Teks Ucapan GB

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Teks ucapan Hari Sukan Negara

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan

Selamat sejahtera dan Salam Malaysia Madani

Terima kasih, Pengacara Majlis.

Yang Dihormati

Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru dan murid murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, kerana dengan rahmat dan izinNya maka pada pagi yang
penuh keberkatan ini, kita dapat berkumpul bagi meraikan Sambutan Hari Sukan Negara bagi
tahun 2022.Saya bersyukur kerana di atas keizinanNya, maka Hari Sukan Negara dapat kita
jayakan.

Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di
mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat
menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian,
Hari Sukan Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah
masyarakat yang mengamalkan gaya hidup aktif.
Sambutan Hari Sukan Negara telah diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk
memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari
Sukan Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah air. Semua
pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya akan berganding
bahu menganjur dan menyertai program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari
berkenaan.
Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat
menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat
Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding
dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas
dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik
dikalangan rakyat Malaysia.
Objektif bagi Hari Sukan Negara ialah

1) Menerapkan budaya sukan dikalangan rakyat


2) Memupuk semangat perpaduan dikalangan rakyat
3) Pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri negara
4) Meningkatkan pengetahuan sukan dikalangan rakyat
5) Mengiktiraf rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti membangunkan sukan
diperingkat akar umbi

Bagi makluman semua program Hari Sukan Negara peringkat sekolah ini merupakan salah satu
program utama dibawah sambutan Hari Sukan Negara 2023. Antara program lain yang
dijalankan diperingkat kebangsaan dan negeri ialah Spartan Race, Kayuhan Hari Sukan Negara,
Malaysia International Sport Expo 2023, Score Fitmob Party dan banyak lagi.

Di Negeri Sembilan sendiri kita telah menganjurkan pelbagai aktiviti bagi sambutan Hari Sukan
Negara sukaneka, Kabadi,Tarik Tali,Goalball, Shiti Ryu Karate-Do, Sepak Raga Bulat dan banyak
lagi.

Akhir sekali, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah di atas kejayaan
penganjuran sambutan Hari Sukan Negara 2023 diperingkat sekolah. Saya percaya Hari Sukan
Neagara ini akan dapat menyerlahkan potensi dan bakat dalam bidang sukan dalam kalangan
golongan muda terutamnya, serta dapat menyemarakkan semangat perpaduan dikalangan
rakyat Malaysia. Akhir kata MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.

SELAMAT MENYAMBUT HARI SUKAN NEGARA 2023

DENGAN LAFAZ BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM SAYA DENGAN INI MERASMIKAN SAMBUTAN


HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA RAJA ALIAS 3 TAHUN 2023.

Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wasalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

You might also like