

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 15

11 CIRI - CIRI

BANGSAWAN
Presentation by : SYAMIM AIRISHA BT. MOHD SUHAIZAN
TEATER BANGSAWAN
CIRI - CIRI BANGSAWAN
tirai latar, sebeng dan
muzik , tarian mahkota alam
dan nyanyian
adat - istiadat
lakonan

tarik nasib
lawak jenaka

extra - turn
gurindam / syair / pantun

tasmat
bahasa dan pengucapan
berirama
tauke panggung
1. MUZIK , TARIAN
DAN NYANYIAN
Memperindahkan sebuah persembahan bangsawan .
Diadakan sepanjang babak ataupun segmen extraturn .
Menghiburkan penonton .
Bagi persembahan dalam babak , repertoire muzik ,
tarian dan nyanyian bergantung kepada jalan cerita .
Segmen extraturn dilakukan mengikut kehendak
pengarah persembahan , pengarah muzik atau
berdasarkan permintaan semasa .
2. LAKONAN
Menampilkan gaya lakonan dengan
cara improvisasi dan stylized .
Gaya lakonan yang dilakukan
menjadikan bangsawan sebagai
sebuah kesenian yang mempunyai
nilai estetika yang tinggi .
Pelakon juga mempelajari ilmu
lakonan menerusi kaedah ' latih -
pandang ' .
3. LAWAK JENAKA
Pelengkap sebuah teater bangsawan .
Menampilkan semua corak emosi dalam
apa saja cerita yang disampaikan dalam
segmen extraturn .
Juga merupakan salah satu strategi
untuk menarik minat penonton dalam
menonton persembahan sehingga tamat .
4. GURINDAM / SYAIR / PANTUN
Gurindam dan syair disampaikan dalam kisah bangsawan Melayu
sewaktu bahagian pembukaan .
Fungsi ciri ini dilakukan adalah untuk menyampaikan sinopsis
cerita kepada khayalak ramai . Lirik yang dihasilkan dalam puisi
kebiasaannya menyebut nama Sultan dan kerajaan yang
diperintah . Selain itu , lirik menyatakan secara ringkas konflik yang
berpunca daripada kuasa jahat yang mahu memusnahkan
keamanan negara .
5. BAHASA DAN
PENGUCAPAN BERIRAMA
Cara pengucapan watak menggambarkan
kedudukannya dalam kelompok
masyarakat .
Golongan istana bercakap dengan cara
yang halus dan teratur , manakala golongan
rakyat bercakap dengan cara kolokial .
Apabila golongan rakyat bertemu dengan
golongan istana , mereka akan bertutur
dengan cara yang halus dan teratur .
6. TIRAI LATAR , SEBENG DAN
MAHKOTA ALAM
Dinamakan sebagai drama tirai kerana penggunaan tirai
yang sangat sinonim dalam persembahan bangsawan .
Pada masa silam , kualiti kumpulan bangsawan diukur
daripada jumlah tirai yang dimiliki kerana tempoh yang
diambil untuk menyempurnakan sebuah tirai mengambil
masa beberapa minggu dengan kos yang tinggi .
Jumlah tirai yang dimiliki juga menandakan status
ekonomi sesebuah kumpulan bangsawan .
7. ADAT - ISTIADAT
ADAT BERPAKAIAN

Terdapat perbezaan dalam cara


pemakaian baju dan keris dalam
kalangan keluarga diraja dan juga
pembesar istana .

ADAT MENYEMBAH RAJA

Melangkah 3 tapak kemudian


duduk untuk mengangkat
sembah .
8. TARIK NASIB
Merupakan nyanyian yang akan
didendangkan untuk meratapi situasi yang
sangat sedih .
Lirik lagu Tarik nasib menyuarakan
rintihan , rayuan , kekesalan dan kesedihan
terhadap nasib malang atau bencana yang
dihadapi .
Tarik nasib ini dinyanyikan oleh watak -
watak utama dalam persembahan .
9. EXTRA - TURN
Merupakan ciri unik dalam kesenian
bangsawan .
Persembahan extra - turn tidak mempunyai
kaitan dengan jalan cerita bangsawan yang
dipersembahkan .
Fungsi extra - turn adalah untuk menarik
minat dan perhatian penonton daripada
meninggalkan persembahan lebih awal .
10. TASMAT
Merupakan elemen kesan khas atau disebut sebagai unsur
kekaguman dalam sesebuah persembahan bangsawan .
Tasmat yang dilakukan dengan sempurna akan
menunjukkan kemegahan menerusi penciptaan unsur
keajaiban di atas pentas .
Bertujuan menimbulkan perasaan kagum dan teruja dalam
hati penonton .
Unsur tasmat dilakukan hanya sekali sahaja sepanjang
pementasan supaya ia kekal sebagai kejutan kepada
penonton.
11. TAUKE PANGGUNG
Watak Tauke Panggung dimunculkan dalam segmen extra - turn dengan
bertujuan untuk mengalu - alukan ketibaan para penonton dan
penghargaan dengan kehadiran penonton atas kehadiran mereka .
Tauke Panggung juga boleh dijadikan sebagai juru acara persembahan .
Tauke Panggung juga harus bijak meneruskan komunikasi bersama
penonton sekiranya set dan props di belakang tirai belum disiapkan .
Tauke Panggung juga berfungsi sebagai pelawak yang membuat
persembahan lawak jenaka semasa segmen extra - turn .
CONTOH TEATER BANGSAWAN
SEKIAN PEMBENTANGAN
SEBENTAR TADI DARIPADA
SAYA. MAAF SEKIRANYA
ADA KEKURANGAN.

You might also like