Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 36

E.

1 CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN

1.1 Koleksi Keistimewaan Setempat

LOKASI SK SUNGAI ULAR

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ULAR


4 April 1952 merupakan titik tolak penting untuk dunia pendidikan di Kampung Sungai Ular. Usaha untuk
mendirikan bangunan sekolah rakyat pada masa itu telah dipelopori oleh Tuan Haji Ahmad bin Abdullah
(Pak Mat), ketua Kampung Sungai Ular, dengan sokongan Penghulu Mukim Sungai Karang, Encik
Mohamed bin Taib. Mereka berjaya mmenyakinkan penduduk kampong untuk mendirikan sekolah rakyat
secara bergotong-royong untuk mengajar kanak-kanak dan orang dewasa yang berminat untuk belajar
membaca dan menulis.

Keadaan bangunan sekolah pada masa itu terdiri daripada 2 buah blok bangunan kayu yang
menggunakan batang nibung, atap nipah serta berdindingkan kulit kayu. Anggaran luas bangunan pada
masa itu ialah 20 kaki lebar dan 60 kaki panjang. Ia didirikan di atas tapak Kuarters Guru sekarang.

Dua orang guru rakyat dari daerah Pekan telah dihantar oleh Pejabat Pelajaran Negeri Pahang untuk
bertugas di Sekolah Rakyat Kampung Sungai Ular. Mereka ialah Cikgu Daud bin Ali dan Cikgu Romli bin
Osman. Mereka telah mengajar di Sekolah Rakyat Kampung Sungai Ular sehingga 1956.

Pada tahun 1956, selepas Penyata Razak dibentangkan dan diterima pakai, sistem pendidikan sekali lagi
melalui perubahan drastik. Sehubungan dengan itu, Sekolah Rakyat Kampung Sungai Ular telah ditukar
nama menjadi Sekolah Kebangsaan Sungai Ular.

Datuk Abdul Rahman bin Talib, yang pada masa itu merupakan seorang menteri telah menggunakan
peruntukan kuasa yang ada untuk mendirikan bangunan batu Sekolah Kebangsaan Sungai Ular bagi
menggantikan bangunan kayu sekolah rakyat pada tahun 1956.

Guru rakyat sedia ada mesti belajar di ‘Norma Class’ anjuran Sultan Idris Training College (SITC) di
Kuantan dan mesti lulus ujian tersebut. Bagi guru rakyat pula mesti lulus darjah lima dan gajinya dibayar
melalui ‘School Fund’ yang disumbang oleh penduduk kampung.

Guru Besar pertama Sekolah Kebangsaan Sungai Ular ialah Tuan Haji Abd. Rashid bin Wok. Pada masa
itu beliau baru berusia 22 tahun. Beliau merupakan guru kerajaan yang pertama bertugas di sekolah ini.
Beliau yang lulus peperiksaan tersebut dipilih menjadi Guru Besar dengan dibantu oleh dua orang guru
rakyat iaitu Encik Daud bin Ali dan Encik Romli bin Osman. Beliau mula bertugas pada awal bulan Mac
1956 setelah bangunan baru sekolah telah siap didirikan sepenuhnya.

CIRI KEISTIMEWAAN
GEOGRAFI MUKA BUMI

Lokasi Geografi atau muka bumi Sekolah Kebangsaan Sungai Ular ini terletak berhampiran dengan pantai.
Maka pihak sekolah telah memilih penyu yang merupakan haiwan yang dilindungi sebagai ikon sekolah.
Selain itu juga,terdapat sebuah pulau lebih kurang 3 km dari Sekolah Kebangsaan Sungai Ular. Pulau itu
juga diberi nama Pulau Sungai Ular. Justeru itu,kedua-dua mercu keistimewaan ini telah menjadi ikon
kepada sekolah. Pihak sekolah berharap Pulau Sungai Ular ini menjadi antara pulau yang terkenal dalam
eko pelancongan negeri Pahang khususnya.

a) Mercu Penyu

PENYU (Turtles) merupakan sejenis haiwan air daripada kelas Reptilia dan Order
Testudines dan Sub-Order Crytodira dan Pleodira.Penyu telah wujud sejak lebih 100 juta
tahun yang lalu yang dipercayai sezaman dengan zaman dinasour . Ianya adalah
haiwan vertebrata dalam kelas reptilia di bawah Order Chelonia yang tergolong bersama
dengan ular, cicak, kura-kura, labi-labi dan tuntung. Penyu juga mempunyai kulit yang
bersisik, bernafas melalui paru-paru, suhu badan yang sama dengan suhu persekitaran,
bertelur dan adalah haiwan marin. Walaupun ia boleh menyelam dan berada dalam air
untuk sekian lama, tetapi ia mestilah timbul kepermukaan air untuk bernafas. Penyu
merupakan spesies yang hidup lama dan mengambil masa di antara 20 hingga 50 tahun
untuk matang mengikut spesies. Kini ke empat-empat spesies penyu ini adalah sedang
terancam dan besar kemungkinan akan mengalami kepupusan. Penyu merupakan
sejenis haiwan yang mempunyai cangkerang keras di bahagian belakang dengan
sepasang kaki pendayung di hadapan. Ini menjadikan penyu sebagai haiwan yang
tangkas berenang di dalam air tetapi kekok untuk bergerak di daratan. Haiwan ini saya
dapati amat berbeza dengan kura-kura yang mempunyai kaki yang serupa bagi
keempat-empat kakinya yang membolehkan ia berjalan didaratan. Penyu digolongkan di
dalam haiwan vertebrata (bertulang belakang) yang unik kerana ia tinggal dalam air laut
masin. Di Malaysia Negeri Terengganu merupakan negeri yang dikaitkan dengan Penyu
sehingga ia menjadi ikon dalam pelancongan dan aktiviti sukan. Haiwan Penyu juga
pernah diperkatakan dalam sajak dan nyanyian termasuk satu ungkapan 'Penyu
Menangis'. Penyu pada hakikatnya bukan haiwan yang merbahaya kepada manusia
kerana ia tidak menyerang manusia sebaliknya manusia yang membunuhnya. Penyu
lazimnya mempunyai kulit yang bersisik (di bahagian tidak bercangkerang), bernafas
melalui paru-paru, mempunyai suhu badan yang mengikut suhu persekitaran, bertelur
dan merupakan haiwan marin. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro
Technology" mengenai jenis-jenis penyu untuk menambah ilmu pengetahuan pembaca
blog ini.

Jenis-Jenis Penyu

(1) Penyu Belimbing / Leatherback Turtle


Nama saintifik : Dermochelys coriace

Penyu Belimbing ialah spesis penyu yang terbesar di antara jenis-jenis penyu yang
terdapat di dunia. Kini spesies penyu ini semakin kepupusan. Inilah satu-satunya jenis
penyu yang tidak bertempurung keras, di mana karapasnya (cengkerang) adalah lembut
dengan mempunyai tujuh jaluran panjang yang memanjang dari bahagian kepala hingga
ke ekor. Ia boleh membesar sepanjang 2 meter dan mencapai berat sehingga 600kg.
Penyu ini menghabiskan hampir keseluruhan hayatnya di dalam laut lepas dan
berkebolehan untuk menyelam sedalam 400m hingga 1,200m. Penyu ini mudah dikenali
kerana cengkerangnya yang menyerupai seperti buah belimbing. Warna badannya
adalah kehitaman dan bertompok-tompok putih. Bahagian atas mulutnya yang
melengkung adalah untuk memudahkannya menangkap obor-obor yang merupakan
makanan utamanya. Ianya menghasilkan telur antara 60 – 120 biji pada suatu masa.
Musim bertelurnya adalah Mac hingga Ogos. Di Malaysia , tempat utama penyu ini naik
ke pantai untuk bertelur adalah di Rantau Abang, Terengganu dan terdapat juga Paka,
Pahang untuk bertelur. Telurnya berwarna putih dan berkulit lembik dengan ukuran garis
pusat 5 – 6.5 sm.

(2) Penyu Agar/Green Turtle


Nama Saintifik : Chelonia mydas
Penyu Agar juga dikenali sebagai 'Penyu hijau' mengikut warna lemak dalam badannya
yang berwarna hijau. Warna penyu ini adalah coklat buah zaitun atau coklat tua atau
kehitaman. Penyu ini boleh membesar sehingga lebih 1 meter dengan berat badannya di
antara 135 - 270 kg. Makanan utamanya adalah rumpai laut dan rumpair. Musim
bertelurnya adalah di antara April-September dan menghasilkan 100 -140 biji setiap kali
bertelur. Penyu ini terdapat di Negeri Terengganu, Pahang, Perak, Kedah, Pulau Pinang,
Sabah dan Sarawak. Telurnya adalah berwarna putih dan berkulit lembik dengan ukuran
garispusat lebihkurang 5.0 sm.

(3) Penyu Karak/Penyu Sisik/Hawksbill Turtle


Nama Saintifik : : Eretmochelys imbricata

Penyu ini juga dikenali sebagai penyu sisik. Ianya mempunyai karapas yang keras dan
nampak seperti sisik-sisik yang bertindih. Warna badannya adalah coklat , bersaiz
sederhana dan boleh membesar sehingga 70 – 90 sm dengan berat badannya di antara
35 – 75 kg. Bentuk paruh mulutnya yang menyerupai paruh helang. Makanan utamanya
adalah span dan karangan lembut yang terdapat di kawasan terumbu karang. Spesies
penyu ini kebanyakannnya terdapat di kawasan terumbu karang .Musim bertelurnya
adalah Mac – Jun dengan purata bertelur sehingga 130 biji. Penyu ini terdapat di negeri
Terengganu, Pahang, Melaka , Johor, Sabah dan Sarawak. Telurnya adalah berwarna
putih dengan kulit yang lembik dan berukuran garispusat lebih kurang 5.0 sm.
(4) Penyu Lipas/Olive Ridley Turtle
Nama Saintifik : Lepidochelys olivecia

Penyu Lipas adalah penyu yang terkecil di antara empat jenis penyu yang terdapat di
Malaysia. Ianya boleh membesar sehingga 6.0 – 6.5 sm dengan berat yang biasanya di
antara 35 – 50 kg. Warna badannya adalah gelap atau coklat buah zaitun dan bahagian
bawahnya berwarna putih. Makanan utamanya adalah udang,obor-obor, ketam dan
siput. Musim bertelurnya adalah dari Mac – Jun dan menghasilkan purata telur 100 biji
setiap kali bertelur. Telurnya adalah berwarna putih , berkulit lembik dan bergarispusat
lebihkurang 4.0 sm. Penyu ini terdapat di Pulau Pinang, Pahang dan Terengganu. Kini
bilangan spesies penyu ini yang mendarat untuk bertelur di pantai-pantai Malaysia
adalah semakin berkurangan dan diancam kepupusan.

b) Mercu Pulau Ular


Bila sebut sahaja pulau yang ada di Pahang ni yang wajib terlintas di fikiran biasanya
Pulau Tioman. Tapi anda mungkin belum tahu, di Kuantan, terdapat sebuah pulau yang
terletak di Kampung Sungai Ular.

Walaupun namanya Pulau Sungai Ular, anda tidak perlu risau kerana disini bukan
tempat habitat haiwan tersebut dan ia hanya nama bagi kawasan Sungai Ular, Kuantan.

Pulau yang tidak mempunyai sebarang pembangunan ini memang dibuka untuk
kunjungan pelancong. Tempatnya yang terletak tidak jauh dari pesisiran pantai. Ia
sesuai dijadikan lokasi riadah bagi mereka yang mengimpikan percutian di pulau
persendirian

Mereka yang datang boleh menginap di resort berdekatan pantai dan perkhidmatan bot
juga turut disediakan untuk mereka yang ingin berkunjung ke sana. Bermula dari hanya
RM 25 untuk seorang, pengalaman yang dirasai pasti mengujakan.

Air yang jernih dan pesisiran pantai yang bersih sangat sesuai dijadikan port berkelah
bagi anda sekeluarga. Tapi kena ingat, di sana tiada sebarang perkhidmatan servis
disediakan, jadi anda perlu bawa bekal makanan sendiri dan juga alatan.
Tempat yang kami rasakan sebagai hidden place ini, sememangnya syurga bagi mereka
yang ingin meluangkan masa bersama keluarga ataupun rakan di pulau yang jauh dari
orang. Harus diingatkan juga untuk menjaga keselamatan bagi anda yang merancang ke
sana.
1.2 Inovasi (PSS dan Galakan Membaca)

Pusat Sumber merupakan jantung dan nadi sesebuah sekolah. Setiap sekolah
pula pastinya mengimpikan kemenjadian setiap warganya sesuai dengan aspirasi
Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu mengembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Justeru itu, Pusat Sumber Ibnu Rusyd mengambil inisiatif untuk mengembangkan
potensi setiap ahlinya dengan menganjurkan pelbagai aktiviti yang menjurus ke arah
kemenjadian mereka. Antaranya ialah penghasilan karya kreatif ini. Bermula dengan
pertandingan penulisan yang dilaksanakan pada tahun 2019, aktiviti penulisan ini
diteruskan lagi sehingga tahun 2020 walaupun Malaysia turut terkesan dengan
Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia. Sesungguhnya setiap yang berlaku
pasti ada hikmahnya.

Di awal tahun 2021, pihak Pusat Sumber Ibnu Rusyd telah memberi peluang yang lebih
terbuka untuk murid-murid menyerlahkan bakat kreatif mereka. Saringan pencarian Tim
Penulis Cilik telah dilakukan dan beberapa orang murid telah terpilih untuk menyertai tim
penulisan ini.

a) Projek CERTOT

KARYA MURID

Apa Gunanya Kawan?

Nur Syaqirah Humairah binti Azman

Jangan Tinggal Daku

Nur Marahaini Najlaa binti Mohamad

Kitakan Sahabat

Aliya Batrisyia binti Azrul

Tiga Hari

Nor Fatin Fidatul’ Ain binti Mohd Amin


Nak Kawan Boleh?

Elysh Qistina binti Mohd Zaki

Bersama Selamanya

Aliya Batrisyia binti Azrul

Kembara Ke Bumi K-Pop

Nik Aisy’ Syifa Auliya binti Nik Rozi

Persahabatan Dunia Fantasi

Elysh Qistina binti Mohd Zaki

KARYA PENULIS JEMPUTAN

Kelam

Siddiq Aziz

BIODATA PENULIS CILIK

Nur Marahaini Najlaa binti Mohamad berusia 12 tahun dan merupakan seorang Pengawas
Sekolah 2021. Hobi beliau ialah membaca buku jika ada masa lapang dan bercita-cita untuk
menjadi seorang ustazah yang bertauliah. Anak kelima daripada tujuh orang adik-beradik ini
seorang yang bertanggungjawab dan tidak boleh melihat sesiapa dalam kesusahan. Sikapnya itu
menjadikan dia seorang yang amat disenangi oleh rakan-rakannya di sekolah.

Nik Aisy Syifa'Auliya'binti Nik Rozi ialah seorang penulis berusia 12 tahun dan merupakan
seorang Pengawas Sekolah bagi sejak tahun tiga sehingga sekarang. Hobi beliau ialah membaca
buku dan bercita-cita ingin menjadi chef yang berjaya suatu hari nanti. Beliau gemar membantu
ibunya mencuba pelbagai jenis resepi dan Pandemik Covid-19 ini berjaya menambah kemahiran
memasaknya. Beliau adalah anak kedua daripada empat orang adik beradik dan seorang yang
bertanggungjawab serta seorang yang baik hati.

Nor Fatin Fidatul'Ain bt Mohd Amin merupakan penulis cilik yang berusia 12 tahun dan
merupakan seorang Pengawas Sekolah sejak tahun 2019 hingga sekarang. Beliau pernah
menjawat jawatan sebagai Pengawas Pusat Sumber pada tahun 2018. Hobi beliau ialah melukis
dan bercita-cita untuk menjadi seorang pereka bentuk dalaman yang berjaya suatu hari nanti.
Beliau merupakan anak bongsu daripada lima orang adik beradik. Impian beliau adalah untuk

memiliki rumah sebesar istana dan ingin menatarias rumah itu sendiri❤️.
Aliya Batrisyia Binti Azrul berusia 12 tahun dan merupakan seorang Pengawas Pusat Sumber
bagi sesi 2021. Hobi beliau ialah membaca buku dan beliau gemar mempelajari sesuatu perkara
yang baharu. Beliau bercita-cita untuk menjadi seorang doktor dermatologi yang berjaya. Anak
sulung daripada empat orang adik-beradik ini seorang yang memegang kepada amanah dan sangat
bertanggungjawab.

Nurul Syaqirah Humairah binti Azman berusia 12 tahun dan merupakan seorang penolong kelas
pada sesi 2021. Beliau gemar membaca komik dan bercita-cita untuk menjadi ahli bomba yang
berjasa kepada negara pada suatu hari nanti. Beliau merupakan anak bongsu daripada lima orang
adik beradik. Beliau seorang murid yang bertanggungjawab dan penyayang terhadap haiwan.
Walaupun beliau agak pendiam orangnya, akan tetapi beliau amat disenangi oleh rakan-rakan di
sekolah dan seorang murid yang bersahsiah terpuji. Sikap beliau turut mendapat pujian guru-guru
dan disenangi oleh setiap guru yang mengajarnya.
Elysh Qistina binti Mohd Zaki merupakan seorang penulis berusia 12 tahun dan memegang
jawatan sebagai Pengawas Sekolah sejak tahun 2018 hingga sekarang. Hobi beliau ialah membaca
dan menulis. Beliau bercita-cita untuk menjadi seorang peguam yang menghafaz Al- Quran.
Novel sulung beliau yang berjudul Dahlia di Hatiku telah berjaya diterbitkan pada pertengahan
Mac 2021. Beliau kini sedang menyertai projek penulisan anjuran sebuah syarikat penerbitan iaitu
Antologi Cerpen Kanak-Kanak (Diari Perkhemahan), dan di dalam proses menyiapkan karya
keduanya yang berjudul Lukisan Aryssa. Karya hasil kreatif beliau juga pernah disisipkan di
dalam akhbar Berita Harian pada 8 Mac 2021. Anak sulung daripada dua beradik ini merupakan
seorang murid yang bertanggungjawab dan baik hati.

BIODATA PENULIS JEMPUTAN

Dilahirkan pada 31 Julai 1997 di Hospital Tengku Ampuan


Afzan, Kuantan, Mohd Siddiq bin Abdul Aziz merupakan putera bongsu daripada sepuluh orang
adik beradik kepada pasangan Abdul Aziz bin Muhammad dan Zariah binti Othman. Beliau
mendapat pendidikan di SK Sungai Karang (2004-2009), SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah,
Kuantan (2010-2014) seterusnya melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Perguruan
Bahasa Melayu Pendidikan Rendah di IPG Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang (2015-2020).
Beliau pernah menyandang jawatan Guru Sandaran di SK Sungai Ular pada 25.8.2020 -
19.10.2020. Kini, beliau berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di SJKC Sang
Lee, Raub, Pahang.
1.3 Kejayaan Sekolah
(Koakademik)
Kokurikulum

a) Program Cepat Baca Kawan Ku


Hal Ehwal Murid

a) Sekolah Penyayang

1.4 Kebitaraan Sekolah


1.5 Liputan Media
1.6 Hubungan Jaringan/Hubungan Jalinan
1.7 PENGHASILAN BAHAN PdPc OLEH WARGA SEKOLAH

1. https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/teacherliza/home

2. https://youtube.com/channel/UCkJRLtfXforq04P8VdIFVEg
3. https://sites.google.com/d/1JMXth_jHkSpgHaNgzCmtf6csg7s5o3IE/p/
1B0_7Bzefg47rs0t9O1zmbOprBzHtql9Y/edit

4. https://sites.google.com/view/pdprcikgudiana/home
5. https://www.youtube.com/channel/UCkJRLtfXforq04P8VdIFVEg

6. https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/teacherliza/home
KEJAYAAN BOLA TAMPAR SEKOLAH

Tiga orang murid SK Sungai Ular yang telah terpilih untuk mewakili MSSD
Kuantan ke peringkat MSS Pahang dalam PERTANDINGAN VIDEO CABARAN
BOLA TAMPAR MAJLIS SUKAN SEKOLAH PAHANG (MSSP) 2021.

Tahniah juga kepada Jurulatih Bola Tampar SKSU, Cikgu Fendi Rahman dan
Cikgu Asyraf Azmi yang telah membimbing murid-murid SKSU sehingga berjaya.
SESI LATIHAN
KEJAYAAN MURID TAHUN 6 DALAM AKADEMIK 2021

You might also like