Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

FAKTOR YANG MEYEBABKAN DAHAGI INDIA 1857

PENGENALAN

Dahagi india merupakan pemberontakan yang dilancarkan oleh sepoi-sepoi menentang


pemerintahan British di india

Orang india menanggap dahagi sebagai perjuangan mereka untuk bebaskan negara india daripada
pemerintahan british

Selain sepoi, golongan pembesar nawab dan pembesar yang kehilangan kuasa, tanah dan gelaran
juga menyertai pemberontakan ini

CAMPUR TANGAN DALAM ADAT RESAM

British mencampurkan tangan dalam adat resam masyarkat tempatan india

Campur tangan ini menjadi lebih jelas apabila british memperkenalkan undang-undang terhadap
adat istiadat dan kepercayaan Masyarakat tempatan.

Antara undang-undang yang melibatkan adat resam adalah undang-undang pembunuhan bayi
Perempuan dan akta kahwin semula

Membunuh bayi Perempuan merupakan adat turun temurun Masyarakat india kerana mereka
menganggap bayi Perempuan akan menjadi beban apabila mereka membesar nanti

British menganggap adat ini sebagai tidak berperikemanusiaan dan membuat undang-undang
terhadap adat ini

Akta kahwin semula pula membenarkan balu-balu untuk berkahwin semula dalam Masyarakat hindu.

Tindakan british ini menaikkan kemarahan Masyarakat india terhadap mereka

Masyarakat india menganggap ini sebagai tindakan british untuk menghina tradisi mereka.

Jelaslah, tindakan british untuk campur tangan dalam adat resam Masyarakat tempatan telah
melahirkan sikap anti british dalam kalangan Masyarakat india.
PENGENALAN PENDIDIKAN BARAT

Tindakan british memperkanalkan perubahan kepada sistem Pendidikan menimbulkan rasa tidak
puas hati Masyarakat tempatan.

Disebabkan perubahan ini, jawatan yang penting dalam kerajaan diberi kepada penduduk tempatan
yang berpendidikan inggeris Sahaja.

Hal ini tidak disenangi oleh penduduk tempatan kerana semua jawatan yang penting semuanya
diberi kepada penduduk tempatan yang berpendidikan inggeris Sahaja.

Malah ada juga yang menganggap hal ini adalah percubaan british untuk menyebarkan agama
Kristian dalam kalangan Masyarakat india.

Jelaslah, pengenalan Pendidikan barat yang diperkenal british ini menaikkan lagi rasa marah dalam
kalangan Masyarakat india terhadap british.

PERASAAN DENDAM SEPOI-SEPOI INDIA

Tindakan british menghantar sepoi-sepoi india ke luar negara menimbulkan kemarahan golongan
sepoi yang berkasta tinggi.

Hal ini demikian kerana, mereka percaya bahawa kesucian kasta mereka akan hilang apabila mereka
menyeberangi laut

Kepercayaan mereka ini juga menyebabkan sepoi-sepoi india yang diarahkan berkhidmat di Burma
enggan mematuhi arahan tersebut.

Jelaslah, perasaan dendam golongan sepoi india terhadap british menjadi salah satu peranan yang
penting dalam menyebabkan peristiwa dahagi berlaku.

KES SENAPANG RIFLE ROYAL ENFIELD

Sepoi-sepoi india marah apabila dapat tahu bahawa minyak yang digunakan untuk membersihkan
senapang tersebut mengandungi lemak babi dan lembu.

Tambahan pula, sepoi-sepoi ini perlu menggigit hujung peluru yang disapu dengan minyak babi dan
lembu itu sewaktu menggunakan senapang tersebut.

Mereka menganggap british sengaja melakukan hal ini untuk menghina penganut agama hindu dan
juga penganut agama islam.

Jelaslah, isi ini membangkitkan kemarahan golongan sepoi india yang menyebabkan berlakunya
peristiwa dahagi.
KESIMPULAN

Peristiwa dahagi bermula apabila sepoi-sepoi india melancarkan serangan terhadap british.

Namun begitu british Berjaya mengalahkan dahagi lalu melakukan rombakan dalam sistem
pentadbiran di india.

British membubarkan Syarikat hindia timur inggeris dan letakkan pentadbiran india di bawah
pentadbiran mahkota british.

You might also like