Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 34

Modul 9/14

Pemulihan Bahasa Melayu 1

Unit Tajuk Jam

1 Latar Belakang dan Konsep Pemulihan 4

2 Prosedur Pemulihan 6

3 Aktiviti Pemulihan di dalam Bilik Darjah 5

Jumlah 15

Sinopsis

Unit ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui, memahami, dan mengaplikasikan
konsep-konsep pemulihan dalam mata pelajaran bahasa Melayu di bilik darjah. Tajuk-tajuk
yang diliputi ialah konsep pemulihan, langkah-langkah pelaksanaan, dan aktiviti pemulihan.

Modul ini dibahagikan kepada tiga unit pembelajaran seperti berikut:

Unit Pembelajaran 1: Latar Belakang dan Konsep Pemulihan


Unit Pembelajaran 2: Prosedur Pemulihan
Unit Pembelajaran 3 : Aktiviti Pemulihan di dalam Bilik Darjah

Selepas menggunakan modul ini, diharapkan anda dapat melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah dengan lebih berkesan lagi.

1
Hasil Pembelajaran
Selepas mengikuti modul ini anda akan dapat:

i. menghuraikan sejelas-jelasnya konsep pemulihan;


ii. membuat refleksi tentang masalah pembelajaran bahasa Melayu melalui
pengamatan dan pengalaman di bilik darjah;
iii. merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti pemulihan dalam pengajaran
pembelajaran bahasa Melayu di dalam bilik darjah;

Arahan

1. Baca dan fahami objektif modul.


2. Jawab ujian pra berdasarkan pengalaman sedia ada.
3. Sila baca arahan dan isi kandungan dalam unit.
4. Setelah menyempurnakan bacaan dan mendapatkan bahan-bahan yang
diperlukan bagi setiap unit, anda dikehendaki menjawab semula soalan pasca.
5. Semak jawapan anda berdasarkan jawapan yang diberikan oleh pensyarah dan
buat perbandingan.
6. Sekiranya skor anda kurang daripada 50% buat semula unit pembelajaran yang
telah anda kenal pasti.
7. Sila serahkan tugasan anda kepada pensyarah semasa mendaftar pada sesi
berikutnya.

Catatan:

Anda dikehendaki membuat rujukan lain yang berkaitan untuk meluaskan lagi
pengetahuan dan berhubung dengan mana-mana pihak yang berkenaan untuk
memahami setiap bidang.

2
Ujian Pra

Tandakan ( ) pada penyataan yang tepat dan ( x ) pada penyataan yang tidak tepat.

1. Pemulihan ialah proses pengajaran dan pemebelajaran untuk membantu murid


bermasalah di dalam bilik darjah. ( )

2. Rasional pemulihan Bahasa Melayu dalam bilik darjah ialah untuk mengelakkan
keciciran dalam pembelajaran. ( )

3. Salah satu daripada ciri-ciri murid pemulihan ialah hiperaktif. ( )

4. Mengecam dan membiasakan diri dengan bentuk-bentuk huruf adalah kemahiran


yang perlu diberikan perhatian oleh guru kepada murid pemulihan. ( )

5. Menulis huruf-huruf secara bebas di atas kertas kosong merupakan aktiviti


pemulihan kemahiran pratulisan. ( )

6. Membina perkataan yang mudah dengan menggabungkan dua atau tiga suku kata
merupakan langkah keempat dalam pengajaran pemulihan bahasa Melayu mengikut
kaedah abjad ( )

7. Kelemahan pengajaran pemulihan kaedah abjad ialah murid lebih mengutamakan


ejaan dan sebutan tetapi tidak kepada pemahaman murid. ( )

8. Sebelum melaksanakan aktiviti pemulihan guru perlu mengadakan ujian saringan


dan diagnostik bagi mengesan daerah kelemahan pembelajaran murid. ( )

9. Terdapat dua strategi pengajaran pemulihan iaitu stategi kumpulan dan strategi
individu. ( )

10. Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran pemulihan perlu mengikut susunan
urutan seperti berikut, ujian -– pengajaran -– perancangan -– penilaian -– kerja
susulan. ( )

3
9/14
Pemulihan Bahasa Melayu – Latar Belakang dan Konsep
Unit 1

Hasil Pembelajaran

Setelah mengikuti pelajaran di dalam unit ini pelajar akan dapat:

1. menghuraikan konsep pemulihan dalam Bahasa Melayu.

Arahan

Pelajar dikehendaki:

1. membaca nota yang disediakan dengan teliti,


2. membuat rujukan perpustakaan dan maklumat dari internet,
3. menjawab soalan tugasan/ aktiviti yang disediakan.

1. Pengenalan

1.1 Konsep Pemulihan

1.1.1 Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1245,1246)


“Pulih” bermaksud kembali seperti biasa (keadaan semula). “Pemulihan” bermaksud
perbuatan memulihkan dan pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks ini
konsep pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam
pembelajaran. Pembelajaran pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha untuk
memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetul sesuatu.

4
1.1.2 Blair (1956)
Pemulihan ialah program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak
yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya dapat
diatasi. Aktiviti pemulihan tertumpu kepada penguasaan kemahiran.

1.1.3 O. C. Simpson (1975)


Aktiviti pemulihan merupakan tindakan khas atau tindakan khusus yang diambil untuk
mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesulitan dari segi pembelajaran
dalam kelas khas di sekolah biasa, di pusat-pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara
sambilan, dan dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran biasa.

1.1.4 Syarifah Alawiah Alsagoff (1983)


Pemulihan ialah satu tindakan yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid
yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di
pusat khusus yang diasingkan daripada sekolah biasa dan dalam darjah untuk pengajaran
pembelajaran biasa.

1.1.5 Ishak Harun dan Koh Boh Boon (1983)


Pemulihan merupakan perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang
menghadapi pembelajaran di sekolah biasa.

Rumusan Konsep
Pendidikan pemulihan ialah suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran alternatif untuk
membantu murid-murid yang menghadapi masalah di dalam kelas. Pelaksanaan program
pemulihan ini bermatlamatkan supaya jurang perbezaan pencapaian di antara murid dapat
dikecilkan dan mereka dapat belajar bersama-sama dalam suasana pembelajaran yang lebih
baik di dalam kelas biasa.

5
1.2 Program Pemuliha

“... Setiap murid adalah berbeza antara satu dengan lain sama ada dari
segi pengalaman, tingkah laku, amalan, kecenderungan, bakat dan
kebolehannya. Perbezaan individu ini perlulah menjadi satu pedoman
atau pegangan guru dalam usaha merancang pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah...”

(Buku Panduan Am KBSR, 1982)

Menurut Ab. Rahman, et. al. (1997), dalam konteks Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR), program pemulihan merupakan langkah-langkah khas yang diusahakan untuk
membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam menguasai
kemahiran asas 3M (membaca, menulis, dan mengira). Mereka ini kemudiannya diberikan
program pemulihan sebaik-baik sahaja masalah mereka dapat dikesan dan dikenal pasti.

Ab. Rahman et. al. (1997) menjelaskan lagi, bahawa program pemulihan perlu dilaksanakan
kepada murid yang menghadapi masalah pembelajaran, iaitu mereka yang memperoleh
pencapaian di bawah paras yang sepatutnya. Murid-murid seumpama ini ada di semua
peringkat persekolahan, baik di luar bandar mahupun di bandar.

Masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid ini mungkin berupa masalah yang
ringan, dan pemulihan boleh dilakukan oleh guru kelas biasa. Bagi murid-murid yang
menghadapi masalah yang berat dan kompleks, mereka akan dikelolakan oleh guru khas
pemulihan di kelas khas.

Apabila kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau konsep dipulihkan, murid-murid yang
diajar oleh guru pemulihan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik di kelas
khas akan dihantar semula ke kelas biasa. Sementara murid-murid pemulihan di kelas biasa,
akan diubahsuai kedudukan di dalam kelas kepada kumpulan-kumpulan mengikut kebolehan
berdasarkan prestasi dari semasa ke semasa.

6
1.2.1 Objektif Pendidikan Pemulihan

 Membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran


tertentu;
 Memupuk serta mengembangkan sikap yakin diri dan sikap positif terhadap
pembelajaran;
 Membantu murid mengubah sikap negatif dan tingkah laku yang menjejaskan
pembelajaran;
 Membolehkan murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dengan cara mengikuti
aktiviti-aktiviti alternatif yang sesuai dengan mereka;
 Membolehkan murid mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan
kemampuan dan perkembangan mental individu;
 Membolehkan murid mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri
sepenuhnya dalam aktiviti-aktiviti sosial, sama ada di dalam atau di luar bilik darjah;
 Membolehkan murid meneruskan pelajaran mereka dalam sistem persekolahan biasa
atau sekolah khas yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing.

7
Berdasarkan bahan yang telah anda baca di atas, teliti rasional pemulihan di bawah.

RASIONAL PEMULIHAN

Falsafah Pendidikan Perbezaan Murid


Falsafah Pendidikan Perbezaan Murid
Kebangsaan: Pengalaman
Kebangsaan: Pengalaman
Mengembangkan potensi Minat
Mengembangkan potensi Minat
individu Kebolehan
individu Kebolehan

Mengatasi masalah rendah Mengelakkan keciciran murid


Mengatasi masalah rendah Mengelakkan keciciran murid
diri murid dalam pembelajaran
diri murid dalam pembelajaran

Meningkatkan penguasaan kemahiran


Meningkatkan penguasaan kemahiran

Murid-murid keseluruhannya mempunyai daya intelek dan kecerdasan


Murid-murid keseluruhannya mempunyai daya intelek dan kecerdasan
yang rendah serta kurang kebolehan menerima pendidikan biasa
yang rendah serta kurang kebolehan menerima pendidikan biasa
dengan sepenuhnya. Mereka menghadapi masalah dalam aktiviti
dengan sepenuhnya. Mereka menghadapi masalah dalam aktiviti
pembelajaran dan memerlukan satu program pendidikan yang teratur
pembelajaran dan memerlukan satu program pendidikan yang teratur
dan terancang bagi membolehkan mereka belajar seperti murid biasa.
dan terancang bagi membolehkan mereka belajar seperti murid biasa.
Aktiviti yang dijalankan akan dapat membantu mereka menghadapi
Aktiviti yang dijalankan akan dapat membantu mereka menghadapi
proses pembelajaran seterusnya.
proses pembelajaran seterusnya.

8
1.2.2 Jenis-Jenis Pemulihan

Pemulihan Khas (Masalah Pembelajaran Kompleks)

Pemulihan jenis ini dijalankan di bilik darjah khas oleh guru khas yang terlatih dalam bidang
ini. Murid-muridnya terdiri daripada mereka yang yang gagal menguasai “3M”, yang telah
dikenal pasti melalui Ujian Saringan.

Pemulihan Bahasa Melayu di Bilik Darjah (Masalah Pembelajaran Ringan)

Pemulihan jenis ini pula dijalankan di dalam bilik darjah biasa oleh guru biasa. Murid-murid
yang menghadapi masalah pembelajaran dikenal pasti semasa proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Aktiviti pemulihan dijalankan secara semerta.

1.2.3 Ciri-Ciri Murid Pemulihan

 Lemah dalam penguasaan “3M”


 Lemah dalam pemikiran tentang konsep yang abstrak
 Lemah dari segi koordinasi mata dan tangan
 Singkat tahap tumpuannya
 Kurang keyakinan diri
 Lambat bertindak balas
 Gagal dalam ujian
 Sukar menguasai pelajaran dalam masa yang ditentukan
 Lemah dari segi ingatan pendengaran dan ingatan penglihatan
 Rendah darjah kecerdasannya berbanding dengan rakan sebayanya
 Seringkali sakit
 Kerap ponteng sekolah
 Kurang terlibat dalam aktiviti pengajaran pembelajaran di dalam bilik darjah
 Bermasalah tingkah laku
 Sukar mengawal emosi

9
1.2.4 Banding Beza Pemulihan Biasa dengan Pemulihan Khas

Pemulihan Biasa Pemulihan Khas

 guru ada asas latihan keguruan  ada asas perguruan dan kursus khas

 dijalankan semasa proses p - p  dijalankan pada waktu tertentu


kelas biasa

 perlu pada setiap mata  hanya melibatkan mata-mata pelajaran


pelajaran yang diajar Bahasa Melayu dan Matematik

 murid kekal di dalam kelas  murid perlu masuk kelas khas untuk
semasa sesi pemulihan sesi pemulihan

 ujian bulanan atau penggal  ujian pencapaian bagi setiap kemahiran

 tidak perlu ujian saringan atau  perlu ujian saringan dan diagnostik
diagnostik

 tidak memerlukan rekod yang  penyimpanan segala rekod berkenaan


terperinci murid amat penting

 kekal dalam kelas  murid akan balik ke kelas biasa setelah


berjaya menguasai kemahiran

 pemulihan dilakukan secara  pemulihan dilakukan secara khusus


umum

 murid tahap 1 dan 2 yang tidak  keutamaan murid tahap 1 yang


menguasai kemahiran dicalonkan oleh guru kelas

 pemulihan berdasarkan  perlu merujuk kepada AJK perancangan


kelemahan tertentu yang kurikulum sekolah
dikesan oleh guru
 bilangan murid tidak dihadkan  bilangan murid maksimum 15 orang
 jadual berdasarkan mata  jadual ditentukan sendiri oleh guru
pelajaran yang diajar pemulihan

 terlibat dengan setiap panitia  perlu merujuk kepada AJK perancangan


mata pelajaran yang diajar kurikulum sekolah

1
1.2.5 Contoh Masalah Murid Pemulihan

1.2.5.1 Kemahiran Lisan


 Kosa kata yang terhad
 Menggunakan dialek
 Menggunakan bahasa ibunda
 Lemah dalam kesantunan berbahasa
 Gagal mematuhi arahan
 Lemah ingatan pendengaran

1.2.5.2 Kemahiran Membaca


 Keliru pada huruf yang hampir sama: b – d , m, w
 Keliru pada huruf-huruf besar dan kecil yang berubah: a – A,
b–B
 Masalah disleksia: [kail] – [kali], [dada] dibaca [baba]
 Tidak dapat membatangkan suku kata tertutup
 Tidak dapat membatangkan perkataan yang mengandungi
lebih daripada dua suku kata
 Membaca secara berlagu
 Lemah ingatan penglihatan
 Tidak faham bahan yang dibaca
 Sukar membuat hubung kait
 Tidak dapat membuat urutan

1.2.5.3 Kemahiran Menulis


 Kecondongan dan bentuk huruf tidak tekal
 Huruf besar dan kecil yang bercampur aduk
 Salah ejaan
 Kosa kata yang terhad
 Aliran pemikiran tidak lancar
 Lupa format penulisan
 Lemah dalam penyampaian idea
 Ayat yang tidak gramatis

1
 Lemah dalam penggunaan tanda baca
Tugasan

a. Daripada maklumat di atas, cuba anda rumuskan


konsep pemulihan. Kemudian, rujuk guru pemulihan di sekolah
tempat anda bertugas sekarang. Bandingkan maklumat di atas
dengan perjalanan program pemulihan di sekolah anda.

b. Cuba kaitkan masalah murid pemulihan (kemahiran lisan, kemahiran


membaca dan kemahiran menulis) dengan seorang murid anda. Catatkan
kelemahan murid anda itu.

Selamat mencuba!

1
9/14
Pemulihan Bahasa Melayu – Prosedur Pemulihan
Unit 2

Hasil Pembelajaran

Setelah mengikuti pelajaran di dalam unit ini pelajar akan dapat:

1. Memahami prosedur pemulihan dan;


2. Melaksanakan aktiviti pemulihan di dalam bilik darjah.

Arahan

Pelajar dikehendaki:

1. membaca nota yang disediakan dengan teliti,


2. membuat rujukan perpustakaan dan maklumat daripada internet,
3. menjawab soalan tugasan/ aktiviti yang disediakan.

2.1 Pengenalan
Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, konsep 5P iaiitu,
penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan perlu
dilaksanakan oleh para guru di dalam bilik darjah. Di bawah, dinyatakan beberapa
prosedur dan prinsip-prinsip pemulihan yang perlu dikuti oleh para guru bagi
membantu mengatasi masalah pembelajaran pelajar.

2.2 Prinsip-Prinsip Pendidikan Pemulihan


 Mengenal pasti murid yang menghadapi masalah pembelajaran dan membuat
penilaian awal ke atas mereka.
 Pendekatan secara individu, misalnya mengadakan kelas khas yang kecil.

 Kurikulum yang diubahsuai.


 Dalam mengajar sesuatu item, kita hendaklah menegaskan luasnya dan bukan
perinciannya
 Ketepikan isi-isi pelajaran yang tidak berfaedah

1
 Mudahkan gerak kerja supaya murid dapat membuatnya dan mendapat kepuasan.
 Kurangkan masa untuk aktiviti yang lain supaya murid yang lemah dapat diberi
perhatian.
 Gunakan banyak latih tubi dan tunjuk cara.

2.3 Pelaksanaan Program Pemulihan

Ujian Saringan Binaan Guru

Kenal pasti dan menganalisis:


 murid bermasalah melalui pemerhatian dan keputusan ujian;
 masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid melalui Ujian Saringan dan
Diagnostik;
 punca masalah dari aspek fizikal, intelek, dan emosi yang mengganggu
pembelajaran.
 Merancang aktiviti pemulihan yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi.
 Menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran.
 Melaksanakan aktiviti pemulihan yang telah dirancang.
 Membuat penilaian untuk menentukan kemajuan yang telah dicapai.
 Menjalankan tindakan susulan seperti memindahkan semula murid berkenaan ke
dalam kumpulan murid yang biasa atau merancang semula aktiviti pemulihan yang
baru sekiranya murid berkenaan belum pulih.

1
Langkah-langkah yang dinyatakan di atas boleh digrafikkan sebagaimana rajah yang
berikut:

kenal pasti murid

analisis masalah

membuat perancangan

melaksanakan pengajaran

membuat penilaian

tindakan susulan

1
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Murid
Ujian Kenal pasti Masalah
Objektif
Pendekatan dan teknik
Perancangan Ambil kira
Bahan / Alat P&P

Kelas
Pengajaran secara Kumpulan
Individu
Mengesan Kemajuan
Penilaian untuk Merekod Hasil
Analisis

kuasai Balik kelas biasa


Kerja Susulan
belum Kelas pemulihan khas

Sila rujuk rajah di atas.

Melalui ujian saringan binaan guru, guru dapat mengenal pasti pelajar yang bermasalah
dalam pembelajaran. Guru bolehlah merancang aktiviti pemulihan berdasarkan objektif yang
hendak dicapai. Pendekatan dan teknik yang diguna pakai hendaklah sesuai dan alat
bantuan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran juga diharap dapat membantu
proses tersebut.

Guru boleh menggunakan kaedah kelas, kaedah kumpulan dan kaedah individu, bergantung
kepada jumlah pelajar yang dipilih untuk kumpulan pemulihan. Setelah P&P di jalankan, maka
guru perlu membuat penilaian bagi mengesan kemajuan yang dicapai, merekodkan hasil dan
menganalis dapatan tersebut.

Bagi pelajar yang berjaya menguasai kemahiran atau objektif yang hendak dicapai, mereka
boleh balik ke kelas biasa manakala yang belum mengusai kemahiran atau objektif
hendaklah dikekalkan dalam kelas pemulihan khas sekiranya disediakan guru pemulihan
khas.

Sekiranya guru pemulihan khas tidak ada maka guru kelas biasa hendaklah melaksanakan
pemulihan di dalam kelas biasa. Pelajar ini tidak boleh ditinggalkan atau diabaikan.
Guru harus faham bahawa mendidik pelajar ini adalah amanah dan tanggungjawab guru
membimbing dan mengatasi kelemahannya.

1
2.4 Ujian Diagnostik

Definisi:
Mengenal pasti ketidakupayaan seseorang murid dari segi pengamatan, psikomotor,
kognitif atau psikolinguistik yang dijangka akan menyebabkan gangguan penguasaan
sesuatu kemahiran”.
Salvia & Ysseldyke (1978)

“…mengenal pasti sebab-sebab kenapa seseorang murid gagal menguasai kemahiran


sasaran. Proses ini melibatkan faktor-faktor gaya belajar, penggunaan peneguhan dan
punca di mana bermulanya gangguan pembelajaran”.
Langone (1991)

Ujian Disgnostik mengandungi, satu sampel pembinaan ujian, senarai kemahiran yang
hendak diuji dan JSU/JPU. Ketiga-tiga kompenan ini dirangkum bagi mengesan daerah
kelemahan bahasa pelajar.

1
Ujian Diagnostik
Senarai kemahiran:
3. Mengenal perkataan
3.1 v+kv : ubi, ibu,
3.2 kv+kv : baju, gigi
3.3 kv+kv+kv : kereta, petola
3.4 kvk : bas, zip
3.5 v+kvk : ikan, epal
3.6 kv+kvk : kasut, perut
3.7 kvk+kv : pintu, garpu
3.8 kvk+kvk : cincin, cermin
3.9 kvkk : gong, tong
3.10 v+kvkk : abang, udang
3.11 kv+kvkk : parang, terung
3.12 kvkk+kv : nangka, tangga
3.13 kvk+kvkk : bintang, kambing
3.14 kvkk+kvk : songkok, songket
3.15 kvkk+kvkk : longkang, kangkung

Ujian Diagnostik
Senarai kemahiran:
4. Mengenal rangkai kata
4.1 rangkai kata mudah : batu bata, titi kayu
4.2 rangkai kata : bakul rotan, kasut kulit

5. Membina ayat
5.1 ayat mudah
5.2 ayat kompleks

6. Bacaan & Pemahaman


6.1 Petikan mudah – perkataan kv+kv-
kv+kv- terkawal
6.2 Petikan kompleks

1
Kemahiran: Mengenal perkataan kv+kv
Suaikan perkataan dengan gambar

g u li

b u ku

m a ta

m e ja

ja ri

to p i
Analisis kesalahan:

1
Kemahiran: Mengenal perkataan kv+kv
Bulatkan perkataan yang sesuai dengan gambar

b u ku b u ka b a ka

m u ka m a ta m u la

g a ji g u la g u li

ko p i to p i te p i

g a ri ja ri g ig i

m e ja m a ju m a lu

Analisis kesalahan:

Kemahiran: Mengenal perkataan kv+kv


Tulis perkataan yang sesuai dengan gambar

m a ta

Analisis kesalahan:

2
Ujian diagnostik di atas merujuk contoh sukatan pelajaran sekolah rendah manakala bagi
sukatan pelajaran sekolah menengah, guru-guru boleh melihat dan merancang mana-mana
kemahiran yang perlu didiagnostik seperti contoh di atas.

SELAMAT MENCUBA

2.5 Strategi Pengajaran Pemulihan

2.5.1. Strategi Kumpulan:


 Digunakan apabila terdapat sekumpulan kecil murid menghadapi masalah
pembelajaran yang sama;
 Guru boleh merancang dan menjalankan pengajaran pemulihan untuk murid-
murid yang bermasalah;
 Murid-murid lain akan menjalankan aktiviti pengayaan yang disediakan oleh
guru.

2.5.2 Strategi Individu:


 Digunakan apabila terdapat sekumpulan kecil murid menghadapi masalah
pembelajaran yang berlainan;
 Guru boleh bergilir-gilir membetulkan kesalahan murid secara individu;
 Murid-murid lain menjalankan aktiviti pengukuhan;
 Guru boleh menggalakkan murid cerdas mengajar murid-murid bermasalah
secara individu.

Daripada strategi yang dikemukakan di atas, bina satu senarai


semak tentang cara mengajarkan kelas pemulihan, secara
individu atau kumpulan. Syabas, anda bersedia melaksanakan
tugasan ini.

Lampiran

2
Contoh Borang Skor Individu

Nama Murid: _______________________________________________________


Tahun: ____________________________
Kod Elemen: Membaca

Bil. Item O B A T Catatan


1. Kebolehan mengecam huruf
2. Kebolehan menamakan huruf
3. Kebolehan membunyikan vocal
4. Kebolehan menguasai suku kata KV,
KVK, KVKK
5. Kebolehan membaca dan memahami
perkataan VKV, KVKV, VKVK, dan
perkataan yang mengandungi diftong,
vokal berganding dan konsonan
bergabung
6. Kebolehan membaca dan memahami
perkataan
7. Kebolehan membaca dan memahami
pelbagai jenis dan bentuk ayat
8. Kebolehan membaca dan memahami
perenggan

Petunjuk:

O = Omit
 Apabila murid tidak memberi sebarang respon atau jawapan
 Respon atau jawapan murid tidak berkaitan

B = Belum
(Belum menguasai perkara yang ditaksirkan)

A = Asas
(Menepati kriteria: Penguasaan terhadap sesuatu konstruk pada
peringkat asas berpandukan kriteria yang telah ditetapkan)

T = Tinggi
(Penguasaan terhadap sesuatu konstruk yang melebihi daripada
kriteria yang perlu ditetapkan)

Tugasan

2
Anda telah meneliti maklumat dan menyempurnakan tugasan
tentang pemulihan. Sila hubung kaitkan maklumat tersebut dengan
pengalaman anda sendiri dalam melaksanakan pengajaran
pemulihan di sekolah.

Sehubungan dengan pengalaman anda itu, sediakan suatu refleksi


terhadap keberkesanan pengajaran dan tindakan susulan yang
diambil.

Dokumentasikan refleksi anda itu.

Penutup
Sebagai rumusannya, dalam keseluruhan usaha pemulihan tentang sesuatu kemahiran
bahasa, proses yang sering kita lakukan adalah seperti berikut:

Sebelum kita membuat ujian saringan atau diagnostik kita perlu membina alat atau bahan
ujian. Selepas ujian itu sempurna ditadbirkan kita akan mengumpulkan tindak balas atau
jawapan pelajar untuk diperiksa dan dinilai. Bagi pelajar yang lemah diberikan pemulihan di
dalam kelas. Aktiviti pemulihan amat penting kerana pelajar yang lemah dapat mengikuti P&P
seterusnya bersama-sama rakan yang lain.

9/14
Pemulihan Bahasa Melayu – Aktiviti Pemulihan di dalam Bilik Darjah
Unit 3

3.1 Peringkat Prabacaan

2
 Murid-murid pemulihan perlu dibekalkan pelbagai kemahiran lain supaya peringkat
prabacaan mereka dapat dilalui dengan sempurna. Berikut ialah kemahiran yang perlu
diberi perhatian;

1. kemahiran menyesuaikan bentuk-bentuk yang sama


2. memilih bentuk-bentuk yang sama dan berbeza
3. mengecam dan membiasakan diri dengan bentuk-bentuk huruf
4. mengelaskan benda atau gambar mengikut kumpulan
5. menyusun benda atau gambar mengikut urutan
6. mengecam bentuk-bentuk huruf kecil dan besar
7. memadankan huruf mengikut urutan.

 Pada peringkat ini, anda sebagai guru harus pandai merancang aktiviti yang menarik
supaya murid-murid anda dapat menguasai pelbagai kemahiran yang berkaitan
dengan berkesan. Anda boleh mengisi aktiviti prabacaan murid-murid anda dengan
permainan huruf, suku kata dan perkataan.

 Selain itu, aktiviti-aktiviti melukis dan menulis hendaklah berkait rapat dengan huruf
atau simbol yang diperkenalkan kepada murid-murid.

 Anda mesti ingat bahawa membaca tidak mungkin berlaku sekiranya murid-murid
tidak dapat mengenal pasti simbol atau perkataan serta memahami maknanya. Oleh
itu, apabila anda melaksanakan pengajaran peringkat prabacaan, anda perlu memberi
penekanan terhadap simbol dan maknanya.

 Untuk melaksanakan tujuan di atas, anda harus bijaksana memilih kaedah serta
pendekatan yang sesuai dan berkesan supaya apa-apa yang anda lakukan benar-
benar dapat menolong murid-murid pemulihan anda. Antara kaedah dan pendekatan
yang boleh anda pilih adalah seperti yang berikut:

 Kaedah Abjad
 Kaedah Fonik
 Kaedah Suku Kata
 Kaedah Perkataan

2
 Kaedah Ayat dan Cerita
 Pendekatan Cerakinan
 Pendekatan PEBAS
 Pendekatan Gabungan Bunyi Kata
 Pendekatan Abjad-Suku Kata

 Bagaimanakah anda melaksanakan pengajaran membaca peringkat prabacaan?


Berikut ialah sedikit penerangan untuk panduan anda:

1. Pastikan murid-murid mengenali huruf dan membunyikannya dengan


betul
2. Bimbing mereka menggabungkan huruf konsonan dengan huruf
vokal supaya menjadi suku kata
3. Murid-murid dilatih tubi mengeja suku kata
4. Kukuhkan daya penglihatan dan pengamatan murid-murid dengan latihan
melukis bentuk-bentuk yang menyerupai huruf dan seterusnya latihan menulis
huruf.

 Setelah meneliti keterangan di atas, anda jangan lupa bahawa ada perkara yang perlu
anda ambil perhatian. Berikut ialah perkara-perkara tersebut:

1. Penguasaan bahasa lisan:


Anda mesti memastikan murid-murid menguasai bahasa lisan dengan baik
supaya mereka mampu menterjemah huruf atau lambang tulisan kepada
bunyi-bunyi tertentu. Oleh itu, bahan bacaan yang dipilih haruslah
mengandungi perkataan-perkataan yang sudah ada dalam pengalaman murid-
murid.

2. Penglihatan:
Paparkan bentuk huruf secara visual dengan jelas. Cara ini akan membantu
murid-murid mengenal huruf, suku kata dan perkataan dengan cepat dalam
latihan mengeja. Seterusnya, murid-murid akan mengenal huruf dan bentuknya
serta mampu mengenal pasti persamaan dan perbezaan huruf-huruf tersebut.

2
3. Pendengaran:
Latih tubi mengeja suku kata perlu dilakukan untuk menajamkan
pendengaran murid-murid pemulihan. Melalui latihan ini murid-murid dapat
mengenali bunyi-bunyi yang sama dan berbeza dalam perkataan.

4. Hubungan huruf dengan bunyinya:


Latihan mengeja hendaklah dijalankan secara sistematik supaya
murid-murid dapat menghubungkan huruf dengan bunyinya. Anda
patut mengenal pasti strategi yang menarik untuk mengelakkan rasa
jemu murid-murid apabila melakukan latihan ini.

5. Peraturan membaca dari kiri ke kanan:


Dalam tulisan Rumi, susunan dan peraturan membacanya ialah dari kiri ke
kanan.

6. Gabung jalin semua aspek bahasa:


Anda perlu ingat bahawa untuk mengukuhkan kemahiran membaca dalam
kalangan murid, anda mesti memulakannya dengan kemahiran mendengar,
bertutur dan menulis terlebih dahulu. Untuk merangsang minat murid-murid,
anda boleh menjalankan aktiviti bercerita atau menyanyi untuk mengenal
perkataan-perkataan dalam pelajaran membaca.

7. Merangsang dan menghidupkan minat murid:


Sebagai guru, anda patut mengetahui apa-apa yang diminati oleh murid-murid
anda. Biasanya murid-murid pemulihan amat gemar akan gambar atau kad-
kad yang berwarna-warni. Oleh itu, latihan membaca melalui aktiviti bercerita
atau menyanyi perlu digandingkan dengan alat-alat bantu mengajar yang
menarik. Anda boleh memilih mana-mana alat atau bahan yang berikut;

i. kad-kad huruf
ii. kad-kad suku kata
iii. kad-kad perkataan
iv. carta bergambar

2
v. pita rakaman
vi. carta huruf-huruf vokal dan konsonan

3.2 Peringkat Pratulisan

Murid-murid pemulihan sudah boleh diajar kemahiran pratulisan sekiranya ia sudah


mempunyai kesediaan menulis seperti pergerakan otot-otot tangan dan jari jemari serta sudah
dapat membuat pengamatan visual iaitu sudah boleh membezakan dan mengecam benda-
benda. Pada peringkat ini otot-otot tangan dan jari dilatih supaya lebih kemas dan teratur
pergerakannya dan juga dapat memegang pensel dengan betul dan kemas. Selain itu,
latihan-latihan koordinasi mata dan tangan dilakukan dengan banyak supaya murid-murid
dapat meniru bentuk-bentuk yang dilihat.

Pada peringkat pratulisan, aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah untuk melatih


pergerakan tangan, koordinasi mata dan tangan, latihan-latihan pergerakan mata melalui
lakaran-lakaran terkawal dan lakaran bebas yang dilakukan oleh murid-murid. Menurut
Hughes, Mercer, Lenz, dan Hoffmann (1991) kanak-kanak sepatutnya sudah boleh
melakukan perkara-perkara berikut sebelum mereka diajar menulis.

i. Melakukan pergerakan tangan atas ke bawah, kiri ke kanan, dan depan ke


belakang.

ii. Menekap atau menyurih bentuk-bentuk geometri dan garisan putus.

iii. Menyambungkan titik-titik di atas kertas.

iv. Melukis garis lintang dari kiri ke kanan, melukis garis tegak dari atas ke bawah,
dan bawah ke atas.

v. Latihan membentuk corak campuran bulatan dan garisan lurus yang dilakukan
secara bebas.

vi. Melukis bulatan arah lawan jam, garis melengkung, dan bulatan arah jarum jam.

2
vii. Melukis garis condong.

viii. Menyalin corak mudah dan bentuk-bentuk, dan

ix. Mengenal huruf-huruf dan dapat membezakan keserupaan dan perbezaan bentuk
huruf-huruf tersebut.

3.3 Kaedah Abjad

Cuba anda imbau semula semula zaman persekolahan anda khususnya semasa anda berada
dalam tahun satu atau tadika. Apakah kaedah yang digunakan oleh guru anda untuk
mengajarkan asas kemahiran membaca kepada anda dan rakan-rakan? Pastinya, salah satu
kaedah yang sering digunakan ialah kaedah abjad. Kaedah ini merupakan suatu kaedah
mengajarkan kemahiran asas membaca yang telah lama dipraktikkan oleh guru-guru.
Kaedah ini dikenali juga dengan nama kaedah huruf atau mengeja.

Mengikut kaedah ini murid-murid diperkenalkan dengan semua huruf dalam sistem
ejaan, iaitu daripada huruf /a/ hingga /z/ (huruf kecil dan huruf besar). Murid-murid
dikehendaki mengenal bentuk-bentuk huruf dan namanya. Kemudiannya mereka akan
diperkenalkan dengan huruf vokal dan huruf konsonan. Huruf-huruf konsonan digabungkan
dengan huruf vokal untuk membentuk suku kata dan seterusnya membentuk perkataan.
Untuk lebih jelas, anda boleh meneliti langkah-langkah pelaksanaan kaedah ini seperti yang
berikut:

Langkah 1
Memperkenalkan keseluruhan huruf atau abjad dengan menyebut nama huruf mengikut
urutannya a, b, c, d hingga z. Teknik yang boleh digunakan ialah nyanyian dan hafalan.

Langkah 2

2
Memperkenalkan huruf-huruf dan bunyi vokal serta huruf-huruf konsonan. Huruf-huruf ini
boleh diperkenalkan dengan cara menyebut nama huruf awal untuk sesuatu benda, binatang
atau tumbuhan.

Langkah 3
Membina suku kata, iaitu menggabungkan huruf konsonan dengan huruf vokal – ba, bi, bu,
be, bo, be ca, ci, cu, ce, co, ce. Biasanya murid-murid membaca dengan mengeja dan
menyebut nama huruf lalu membunyikan suku kata.

Langkah 4
Menggabungkan suku kata untuk membina perkataan yang mudah-mudah - dua atau tiga
suku kata. Perkataan yang dihasilkan daripada gabungan suku kata ini dibaca dengan cara
mengeja setiap suku katanya. Contohnya untuk perkataan buku (bu + ku), murid-murid
menyebut setiap huruf dalam suku kata pertama dan mengejanya hingga menghasilkan bunyi
bu. Proses yang sama diteruskan untuk suku kata kedua ku dan diulang-ulang hingga
menghasilkan perkataan buku.

Langkah 5
Membaca ayat-ayat pendek atau buku teks. Cara membaca juga sering dilakukan secara
mengeja.

Kaedah abjad ada kekuatan dan kekurangannya. Kekuatannya ialah murid-murid


dapat membaca apa-apa sahaja bahan terutamanya perkataan yang baru dijumpainya kerana
dia sudah kenal semua huruf dan dapat mengeja semua perkataan. Di samping itu, kaedah ini
sesuai dengan sistem ejaan bahasa Melayu yang mengeja perkataan mengikut bunyi. Cara
mengeja suku katanya tetap. Kaedah ini juga memberi asas yang kukuh dalam membaca
kerana murid-murid mahir mengeja setelah dilatih tubi.

Walau bagaimanapun kaedah ini ada kekurangannya, iaitu murid-murid terpaksa


menghafal huruf-huruf yang agak abstrak sedangkan masih ada sebahagian besar daripada
mereka yang belum pernah didedahkan dengan huruf atau abjad. Penghafalan huruf-huruf
yang abstrak ini agak bercanggah dengan prinsip pendidikan, iaitu sepatutnya murid-murid
mempelajari sesuatu yang konkrit terlebih dahulu. Selain itu dengan menggunakan kaedah ini
murid-murid terlalu bergantung kepada proses mengeja. Murid-murid terbawa-bawa dengan

2
tabiat mengeja. Hal ini menyebabkan mereka tidak lancar atau tersangkut-sangkut semasa
membaca. Kaedah ini juga tidak mementingkan pemahaman murid kerana keutamaannya
ialah ejaan dan sebutan.

Tugasan

Berdasarkan perkara-perkara yang telah dijelaskan tadi, rancang satu


pengajaran pemulihan mengenal huruf dan hubungannya dengan bunyi.

Laksanakan pengajaran tersebut dan buat refleksi tentang kelebihan dan


kekurangan yang dapat dikesan.

Rumusan

Aktiviti pemulihan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu merupakan salah
satu alternatif untuk mengurang dan seterusnya mengatasi masalah penguasaan
kemahiran membaca dan menulis dalam kalangan murid. Guru seharusnya mengenalpasti
nurid-murid yang mempunyai masalah berkenaan dan berusaha untuk membantunya
dengan mengaplikasikan prosedur serta aktiviti pemulihan yang dicadangkan, untuk
melaksanakan aktiviti pemulihan dalam bilik darjah, guru seharusnya terlebih dahulu
menguasai aspek-aspek penting dalam pengajaran pemulihan daripada sudut strategi,
pendekatan, kaedah, dan teknik agar pelaksanaannya tersusun dan terancang. Kebolehan
murid-murid menguasai kemahiran membaca dan menulis bergantung penuh kepada
peranan dan kewibawaan guru tersebut.

Tugasan

1. Terjemahkan kefahaman anda tentang pemulihan Bahasa Melayu


menerusi lakaran peta konsep yang bersumberkan maklumat-maklumat yang
diberi. Gunakan kreativiti anda.

2. Jelaskan prosedur-prosedur yang perlu dilaksaksanakan oleh guru sebelum


menjalankan aktiviti pemulihan di dalam bilik darjah.

3. Murid A tidak dapat membaca dengan lancar. Setiap kali membaca sering tersangkut-
sangkut dan sukar menyebut bunyi konsonan berganding /ng/ dan /ny/. Sediakan satu
rancangan pemulihan yang sesuai.

3
Ujian Pasca

Tandakan ( ) pada penyataan yang tepat dan ( x ) pada penyataan yang tidak tepat.

1. Pemulihan ialah proses pengajaran dan pembelajaran untuk membantu murid


bermasalah di dalam bilik darjah. ( )

2. Rasional pemulihan Bahasa Melayu dalam bilik darjah ialah untuk mengelakkan
keciciran dalam pembelajaran. ( )

3. Salah satu daripada ciri-ciri murid pemulihan ialah hiperaktif. ( )

4. Mengecam dan membiasakan diri dengan bentuk-bentuk huruf adalah kemahiran


yang perlu diberikan perhatian oleh guru kepada murid pemulihan. ( )

5. Menulis huruf-huruf secara bebas di atas kertas kosong merupakan aktiviti


pemulihan kemahiran pratulisan. ( )

6. Membina perkataan yang mudah dengan menggabungkan dua atau tiga suku kata
merupakan langkah keempat dalam pengajaran pemulihan bahasa Melayu mengikut
kaedah abjad ( )

7. Kelemahan pengajaran pemulihan kaedah abjad ialah murid lebih mengutamakan


ejaan dan sebutan tetapi tidak kepada pemahaman murid. ( )

8. Sebelum melaksanakan aktiviti pemulihan guru perlu mengadakan ujian saringan


dan diagnostik bagi mengesan daerah kelemahan pembelajaran murid. ( )

9. Terdapat dua strategi pengajaran pemulihan iaitu strategi kumpulan dan strategi
individu. ( )

3
10. Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran pemulihan perlu mengikut susunan
urutan seperti berikut, ujian –- pengajaran -– perancangan –- penilaian -– kerja
susulan. ( )
Jawapan:-

1. ( / )

2. ( / )

3. ( X )

4. ( / )

5. ( X )

6. ( / )

7. ( / )

8. ( / )

9. ( / )

10.( X )

Rujukan

Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt, dan Abd. Rahim Selamat (1997). Pengajian
Melayu 1. Kuala Lumpur: Longman.

3
Jabatan Pendidikan Khas (1999a). Manual IPP3M. Kuala Lumpur.

Jabatan Pendidikan Khas (1999b). Buku panduan pelaksanaan program


pendidikan pemulihan khas. Kuala Lumpur.

Kamaruddin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1998): Pengajian


Melayu 5 dan 6. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Mok Soon Sang (1990). Pemulihan, Pengayaan dan Isu Pendidikan. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman.

Sidang Editor (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

AHLI PANEL PENGGUBALAN DAN PEMURNIAN MODUL BAHASA MELAYU (MAJOR)


PROGRAM KURSUS DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (SABK)

Bil
Nama Kelayakan

1. Cik Norliza Bt Mohd Yusof Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni


Unit Kurikulum, dengan Kepujian (UPSI)
Bahagian Pendidikan Guru Sijil Perguruan Asas (IPSI)
(Penyelaras) Guru Bahasa Melayu 14 tahun

3
2. Azman Bin Rahmat MA Kesusasteraan Melayu (UPM)
IPGM Kampus Perempuan Melayu Bac. Bahasa & Linguitsik Melayu (UPM)
Jalan Maktab Durian Daun, Sijil Perguruan (IPKS, Sabah)
75990 Melaka.

3. Mohd Januri Bin Aiyub Sarjana Pengajian Melayu (UM)


IPGM Kampus Sultan Abdul Halim Ijazah Sarjana Muda Sastera (Bahasa
08000 Sungai Petani, Melayu) – UM
Kedah Sijil Perguruan (IPKB, Kelantan)

4. Mohd Zamri Bin Mohd Akhir Sarjana Pendidikan Kesusasteraan


IPGM Kampus Tuanku Bainun, Melayu (UPSI)
Bukit Mertajam, Sarjana muda Pendidikan
Pulau Pinang. Kesusasteraan Melayu(UPSI)
Diploma Perguruan Khas
Kesusasteraan Melayu (IPBMM)
Sijil Perguruan (IPSI)

5. Zakaria bin Khalid MA Bahasa Melayu (UPM)


IPGM Kampus Tengku Ampuan Bac.Pend.(PBMP) UPM
Afzan, Kuala Lipis Pahang. Sijil Perguruan Khas (Bacaan dan
Penulisan)
Sijil Perguruan (IPKB) Kota Bharu,
Kelantan.

You might also like