Assignment Pengurusan Sumber Manusia

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM (PENGURUSAN ISLAM) DENGAN KEPUJIAN

JAN / 2023

ABSR3103

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (ISLAM)

NO. MATRIKULASI : 930112025044001

NO. KAD PENGENALAN : 930112025044

NO. TELEFON : 018-7854993

E-MEL : jihah_mdisa93@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : Open University Malaysia (OUM) Temerloh

1
BIL PERKARA M/S

1. Pengenalan 3

2. Soalan 1: penambahbaikan yang dicadangkan untuk mentranformasi


kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia pasca 4-5
COVID-19.

3. SOALAN 2: Pendekatan yang perlu dilakukan untuk mewujudkan 6-7


persekitaran yang positif di tempat kerja.

4. SOALAN 3: Analisis kebajikan pekerja yang dilaksanakan oleh 8-10


institusi meliputi kebajikan pekerja wanita dan persatuan pekerja.

5. Penutup 11

6. Bibliografi 12

7. BAHAGIAN 2: ONLINE CLASS PARTICIPATION 13-14

Pengenalan

2
Berbeza dengan Akta Kilang dan Jentera 1967 (AKJ), Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan 1994 (AKKP) mempunyai falsafahnya yang tersendiri. Ia
menerima pengaruh yang besar daripada perundangan di England yang bertolak dari
gagasan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Roben bahawa pengendalian
keselamatan di tempat kerja harus berdasarkan inisiatif dan inovatif pihak majikan
atau pengusaha itu sendiri. Akta hanya memberikan garis kasar atau panduan ke arah
pewujudan budaya keselamatan dan majikan bertanggungjawab seterusnya bagi
memastikan pelaksanaanya mencapai objektif perundangan. Falsafah ini
bertunjangkan konsep pengaturan diri atau self-regulation di mana majikan diberikan
tanggungjawab bagi memastikan keselamatan di tempat kerja terjamin. Tidak seperti
AKJ yang begitu preskriptif sifatnya, AKKP lebih luwes dengan peruntukan yang
lebih umum. Sebagai contoh, adalah menjadi tanggungjawab majikan bagi
memastikan ‘setakat yang praktik’ supaya tempat kerja bebas daripada risiko atau
bahaya (hazard) yang boleh menjejaskan keselamatan pekerja atau orang lain.
Penggunaan ayat ‘setakat yang praktik’ ini adalah suatu darjah tanggungjawab yang
boleh berubah, bergantung pada beberapa faktor yang ditentukan oleh perundangan
dan ditafsirkan oleh mahkamah. Darjah tanggungjawab majikan atau pengusaha akan
berubah mengikut keadaan kes. Dalam meningkatkan budaya keselamatan di tempat
kerja, AKKP juga mewujudkan aspek pengaturan diri seperti keperluan mewujudkan
dasar keselamatan, pelantikan pegawai keselamatan dan kesihatan, serta menubuhkan
jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Tujuan mengadakan dasar
keselamatan adalah untuk menunjukkan komitmen pihak majikan atau pengusaha ke
arah mewujudkan tempat kerja yang selamat daripada bahaya yang boleh mengancam
nyawa, tubuh badan dan kesihatan pekerja atau orang lain. Pelantikan Pegawai
Keselamatan dan Kesihatan adalah untuk memastikan ada seseorang dalam organisasi
yang bertanggungjawab melaksanakan dasar tersebut. Pegawai bertindak bagi pihak
pengurusan organisasi atau majikan. Oleh itu, tugasan ini akan mengupas tentang
penambahbaikan untuk mentransformasi kepentingan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan di Malaysia pasca COVID-19 serta pendekatan yang perlu dilakukan untuk
mewujudkan persekitaran yang positif di tempat kerja. Tugasan ini juga akan
membincangkan analisis kebajikan pekerja yang dilaksanakan oleh sesebuah institusi
yang dipilih meliputi kebajikan pekerja wanita dan persatuan pekerja.

3
1) Pandemik COVID-19 telah memperlihatkan impak yang sangat besar secara langsung
mahupun tidak langsung ke atas semua sektor sama ada kerajaan atau swasta di dalam
dan luar negara. Penularan virus ini telah menghentikan semua sektor dari beroperasi
buat sementara waktu. Sejak pelaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) bermula 18 Mac 2020 yang lalu, ekonomi negara mengalami kemerosotan
yang agak teruk (Berita Astro Awani). Kerajaan menyedari bahawa ekonomi negara
pada ketika itu perlu digerakkan semula dengan secepat mungkin untuk menjana
pertumbuhan, mengurangkan pemberhentian pekerja dan meningkatkan aktiviti
pengeluaran serta permintaan. Oleh yang demikian, berdasarkan peraturan-peraturan
pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit (COVID-19) bermula pada 4 Mei
2020 kerajaan telah membenarkan sektor ekonomi bergerak semula tetapi dengan
mengamalkan Prosedur Standard Operasi (SOP) yang ketat sepanjang melakukan
aktiviti pekerjaan seperti yang telah digariskan dalam tempoh Perintah Kawalan
Pergerakana Bersyarat (PKPB) (Muhamad et al., Research in Management of Technology
and Business Vol. 3 No. 2 (2022) p.467-480). Pandemik COVID-19, juga dikenal
sebagai Coronavirus Pandemic atau Coronavirus Outbreak, adalah pandemik
penyakit coronavirus global yang berterusan pada tahun 2019 yang disebabkan oleh
Sindrom Pernafasan Akut yang teruk Coronavirus 2 (SARS-CoV-2). Wabak pertama
kali ditemui di Wuhan, Provinsi Hubei, China pada pertengahan Disember 2019, dan
disahkan sebagai wabak oleh Organisasi Kesihatan Sedunia(WHO) pada 11 Mac
2020. Setakat ini, lebih daripada satu kes telah disahkan, dan jumlah kematian akibat
COVID-19 lebih banyak daripada itu (BH online, Mei 10 2020). Walaupun terdapat
polisi keselamatan dan kesihatan pekerjaan di negara kita, namun, pihak berwajib
tidak melaksanakannya dengan baik. Cabaran paling utama yang berkaitan dengan
keselamatan dan kesihatan pekerja adalah sikap pekerja itu sendiri. Sebilangan besar
dari mereka tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, pekerja
tidak memakai alat pelindung diri (PPE) dengan betul, tidak memakai topeng muka
(face mask), dan tidak mengamalkan penjarakkan sosial. Selain daripada itu, wujud
juga beberapa masalah di dalam sesebuah industri di Malaysia seperti kekurangan
kualiti dan produktif, kekurangan tenaga pekerja dan keselamatan pekerja terancam.

Oleh yang demikian, beberapa penambahbaikan perlu dilakukan untuk


mentransformasikan kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia
pasca COVID-19 seperti pihak atasan atau pengurusan perlu memastikan setiap

4
pekerja yang hadir untuk bekerja tidak mempunyai sebarang gejala atau simptom
seperti demam, batuk dan selsema. Selain itu, pihak pengurusan juga harus
memastikan para pekerja mereka menjalani ujian saringan COVID-19 dengan kerap
seperti sebulan empat kali,yakni mereka perlu membuat ujian tersebut pada setiap hari
Isnin sebelum memulakan kerja supaya ianya tidak mendatangkan risiko kepada diri
sendiri dan orang lain. Bagi menyelesaikan masalah dalam amalan keselamatan dan
kesihatan, pihak pengurusan perlu mengambil tindakan yang agak keras terhadap
pekerja yang tidak bertanggungjawab dan tidak mematuhi peraturan yang telah
ditetapkan. Contoh tindakan yang boleh diambil adalah dengan memberi peringatan
dan mengenakan bayaran denda. Hal demikian adalah untuk menyedarkan mereka
supaya tidak lagi mengulangi kesalahan yang sama. Kerja proses nyahkuman di
tempat kerja terutamanya permukaan yang sering disentuh seperti meja kerja,
pemegang pintu, tandas, pantri, panel lif dan peralatan yang biasa dikongsi seperti
mesin fotostat perlu dilakukan secara kerap sebagai langkah mengurangi penularan
covid-19. Penambahbaikan lain yang dicadangkan ialah pembaharuan SOP bekerja
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dapat mengurangkan kadar Covid-19
adalah digalakkan. Hal ini dapat meningkatkan kepekaan pekerja apabila memulakan
tugasan dan sekaligus tidak membahayakan pekerja yang lain. Dalam pada itu,
banyak syarikat juga memperkenalkan beberapa langkah bagi memupuk semula
semangat pekerja untuk memulakan semula tugasan pada norma baharu. Seterusnya,
pengurangan pekerja semasa dalam masa yang sama membantu dalam mengurangkan
penyebaran virus ini adalah sangat efektif. Hal ini kerana Covid-19 akan cepat
merebak terutamanya di kawasan tempat tertutup dan kawasan yang dipenuhi dengan
orang. Oleh itu, dengan mengelakkan hal ini pihak pengurusan menganggap dengan
mengurangkan pekerja yang datang bekerja dalam satu masa yang sama adalah salah
satu inisiatif terbaik. Majikan yang telah menyediakan pelbagai kelengkapan dan
persekitaran baharu ini ibarat membuka lembaran baharu bagi para pekerja. Pendek
kata, ianya seperti fresh start-up untuk mereka. Antara transformasi lain yang perlu di
normalisasikan yang boleh dilakukan oleh para pekerja dan majikan adalah sentiasa
menggunakan hand sanitizer sama ada sebelum memulakan pekerjaan atau selepas
tamat waktu kerja.

5
2) Sebagai seorang pengurus di sebuah syarikat, pendekatan yang saya akan lakukan
untuk mewujudkan persekitaran yang positif di tempat kerja adalah dengan
menerapkan Budaya Kerja Kelas Pertama. Ia bukan merupakan satu perkara baru
kerana idea ini telah dikemukakan hampir 20 tahun yang lalu. Ia juga merupakan
rentetan daripada Gerakan Budaya Kerja Cemerlang yang telah dilancarkan oleh
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 27 November 1989. Fokus utamanya
adalah bagi menentukan kejayaan dalam sesebuah organisasi dan merupakan aspek
utama yang menentukan maju atau mundurnya organisasi tersebut. Amalan nilai-nilai
mulia yang berterusan akan mencerminkan seseorang individu itu bersikap positif
disamping kecemerlangan sesebuah organisasi. Minda Kelas Pertama akan
menghasilkan kerja kelas pertama. Ini bermakna kerja kelas pertama bermula dengan
individu yang memiliki pemikiran, emosi, perlakuan, sikap dan spiritual kelas
pertama. Sesebuah organisasi yang mempunyai sistem, peralatan dan teknologi yang
canggih belum tentu menghasilkan kerja kelas pertama kerana faktor individu
memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan sesuatu sistem itu
berfungsi secara optimum. Budaya Kerja Kelas Pertama didefinisikan sebagai
“Amalan terbaik dan terpuji yang melebihi daripada kebiasaan. Ia merangkumi aspek
pemikiran, pengurusan emosi dan dimanifestasikan melalui perlakuan, tindakan dan
cara bekerja yang penuh intergiti serta dapat memuaskan kehendak pelanggan”.
Persekitaran yang positif melaluil Budaya Kerja Kelas Pertama terbentuk dengan
pengamalan elemen dan prinsip yang meliputi aspek pemikiran atau mindanya,
perasaan dan tingkah laku. Elemen dan prinsip berkenaan perlu difahami dan dihayati
untuk melahirkan cara bekerja yang terbaik dan melebihi daripada kebiassan.
Terdapat beberapa elemen penting untuk mewujudkan persekitaran positif dalam
konteks Budaya Kerja Kelas Pertama. Antaranya ialah,

 Cara Berfikir dan Pemikiran


Ia merujuk kepada proses bagaimana seseorang melihat, menilai, menganalisis dan
menjelaskan sesuatu perkara sebelum membuat sesuatu tindakan atau keputusan.
Seseorang itu perlu berfikiran posititf, rasional dan bijaksana supaya dapat
memberikan kebaikan, kemudahan serta kesejahteraan kepada kehidupan orang lain.
Secara tidak langsung pemikiran sedemikian turut memberi kebaikan kepada diri

6
individu tersebut. Sebagai contoh, seseorang itu hendaklah sentiasa mempunyai
minda untuk membantu dengan segera serta mengutamakan orang lain lebih daripada
diri sendiri.

 Cara merasa dan menghayati


Merujuk kepada proses memahami, mengurus dan mengawal perasaan diri sendiri dan
orang lain. Seseorang itu hendaklah mempunyai kebolehan memahami serta
mengurus perasaan atau emosi diri sendiri dan orang lain. Hasil kebolehan tersebut,
seseorang itu berupaya memenuhi kehendak dan perkhidmatan berkualiti yang
diinginkan. Seterusnya ia dapat meningkatkan lagi hubungan peribadi dan
interpersonal ketika menyampaikan perkhidmatan. Sebagai contoh, seseorang yang
berkebolehan memahami perasaan dan kehendak orang lain berupaya melakukan
sesuatu tugas yang sememangnya dikehendaki tanpa perlu disuruh atau diminta oleh
seseorang. Lebih daripada itu, tugas atau perkhidmatan yang diberikan melebihi
daripada apa yang diharapkan.

 Cara bertindak dan perilaku


Ia merujuk kepada hasil gandingan pemikiran dan perassan atau salah satu
daripadanya. Pemikiran dan perasaan yang selari akan mengukuhkan lagi sesuatu
tingkah laku. Oleh yang demikian, pemikiran dan perasaan yang positif akan
menghasilkan tingkah laku yang positif, maka wujudlah persekitaran yang positif.
Seseorang itu hendaklah memperlihatkan amalan baik dan terpuji melebihi daripada
kebiasaan. Sebagai contoh, seseorang itu bertindak dengan pantas, mempamerkan
kemesraan seperti senyum dan memberi salam kepada pelanggan, menagamalkan
nilai-nilai murni seperti melayan pelanggan dengan hormat dan berintergriti ketika
menyampaikan perkhidmatan.

Secara keseluruhannya, seseorang itu mampu menghasilkan pemikiran, perasaan,


dan tingkah laku kelas pertama untuk mewujudkan persekitaran yang positif di
sesebuah institusi. Bagi memantapkan perlakuan tersebut, ia perlu diperkukuhkan
agar dapat dijadikan kebiasaan dan diamalkan sebagai satu budaya. Untuk
memastikan perlakuan dan persekitaran positif terus kekal di dalam diri individu serta
organisasi, perlakuan yang baik perlu dilakukan berulang-ulang pada setiap masa

7
yang perlu. Faktor penggerak dalaman dan luaran (motivasi) akan mengukuhkan lagi
amalan berkenaan. Contohnya apabila perkhidmatan dipuji oleh pelanggan atau
kakitangan organisasi tersebut diberi anugerah oleh ketua jabatan kerana
perkhidmatan yang cemerlang, maka individu itu akan terus kekal dengan perlakuan
yang baik.
3) Sesebuah institusi atau syarikat yang baik adalah yang menjaga kebajikan serta
keselesaan pekerjanya tanpa mengira kaum, agama dan warna kulit. Ketua
pengarah atau majikan perlu mengambil berat dan memelihara kesejahteraan para
pekerjanya kerana institusi tersebut tidak dapat beroperasi dengan baik tanpa
kakitangan-kakitangan yang produktif. Majikan tidak boleh mengaut keuntungan
semata-mata tanpa mengambil kira kepentinganya terhadap individu-individu
yang terlibat sama ada di dalam dan di luar organisasi. Selain dari itu, majikan
juga bebas melakukan usaha untuk mencapai misi dan visi di organisasi mereka
serta mencari keuntungan, tetapi bukan dengan cara dan jalan yang tidak betul
seperti memerah keringat tenaga serta menindas pekerja. Menurut syariat Islam,
hubungan majikan dan pekerja yang wajib dijaga oleh kedua-dua pihak adalah
terikat dalam satu acuan yang disebut sebagai hablu minnas nas (hubungan
sesama manusia). Oleh itu, tugasan ini akan membincangkan tentang kebajikan
pekerja meliputi kebajikan pekerja wanita dan persatuan pekerja seperti
Mua’limin Soleh dan Mua’limah Solehah di institusi yang telah dipilih iaitu
Sekolah Rendah Islam Tahfiz Al-Banna Bandar Pusat Jengka, Pahang. Terdapat
beberapa kemudahan yang telah ditawarkan di institusi ini, salah satunya ialah cuti
mengandung yang diberikan khas kepada kakitangan-kakitangan wanita yang
sedang sarat mengandung. Meskipun ianya diberi nama sebagai “cuti”, tetapi
ianya bukanlah bermaksud mereka boleh cuti selama sembilan bulan sepuluh hari
tetapi mereka diberi kelonggaran dan fleksibliti dalam pekerjaan. Contohnya, jika
mereka mempunyai temujanji dengan doktor untuk melakukan medical check-up
terhadap kandungan bayi mereka bersama suami, mereka dibenarkan untuk
bercuti separuh hari malah diberi waktu yang fleksibel untuk meneruskan tugas di
sekolah tersebut tanpa memotong gaji. Untuk kemudahan bersalin pula, cuti awal
bersalin telah diberikan. Kakitangan wanita di institusi ini akan diberikan cuti
beberapa hari awal dari tarikh yang dijangkakan bersalin malah cuti ini akan
berlanjutan sehingga 60 hari selepas bersalin. Kemudahan ini amat penting untuk
meringankan bebanan mereka supaya tidak berlakunnya tekanan yang mampu

8
memberi kesan negatif kepada kesihatan terutamanya kesihatan mental dan fizikal
(kandungan).

Kemudahan untuk para mua’limin soleh pula, mereka juga mendapat manfaat cuti
ketika isteri bersalin. Tetapi ia tidak bermakna para suami ini juga turut mendapat cuti
60 hari. Mereka diberi kelonggaran untuk bercuti selama 3 hari untuk menemani isteri
bersalin di hospital dan dilanjutkan selama 7 hari selepas isteri bersalin. Hal ini
supaya isteri mereka tidak berasa keseorangan ketika melahirkan zuriat di hospital
serta dapat memberikan sokongan dari segi emosi kepada isteri. Seterusnya, pada
awal tahun setiap tahun, Institusi ini akan memberi bonus awal tahun sebagai satu
usaha untuk meringankan beban para pekerjanya untuk berbelanja barangan keperluan
persekolahan anak-anak mereka seperti beg sekolah, baju uniform, kasut sekolah,
peralatan menulis, buku-buku nota dan buku rujukan. Hal ini dapat mengeratkan lagi
hubungan sillaturahim antara majikan dan para kakitangan serta memberi peluang
kepada majikan untuk mengenali ahli keluarga pekerja dengan lebih dekat.
Seterusnya, kesihatan yang baik bagi setiap kakitangan di mana-mana insititusi itu
sangat penting supaya kerja-kerja mereka tidak tertangguh begitu lama. Di Sekolah
Rendah Islam Tahfiz Al-Banna ini, kemudahan bantuan bencana dan kesihatan turut
diketengahkan dalam kalangan kakitangannya. Ianya sebagai satu usaha untuk
melindungi dan menjaga kebajikan pekerja jika ditimpa sebarang kejadian yang tidak
diingini ketika sedang bertugas di sekolah. Contohnya, seorang mua’limah (guru
perempuan) telah mengalami kecederaan ketika menuruni tangga sekolah ketika
hendak memasuki kelas untuk meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran. Justeru,
pihak institusi ini akan membayar semula ganti rugi kos rawatan yang telah
dikeluarkan oleh mua’limah tersebut dan memastikan kakitangan tersebut pulih
sepenuhnya untuk membenarkan beliau bertugas semula.

Bagi persatuan mua’lim dan mua’limah pula, jika terdapat sebarang bentuk
bencana alam yang telah menimpa di mana-mana rumah kakitangan seperti bencana
banjir, kebakaran atau jika seseorang kakitangan hendak memindah rumah, persatuan
ini akan memainkan peranana yang sangat penting dimana mereka akan bersama-
sama dengan majikan untuk turun padang ke lokasi yang terlibat untuk memberi

9
bantuan yang sewajarnya. Hal demikian dapat mengeratkan lagi hubungan
sillaturahim dan bertambahnya ukhuwah sesama kakitangan dan majikan malah tidak
akan timbul sebarang perasaan yang negatif antara satu sama lain. Oleh yang
demikian, para kakitangan akan berasa dihargai ketika bekerja di bawah institusi ini
kerana majikan sentiasa menjaga kebajikan dan kesejahteraan mereka dengan baik.
Majikan yang bertangunggjawab dan memahami tidak sesekali akan menindas atau
menzalimi para kakitangannya malah akan memastikan bahawa kebajikan dan
kesejahteraan mereka terjaga dengan baik seperti yang dianjurkan dalam syariat
Islam. Kemudahan-kemudahan yang telah disediakan ini adalah antara contoh bentuk
usaha kebajikan untuk memastikan bebanan dan masalah yang ditanggung oleh
mua’lim dan mua’limah dapat serba sedikit diringankan, malah dapat juga
mengurangkan tekanan psikologi, emosi dan mental mereka.

10
Penutup
Sesebuah institusi yang berkualiti adalah penting untuk pembangunan negara.
Penyampaian perkhidmatan yang cemerlang adalah hasil daripada Budaya Kerja
Kelas Pertama yang perlu diterapkan oleh setiap individu. Setiap kakitangan perlu
menjadikan Budaya Kerja Kelas Pertama ini sebagai amalan harian agar
perkhidmatan yang diberikan adalah cemerlang dan berkualiti kerana ianya bukanlah
sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan tetapi ia memerlukan komitmen yang jitu
dan berterusan daripada semua pihak tanpa ada pengecualian kepada mana-mana
individu. Agama Islam juga sangat mementingkan kesejahteraan, keselamatan dan
kebajikan bagi setiap individu tanpa mengira status, agama serta warna kulit individu
tersebut. Seseorang majikan di mana-mana institusi yang terdapat di negara ini perlu
mempunyai perancangan yang baik untuk menyediakan kemudahan-kemudahan
kepada para pekerja mereka demi menjaga kemaslahatan dan kepentingan pekerja.
Tanpa sokongan yang padu oleh kakitangan serta perkhidmatan yang berkualiti ini,
sesebuah institusi atau syarikat tidak dapat bertahan dengan lebih lama malah tidak
mampu untuk menjalankan urusan dengan lancar, baik dan sempurna. Budaya negatif
seperti menindas, memerah keringat, membuli, dan menzalimi pekerja perlu dihakis
dan dihapuskan dengan segara. Untuk mendapatkan suasana yang positif dan harmoni
di tempat kerja, budaya hormat-menghormati, toleransi, berbudi bahasa dan
bekerjasama antara satu sama lain di dalam kalangan kakitangan dan majikan perlulah
diterapkan. Dengan adanya nilai-nilai murni ini, sesebuah institusi itu mampu
menjalankan urusan dengan baik dan sentiasa diperluaskana rezeki serta sentiasa
berada dibawah RahmatNya.

(2580 patah perkataan)

11
Bibliografi

- Buku rujukan Budaya Kerja Kelas Pertama, Bahagian Perkhidmatan Psikologi


2007
- Bernama. COVID:19 Malaysia Dilanda Kluster Tempat Kerja. Diperolehi
pada 13 Dis 2020 pada https://www.bernama.com/bm/rencana/news.php?
id=1913783COVID-19 Malaysia Updates. (2021). COVID-19 Malaysia.
http://covid-19.moh.gov.my/faqsop/faq-covid-19-kkm
- Ii, B., Pustaka, T., Terhadap, A., Sosial, N., & Kepatuhan, P.
(n.d.). http://repository.uin-suska.ac.id/6204/3/BAB%20%20II.pdf
- Kean Hua, A. (n.d.) Nota Revisi Mengenai penyelidikan dan kajian kes: satu
tinjauan literatur. http://journalarticle.ukm.my/10626/1/6.geografia-ogos16-
angkeanhua-edam.pdf
- pdfKeselamatan, J., Kesihatan, D., Kementerian, P., & Manusia, S. (n.d.).
Prosedur Kerja Selamat Pencegahan Covid-19 Di Tempat Kerja.
https://www.dosh.gov.my/index.php/prosedur-kerja-selamat-pencegahan-covid-
19-di-tempat-kerja/file
- Senator Dato‟ Maznah Mazlan, Timbalan Menteri Sumber Manusia, 2009.
Seminar Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan, “Towards Safe
And HealthyWorkingCulture”[online].Diperolehi
daripada:http://www.mohr.gov.my/index.php?
option=com_content&task=view&id=272&Itemid=161. [Dicapai 12
September 2009]Undang-Undang Malaysia, 2006. Akta Keselamatan
dan KesihatanPekerjaan, MDC Publishers Sdn Bhd, 103-104
- Dr Joel Augustus-Daddie, Nwiko, Lekia Andrews, Florence Onyinyenchi (2018),
Employee Welfare Schemes and Worker Performance. International Journal
Foundation
- Nurul Atiqah Hamdan (2017), Kepentingan Kesihatan dan Keselamatan Pekerja.
Universiti Malaysia Sabah (UMS).
- Kebajikan Pekerja (2019, Mei 12), diambil dari https://www.youtube.com/watch?
v=dGp3sVEJ3s4&t=8s.
- Elaun Pekerja Cacat (2019, Mei 13), diambil dari
http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=WDRLaWYwUnhsbV
FYbXBoK2xXYTFVZz09.

12
BAHAGIAN 2

ONLINE CLASS PARTICIPATION

13
14

You might also like