Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

SYARAT PERTANDINGAN PERTOLONGAN CEMAS

1.0 UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN


Pertandingan dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan dan diguna pakai semasa
Karnival Unit Beruniform yang dijalankan di dewan serbaguna Institut Pendidikan Guru
Malaysia Kampus Kent

2.0 PENYERTAAN

2.1 Penyertaan adalah diwajibkan kepada semua pasukan-pasukan Unit


Beruniform.

2.2 Hanya satu pasukan sahaja akan mewakili setiap unit.

2.3 Pertandingan akan dijalankan secara berpasukan.

2.4 Jumlah peserta untuk setiap unit uniform (pasukan) adalah seramai 5 orang
(pasukan campuran lelaki dan perempuan dibenarkan).

3.0 PENDAFTARAN PESERTA

3.1 Setiap peserta yang didaftarkan hendaklah Pelajar PISMP Ambilan Jun 21/26

3.2 Pendaftaran peserta hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Penyertaan


Rasmi yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola dan disahkan oleh Ketua
Pensyarah Pengiring.

3.3 Borang penyertaan yang telah dilengkapkan hendaklah dikemukakan kepada


pengelola pada tarikh yang akan diberitahu kelak.

3.4 Semua peserta mesti melaporkan diri selewat-lewatnya 30 minit sebelum waktu
acara berkenaan dijadualkan berlangsung.
4.0 GARIS PANDUAN SEMASA PERTANDINGAN - Teknik Pertolongan Cemas

4.1 Pasukan yang mengambil bahagian hanya di kehendaki melakukan


kemahiran Pertolongan Cemas seperti yang di perlukan sahaja.

4.2 Setiap pasukan di benarkan mengunakan apa sahaja alatan dari pakaian untuk
kegunaan rawatan semasa pertandingan mengikut kesesuaian dan kreativiti pasukan
masing-masing

4.3 Selain dari Pegawai Pertandingan, TIDAK di benarkan sesiapa berhubung


dengan mana-mana anggota pasukan yang bertanding sehingga pasukan
yang bertanding selesai mengikuti pertandingan yang di jalankan.

4.4 Anggota pasukan yang mengikuti pertandingan tidak di benarkan membawa


telefon bimbit atau sebarang alat perhubungan di sekitar kawasan.

4.5 Setiap pasukan mestilah mengikut arahan dari pegawai yang bertugas. Sebarang
kelewatan yang di sebabkan oleh pasukan yang berkenaan akan menyebabkan markah
akan di potong.

5.0 GARIS PANDUAN TEKNIKAL ACARA PERTANDINGAN

5.1 Pertandingan dilaksanakan secara serentak di 5 Stesen bagi setiap Kumpulan

5.2 Mengandungi 5 senario yang berasingan yang disediakan secara rawak di setiap
stesen. Tugasan dipilih sendiri oleh ahli pasukan dengan memilih secara cabutan undi
yang telah disediakan oleh Jawatankuasa pengelola

5.3 Setiap pasukan mestilah mengutamakan kerja berpasukan dan hanya


mengunakan alatan yang dibenarkan (seperti yang dinyatakan dalam syarat) dan
juga alatan yang di sediakan oleh pihak penganjur.

5.4 Kemenangan ditentukan dengan mengira jumlah keseluruhan mata yang diberikan
setiap juri sewaktu penilaian.
6.0 PAKAIAN

6.1 Peserta hendaklah berpakaian sesuai dan melambangkan unit beruniform


masing-masing.

7.0 HAKIM-HAKIM

7.1 Para hakim yang mengadili hendaklah terdiri dari wakil-wakil dari setiap unit
beruniform.

7.2 Semua hakim yang di pilih hendaklah bersifat profesional semasa mengadili
pertandingan tanpa memihak kepada mana-mana pasukan.

7.3 Markah yang diberikan kepada setiap peserta dan pasukan mestilah berpandu kepada
garis panduan yang diberikan bagi setiap pertandingan yang dijalankan. Sebarang
pertambahan rawatan atau alatan yang lain yang di gunakan selain dari yang tercatit
dalam garis panduan rawatan yang diberikan tidak akan di ambil kira.

8.0 HAK-HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

8.1 Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak


tercatat dalam Peraturan Am Pertandingan.

9.0 HAL–HAL LAIN

9.1 Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan pegawai-pegawai,


individu yang tidak berkenaan DILARANG masuk ke tempat-tempat khas tersebut.

You might also like