Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 25

CONTOH BINAAN

JAWAPAN SENI VISUAL


(Kertas 1
Kod Kertas 970/1)

disediakan oleh
ABDUL KHAMIS BIN HJ.SALLEH
Guru Cemerlang Seni Visual Tingkatan 6
Tawau. Sabah
Kemaskini : 13 Okt 2018
abd.khamis hj.salleh
BAHAGIAN A
(Struktur)
Tips Menjawab Soalan
1. Jawab semua soalan diberikan.
2. Markah Bahagian A ialan 35 /80 (4 soalan wajib jawab)
3. Baca soalan dengan teliti.
4. Rujuk Markah yang diberikan di hujung soalan.
5. Ada soalan yang dibahagikan kepada pecahan. Contoh :
Soalan 1…………..
a) ……………………. [3 M / Markah]
b) .................................... [6 M / Markah]
* Jawab kedua-dua soalan
6. Sekiranya soalan dimulai dengan kenyataan Senaraikan,
Berikan dan seumpamanya – Jawapan tidak perlu hurai.
7. Sekiranya soalan dimuali dengan kenyataan Jelaskan, Huraikan,
Terangkan dan seumpamanya – Jawapan perlu huraian dan contoh.
abd.khamis hj.salleh
Contoh SOALAN 1
Nyatakan 4 tujuan utama Sejarah Seni Visual [4M]

Cadangan jawapan
4 Tujuan utama sejarah seni ialah:
a) Mengetahui peristiwa lalu untuk memahami situasi
masa kini.

b) Merakam masa @ era karya tersebut dihasilkan.

c) Mengkaji perubahan-perubahan persepsi, fungsi mahupun


makna terhadap sesuatu karya.

d) Mengkaji faktor-faktor terjadinya sesuatu perubahan.


abd.khamis hj.salleh
Jawapan ada huraian berdasarkan wajaran Markah diberi

Contoh SOALAN 2
a) Apakah maksud Ruang dalam unsur senireka?
............................................................................................................................. ...............................................
............................................................................................................................................................................
............................................................................................................................................................. [4M]

Contoh JAWAPAN
Ruang ialah kawasan kosong di sekeliling objek, jarak antara
dua objek, atau rongga dalam sesuatu objek.Terbahagi
kepada 2 jenis ruang Iaitu ruang nyata bermaksud ruang
sebenar yang terdapat pada bentuk-bentuk konkrit. Kedua
ialah ruang tampak bermaksud ruang yang hanya dapat
dilihat dalam seni tampak seperti lukisan, catan dan
cetakan (bukan sebenar).
abd.khamis hj.salleh
Contoh jawapan ada Contoh sebagai pengukuhan jawapan
Contoh SOALAN 3
Seni Visual memainkan peranan yang penting dalam
kehidupan harian. Jelaskan peranan seni visual dari
aspek yang berikut:
(i) Nasionalisme [3M]

Contoh Jawapan Lengkap


Nasionalisme berkaitan tentang perasaan cintakan
negara dan bangsa sendiri dan berkaitan dengan
semangat kebangsaan. Tujuannya adalah untuk
meningkatkan semangat mencintai negara sendiri.
Contoh karya nasionalisme ialah Tugu Negara.
abd.khamis hj.salleh
Contoh jawapan lengkap ada Fakta, Huraian dan Contoh yang
jelas dan baik
Contoh SOALAN
2 Jelaskan ciri pasca moden yang berikut :
a) Nilai [4M]
b) Proses penghasilan [4M]
Contoh Jawapan Lengkap
a) Nilai dalam pasca moden mengutamakan nilai pluralisme
atau majmuk. Pasca moden menitik beratkan nilai-nilai
etika dan moral. Karya pasca moden lebih kepada mencari
identiti bangsa malalui agama dan budaya. Pasca moden
juga menerapkan kepelbagaian budaya dalam penghasilan
karya. Contohnya hasil karya Mohd.Mustafa Mohd.Ghazali
bertajuk Flora Keris Sakti yang menggunakan media
campuran bermotifkan keris tradisioanl Melayu
abd.khamis hj.salleh

BAHAGIAN B
(Esei)
Tips Menjawab Soalan
1. Jawab 2 daripada 4 soalan diberikan.
2. Markah Bahagian B ialan 30 / 80 ( Jawab 2 daripada 4 soalan )
3. Baca soalan dengan teliti.
4. Rujuk Markah yang diberikan di hujung soalan.
5. Ada soalan yang dibahagikan kepada pecahan. Contoh :
Soalan 5…………..
a) ……………………. [6 M / Markah]
b) .................................... [9 M / Markah]
* Jawab kedua-dua soalan
6. Kebiasaannya soalan dimulai dengan kenyataan Jelaskan, Huraikan,
Terangkan, Bincangkan dan seumpamanya – Jawapan perlu fakta,
huraian dan contoh.
abd.khamis hj.salleh
Contoh SOALAN 5 (Soalan berdiri sendiri)
Bincangkan makna yang hendak Sampaikan oleh pengkarya dalam
cetakan sutera saring karya Abd.Khamis Hj.Salleh (2004) yang bertajuk
Budaya di bawah . [15M]
abd.khamis hj.salleh

Cadangan jawapan
Perenggan 1 (Pendahuluan)
- Pendahuluan tentang sedikit maklumat yang diberikan dalam karya.
- Jelaskan maksud makna dan jenis-jenis makna.
Perenggan 2 (Makna tersurat)
- Senaraikan hal benda yang dapat dilihat dalam karya.
Perenggan 3 (Makna tersirat)
i. Sejarah tanah air. Berdasrkan bangunan kolonial yang ditinggalkan
ii. Pekerjaan dahulu yang kini semakin kurang dijalankan oleh generasi
baharu iaitu penarik beca.
iii. Kebudayaan di Malaysia iaitu kebudayaan kaum Tionghua yang
semakin kurang diminati generasi muda iaitu Opera Cina.
Perenggan 4 (Penutup)
- Berikan sedikit generalisasi dan pertimbangan tentang karya.
- Berikan ulasan keseluruhan bagi jawapan yang anda berikan.
- Nyatakan kekuatan dan kekurangan karya. Jika ada kekurangan /
kelemahan berikan intervensi untuk memperbaikinya.
abd.khamis hj.salleh

Contoh SOALAN 6 (Ada pecahan soalan dan markah)

Huraikan tindakan yang boleh diambil oleh yang berikut


dalam memainkan peranannya sebagai penaung kegiatan
seni visual dari pelbagai aspek.
(a) Galeri Seni [ 5M ]
(b) Pusat Kraf [ 5M ]
(c) Institusi Pendidikan [ 5M ]
abd.khamis hj.salleh

Contoh SOALAN 6 (Ada pecahan soalan dan markah)


Contoh jawapan untuk bahagian (a) sahaja – 5 M
(a) Galeri Seni

➢Menjalankan rawatan pemuliharaan.


➢Memeriksa dan mendokumentasikan keadaan
semasa sesebuah karya.
➢Mengekalkan keadaan semasa.
➢ Berikan contoh yang sesuai.

* Jawapan dalam 1 perenggan dan dihurai


bersama.
* Ingat soalan minta tindakan yang boleh
diambil bukan peranan galeri secara umum.
abd.khamis hj.salleh

BAHAGIAN C
(Esei)
Tips Menjawab Soalan
1. Jawab 1 daripada 2 soalan diberikan.
2. Markah Bahagian C ialan 15 / 80 (2 soalan jawab 1)
3. Baca soalan dengan teliti.
4. 15 Markah bagi setiap soalan.
5. Kebiasaannya soalan dimulai dengan kenyataan Jelaskan, Huraikan,
Terangkan, Bincangkan, Buat perbandingan, Buat analisis dan
seumpamanya – Jawapan perlu fakta, huraian lengkap dan contoh.
abd.khamis hj.salleh
Tips Umum Jawapan BAHAGIAN C (Esei)
1. Tulis jawapan esei berdasarkan kehendak soalan. Baca
berulang-ulang soalan dan gariskan Kata Kunci soalan
tersebut.
2. Penulisan jawapan mesti Jelas dan Kemas.
3. Satu perenggan untuk 1 isi. Sertakan Huraian dan
Penjelasan serta Hujah. Berikan Contoh yang sesuai.
4. Penulisan jawapan menggunakan Laras Bahasa yang
gramatis. Jelas, Tepat dan menggunakan Bahasa Seni Visual
5. Jawapan mestilah sekurang-kurangnya 7 perenggan
termasuk Pengenalan dan Penutup.
6. Jangan mengira jumlah perkataan atau muka surat
jawapan.
abd.khamis hj.salleh
Tips Menulis Pengenalan BAHAGIAN C
(Esei)
1. WAJIB Tulis.
2. Penerangan secara umum berkaitan tajuk / isu / kata kunci
dalam soalan.
3. Memberi gambanran umum.
4. Memberikan satu idea yang dapat memberikan impak
kepada kata kunci soalan.
abd.khamis hj.salleh
Contoh Pendahuluan

Contoh SOALAN
Berdasarkan karya Dzulkifle Buyong yang bertajuk “Meniup
jatuh”, bincangkan bagaimanakah pengkarya menggunakan
sumber idea dalam penghasilan karya tersebut. [15M]

Contoh PENDAHULUAN
Karya di atas merujuk kepada karya Dzulkifle Buyong yang
bertajuk “Meniup Jatuh”. Karya ini dihasilkan dengan
menggunakan media catan cat air. Catan ini dihasilkan pada
tahun 1964. Dalam proses penghasilan karya tersebut,
pengkarya telah menggunakan beberapa sumber idea dalam
proses penghasilan tersebut. Ini termasuklah pengalaman
peribadi, pemerhatian dan media massa.
abd.khamis hj.salleh
Tips Menulis Penutup BAHAGIAN C
(Esei)
1. WAJIB Tulis.
2. Membuat ulasan secara ringkas jawapan yang diberikan
dalam pereanggan jawapan.
3. Digalakkan memberi ulasan atau kritikan yang positif.
4. Jika wujud kelemahan berikan pendapat, cadangan untuk
penambahbaikan.
abd.khamis hj.salleh
Contoh PENUTUP

Contoh SOALAN
Berdasarkan karya Dzulkifle Buyong yang bertajuk “Meniup
jatuh”, bincangkan bagaimanakah pengkarya menggunakan
sumber idea dalam penghasilan karya tersebut. [15M]

Contoh PENUTUP
Secara tuntasnya, jelas menunjukkan bahawa pengkarya
telah menggunakan sumber idea dalam proes penghasilan
karya tersebut. Pengkarya berjaya menghasilkan karya
tersebut dengan baik kerana pengkarya juga merasai
suasana tersebut melalui pengalamannya dan
pemarhatiannya dengan suasana tersebut.
abd.khamis hj.salleh
Contoh jawapan soalan PERBANDINGAN

Contoh SOALAN
Bincangkan perbandingan antara seni kraf Tradisioanl
dengan seni Pasca Moden. [15M]
Contoh Jawapan PERBANDINGAN
• Dari aspek nilai, seni kraf tradisional mengutamakan
unsur ritual, menekankan unsur batin, ketuhanan dan
spiritual. Nilai etika disampaikan melalui maksud
tersirat serta mengekalkan budaya dan kesinambungan
erti. Manakala, seni kraf pasca moden bersifat
pluralisme atau majmuk, mencari identiti bangsa
malalui agama dan budaya. Pasca moden juga adalah
seni kraf yang masih mencari cara kehidupan baru.
Kepelbagaian budaya juga diterapkan dalam
penghasilan karya seni kraf.
abd.khamis hj.salleh
Hanya Fakta TIADA Huraian dan Contoh

Contoh SOALAN
Bincangkan aspek formalistik yang terkandung dalam
karya Vincent van Gogh yang bertajuk Starry Night tahun
1889 yang menggunakan media cat minyak [15M]

Contoh Jawapan Ada Fakta tetapi TIADA HURAIAN dan


CONTOH
Karya Vincent van Gogh bertajuk Starry Night dihasilkan pada
tahun 1889. Karya ini dihasilkan menggunakan media cat
minyak. Pengkarya banyak menggunakan aspek formalistik
dalam karya ini. Antara aspek formalistik yang digunakan oleh
pengkarya ialah unsur jalinan, warna, kepelbagaian, pergerakan
dan harmoni.
abd.khamis hj.salleh
Contoh Soalan Bahagian C – Soalan 9 atau 10

Berdasarkan karya Mohd.Hussein Enas yang bertajuk Memetik Daun


Tembakau di atas, bincangkan bagaimanakah strategi kritikan seni
dapat dikaitkan dengan karya tersebut.
[15M]
abd.khamis hj.salleh

Cadangan jawapan
Perenggan 1 (Pendahuluan)
- Pendahuluan tentang sedikit maklumat yang diberikan dalam karya.
- Jelaskan maksud strategi kritikan seni.
Perenggan 2 ( Jawapan – Diskripsi )
*** Maksud wajib – Memberi gambaran nyata tentang sesuatu.

- Penekanan tentang seni asas.


- Mengenal pasti ciri fizikal karya.
- Asas seni reka dinilai, diulas dan dikupas.
- Imej, benda, subjek dan unsur seni dinilai dengan mendalam.
- Boleh dijadikan panduan dan rujukan.
- Melihat pada gaya karya.

* Pilih mana-mana tiga atau empat di atas dan kaitkan dengan karya.
abd.khamis hj.salleh

Perenggan 3 ( Jawapan - Analisis )


*** Maksud wajib – Penyelidikan atau penghuraian seperti masalah,
persoalan dan aspek komposisi.

- Menganalisis komposisi yang digunakan.


- Menganalisis secara terperinci prinsip seni dan hubungan dengann
proses dan teknik, imej atay bentuk, isi dan makna serta bentuk dan
ruang.

* Hurai kedua-dua maklumat tambahan di atas dan kaitkan dengan


karya.
abd.khamis hj.salleh

Perenggan 4 ( Jawapan - Interpretasi )


*** Maksud wajib – Tafsiran penjelasan,memperlihatkan tentang makna,
tujuan, implikasi bagi sesuatu perkara.

- Mengkaji espresif seniman.


- Mengkaji makna yang disampaikan.
- Merujuk kepada pernyataan perasaan.
- Melibatkan mood dan idea dalaman
- Penyataan perasaan digunakan untuk menterjemakan maksud dan
makna.

* Pilih mana-mana tiga atau empat di atas dan kaitkan dengan karya.
abd.khamis hj.salleh

Perenggan 5 ( Jawapan - Pertimbangan )


*** Maksud wajib – Renungan mengenai kebaikan atau masalah bagi
sesuatu perkara.
- Memberi pandangan, pendapat & membuat keputusan.
- Berdasarkan penilaian ilmiah yang mempunyai bukti-bukti kajian.
- Pandangan tidak bersifat peribadi.
- Pertimbangan bentuk formalisme, ekspresivisme & instrumentalisme
- Pertimbangkan dari sudut formalisme.
* Pilih mana-mana tiga atau empat di atas dan kaitkan dengan karya.

Perenggan 6 ( Penutup )
- Berikan sedikit generalisasi tentang karya.
- Berikan ulasan keseluruhan bagi jawapan yang anda berikan.
- Nyatakan kekuatan dan kekurangan karya. Jika ada kekurangan /
kelemahan berikan intervensi untuk memperbaikinya.
Sekian Terima Kasih
Semoga peroleh kecemerlangan

daripada
ABD.KHAMIS BIN HJ.SALLEH
Guru Cemerlang Seni Visual Ting.6
PUSTEM SMK Kinabutan, Tawau

You might also like