Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN ARING

PANDUAN DISIPLIN MURID DAN PERATURAN SEKOLAH

1. TAKRIF MURID
Murid Sekolah Kebangsaan Aring, yang kemudian disebut sebagai murid sekolah ini, bermaksud setiap
individu yang didaftarkan sebagai murid sekolah ini sehinggalah beliau bertukar secara rasmi ke sekolah
lain atau meminta berhenti dan diberikan sijil berhenti sekolah. Murid Sekolah Kebangsaan Aring bermula
dari Tahun 1 hingga Tahun 6.
2. PENGGUNAAN BAHASA
Bahasa rasmi sekolah ini ialah Bahasa Malaysia. Semua murid diwajibkan menggunakan Bahasa
Malaysia dalam segala jenis perhubungan rasmi di sekolah dan dengan pihak luar, baik secara bertulis
ataupun lisan. Penggunaan bahasa lain adalah digalakkan.
3. PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH
3.1. Pakaian seragam Murid Lelaki:
a. Seluar panjang warna biru gelap.
b. Baju putih lengan pendek/panjang.
c. Kasut hitam. (Pek. Ikt. Bil. 4/20)
d. Stoking hitam.
3.2. Pengawas:
a. Pengawas lelaki dan perempuan memakai pakaian seragam pengawas mengikut unit pengawas
masing-masing.
3.3. Pakaian seragam murid perempuan bukan Islam.
a. Pinafore/baju kurung.
b. Kasut hitam
c. Stoking hitam
3.4. Pakaian seragam murid-murid perempuan Islam.
a. Baju kurung potongan tradisional, leher teluk belanga, warna putih.
b. Memakai kain sarung.
c. Memakai kain tudung kepala dengan syarat kain tudung itu berwarna putih, berbentuk tiga segi
dua sama dan berukuran sesuai dengan murid yang memakainya.
d. Memakai kain tudung kepala berbentuk mini telekung berwarna putih.
3.5. Pemakaian lencana sekolah dan tanda nama adalah diwajibkan untuk semua murid. Lencana dan
nama hendaklah dipakai di sudut kiri bahagian atas dada atau di atas saku baju.

SK ARING

3.6. Murid-murid dibenarkan memakai tali pinggang; warna hitam atau coklat, lebar di antara 2.5 cm/ 3
cm, kepala sama besar dengan tali pinggang, tanpa hiasan.
3.7. Murid-murid dilarang sama sekali menggunakan alat solek dan barang-barang kemas atau
perhiasan tiruan.
3.8. Pakaian seragam hendaklah dipakai semasa hari persekolahan, waktu menghadiri kelas atau aktiviti
sekolah atau mengikuti rombongan kecuali dibenarkan oleh Guru Besar. Pakaian seragam wajib
dipakai semasa peperiksaan.
3.9. Murid-murid dilarang memakai selipar ke sekolah, walaupun hari hujan.

3.10 Pakaian Pendidikan Jasmani (Bil. 12/78)


3.10.1 Murid-murid lelaki dan perempuan dikehendaki memakai baju T sekolah/ pakaian yang sesuai
yang lain daripada pakaian seragam sekolah ketika mata pelajaran Pendidikan Jasmani atau
menyertai kegiatan kumpulan: pakaian hendaklah sesuai bagi membolehkan murid-murid bergerak
dengan bebas dan selesa dan yang dapat meresap peluh.
3.10.2 Murid-murid perempuan dibenarkan memakai seluar panjang waktu bermain atau menjalankan
Pendidikan Jasmani.
3.10.3 Murid-murid tidak dibenarkan memakai cermin mata yang berwarna gelap atau berbentuk
luar biasa.
4. KEHADIRAN SEKOLAH.

4.1 Waktu pembelajaran bermula pada pukul 7:45 pagi. Murid-murid dikehendaki berada di tapak
perhimpunan sebelum atau pada pukul 7:30 pagi. Murid-murid digalakkan hadir awal ke sekolah.
4.2 Kehadiran di sekolah dan dalam kelas adalah wajib dan mana-mana murid yang ponteng
sekolah/kelas akan dikenakan tindakan disiplin. (Pek. Ikt. Bil. 6/95)
4.3 Kehadiran diambil pada waktu pertama oleh guru kelas dan juga pada setiap waktu pengajaran oleh
guru-guru subjek.
4.4 Murid-murid yang tidak dapat hadir oleh sebab-sebab tertentu hendaklah memberitahu pihak
sekolah melalui surat ibu bapa/penjaga atau Surat Akuan Doktor/pegawai kesihatan.
4.5 Murid-murid yang tidak dapat mengikuti latihan jasmani atau sukan hendaklah membuktikan
dengan mengemukakan Surat Akuan Doktor atau Surat Ibu bapa/Penjaga.
4.6 Kelas-kelas Tambahan/Gantian adalah dianggap sebagai waktu persekolahan biasa dan wajib
dihadiri.
4.7 Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah semasa waktu persekolahan. Mereka
yang hendak keluar dari kawasan sekolah hendaklah mendapat kebenaran daripada Guru Besar atau
guru-guru yang telah diberi kuasa oleh Guru Besar.
4.8 Murid-murid yang hendak ke klinik hendaklah mendapat kebenaran keluar daripada Guru Besar
atau pegawai-pegawai yang telah diberi kuasa untuk memberi kebenaran. Murid-murid berkenaan
hendaklah pulang segera ke sekolah/rumah masing-masing setelah mendapat rawatan dan
menunjukkan kad/surat yang telah ditandatangani oleh pegawai perubatan apabila balik ke sekolah.
4.9 Murid yang memerlukan rawatan perubatan harus mendapat kebenaran bertulis/surat pengesahan
daripada Guru Besar atau pegawai-pegawai yang telah diberi kuasa sebelum keluar dari kawasan
sekolah.
4.10 Selepas mendapat kebenaran, murid dikehendaki mencatat nama dan butir-butir yang diperlukan di
dalam buku pergerakan murid yang disimpan di pejabat sekolah. Sebelum keluar dari kawasan
sekolah, murid hendaklah memberitahu guru kelasnya/guru subjek.
4.11 Murid yang hendak keluar ke tandas atau ke lain tempat hendaklah mendapat kebenaran
daripada guru yang mengajar pada masa itu dan bawa bersamanya kad kebenaran keluar kelas.
4.12 Murid yang sakit dan ingin balik ke rumah hendaklah memohon kebenaran daripada Guru
Besar atau mana-mana pegawai yang telah diberi kuasa untuk memberi kebenaran. Murid hanya
dibenarkan balik sekiranya ibu bapa atau penjaga datang untuk mengambilnya dari sekolah.
4.13 Semua murid hendaklah terlibat aktif dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan, kecuali terdapat laporan kesihatan daripada doktor yang mengesahkan dia tidak boleh
terlibat.
4.14 Murid yang mendaftar untuk mana-mana kegiatan kokurikulum dan menjadi ahli kegiataan
tersebut hendaklah hadir semasa aktiviti tersebut diadakan.
5. POTONGAN RAMBUT. (BIL. 2/76)

5.1. Murid-murid lelaki tidak boleh berambut panjang.


Istilah rambut panjang adalah seperti berikut:
Di belakang: rambut jatuh melebih garisan di bawah cuping telinga.
Di depan: rambut menutup garisan tengah dahi.
Di sebelah: rambut menutup kedua-dua telinga atau sebahagian daripadanya dan sideburn
melebihi garisan tengah hidung.
Di atas: rambut lebih daripada 2 inci panjang.
Potongan rambut murid hendaklah mengikut stail yang dibenarkan dan bukan mengikut fesyen
semasa.
5.2. Murid-murid tidak dibenarkan mewarnakan rambut. Murid yang mewarnakan rambut akan
diarahkan mewarnakannya semula seperti warna asli.
5.3. Murid-murid tidak dibenarkan menyimpan misai, janggut atau jambang.

POTONGAN RAMBUT BAGI MURID LELAKI DAN PEREMPUAN

You might also like