2020 Pam

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Semester 3 (2020)*

Bahagian B [15 markah]

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.

16 Berdasarkan jadual di bawah, huraikan pola kes yang melibatkan warga asing dalam
jenayah indeks terpilih di negeri Sarawak dari tahun 2013 hingga tahun 2015. Jelaskan
usaha yang diambil oleh Polis Diraja Malaysia untuk mengatasi masalah jenayah yang
melibatkan warga asing di Malaysia.
MALAYSIA: STATISTIK PENGLIBATAN WARGA ASING DALAM JENAYAH
INDEKs TERPILIH DI NEGERI SARAWAK DARI TAHUN 2013 HINGGA TAHUN
2015
Bilanganjenayah (kes)
Bil. Jenayah indeks
Tahun 2013 Tahun 2014 Tahun 2015

1 Bunuh 29 33 4

2 Curi 46 43 104

3 Pecah rumah 140 187 165

4 Cederakan orang 29 34 79

Jumlah 244 297 352

(Disesuaikan daripada Statistik Jenayah Indeks Seluruh Malaysia dari Tahun


2013 hingga Tahun 2015 yang dicapai pada 11 Mac 2020 melalui
http://www.data.gov.my)

17 Berdasarkan jadual di bawah, bandingkan jumlah kedatangan pelancong dengan


jumlah pendapatan dari tahun 2012 hingga tahun 2016. Huraikan masalah yang
boleh menggugat kehadiran pelancong asing ke negara ini.
MALAYSIA: JUMLAH KEDATANGAN PELANCONG DAN JUMLAH
PENDAPATAN
DARI TAHUN 2012 HINGGA TAHUN 2016
Jumlah kedatangan Jumlah pendapatan
Tahun pelancong (juta (RM billion)
orang)
2016 26.76 82.10
2015 25.72 69.10
2014 27.44 72.00
2013 25.72 65.40
2012 25.03 60.60
(Disesuaikan daripada Statistik Kementerian Pelancongan Malaysia, Tahun 2017)

You might also like