Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

pencemaran plastik merupakan isu global yang tidak dapat dielakkan.

Hal ini
memandangkan plastik digunakan secara meluas dalam pelbagai aktiviti seharian di
seluruh dunia. Lantaran penggunaannya yang berleluasa telah menyebabkan plastik
menjadi penyumbang utama pencemaran di lautan.

Hasil perangkaan global mendapati bahawa lima trilion beg plastik digunakan setiap
tahun dan 13 juta tan daripadanya dibuang ke laut. Manakala, dianggarkan sejuta botol
plastik dibeli setiap minit dan 100,000 hidupan laut terbunuh disebabkan plastik pada
setiap tahun. Di Malaysia sendiri, dianggarkan secara purata sebanyak sembilan bilion
plastik digunakan oleh rakyat Malaysia pada setiap tahun, dan sebahagian besarnya juga
berakhir di lautan.

Situasi ini begitu membimbangkan kerana plastik merupakan komponen yang tidak
mudah mereput. Plastik hanya akan pecah menjadi partikel kecil dan terurai apabila
terdedah kepada sinaran ultraungu, oksigen, suhu yang tinggi dan aktiviti
mikroorganisma dalam tempoh masa tertentu. Plastik yang pecah dan terurai dalam laut
akan menjadi mikroplastik (zarah plastik berukuran antara lima millimeter dan 0.1
mikrometer) dan nanoplastik (saiznya lebih kecil daripada mikroplastik iaitu
0.0000000009) yang akan mengundang bahaya kepada kepelbagaian hidupan laut
(daripada plankton sehinggalah haiwan yang besar seperti burung laut, penyu, ikan
lumba-lumba dan ikan paus).

Partikel plastik ini bukan sahaja bahaya secara langsung apabila dimakan oleh haiwan di
lautan, sebaliknya bahan kimia yang terdapat dalam plastik juga akan menyerap ke
dalam tisu haiwan berkenaan. Keadaan ini pastinya akan memberi ancaman yang besar
kepada kelangsungan hidupan marin dan kesihatan manusia apabila memakan sumber
makanan laut yang dicemari oleh mikroplastik dan nanoplastik. Partikel kecil plastik yang
kekal dalam lautan selama berabad ini bukan sahaja mengancam hidupan marin,
sebaliknya turut mencemarkan keseluruhan ekosistem marin sekali gus menganggu
gugat serta merencatkan sistem rantaian makanan di lautan.

Peningkatan kadar pencemaran plastik di lautan yang serius telah mengundang para
penyelidik menjalankan kajian terperinci ke atas hidupan dan sumber laut. Antaranya,
kajian yang diketuai oleh Universiti California Davis ke atas ikan di pasar Indonesia dan
California, Amerika Syarikat telah mendapati bahawa sebanyak 25 peratus sampel ikan
yang dikaji mengandungi plastik dan fiber tekstil di dalam perut haiwan berkenaan.

Manakala, dalam satu kajian terbaharu oleh Greenpeace pula mendapati bahawa lebih
daripada 90 peratus garam yang digunakan di dapur seluruh dunia mengandungi
mikroplastik. Kajian berkenaan yang menganalisis 39 jenama garam dari 21 negara di
seluruh dunia (termasuk negara-negara jiran Malaysia seperti Indonesia, Filifina, Thailand
dan Vietnam) juga mendapati bahawa garam yang di jual di Asia mengandungi kadar
pencemaran plastik tertinggi.

Penemuan daripada kajian-kajian ini pastinya menggusarkan ramai pihak. Lebih-lebih


lagi apabila mikroplastik juga dikaitkan dengan logam berat seperti kadmium, plumbum
dan kromium yang berbahaya kepada kesihatan manusia. Bahan-bahan kimia seperti
logam berat berkenaan boleh menyebabkan kanser, endometriosis, kerosakan sistem
saraf, gangguan sistem endokrin, kesan kepada pertumbuhan bayi, kerosakan sistem
pembiakan dan gangguan sistem keimunan.

Maklumat daripada hasil kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa pencemaran
plastik begitu meluas di seluruh dunia dan agak sukar untuk ditangani. Malah, Setiausaha
Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres pernah memberi
amaran bahawa lautan dijangka akan mengandungi lebih banyak plastik daripada ikan
menjelang 2050. Jangkaan ini pastinya akan memberi cabaran yang lebih besar kepada
masyarakat di seluruh dunia dan Malaysia khususnya, terutamanya dalam mendepani
dan menangani isu pengurusan sisa plastik dan pencemaran plastik yang menjadi beban
kepada ekosistem pada saat ini dan juga pada masa hadapan.

Dalam konteks ini, kerjasama semua pihak perlu dalam menggembeleng usaha yang
proaktif ke arah mengurangkan penggunaan plastik dalam kehidupan seharian dan
bebanan plastik kepada ekosistem dan alam sekitar. Penggunaan plastik perlu diperangi
habis-habisan dan fikir semasak-masaknya sebelum memilih untuk menggunakan bahan
ini sama ada keperluan atau sebaliknya.

Sekiranya ada alternatif lain bagi mengelakkan penggunaan plastik (seperti penggunaan
bekas daripada kaca dan keluli tahan karat yang boleh digunakan semula atau bekas yang
lebih mesra alam), maka itu merupakan pilihan yang tepat. Setidak-tidaknya, dengan
pilihan bijak yang dilakukan dapat meminimumkan sebahagian daripada punca
pencemaran dan penggunaan bahan-bahan plastik yang mengundang mudarat kepada
kesihatan kehidupan sejagat dan ekosistem secara keseluruhannya.

Pengurusan sisa plastik yang baik juga perlu dilakukan secara lebih menyeluruh
mencakupi setiap peringkat industri, sama ada industri kecil, sederhana dan besar. Selain
itu, aktiviti penyelidikan tentang pencemaran plastik perlu digerakkan dengan lebih aktif
bagi mengenal pasti usaha-usaha yang lebih berkesan dalam mengurangkan penggunaan
plastik dan meneroka alternatif yang lebih mesra alam bagi menggantikan plastik agar
beban pencemaran ke atas alam sekitar dapat dikurangkan ke tahap yang paling
minimum.

Usaha ini perlu digalas oleh semua pihak selaku khalifah di atas muka bumi yang
ditugaskan untuk memakmurkan bumi selari dengan firman-Nya yang
bermaksud: “Dialah yang menjadikan kamu daripada bahan-bahan bumi dan
menghendaki kamu memakmurkannya” (Surah Hud, Ayat 61).
PADA 5 Jun setiap tahun seluruh dunia menyambut Hari Alam Sekitar Sedunia
(WED). Matlamat umum WED adalah memberikan kesedaran dan tindakan dalam
kalangan masyarakat tentang isu alam sekitar.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui Program Alam Sekitar PBB


(UNEP) menyelaras WED di seluruh dunia, termasuk Malaysia. UNEP berperanan
menyelaras aktiviti alam sekitar PBB dengan membantu negara sedang membangun
melaksanakan dasar kemapanan alam sekitar dan menggalakkan pembangunan
mantap dunia.

Isu berkaitan alam sekitar yang selalu dibangkitkan ialah pemanasan global,
perubahan cuaca, penebangan hutan, kehilangan kepelbagaian biologi dan
pengurusan sisa pepejal.

Tahun ini, dunia melihat pencemaran plastik di lautan sebagai suatu isu besar yang
membahayakan hidupan laut serta kesannya kepada kesihatan manusia.

Pencemaran plastik memang sudah menjadi seperti wabak yang berbahaya kepada
hidupan laut dan manusia. Amat sukar untuk melawan pencemaran plastik kerana ia
digunakan dalam semua kegunaan harian sebagai perabot, kenderaan dan yang
paling aktif penggunaannya berkaitan pembungkusan makanan.

Setiap hari, berjuta-juta plastik digunakan manusia dan akhirnya akan dibuang ke
tapak pelupusan sampah atau hanyut ke laut.

Mengikut UNEP, 50 peratus plastik digunakan hanya sekali sahaja dan plastik ialah
10 peratus daripada sisa yang dihasilkan. Pada 2016, 480 bilion botol minuman
dijual seluruh dunia dan 17 juta tong minyak digunakan untuk menghasilkan botol
plastik setahun.

13 juta tan plastik dibuang ke laut

Setiap tahun, 13 juta tan plastik masuk ke laut. Kanada, Mexico, Amerika Syarikat
dan Eropah ialah pengeluar plastik dunia dan 39.9 peratus plastik digunakan dalam
pembungkusan. UNEP menyeru semua pihak menolak barang plastik pakai buang
dan memilih plastik yang boleh diguna semula.

Di Malaysia, kira-kira 10 tahun dulu Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan


dan Kerajaan Tempatan menganggar jumlah sisa pepejal meningkat kepada 30,000
tan sehari menjelang 2020. Sekarang sudah pun melebihi jangkaan 2020.

Dengan kos pengurusan bagi 11 juta tan sisa pepejal melebihi RM2 bilion setahun,
amatlah merugikan rakyat kerana peruntukan itu dapat digunakan untuk faedah lain
sekiranya pengurusan sisa pepejal dapat diuruskan dengan baik.
Bagi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kos mengurus saja membabitkan
RM40 juta setahun untuk pembuangan sisa pepejal. Kebanyakan sisa ini pula terdiri
daripada plastik yang tidak mudah diurai.

Plastik pertama kali diperkenalkan dalam 1950-an sebagai polistirena yang


digunakan sebagai bekas berspan dan 'polypropylene' untuk penutup botol, antara
jenis plastik digunakan seluruh dunia sekarang dan lazimnya dijumpai di lautan.

Berdasarkan kepada perbincangan di atas, seluruh dunia menyumbang kepada


pencemaran plastik yang akhirnya mencemar laut dan memberikan masalah kepada
hidupan marin serta mengancam kesihatan manusia.

Malaysia yang berada di tempat kelapan pencemaran plastik di lautan, mestilah


bersungguh-sungguh mendidik masyarakat tentang pencemaran plastik, termasuk
isu berkaitan alam sekitar lain seperti perubahan cuaca, ancaman kepelbagaian
biologi dan pencemaran bahan kimia.

Antara program yang boleh dilaksanakan di sekolah ialah melalui aktiviti kurikulum
dan kokurikulum. Guru bolehlah memperkenalkan WED dan isu alam sekitar
termasuk pencemaran plastik kepada murid selama 10 minit sebelum kelas bermula.

Pihak swasta juga boleh membantu sekolah dalam mempromosikan isu pencemaran
plastik. Semua pihak di seluruh negara mesti prihatin kepada isu alam sekitar dan
mengamalkannya sebaik mungkin seperti masyarakat di negara maju.

MASALAH persekitaran berkaitan sampah plastik menjadi isu besar di Malaysia


apabila ia berada di kedudukan kelapan antara 10 negara teratas di dunia yang
menghadapi isu sampah tidak terurus.
Kesan penggunaan plastik akan dirasai apabila orang ramai dan penyedia
perkhidmatan tidak bertanggungjawab berterusan membuang plastik secara tidak
terurus.
Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna-pengguna Malaysia
(FOMCA), Dr Saravanan Thambirajah berkata pelbagai kaedah perlu digunakan
untuk mendidik masyarakat agar mengurangkan penggunaan plastik.
“Sekolah adalah tempat terbaik untuk mendidik anak-anak. Anak-anak generasi
masa kini berani menegur ibu bapa mereka yang membuang sampah di khalayak
ramai.

STANDARD PEMBELAJARAN

2.3 MEMBACA UNTUK MEMPROSES MAKLUMAT DARI PELBAGAI BAHAN

KANDUNGAN ASAS
2.3.1 MEMBACA DAN MENILAI BENTUK SERTA KANDUNGAN TEKS DARIPADA PELBAGAI BAHAN
DENGAN BETUL DAN TEPAT.

2.3.2 MEMBACA DAN MEMBANDING BEZA MAKLUMAT DARIPADA PELBAGAI BAHAN TEKS DENGAN
BETUL.

2.3.3 MEMBACA DAN MEMBUAT KESIMPULAN DARIPADA BAHAN DENGAN BETUL.

2.3.4 MEMBACA DAN MENDAPATKAN PENYELESAIAN MASALAH SECARA RASIONAL.

KANDUNGAN TAMBAHAN

2.4.1 MEMBACA DAN MENGHAYATI PELBAGAI BAHAN FIKSYEN DAN BUKAN FIKSYEN UNTUK
MENINGKATKAN PENGUASAAN KOSA KATA DALAM PELBAGAI BIDANG.

(DIPETIK DAN DIUBAHSUAI DARIPADA RENCANA TAJUK RENCANA ,OLEH PENULIS ,NAMA
MAJALAH,BULAN, TAHUN)

You might also like