Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

LANGKAH MENGAWAL INFLASI

a. Dasar Kewangan

Dasar kewangan merujuk kepada langkah yang dijalankan oleh bank pusat untuk mempengaruhi
kegiatan ekonomi melalui kawalannya terhadap bekalan wang dan kadar faedah.

- Dasar Kewangan menguncap : Mengurangkan penawaran wang, AD menurun

Dasar Kewangan Kuantitatif :

1. Operasi pasaran terbuka

- Operasi pasaran terbuka merupakan tindakan bank pusat membeli dan menjual bil perbendaharaan
dan bon kerajaan di pasaran modal kepada institusi kewangan dan orang ramai

- Semasa inflasi, bank pusat akan menjual bil perbendaharaan dan bon kerajaan, orang ramai yang
membeli surat jaminan itu akan membuat pembayaran wang kepada kerajaan. Jumlah wang yang ada
pada orang ramai akan berkurang, perbelanjaan pengguna ( C ) berkurang dan AD berkurang.

- Tindakan ini dapat mengurangkan rizab bank perdagangan, keupayaan bank perdagangan untuk
mencipta kredit juga berkurang, bekalan wang berkurang dan inflasi tarikan permintaan berkurang.

2. Nisbah rizab berkanun

Nisbah rizab berkanun merupakan simpanan wajib bank perdagangan di bank pusat.

- Semasa inflasi, kerajaan menaikkan nisbah rizab berkanun, wang tunai di bank perdagangan
berkurang, keupayaan bank perdagangan untuk memberi pinjaman juga berkurang. Jumlah wang
dalam ekonomi berkurang dan seterusnya AE berkurang dan mengurangkan inflasi tarikan
permintaan.

3. Nisbah rizab tunai


Nisbah rizab tunai merupakan jumlah simpanan tunai dan bil jangka pendek di bank perdagangan.
- Semasa inflasi, bank pusat akan menaikkan nisbah rizab tunai, keupayaan bank perdagangan
untuk memberi pinjaman berkurang, jumlah pinjaman berkurang, penawaran wang
berkurang, inflasi berkurang.

4. Kadar bank

Kadar bank merujuk kepada kadar diskaun/ faedah yang dikenakan oleh bank pusat kepada bank
perdagangan ke atas surat jaminan seperti bil perbendaharaan.

- Semasa inflasi, kerajaan menaikkan kadar bank, kadar bunga meningkat, pinjaman menjadi mahal,
pinjaman akan berkurang, pelaburan juga berkurang disebabkan kos pelaburan meningkat, tabungan
turut bertambah, AD berkurang.
5. Mengehadkan pengeluaran wang

- Semasa inflasi, bank pusat mengehadkan pengeluaran wang, penawaran wang berkurang, halaju
edaran wang juga berkurang, jumlah urus niaga berkurang, inflasi tarikan permintaan berkurang.

6. Pendanaan

- Pendanaan merupakan langkah bank pusat mengurangkan pengeluaran bil perbendaharaan yang
bersifat jangka pendek dan menambahkan pengeluaran surat jaminan yang mempunyai tempoh masa
panjang.

- Semasa inflasi, pendanaan dilakukan dengan memanjangkan tempoh matang surat jaminan kerajaan
dan mengurangkan lebihan kecairan dalam ekonomi, bekalan wang berkurang dan inflasi tarikan
permintaan berkurang.

Dasar Kewangan Kualitatif :

1. Kawasan kredit terpilih :

a) Kawalan kredit ansuran

- Semasa inflasi, syarat ansuran yang ketat dilaksanakan seperti meningkatkan kadar minimum
pembayaran balik dan mengurangkan kegiatan pembelian secara kredit.

b) Kawasan gadai janji

- Semasa inflasi, syarat gadai janji yang ketat dilaksanakan, keupayaan orang ramai mendapat
pinjaman berkurang, proses penciptaan kredit dihadkan.

c) Kawalan keperluan margin

- Semasa inflasi, kadar keperluan margin akan ditetapkan dengan lebih tinggi, kemampuan orang
ramai membeli saham melalui pinjaman berkurang, permintaan wang untuk tujuan spekulasi
berkurang, inflasi berkurang.

d) Arahan khas

- Bank pusat meminta bank perdagangan memperuntukkan sebahagian rizabnya kepada sektor
tertentu seperti hanya diberi kepada sektor yang penting dan produktif sahaja untuk mengurangkan
penawaran wang, kegiatan ekonomi menjadi perlahan, kenaikan harga dikawal, inflasi dikawal.

2. Pujukan moral

- Pujukan modal merupakan bank pusat memberikan nasihat kepada bank perdagangan supaya
menjalankan aktiviti perbankan yang selaras dengan kehendak kerajaan untuk menjayakan dasar
tertentu.

- Semasa inflasi, bank perdagangan dipujuk supaya mengurangkan pinjaman.


b. Dasar Fiskal

Dasar kerajaan yang mengubah dasar perbelanjaannya dan cukai yang dikenakan supaya keadaan
ekonomi yang stabil dapat dicapai.

Dasar Fiskal Menguncup :

1. Mengurangkan perbelanjaan kerajaan, AE berkurang


2. Menaikkan cukai, pendapat boleh guna berkurang, AE dan AD berkurang
3. Mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan menaikkan cukai secara serentak

c. Dasar Kawalan Harga

- Kerajaan melaksanakan dasar kawalan harga terhadap barang-barang tertentu terutamanya barang
keperluan seperti beras, gula dan sebagainya.

- Dasar Harga Maksimum, penetapan harga lebih rendah berbanding dengan harga pasaran,
kejatuhan harga umum, inflasi diatasi.

d. Dasar Pendapatan

- Dasar pendapatan merupakan dasar kerajaan yang boleh mengawal pendapatan yang diterima oleh
isi rumah terutamanya buruh.

- Tuntutan kenaikan upah oleh kesatuan sekerja semasa ekonomi telah mencapai guna tenaga penuh
yang tidak disusuli dengan peningkatan daya pengeluaran dan akan menaikkan kos pengeluaran dan
menyebabkan berlaku inflasi tolakan kos.

- Dasar Upah Maksimum, iaitu satu tingkat upah yang paling tinggi yang boleh dituntut oleh
kesatuan sekerja/ penetapan tingkat upah lebih rendah daripada tingkat upah di pasaran.

- Mengurangkan kos pengeluaran dan menurunkan tingkat harga umum

- Oleh itu, hal ini dapat menyekat kenaikan kos pengeluaran pengeluar serta dapat memastikan kos
pengeluaran akan kurang daripada peningkatan daya pengeluaran buruh, inflasi berkurang.

e. Meningkatkan keluaran

- Meningkatkan daya pengeluaran buruh dengan cara memberi latihan kemahiran, seminar,
menyediakan prasarana yang menarik, mengutamakan kebajikan pekerja.

- Meningkatkan motivasi dan semangat pekerja untuk bekerja, keluaran negara akan bertambah,
harga barang akan jatuh, inflasi dapat dikawal.
f. Kawalan eksport dan import

- Mengurangkan kemasukan import barang yang tidak penting dengan mengenakan kuota dan
meningkatkan cukai import

- Meningkatkan eksport barang yang tidak penting ke luar negara bagi meningkatkan keluaran
negara

- Tekanan terhadap kenaikan harga barang berkurang, inflasi berkurang.

g. Dasar Catuan

Dasar catuan merupakan dasar kerajaan yang mengehadkan pembelian barang pengguna terhadap
sesuatu barang.

- Mengagihkan barang keperluan yang penting kepada pengguna yang membeli dengan
kupon.
- Mengelakkan pihak yang mengambil kesempatan untuk membeli kuantiti yang banyak /
memonopoli barang tersebut dan menyebabkan berlakunya kenaikan harga barang.

You might also like