Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

PERJANJIAN KERAHSIAAN

SULIT & PERSENDIRIAN

No.Rujukan Syarikat:

Tarikh:

Nama Pekerja

Alamat Penuh Pekerja

Tuan / Puan / Cik Puan (Nama Pekerja),

TIDAK MENDEDAHKAN MAKLUMAT SULIT

Sebagai syarat atas pelantikan saya dengan Awan Group Holdings Sdn Bhd, saya berjanji untuk
mematuhi perkara perkara yang berikut

1. Maklumat dan Data Syarikat .Saya bersetuju bahawa semua maklumat sulit yang
dipertanggungjawabkan kepada saya akan disimpan dengan penuh kerahsiaan sepanjang tempoh
pekerjaan saya dan seterusnya. Maklumat ini hanya akan didedahkan kepada pihak berkuasa yang
relevan, dalam dan luar syarikat. Sebarang pendedahan mesti dibuat hanya untuk manfaat syarikat

2. Pemulangan Dokumen Syarikat. Saya bersetuju bahawa setelah perkhidmatan saya ditamatkan
daripada Syarikat, semua dokumen,rekod, e-mel,buku cadangan, rujukan dan semua dokumen yang
relevan akan dipulangkan balik kepada syarikat. Saya juga bersetuju bahawa tiada dokumen rasmi
yang disenaraikan di atas akan digunakan untuk manfaat diri atau dalam sebarang aktiviti yang akan
menjejaskan nama baik syarikat .Dokumen-dokumen ini tidak boleh digunakan dalam mana-mana
syarikat lain yang merupakan pesaing terus dengan syarikat ini.

3. Rahsia Perdagangan. Selepas penamatan pekerjaan saya dengan Syarikat, saya bersetuju untuk
tidak berkongsi rahsia perdagangan dan terlibat dalam sebarang aktiviti yang mungkin dijangka
bersaing dengan perniagaan syarikat ini .

4.Tindakan Undang-undang.Saya juga faham bahawa jika saya tidak mematuhi syarat-syarat 1,2 dan
3 di atas secara sedar atau tidak sedar , maka syarikat berhak untuk mengambil tindakan tatatertib
terhadap saya
Sekiranya Tuan /Puan / Cik Puan faham mengikut terma-terma di atas, sila nyatakan persetujuan
Tuan / Puan / Cik Puan dengan menandatangani slip pengesahan di hujung surat ini .

Yang benar,

………………………………………..

Nama

Pengurus Besar

Nama Syarikat

Pengakuan dan penerimaan ;

Saya , (……………………………………………………………………………)(No K/P:…………………………………..) dengan


ini menerima dan bersetuju dengan terma dan syarat yang termaktub dalam perjanjian ini .

Ditandatangan oleh , Disaksikan oleh ,

……………………………………………. …………………………………………………..

Nama: Nama :

No K/P : No K/P:

You might also like