Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Terima kasih diucapkan kepada Pengerusi Majlis,

Yang Berusaha Tuan Guru Besar, Cikgu Mohd _______________

Yang Berusaha, Encik ______________ Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru,

Yang Dihormati, Cikgu ___________________Penolong Kanan Pentadbiran,

Cikgu _______________________, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Cikgu _____________________________ Penolong Kanan Kokurikulum,

Cikgu __________________________, Penolong Kanan Sesi Petang,

Yang Diraikan Cikgu ______________________ dan Cikgu ____________________, guru-guru dan


rakan-rakan sekalian.

Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana
memberi saya peluang untuk berucap pada majlis perpisahan ini.

Hadirin yang dikasihi,

Majlis yang sangat bermakna ini diadakan sebagai tanda penghargaan buat Cikgu
________________ dan Cikgu _______________ Hari ini merupakan hari terakhir mereka berdua bersama
kita sebelum bertugas di tempat baharu. Untuk pengetahuan rakan-rakan, Cikgu _________ akan berpindah
ke SK _________ manakala Cikgu _______ akan bertukar sekolah ke SK __________________.

Saya mewakili rakan-rakan di SK ______________ mengucapkan jutaan terima kasih kepada


Cikgu ______________kerana telah banyak membimbing kami sejak di Prasekolah lagi. Beliau merupakan
seorang guru yang begitu penyayang dan sangat baik hati. Cikgu ___________lah yang mengajar kami
mengenal huruf dan nombor. Beliau juga merupakan guru pertama kami apabila menjejak kaki di alam
persekolahan. Sesungguhnya, jasa cikgu amatlah besar terhadap kami.

Hadirin yang dihormati,

Walaupun hanya sempat bersama untuk beberapa bulan, budi dan jasa Cikgu ___________ tidak
dapat kami lupakan. Cikgu_________________merupakan seorang guru yang amat berdedikasi dan
penyabar menghadapi kerenah kami. Kata-kata nasihat dan tunjuk ajar cikgu akan kami ingat sampai bila-
bila.

Sebenarnya, kami berasa sangat sedih kerana akan kehilangan dua orang guru yang amat kami
kasihi. Jasa dan pengorbanan Cikgu ________ dan Cikgu _________ tidak akan kami lupakan. Kami juga
memohon maaf atas segala silap dan salah selama ini.

Akhir kata, kami berdoa agar Cikgu ________ dan Cikgu _________sentiasa sejahtera di tempat
baharu nanti. Semoga cikgu berdua tidak melupakan kami dan sudilah menjenguk kami jika ada
kelapangan. Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, terimalah serangkap pantun buat cikgu berdua.

Pucuk pauh delima batu,


Anak sembilang di tapak tangan;
Cikgu jauh beribu batu,
Hilang di mata di hati jangan.

Sekian, terima kasih.

You might also like