1b.1 Bil. 28 - Tatacara Penilaian Kastam Barangan Import

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 33

PERINTAH TETAP KASTAM RUJUKAN :

BILANGAN 28 KE.HT(94)669/32/KLT.4/(1)

TATACARA
PENILAIAN KASTAM TARIKH : 04 JANUARI 2010
BARANGAN IMPORT

JABATAN KASTAM DIRAJA


MALAYSIA
PERINTAH TETAP KASTAM MUKA SURAT : 1/32
BILANGAN 28

RUJUKAN : KE.HT(94)669/32/KLT.4/(1)
TATACARA PENILAIAN KASTAM
BARANGAN IMPORT TARIKH : 04 JANUARI 2010

1. PENDAHULUAN

1.1. Penilaian Kastam di bawah perjanjian untuk melaksanakan Artikel VII kepada
General Agreement On Tariffs And Trade (GATT) adalah berasaskan konsep
positif iaitu harga sebenarnya dibayar atau kena dibayar (price actually paid
or payable). Perjanjian GATT telah ditukar nama kepada World Trade
Organization (WTO) Valuation Agreement pada 1.1.1995 dan Sistem
Penilaian WTO ini adalah lebih adil, seragam, neutral dan selaras dengan
realiti perdagangan dunia.

1.2. Penilaian Kastam perlu berasaskan kepada harga sebenar barangan diimport
serta tidak boleh berasaskan kepada barangan buatan dalam negara
pengimport dan tidak boleh dibuat secara arbitrary. Ianya juga hendaklah
mengikut harga yang dijual dalam urus niaga biasa dan di dalam suasana
pasaran yang bersaing.

2. TUJUAN

2.1. Perintah Tetap ini dikeluarkan untuk tujuan-tujuan berikut:

2.1.1. Untuk menetapkan garis panduan dalam melaksanakan tugas penilaian


kastam bagi barangan import berasaskan sistem penilaian mengikut
perjanjian WTO.

2.1.2. Untuk menyeragamkan pemakaian konsep-konsep dan prinsip-prinsip


di bawah peruntukan-peruntukan yang telah ditetapkan di dalam Akta
Kastam 1967 dan Peraturan-Peraturan Kastam (Kaedah Penilaian)
1999.
3. SKOP

3.1. Perintah ini meliputi:

3.1.1. Penilaian kastam ke atas barangan perdagangan yang diimport melalui


mod darat, laut, udara, keretapi, pos, pipeline dan express.

3.1.2. Penilaian kastam ke atas barangan dari Langkawi dan Labuan ke


Kawasan Utama Kastam (Principal Custom Area) serta pengimportan
barang-barang dari Kawasan Zon Bebas, Gudang Berlesen dan Gudang
Pengilangan Berlesen.
PERINTAH TETAP KASTAM MUKA SURAT : 2/32
BILANGAN 28

RUJUKAN : KE.HT(94)669/32/KLT.4/(1)
TATACARA PENILAIAN KASTAM
BARANGAN IMPORT TARIKH : 04 JANUARI 2010

4. TERMINOLOGI

4.1. Akta - Akta Kastam 1967

4.2 Peraturan - Peraturan-Peraturan Kastam (Kaedah Penilaian)1999

4.3. GATT - General Agreement on Tariffs and Trade.

4.4 WTO - World Trade Organization

4.5. WCO - World Customs Organization.

4.6. Perjanjian - Sistem penilaian mengikut perjanjian WTO.

4.7. Article - Article VII of the General Agreement on Tariffs and


Trade.

4.8. GAAP - Generally Accepted Accounting Principles.

4.9. Unit Tindakan


Sivil - Unit di bawah Bahagian Penguatkuasaan.

4.10. Jualan - Pertukaran hak milik dan risiko dari penjual kepada
pembeli.

4.11. Komisen dan - Elemen-elemen yang ditangung oleh pembeli, selain


Brokeraj dari fi yang dibayar atau kena dibayar oleh pembeli
(brokerage) kepada ejen pembeli bagi perkhidmatan mewakili
pembeli itu di luar negara.

4.12. Kos dan Caj - Kos dan caj pembungkusan yang ditanggung oleh
Pembungkusan pembeli termasuk upah buruh, dan bahan-bahan yang
digunakan bagi pembungkusan barangan (seperti
karton, pellet dan crates) untuk dieksport ke Malaysia
dari negara pembekal.

4.13. Assists - Barangan dan perkhidmatan yang dibekalkan oleh


pembeli secara percuma atau pada kadar harga yang
dikurangkan kepada penjual bagi pengeluaran barangan
untuk dieksport ke Malaysia.
PERINTAH TETAP KASTAM MUKA SURAT : 3/32
BILANGAN 28

RUJUKAN : KE.HT(94)669/32/KLT.4/(1)
TATACARA PENILAIAN KASTAM
BARANGAN IMPORT TARIKH : 04 JANUARI 2010

4.14. Royalti dan - Bayaran bagi paten, cap dagangan dan hakcipta
Fi Lesen berkenaan dengan barang-barang, yang mesti dibayar
oleh pembeli, secara langsung atau tidak langsung,
sebagai suatu syarat penjualan barang-barang untuk
dieksport ke Malaysia. (Tidak termasuk caj bagi
mendapat hak untuk mengeluarkan semula barang-
barang di Malaysia).

4.15. Proceeds - Nilai jualan semula barang-barang yang diimport


yang diakru secara langsung atau tidak langsung
kepada penjual.

4.16. Kos - Caj pemuatan, pemunggahan, pengendalian dan


Pengangkutan perbelanjaan lain yang dikaitkan dengan
dan Insuran pengangkutan barang-barang sehingga tiba di negara
pembeli.

5. PELAKSANAAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

5.1. Tanggungjawab membuat penentuan nilai kastam barangan import ditetapkan


seperti berikut:

5.1.1. Penentuan nilai kastam barangan import adalah di bawah bidang kuasa
Pengarah Kastam Negeri (PKN).

5.1.2. Sebarang rayuan atau keputusan seperti di para 5.1.1 hendaklah


dikemukakan dalam tempoh 30 hari oleh PKN, daripada tarikh rayuan
diterima kepada Pengarah Kastam, Bahagian Perkhidmatan Teknik,
Ibu Pejabat berserta dengan laporan, perakuan dan dokumen-dokumen
sokongan yang lengkap.
PERINTAH TETAP KASTAM MUKA SURAT : 4/32
BILANGAN 28

RUJUKAN : KE.HT(94)669/32/KLT.4/(1)
TATACARA PENILAIAN KASTAM
BARANGAN IMPORT TARIKH : 04 JANUARI 2010

5.2. Bidang tugas pihak-pihak yang bertanggungjawab adalah seperti berikut:

5.2.1. Di Peringkat Ibu Pejabat:

5.2.1.1. Pengarah Kastam,


Bahagian Perkhidmatan Teknik (PERTEK), Ibu Pejabat:

5.2.1.1.1. Bertanggungjawab menentukan polisi, peraturan


dan tatacara penilaian berkaitan dengan barangan
import.

5.2.1.1.2. Membuat keputusan Ketetapan Kastam ke atas


permohonan penilaian barangan import.

5.2.1.1.3. Mempertimbangkan rayuan atau bantahan


pengimport mengenai penilaian kastam dan
membuat syor kepada Ketua Pengarah Kastam
untuk keputusan muktamad.

5.2.1.1.4. Merancang dan mengurus pentadbiran serta strategi


pelaksanaan penilaian kastam selaras dengan
matlamat Jabatan.

5.2.1.1.5. Menggubal dan merancang modul latihan berkaitan


penilaian kastam.

5.2.1.1.6. Memantau dan mencadangkan pegawai-pegawai


untuk menghadiri mesyuarat-mesyuarat/seminar/
bengkel penilaian di peringkat antarabangsa.

5.2.1.1.7. Menyediakan afidavit jawapan untuk tindakan


mahkamah.

5.2.1.2. Timbalan Pengarah Kastam,


Cawangan Pengurusan Penilaian, Ibu Pejabat:

5.2.1.2.1. Bertanggungjawab sebagai ketua pelaksanaan dan


pengawasan ke atas pengurusan serta operasi yang
berkaitan dengan hal ehwal penilaian kastam.
PERINTAH TETAP KASTAM MUKA SURAT : 5/32
BILANGAN 28

RUJUKAN : KE.HT(94)669/32/KLT.4/(1)
TATACARA PENILAIAN KASTAM
BARANGAN IMPORT TARIKH : 04 JANUARI 2010

5.2.1.2.2. Mengkaji kes-kes rayuan dan bantahan dari negeri


untuk dipertimbangkan oleh pihak pengurusan
atasan Jabatan.

5.2.1.2.3. Mengesyorkan Ketetapan Kastam ke atas


permohonan penilaian barangan import kepada
Pengarah PERTEK.

5.2.1.2.4. Membuat keputusan ke atas isu-isu penilaian yang


dirujuk oleh negeri-negeri dan orang awam serta
mengambil tindakan ke atas cadangan-cadangan
yang dikemukakan.

5.2.1.2.5. Menyediakan surat pekeliling dan surat panduan


penilaian untuk kelulusan Pengarah PERTEK
sebelum diedarkan kepada negeri-negeri.

5.2.1.2.6. Menerima data-data harga panduan dari negeri


untuk dimasukkan dalam pengkalan data Sistem
Maklumat Kastam (SMK).

5.2.2. Di Peringkat Negeri:

5.2.2.1. Pengarah Kastam Negeri:

5.2.2.1.1. Bertanggungjawab melaksanakan dasar di peringkat


operasi dan menentukan pematuhan kepada dasar-
dasar yang diputuskan di peringkat Ibu Pejabat
mengikut kehendak akta dan peraturan.

5.2.2.1.2. Membuat keputusan ke atas kajian penilaian


barangan import, pembangunan profiling syarikat
dan data harga panduan di peringkat negeri.

5.2.2.1.3. Membuat keputusan ke atas kes-kes rayuan dan


pertikaian berkaitan dengan penilaian.
PERINTAH TETAP KASTAM MUKA SURAT : 6/32
BILANGAN 28

RUJUKAN : KE.HT(94)669/32/KLT.4/(1)
TATACARA PENILAIAN KASTAM
BARANGAN IMPORT TARIKH : 04 JANUARI 2010

5.2.2.1.4. Mengkaji laporan-laporan dan kes-kes


penyelewengan penilaian yang dikemukakan oleh
Bahagian/Cawangan Perkhidmatan Teknik Negeri
untuk tindakan mahkamah.

5.2.2.2. Ketua Bahagian/Cawangan Perkhidmatan Teknik Negeri:

5.2.2.2.1. Memantau dan memastikan profil syarikat


dibangunkan bagi tujuan penarafan risiko.

5.2.2.2.2. Menyediakan data harga panduan untuk


dikemukakan ke Ibu Pejabat bagi tujuan dimasukkan
ke pengkalan data.

5.2.2.2.3. Memastikan surat pekeliling, surat panduan


penilaian dan data harga panduan yang diterima
dari Ibu Pejabat diedarkan kepada semua
bahagian/stesen di negeri.

5.2.2.2.4. Memperakukan kes-kes rayuan dan pertikaian


mengenai penilaian untuk keputusan PKN.

5.2.2.3. Pegawai Penilaian Negeri:

5.2.2.3.1. Mengkaji dan menentukan nilai kastam bagi kes-kes


berikut:

5.2.2.3.1.1. Isu-isu penilaian yang dirujuk oleh


bahagian/stesen di negeri.

5.2.2.3.1.2. Pertanyaan pengimport/pelanggan


Jabatan berkaitan dengan penilaian.

5.2.2.3.1.3. Membuat kajian harga barangan import


bagi tujuan menyediakan data harga
panduan. Checklist penyediaan kajian
harga adalah seperti di Lampiran A
berkembar.
PERINTAH TETAP KASTAM MUKA SURAT : 7/32
BILANGAN 28

RUJUKAN : KE.HT(94)669/32/KLT.4/(1)
TATACARA PENILAIAN KASTAM
BARANGAN IMPORT TARIKH : 04 JANUARI 2010

5.2.2.3.2. Semua maklumat harga di para 5.2.2.3.1.1,


5.2.2.3.1.2 dan 5.2.2.3.1.3. di atas hendaklah
dilaporkan ke Cawangan Pengurusan Penilaian, Ibu
Pejabat dengan menggunakan format yang
terkandung di Lampiran B.

5.2.2.3.3. Menganalisis maklumat yang diperolehi daripada


data-data pengimportan harian, kajian profiling dan
keputusan auditan pasca import.

5.2.2.3.4. Mengkaji dan menentukan nilai kastam berasaskan


kaedah Nilai Tolakan, Nilai Campuran dan Penilaian
Anjal jika sekiranya kaedah Nilai Urusniaga tidak
dapat diterima.

5.2.2.3.5. Memproses dan membuat keputusan ke atas


sebarang kes-kes rayuan penilaian yang
melibatkan nilai-nilai ikrar yang dipertikaikan oleh
pegawai penaksir.

5.2.2.3.6. Mengkaji pertalian di antara pengimport dan


pengeksport serta elemen-elemen pelarasan seperti
yang telah ditetapkan didalam Surat Pekeliling
Pentadbiran Penilaian Bil. 9 bertarikh 30 Disember,
2004.

5.2.2.3.7. Memaklumkan keputusan Cawangan Auditan Pasca


Import kepada pegawai penaksir bagi kes-kes yang
melibatkan elemen pelarasan ke atas harga yang
dibayar atau kena dibayar.

5.2.2.4. Pegawai Penaksir Negeri:

5.2.2.4.1. Membuat penilaian dan penjenisan barangan yang


diimport.

5.2.2.4.2. Memastikan borang ikrar nilai K1 A dikemukakan


oleh pengimport dengan lengkap dan teratur.
PERINTAH TETAP KASTAM MUKA SURAT : 8/32
BILANGAN 28

RUJUKAN : KE.HT(94)669/32/KLT.4/(1)
TATACARA PENILAIAN KASTAM
BARANGAN IMPORT TARIKH : 04 JANUARI 2010

5.2.2.4.3. Mengemukakan maklumat, sekiranya ada, kes-kes


yang melibatkan pelarasan ke atas harga yang dibayar
atau kena dibayar oleh pengimport ke Cawangan
Penilaian Negeri untuk melengkapkan profiling
syarikat pengimport/pembeli.

5.2.2.4.4. Meminta apa-apa maklumat tambahan dari


pengimport/pembeli bagi tujuan penilaian dan
penaksiran cukai/duti.

6. KANDUNGAN

6.1. Perintah Tetap ini mengandungi panduan untuk tindakan-tindakan seperti


berikut:

6.1.1. Pemerosesan borang-borang ikrar import K1 dan K1 A.

6.1.2. Menentukan nilai diikrar menepati syarat-syarat Nilai Urusniaga.

6.1.3. Membuat penyelarasan dalam Nilai Urusniaga (Transaction Value).

6.1.4. Menentukan nilai mengikut kaedah Barangan Sama (Identical).

6.1.5. Menentukan nilai mengikut kaedah Barangan Serupa (Similar).

6.1.6. Menentukan nilai mengikut kaedah Tolakan (Deductive).

6.1.7. Menentukan nilai mengikut kaedah Campuran (Computed).

6.1.8. Menentukan nilai mengikut kaedah Anjal (Fallback).

6.1.9. Bayaran duti secara bantahan (duty paid under protest).

6.1.10. Penilaian barangan rampasan dari Bahagian Penguatkuasaan.


PERINTAH TETAP KASTAM MUKA SURAT : 9/32
BILANGAN 28

RUJUKAN : KE.HT(94)669/32/KLT.4/(1)
TATACARA PENILAIAN KASTAM
BARANGAN IMPORT TARIKH : 04 JANUARI 2010

7. PELAKSANAAN

7.1. PEMEROSESAN BORANG K1 DAN K1 A

7.1.1. Pegawai penaksir hendaklah memastikan borang-borang Kastam No. 1


diikrar oleh pengimport atau wakilnya manakala Borang Ikrar Nilai
No.1 A hendaklah diikrar oleh pengimport sahaja.

7.1.2. Pegawai penaksir hendaklah memastikan semua pengikraran didalam


Borang Kastam No.1 dan No.1 A adalah berkualiti mengikut kehendak
Perintah Am Jabatan Bil. 103.

7.1.3. Pegawai penaksir hendaklah juga merujuk rekod keputusan penilaian


dari sumber-sumber berikut:

7.1.3.1. Keputusan Kajian Penilaian dari Cawangan Penilaian Ibu


Pejabat dan Negeri.

7.1.3.2. Keputusan auditan yang dikeluarkan oleh Cawangan Auditan


Pasca Import.

7.1.3.3. Data harga dan pekeliling harga yang dikeluarkan oleh Ibu
Pejabat dan Negeri.

7.1.4. Mempastikan pertukaran matawang asing mengikut kadar pertukaran


yang ditetapkan oleh Ibu Pejabat pada masa duti/cukai dibayar.

7.1.5. Bagi konsaimen yang diragui harga ikrarnya, pegawai penaksir


hendaklah merujuk kepada pegawai penyelia/pegawai penilaian negeri.

7.2. PENGGUNAAN KAEDAH-KAEDAH PENILAIAN

7.2.1. Kaedah penilaian hendaklah mengikut susunan hairaki sepertimana


yang terkandung di dalam Peraturan-Peraturan Kastam (Kaedah
Penilaian) 1999.
PERINTAH TETAP KASTAM MUKA SURAT : 10/32
BILANGAN 28

RUJUKAN : KE.HT(94)669/32/KLT.4/(1)
TATACARA PENILAIAN KASTAM
BARANGAN IMPORT TARIKH : 04 JANUARI 2010

7.2.2. Peraturan menetapkan kaedah-kaedah penilaian secara susunan hairaki


seperti berikut:

Kaedah Peruntukan dalam Peraturan

1. Nilai Urusniaga Per. 4

2. Nilai Urusniaga Per. 6


Barangan Sama

3. Nilai Urusniaga Per. 7


Barangan Serupa

4. Nilai Tolakan Per. 8

5. Nilai Campuran Per. 9

6. Nilai Anjal Per. 10

7.2.3. Walaubagaimanapun, Per. 3(4), Peraturan membenarkan pengimport


memohon untuk mendahulukan penggunaan Kaedah Nilai Campuran
(Per. 9) daripada Kaedah Nilai Tolakan (Per. 8).

7.3. KAEDAH NILAI URUSNIAGA (PER. 4, PERATURAN)

7.3.1 Kaedah Nilai Urusniaga (Transaction Value) merupakan rukun


penilaian utama. Nilai Urusniaga boleh diterima jika pihak pengimport
dapat menunjukkan pengimportan konsaimen berkenaan telah
memenuhi enam syarat berikut:

7.3.1.1. Mesti ada bukti bahawa barangan itu dijual untuk pasaran
eksport ke Malaysia.

7.3.1.2. Tiada sekatan oleh penjual ke atas penggunaan atau


penguasaan barangan itu oleh pengimport, melainkan wujud
sekatan-sekatan berikut:
PERINTAH TETAP KASTAM MUKA SURAT : 11/32
BILANGAN 28

RUJUKAN : KE.HT(94)669/32/KLT.4/(1)
TATACARA PENILAIAN KASTAM
BARANGAN IMPORT TARIKH : 04 JANUARI 2010

7.3.1.2.1. Yang dikenakan oleh undang-undang.

7.3.1.2.2. Mengehadkan kawasan geografi barang-barang itu


boleh dijual semula

7.3.1.2.3. Tidak menjejaskan secara matannya nilai barangan


import itu.

7.3.1.3. Jualan atau harga tidak tertakluk kepada apa-apa syarat yang
mana nilai barangan diimport tidak boleh ditentukan.

7.3.1.4. Tiada apa-apa keuntungan selepas jualan diikrar secara


langsung atau tidak langsung diberi kepada penjual kecuali
ianya ditentukan mengikut agihan penyelarasan mengikut
peruntukan Per. 5(1), Peraturan.

7.3.1.5. Harga tidak dipengaruhi atas kedudukan sebagai pihak


berhubungan sebagaimana yang ditakrif di bawah peruntukan
Per.2, Peraturan. Nilai ujian (Test value) yang dikemukakan
oleh pengimport hendaklah digunakan bagi menentukan
bahawa pertalian itu tidak mempengaruhi nilai urusniaga
tersebut. Untuk memastikannya, pengesahan hendaklah
dibuat sama ada wujud atau tidak nilai pindah (transfer
pricing) ke atas urusan jualbeli berkenaan.

7.3.1.6. Pihak pembeli hendaklah mengemukakan maklumat lengkap


berkaitan dengan bayaran tambahan kepada harga yang
dibayar atau kena dibayar yang ditanggung oleh mereka
tetapi tidak dimasuk kira didalam harga invois. Elemen-
elemen pelarasan yang perlu dikenalpasti dan boleh diagihkan
ke atas Nilai Urusniaga adalah seperti berikut:

7.3.1.6.1. Komisen jualan dan brokeraj.

7.3.1.6.2. Kos dan bayaran perkhidmatan kontena dan


packing.

7.3.1.6.3. Assists.

7.3.1.6.4. Royalti dan bayaran fi lesen.


PERINTAH TETAP KASTAM MUKA SURAT : 12/32
BILANGAN 28

RUJUKAN : KE.HT(94)669/32/KLT.4/(1)
TATACARA PENILAIAN KASTAM
BARANGAN IMPORT TARIKH : 04 JANUARI 2010

7.3.1.6.5. Keuntungan jualan semula selepas import yang di


akru kepada penjual.

7.3.2. Sekiranya pegawai penaksir mempunyai bukti bahawa pertalian


mereka telah mempengaruhi nilai urus niaga, pembeli hendaklah
diberitahu secara bertulis, jika diminta dan memberi peluang kepada
mereka mengemukakan maklumbalas secara bertulis dalam tempoh 7
hari dengan menggunakan format seperti di Lampiran C berkembar.

7.3.3. Pihak pengimport hendaklah mengemukakan keterangan-keterangan


tambahan kepada pegawai penaksir yang menunjukkan pertalian tidak
mempengaruhi harga tersebut dengan memberi maklumat-maklumat
seperti berikut:

7.3.3.1. Bagaimana pertalian terjalin.

7.3.3.2. Bagaimana rundingan harga dibuat.

7.3.3.3. Sama ada harga yang dirundingkan sama seperti harga


yang ditawarkan kepada pembeli-pembeli yang tidak
mempunyai perhubungan (relationship).

7.3.3.4. Sama ada harga yang dijual merangkumi semua kos


lazim pengeluaran dan keuntungan biasa di dalam
sektor industri yang sama.

7.3.4. Tanpa mengambil kira kedudukan pertalian di antara penjual dan


pembeli, nilai urus niaga boleh diterima sekiranya pihak pengimport
dapat memberi penjelasan ke atas perkara-perkara berikut:

7.3.4.1. Harga dipersetujui dalam keadaan jualan pasaran biasa


sebagaimana juga diperolehi oleh pembeli bebas yang lain;
dan

7.3.4.2. Jika harga itu dapat menunjukkan kos pengeluaran


merangkumi bahan mentah, kos langsung dan tidak langsung
di dalam sektor industri tersebut, maka nilai urus niaga itu
hendaklah di terima sebagai nilai kastam.
PERINTAH TETAP KASTAM MUKA SURAT : 13/32
BILANGAN 28

RUJUKAN : KE.HT(94)669/32/KLT.4/(1)
TATACARA PENILAIAN KASTAM
BARANGAN IMPORT TARIKH : 04 JANUARI 2010

7.3.5. Carta aliran penggunaan kaedah nilai urusniaga dijelaskan di Lampiran


D.

7.4. PELARASAN KE ATAS HARGA YANG DIBAYAR ATAU KENA


DIBAYAR PER. 5 (1)(a), PERATURAN

Elemen-elemen pelarasan di bawah Per. 5(1)(a)(i) hingga (vii), Peraturan


hendaklah diselaraskan kepada nilai urusniaga bagi mencapai nilai kastam.
Elemen-elemen pelarasan adalah seperti berikut:

7.4.1. Komisen jualan dan brokeraj

7.4.1.1. Komisen jualan yang dibayar oleh pengimport secara


berasingan dan belum dimasuk kira dalam nilai inbois
hendaklah ditambah ke atas harga yang dibayar atau kena di
bayar.

7.4.1.2. Pegawai penaksir hendaklah memeriksa jenis sebenar


komisen bagi mengelakkan penyalahgunaan maksud bayaran
komisen yang mana didakwa sebagai fi ejen belian, walaupun
ia berpihak kepada wakil penjual. Sekiranya komisen itu
tidak jelas, bayaran tersebut hendaklah dianggap sebagai
bayaran komisen yang boleh ditambah atas harga sebenar
dibayar. Jika wujud keraguan, Cawangan Pasca Import
hendaklah membuat verifikasi dan pengesahan.

7.4.2. Kos Dan Caj Pembungkusan.

Kos, caj atau perbelanjaan berikut yang dibayar oleh pengimport untuk
barangan yang diimport tetapi belum dimasuk kira dalam harga inbois,
hendaklah ditambah ke dalam nilai urus niaga:

7.4.2.1. Kos dan caj pembungkusan termasuk kos karton, kotak dan
lain-lain bekas atau bungkusan yang merupakan sebahagian
barangan import; dan

7.4.2.2. Semua perbelanjaan packing termasuk kos buruh dan bahan


sehingga barangan itu dapat dihantar ke Malaysia.
PERINTAH TETAP KASTAM MUKA SURAT : 14/32
BILANGAN 28

RUJUKAN : KE.HT(94)669/32/KLT.4/(1)
TATACARA PENILAIAN KASTAM
BARANGAN IMPORT TARIKH : 04 JANUARI 2010

7.4.3. Assists

7.4.3.1. Nilai assists yang merangkumi bahan, komponen, bahagian


dan benda lain hendaklah ditambah ke atas harga yang
dibayar atau kena dibayar jika ia dimasuk kira dalam kos
pemerolehan atau dalam kos pengeluaran barang yang
dinilai.

7.4.3.2. Pegawai penaksir hendaklah menentukan wujudnya


sumbangan secara berterusan atau sekaligus assists tersebut
yang dibekalkan oleh pengimport. Jika ianya berterusan, nilai
assists boleh diagih mengikut nisbah kuantiti barangan
import. Nisbah nilai assists berkenaan hendaklah boleh
ditentukan jumlahnya, barulah agihan boleh dibuat. Sekiranya
nilai assists tidak boleh ditentukan mengikut agihan, maka
nilai urus niaga hendaklah ditolak.

7.4.3.3. Selain dari elemen-elemen yang dinyatakan di dalam Per.


5(1)(a)(iii) Peraturan, nilai perkhidmatan yang membolehkan
pengeluaran barangan itu dan dieksport ke Malaysia,
hendaklah juga ditafsirkan sebagai salah satu elemen dalam
assists.

7.4.3.4. Bagi assists yang sudah terpakai atau disewa, nilainya


hendaklah diselaraskan mengikut keupayaan assists semasa,
iaitu nilai baki yang boleh diguna untuk tujuan pengeluaran
barangan import tersebut.

7.4.4. Royalti dan Fi Lesen

7.4.4.1. Bayaran royalti dan fi lesen lazimnya adalah mengenai


barangan yang berpaten (patent), mempunyai tanda-tanda
perdagangan (trademarks or trade names) dan hak cipta
(copyrights). Dalam urusniaga yang melibatkan barangan
seperti ini, pemegang lesen lazimnya akan mengenakan
syarat kepada pembeli atau licensee untuk membuat bayaran
royalti kepada licensor atau pemegang lesen seperti
dipersetujui dalam kontrak jualbeli atau perjanjian royalti dan
fi lesen.
PERINTAH TETAP KASTAM MUKA SURAT : 15/32
BILANGAN 28

RUJUKAN : KE.HT(94)669/32/KLT.4/(1)
TATACARA PENILAIAN KASTAM
BARANGAN IMPORT TARIKH : 04 JANUARI 2010

7.4.4.2. Pegawai penaksir hendaklah mengkaji surat-surat perjanjian,


terutama perjanjian royalti dan fi lesen. Jika kandungan
perjanjian tidak difahami, rujukan hendaklah dibuat kepada
pegawai penilaian negeri untuk mendapat nasihat.

7.4.4.3. Bayaran royalti dan fi lesen hendaklah diselaraskan oleh


pegawai penaksir sekiranya syarat-syarat seperti berikut
dipenuhi:

7.4.4.3.1. Bayaran royalti dan fi lesen itu berkaitan dengan


barangan yang dinilai; dan

7.4.4.3.2. Bayaran tersebut dibayar secara langsung atau tidak


langsung sebagai syarat penjualan barangan import.

7.4.4.3.3. Bayaran royalti dan fi lesen belum ditambah ke


dalam harga yang dibayar atau kena dibayar.

7.4.4.4. Jika royalti dan fi lesen yang dikenakan ke atas barangan siap
yang dihasilkan di Malaysia dari gabungan bahan mentah
import dan tempatan, di mana bahan mentah import tersebut
sudah hilang identitinya, maka bayaran royalti dan fi lesen ini
tidak boleh ditambah sebagai elemen pelarasan.

7.4.4.5. Bagi bayaran royalti dan fi lesen yang disahkan perlu


diselaraskan kepada harga yang diikrar, kuantum pelarasan
hendaklah berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan dalam
perjanjian diantara licensor/pengeksport dan licensee/
pengimport.

7.4.4.6. Bayaran royalti dan fi lesen adakalanya dibuat secara


berperingkat dan berterusan di mana ia juga dibayar untuk
semua item yang diimport, termasuk item yang tidak
bercukai. Pegawai Penilaian Negeri hendaklah menghitung
amaun yang seimbang dengan barangan import yang dinilai
dan agihan bayaran royalti mengikut nisbah yang sesuai
hendaklah dibuat berdasarkan data-data yang boleh
diperangkakan (quantifiable).
PERINTAH TETAP KASTAM MUKA SURAT : 16/32
BILANGAN 28

RUJUKAN : KE.HT(94)669/32/KLT.4/(1)
TATACARA PENILAIAN KASTAM
BARANGAN IMPORT TARIKH : 04 JANUARI 2010

7.4.5. Keuntungan Selepas Jualan Semula (Proceeds)

7.4.5.1. Keuntungan Selepas Jualan Semula (Proceeds) merupakan


nilai dari hasil penjualan semula oleh pembeli di Malaysia
yang diakru balik kepada penjual, samada secara langsung
atau tidak langsung, yang mana perlu ditambah kepada harga
ikrar sekiranya belum dimasuk kira.

7.4.5.2. Bayaran dividen dan bonus yang dihantar kepada penjual


tidak dianggap sebagai keuntungan selepas jualan semula.
Pegawai penaksir hendaklah dapat membezakan maksud
pembayaran berkenaan sama ada untuk dividen, bonus atau
keuntungan selepas jualan semula.

7.4.5.3. Keuntungan selepas jualan boleh ditentukan jika ada


perjanjian yang mensyaratkan pihak pengimport membayar
sejumlah amaun yang ditetapkan ke atas setiap unit yang
dijual. Pembayaran proceeds berlaku biasanya berkaitan
dengan urusniaga yang melibatkan perkongsian keuntungan.

7.4.5.4. Jika sekiranya pelarasan ke atas harga yang dibayar atau kena
dibayar di bawah Per. 5, Peraturan tidak dapat ditentukan
semasa pengimportan, pegawai penaksir hendaklah merujuk
kepada Cawangan Penilaian Negeri sebaik sahaja barangan
dilepaskan dari kawalan kastam untuk mendapat keputusan
penilaian yang sebenar dan memungut cukai yang terkurang
bayar, jika berbangkit.

7.5. KAEDAH NILAI URUS NIAGA YANG BOLEH DITOLAK


(PER. 4, PERATURAN)

7.5.1. Pegawai penaksir boleh menolak Nilai Urusniaga jika syarat-syarat


yang ditetapkan di para 7.3.1 tidak dipatuhi dan juga atas sebab faktor-
faktor berikut, iaitu:

7.5.1.1. Tiada berlaku transaksi jual beli ke atas barang-barang seperti


barangan persendirian, hadiah, cenderamata, contoh
perdagangan (trade samples) dan lain-lain yang mana tidak
melibatkan bayaran.
PERINTAH TETAP KASTAM MUKA SURAT : 17/32
BILANGAN 28

RUJUKAN : KE.HT(94)669/32/KLT.4/(1)
TATACARA PENILAIAN KASTAM
BARANGAN IMPORT TARIKH : 04 JANUARI 2010

7.5.1.2. Diimport secara konsaimen atau barangan diimport oleh


pihak ketiga dan dijual kepada pembeli lain di Malaysia
selepas cukai/duti kastam dibayar.

7.5.1.3. Barangan untuk disewa, pajak atau pinjaman.

7.5.1.4. Silap kirim, yang mana barangan berlainan dengan diskripsi


invois.

7.5.1.5. Barter trade.

7.5.1.6. Harga pindah (transfer pricing) di antara syarikat cawangan.

7.5.1.7. Barangan in transit yang bukan bertujuan untuk jualan


eksport ke Malaysia.

7.5.2. Pegawai penaksir hendaklah menentukan kewujudan realiti urusniaga


bagi mengesahkan keadaan sebenar perniagaan di antara pembeli
dengan penjual, sama ada wujudnya ‘bona fide’ jualan bagi
menentukan harga yang diikrar sebagai harga yang dibayar atau kena
dibayar.

7.5.3. Jika ruang ‘account and risk’ di dalam inbois dan lain-lain dokumen
mencatatkan nama selain daripada pengimport sebenar, pegawai
penaksir hendaklah mempastikan sama ada bayaran dibuat oleh
pengimport atau pihak ketiga.

7.6. KAEDAH NILAI BARANGAN SAMA (PER. 6, PERATURAN)

7.6.1. Kaedah Nilai Barangan Sama hendaklah digunapakai sekiranya kaedah


Nilai Urusniaga tidak dapat digunakan. Per. 2, Peraturan telah
menerangkan definisi barangan yang sama. Jika kaedah ini digunakan,
pegawai penaksir hendaklah menentukan terlebih dahulu bahawa rekod
maklumat ke atas barangan sama telah sedia ada.
PERINTAH TETAP KASTAM MUKA SURAT : 18/32
BILANGAN 28

RUJUKAN : KE.HT(94)669/32/KLT.4/(1)
TATACARA PENILAIAN KASTAM
BARANGAN IMPORT TARIKH : 04 JANUARI 2010

7.6.2. Pegawai penaksir hendaklah mengenalpasti bahawa barangan yang


dibandingkan sebagai sama adalah barangan yang mempunyai jenama
atau reputasi, kualiti, material, bentuk fizikal, kegunaan dan negara
tempat asal yang sama yang dieksport ke Malaysia.

7.6.3. Barangan sama itu hendaklah dieksport ke Malaysia dalam masa yang
sama atau masa yang terdekat. Masa yang munasabah hendaklah
dipertimbangkan berdasarkan jenis barangan yang dinilai. Jika terdapat
banyak konsaimen, masa yang paling terdekat hendaklah dipilih.

7.6.4. Pegawai penaksir hendaklah mempastikan nilai urusniaga bagi


barangan sama yang dibandingkan itu tidak melibatkan barangan yang
dihasilkan dari kerja-kerja kejuruteraan, pembangunan, lukisan,
rekacipta, pelan dan lakaran yang dibuat di Malaysia.

7.6.5. Pegawai penaksir hendaklah menilai Kaedah Barangan Sama bilamana


terdapat persamaan di peringkat perdagangan dan kuantiti. Contohnya,
jika pengimport tersebut bertindak sebagai pengedar, ianya tidak boleh
dibandingkan dengan pengimport bertaraf peruncit atau pengguna.

7.6.6. Jika terdapat perbezaan dari segi peringkat perdagangan dan kuantiti,
pilihan kaedah ini masih boleh dibuat sekiranya pihak penjual boleh
memberi maklumat yang mencukupi ke atas perbezaan harga di antara
peringkat perdagangan dan kuantiti. Bukti maklumat boleh diperolehi
melalui senarai harga yang menunjukkan diskaun pengedar, peruncit,
agensi dan kuantiti.

7.6.7. Sekiranya terdapat perbezaan urusniaga atau berlainan peringkat


perdagangan dan kuantiti, pertimbangan hendaklah diberi mengikut
keutamaan perbezaan berikut, iaitu:

7.6.7.1. Jualan mengikut peringkat perdagangan yang sama tetapi


berlainan kuantiti.

7.6.7.2. Jualan peringkat perdagangan berlainan tetapi mempunyai


kuantiti hampir sama.

7.6.7.3. Jualan peringkat perdagangan dan kuantiti yang berbeza.


PERINTAH TETAP KASTAM MUKA SURAT : 19/32
BILANGAN 28

RUJUKAN : KE.HT(94)669/32/KLT.4/(1)
TATACARA PENILAIAN KASTAM
BARANGAN IMPORT TARIKH : 04 JANUARI 2010

7.6.8. Sekiranya maklumat Nilai Urusniaga Barangan Sama itu berlainan


tempat pengimportan dan pelepasan, serta terdapat perbezaan ketara
dari segi kos tambang pengangkutan, pelarasan perlu dibuat
berdasarkan perbezaan tambang tersebut.

7.6.9. Jika terdapat lebih dari satu harga bagi barangan sama dalam data
harga, data Sistem Maklumat Kastam (SMK) atau lain-lain punca
maklumat pada tarikh pengimportan yang terdekat, maka harga
terendah hendaklah diterima sebagai nilai kastam.

7.6.10. Carta aliran penggunaan kaedah nilai barangan sama dijelaskan di


Lampiran E.

7.7. KAEDAH NILAI BARANGAN SERUPA (PER. 7, PERATURAN)

7.7.1. Bilamana Kaedah Barangan Sama tidak boleh ditentukan, kaedah


penilaian rukun ketiga, iaitu Barangan Serupa hendaklah digunapakai.
Tafsiran barang-barang yang serupa adalah seperti terkandung dalam
Per. 2, Peraturan.

7.7.2. Pegawai penaksir hendaklah mempastikan terlebih dahulu samada


barangan yang sedang dinilai mempunyai data-data harga barangan
serupa. Barangan yang serupa hendaklah dikenal pasti mengikut ciri-
ciri berikut, iaitu:

7.7.2.1. Mempunyai sifat fizikal dan kegunaan yang sama.

7.7.2.2. Boleh menjalankan fungsi kerja yang sama.

7.7.2.3. Mempunyai nilai tukar dagang yang sama.

7.7.2.4. Kualiti dan reputasi yang sama.

7.7.2.5. Kewujudan jenama yang mempamerkan kemasyhuran yang


hampir sama.

7.7.3. Tatacara kaedah nilai barang-barang yang serupa ini adalah sama
seperti yang di sebut dalam kaedah nilai barang-barang yang sama di
para 7.6 di atas.
PERINTAH TETAP KASTAM MUKA SURAT : 20/32
BILANGAN 28

RUJUKAN : KE.HT(94)669/32/KLT.4/(1)
TATACARA PENILAIAN KASTAM
BARANGAN IMPORT TARIKH : 04 JANUARI 2010

7.7.4. Pegawai penaksir tidak dibenar mendedahkan apa-apa maklumat


perdagangan berkaitan nilai barang-barang yang sama dan serupa yang
diimport kepada mana-mana pihak yang tidak berkenaan, termasuk
pengimport barangan yang sedang di nilai. Semua maklumat yang
diterima hendaklah dirahsiakan.

7.7.5. Carta aliran penggunaan kaedah nilai barangan serupa adalah seperti di
Lampiran F.

7.8. KAEDAH TOLAKAN (PER.8, PERATURAN)

7.8.1. Mengikut peruntukan Per.8(1) dan 8(2), Peraturan, Kaedah Tolakan


hendaklah digunakan setelah Kaedah Barang-barang Yang Serupa
tidak dapat digunapakai. Walaubagaimanapun, peruntukan Per. 3(4),
Peraturan mengizinkan pihak pengimport memohon untuk melangkau
kepada Kaedah Campuran.

7.8.2. Kaedah Tolakan adalah berasaskan kepada harga jualan pasaran


peringkat pertama di Malaysia ke atas barangan yang diimport bagi
barang-barang yang sama, barang-barang yang serupa atau barangan
yang sedang dijual, sebelum atau selepas, barangan yang sedang
dinilai.

7.8.3. Harga jualan barang-barang yang sama atau serupa hendaklah berlaku
di sekitar masa barangan sedang dinilai, manakala barangan yang telah
dinilai hendaklah dijual dalam tempoh 90 hari dari tarikh
pengimportan.

7.8.4. Jika tidak ada barangan sama atau serupa dijual, maka barangan yang
ditokok tambah, tetapi tidak mencacatkan identiti asal, boleh diambil
kira sekiranya pengimport membuat permohonan secara bertulis
kepada Jabatan. Nilai tambah bagi proses tokok tambah dapat
dikenalpasti dan diagihkan dengan menolak semua kos kerja-kerja
tambahan dan gantian bahan tersebut kepada barangan asal diimport.
PERINTAH TETAP KASTAM MUKA SURAT : 21/32
BILANGAN 28

RUJUKAN : KE.HT(94)669/32/KLT.4/(1)
TATACARA PENILAIAN KASTAM
BARANGAN IMPORT TARIKH : 04 JANUARI 2010

7.8.5. Pegawai penaksir hendaklah mengesahkan bahawa syarat-syarat


berikut dipatuhi apabila Kaedah Tolakan digunakan, iaitu:

7.8.5.1. Pastikan barang yang hendak dinilai boleh dibandingkan


dengan barangan import yang sama, serupa atau barangan itu
telah dijual di pasaran Malaysia dalam keadaan asal
sebagaimana diimport.

7.8.5.2. Pastikan bahawa jualan tersebut dijual kepada pembeli yang


tidak berhubungan.

7.8.5.3. Pembeli tersebut tidak membekalkan apa-apa assists terhadap


barangan import yang dibeli.

7.8.5.4. Pastikan adanya jualan disekitar masa barangan import yang


sedang dinilai. Maksud masa ialah dalam keadaan masa yang
munasabah dan terdekat. Jika tiada, jualan selepas diimport
boleh diambilkira, tetapi tidak melebihi 90 hari dari masa
barangan diimport.

7.8.5.5. Memilih jualan ke atas unit aggregate kuantiti yang


terbanyak.

7.8.6. Apabila memilih harga jualan sebagai asas penolakan, pegawai


penaksir hendaklah menentukan bahawa maklumat-maklumat
perbelanjaan dan perolehan berikut dapat dipastikan mengikut prinsip-
prinsip perakaunan umum iaitu:

7.8.6.1. Komisen yang lazim dibayar bagi sektor industri tersebut di


Malaysia. Bandingkan komisen sebenar yang dikemukakan
oleh pengimport.

7.8.6.2. Keuntungan yang diperolehi dapat disahkan dan juga


perbelanjaan am yang ditanggung dalam sektor tersebut. Jika
amaun atau peratus adalah konsisten dengan kelaziman dalam
sektor industri tersebut, maka amaun itu boleh diterima.

7.8.6.3. Lain-lain perbelanjaan seperti di bawah hendaklah


diambilkira semasa penilaian iaitu:
PERINTAH TETAP KASTAM MUKA SURAT : 22/32
BILANGAN 28

RUJUKAN : KE.HT(94)669/32/KLT.4/(1)
TATACARA PENILAIAN KASTAM
BARANGAN IMPORT TARIKH : 04 JANUARI 2010

7.8.6.3.1. Tambang pengangkutan dan insuran selepas import

7.8.6.3.2. Cukai kastam dan lain-lain cukai selepas import.

7.8.6.3.3. Lain-lain perbelanjaan berkaitan.

7.8.7. Maklumat-maklumat tersebut di atas hendaklah merupakan maklumat


yang objektif dan boleh ditentukan angkanya (quantifiable).

7.8.8. Pegawai penaksir hendaklah meminta pihak pengimport


mengemukakan dokumen-dokumen sokongan seperti berikut:

7.8.8.1. Dokumen penaksiran (seperti borang K1 dan K1 A) ke atas


barangan sama atau serupa (jika ada) bagi pengimportan
sebelum ini.

7.8.8.2. Senarai harga jualan tempatan dengan menunjukkan diskaun


kuantiti dan paras perbandingan seperti harga untuk
pemborong, pengedar, peraih, peruncit atau pengguna.

7.8.8.3. Rekod-rekod jualan bagi unit aggregate yang terbanyak.

7.8.8.4. Pecahan pengkosan (costing).

7.8.8.5. Jumlah komisen atau keuntungan dan perbelanjaan am yang


lazim diperolehi dan ditanggung oleh lain-lain penjual dalam
sektor industri yang sama kelas. Peratus purata wajaran
hendaklah digunakan dalam asas penentuan komisen atau
keuntungan serta perbelanjaan am.

7.8.9. Sekiranya pegawai penaksir berpuashati dan maklumat-maklumat yang


diberi oleh pengimport mencukupi, maka tolakan hendaklah dibuat ke
atas perkara-perkara berikut:

7.8.9.1. Komisen (komisen ini wujud bagi dagangan yang masih


menjadi hak milik pengeksport). Jika komisen ditolak,
keuntungan dan perbelanjaan am tidak boleh ditolak; atau
PERINTAH TETAP KASTAM MUKA SURAT : 23/32
BILANGAN 28

RUJUKAN : KE.HT(94)669/32/KLT.4/(1)
TATACARA PENILAIAN KASTAM
BARANGAN IMPORT TARIKH : 04 JANUARI 2010

7.8.9.2. Keuntungan dan perbelanjaan am (sekiranya tidak ada


komisen). Perbelanjaan am adalah termasuk juga kos
pemasaran.

7.8.9.3. Kos pengangkutan, insuran dan lain-lain kos berkaitan yang


terlibat selepas import di Malaysia.

7.8.9.4. Kos tambahan bagi barangan yang mengalami proses


lanjutan (value added) di Malaysia.

7.8.9.5. Duti Kastam dan lain-lain cukai yang terlibat dalam


penjualan barangan tersebut.

7.8.10. Pegawai penaksir hendaklah merujuk kepada rekod-rekod yang


berkaitan dengan komisen, keuntungan dan perbelanjaan am yang
sedia ada dalam database bagi sektor industri berkenaan. Harga jualan
bersih selepas ditolak elemen-elemen di para 7.8.8 di atas adalah
sebagai penentuan nilai kastam bagi unit barangan yang sedang dinilai
jika Kaedah Tolakan digunakan.

7.8.11. Carta aliran penggunaan kaedah tolakan dijelaskan diLampiran G.

7.9 KAEDAH CAMPURAN ( PER. 9, PERATURAN)

7.9.1. Jika Kaedah Tolakan tidak dapat digunapakai, maka Kaedah


Campuran mengikut Per. 9, Peraturan hendaklah digunakan. Kaedah
ini adalah berasaskan kepada kos pengeluaran barangan import di
negara pengeksport.

7.9.2. Pemakaian kaedah ini boleh di buat sekiranya pihak pembekal


bersetuju mengemukakan maklumat dan pengkosan pengeluaran serta
bersedia bekerjasama untuk diverifikasikan, jika perlu. Sekiranya
pegawai penaksir tidak berpuashati dengan maklumat yang
dikemukakan oleh pembekal, maka Kaedah Campuran ini perlu di
tolak.

7.9.3. Pegawai penaksir hendaklah mengesahkan bahawa kos atau nilai yang
diikrar di bawah kaedah ini adalah berasaskan akaun perdagangan
pengeluar dan akaun ini adalah sejajar dengan prinsip-prinsip
perakaunan yang diterima umum (GAAP) di negara pengeluar.
PERINTAH TETAP KASTAM MUKA SURAT : 24/32
BILANGAN 28

RUJUKAN : KE.HT(94)669/32/KLT.4/(1)
TATACARA PENILAIAN KASTAM
BARANGAN IMPORT TARIKH : 04 JANUARI 2010

7.9.4. Pastikan bahawa semua kos atau nilai bahan-bahan pengeluaran boleh
dikenalpasti dan diikrar dengan tepat. Di antara bahan-bahan
pengeluaran yang di ambilkira dalam Kaedah Campuran ini adalah
termasuk perkara-perkara berikut:

7.9.4.1. Bahan-bahan:

7.9.4.1.1. Bahan-bahan mentah seperti kayu, besi,logam, tanah


liat, tekstil dan sebagainya.

7.9.4.1.2. Kos-kos untuk mengangkut bahan-bahan mentah ke


tempat pengeluaran.

7.9.4.1.3. Barangan separa siap seperti intergrated circuits.

7.9.4.1.4. Komponen-komponen yang digunakan dan fabrikasi


atau lain-lain pemerosesan yang terlibat dalam
pengeluaran barangan import.

7.9.4.2. Kos Pengeluaran:

7.9.4.2.1. Kos buruh langsung atau tidak langsung.

7.9.4.2.2. Kos pemasangan yang terlibat.

7.9.4.2.3. Kos tidak langsung seperti penyeliaan kilang,


penyelenggaraan bangunan, bayaran lebih masa
dan sebagainya.

7.9.4.2.4. Jumlah cukai dalaman yang dikenakan dalam


negara pengeksport, kecuali cukai tersebut di
pulang balik bilamana dieksport ke Malaysia.

7.9.4.2.5. Kos pembungkusan dan kontena, termasuk bahan


dan buruh.

7.9.4.2.6. Nilai kerja-kerja kejuruteraan, pembangunan,


lukisan, rekabentuk, pelan dan lakaran yang
dilakukan di luar Malaysia dan juga apa-apa
sumbangan assists.
PERINTAH TETAP KASTAM MUKA SURAT : 25/32
BILANGAN 28

RUJUKAN : KE.HT(94)669/32/KLT.4/(1)
TATACARA PENILAIAN KASTAM
BARANGAN IMPORT TARIKH : 04 JANUARI 2010

7.9.4.3. Keuntungan dan Perbelanjaan Am:

7.9.4.3.1. Keuntungan dan perbelanjaan am adalah termasuk


semua kos secara langsung atau tidak langsung
yang berhubungan dengan pemasangan bagi
produk berkenaan. Perbelanjaan dan keuntungan
hendaklah sesuai dengan kelaziman bagi jualan
barangan sama kelas yang diperolehi oleh
pengeluar ke atas barangan yang dieksport ke
Malaysia.

7.9.4.3.2. Sekiranya pengeluar memaklumkan bahawa


keuntungan yang diperolehi adalah rendah, maka
keuntungan dan perbelanjaan am yang lazim
hendaklah diambilkira, kecuali ia mempunyai
alasan perdagangan yang boleh diterima untuk
mengesahkannya bilamana polisi perdagangan
menggambarkan amalan polisi biasa dalam sektor
industri berkenaan. Contohnya ialah pengeluar
terpaksa menurunkan harga kerana kemerosotan
permintaan barangan secara mendadak.

7.9.4.4. Tambang dan Insuran:

7.9.4.4.1. Tambang pengangkutan dan insuran sebenar yang


ditanggung oleh pengimport sehingga ke tempat
import di Malaysia hendaklah dimasuk kira. Kos
pengangkutan adalah termasuk kos upah punggah
muatan atau kos berkaitan dengan penghantaran ke
negara pengimport.

7.9.4.4.2. Jika tiada maklumat berkaitan kos tambang dan


insuran, jumlah yang lazim mengikut kes dan merit
yang sama mengikut mod pengangkutan yang
digunakan hendaklah diguna pakai. Pengesahan
kadar bayaran dari wakil penghantaran atau
pengangkutan yang sah boleh diterima pakai.
PERINTAH TETAP KASTAM MUKA SURAT : 26/32
BILANGAN 28

RUJUKAN : KE.HT(94)669/32/KLT.4/(1)
TATACARA PENILAIAN KASTAM
BARANGAN IMPORT TARIKH : 04 JANUARI 2010

7.9.5. Sekiranya semua elemen-elemen pengkosan seperti yang disebut di


para 7.9.4. di atas telah dikemukakan dengan memuaskan, maka
Kaedah Campuran ini boleh digunakan dalam penentuan nilai kastam
oleh pegawai penaksir.

7.9.6. JIka maklumat yang diperolehi dibekalkan selain dari pengeluar atau
bagi pihaknya untuk pengiraan Kaedah Campuran, pegawai penaksir
hendaklah memaklumkan tentang punca maklumat data dan asas
pengiraan yang dibuat tertakluk kepada peruntukan seksyen 125A,
Akta Kastam 1967.

7.9.7. Pemakaian Kaedah Campuran boleh didahulukan sebelum Kaedah


Tolakan jika sekiranya terdapat permintaan bertulis oleh pengimport.

7.9.8. Carta aliran penggunaan kaedah campuran dijelaskan diLampiran H.

7.10 KAEDAH NILAI ANJAL ( PER. 10, PERATURAN)

7.10.1. Sekiranya kesemua kaedah penilaian mengikut rukun-rukun yang telah


ditetapkan sebelum ini (Per. 4 hingga 9, Peraturan) tidak boleh
digunapakai, maka Kaedah Anjal hendaklah digunakan. Kaedah ini
memberi perluasan kelonggaran kepada syarat-syarat tertentu mengikut
rukun berkaitan yang mana pegawai penaksir boleh menggunakan
budi bicara yang sejajar dengan prinsip Perjanjian Penilaian WTO
serta asas maklumat yang boleh diperolehi di Malaysia dalam keadaan
yang munasabah.

7.10.2. Kaedah Anjal ini membenarkan kelonggaran ke atas syarat-syarat


tertentu bagi membolehkan kaedah-kaedah yang ada digunakan sebaik
mungkin mengikut hirarkinya. Pegawai penaksir bolehlah memberi
kelonggaran seperti contoh berikut:

7.10.2.1. Nilai Urusniaga - Barangan import yang disewa


(Per. 4, Peraturan) dari luar negara. Nilai sewa
ditetapkan sebagai harga yang
dibayar atau kena dibayar untuk
mendapat nilai kastam
mengikut Kaedah Nilai Anjal.
PERINTAH TETAP KASTAM MUKA SURAT : 27/32
BILANGAN 28

RUJUKAN : KE.HT(94)669/32/KLT.4/(1)
TATACARA PENILAIAN KASTAM
BARANGAN IMPORT TARIKH : 04 JANUARI 2010

7.10.2.2. Nilai Barangan - Tempat asal yang


Sama (Per. 6, Peraturan) berlainan. Kasut
Dan Barangan Serupa Adidas dan buatan
(Per. 7, Peraturan) Korea, boleh dibanding
dengan buatan China.

7.10.2.3. Nilai Tolakan - Masa jualan boleh


(Per. 8, Peraturan) melebihi 90 hari

7.10.2.4. Nilai Campuran - Boleh mengambilkira kos


(Per. 9,Peraturan) dan nilai pengeluaran dari
lain-lain pengeluar bagi
barangan serupa.

7.10.3. Pegawai penaksir tidak dibenarkan menggunakan maklumat berikut


jika Kaedah Anjal ini digunapakai, iaitu:

7.10.3.1. Harga jualan barangan buatan Malaysia. Contohnya, untuk


menilai kereta Mercedes Benz E220 buatan Jerman, tidak
boleh guna harga jualan Mercedes Benz E220 yang dipasang
di Malaysia.

7.10.3.2. Menggunakan nilai yang tertinggi antara dua nilai pilihan.

7.10.3.3. Tidak boleh menggunakan harga jualan pasaran tempatan di


negara pengeksport. Contohnya, harga jualan tempatan
Mercedes Benz E220 di Jerman tidak boleh digunakan
sebagai harga import ke Malaysia.

7.10.3.4. Kos pengeluaran dalam Kaedah Campuran tidak boleh


ditokok tambah selain dari kos yang ditetapkan di dalam Per.
9, Peraturan.

7.10.3.5. Harga barangan yang dijual untuk eksport ke negara-negara


lain. Contohnya, harga jualan kereta Mazda RX-7 dari Jepun
untuk jualan ke Singapura atau Thailand tidak boleh
digunakan untuk tujuan penilaian.
PERINTAH TETAP KASTAM MUKA SURAT : 28/32
BILANGAN 28

RUJUKAN : KE.HT(94)669/32/KLT.4/(1)
TATACARA PENILAIAN KASTAM
BARANGAN IMPORT TARIKH : 04 JANUARI 2010

7.10.4. Bagi menilai barangan yang tidak mempunyai harga, seperti barangan
terpakai, Kaedah Anjal ini boleh digunakan dengan mengambilkira
pandangan atau laporan pakar penilai yang bertauliah dalam bidang
dan komoditi berkenaan. Sekiranya proses penghitungan susutnilai
dibuat, kadar-kadar berkenaan hendaklah berdasarkan amalan biasa
yang konsisten dengan prinsip Penilaian WTO.

7.10.5. Carta aliran penggunaan kaedah tolakan dijelaskan diLampiran I.

7.11. BAYARAN DUTI/ CUKAI SECARA BANTAHAN

7.11.1 Seksyen 13A, Akta Kastam 1967 membenarkan duti /cukai dibayar
secara bantahan apabila berlaku sesuatu pertikaian penilaian. Duti
/cukai akan dipungut berdasarkan penilaian yang ditetapkan oleh
pegawai penaksir setelah mengambil kira keseluruhan fakta yang
dikemukakan oleh pengimport. Dalam konteks ini, penilaian
dianggap betul sehingga dibuktikan sebaliknya. Pengimport
hendaklah diingatkan tentang syarat yang kena dipatuhi seperti
memberi notis bantahan di dalam Borang Kastam No.1 atau 9
sebelum barangan dilepaskan dari kawalan Kastam, bagi melayakkan
pengimport membuat tuntutan pulang balik di bawah Seksyen 16,
Akta Kastam 1967 dan Seksyen 32, Akta Cukai Jualan 1972

7.11.2 Pegawai penaksir hendaklah mengemukakan laporan pembayaran


duti /cukai secara bantahan yang melibatkan penilaian dalam
Lampiran M kepada Cawangan Penilaian negeri mengikut alamat
pengimport seperti di borang ikrar kastam. Satu salinan Lampiran M
hendaklah dimajukan kepada Cawangan Pengurusan Penilaian, Ibu
Pejabat dalam tempoh 30 hari dari tarikh pembayaran cukai/duti
secara bantahan dibuat. Kehendak ini adalah selaras dengan
peruntukan Seksyen 13B, Akta Kastam 1967.

7.11.3 Pegawai Penilaian Negeri bertanggungjawab untuk menyemak,


mengkaji dan menentukan prinsip-prinsip penilaian yang sepatutnya
digunapakai dalam kes bayaran duti/ cukai secara bantahan. Laporan
dan ulasan Pegawai Penilaian Negeri hendaklah dikemukakan
kepada Pengarah Kastam Negeri untuk ulasan sebelum dimajukan ke
Cawangan Pengurusan Penilaian, Ibu Pejabat.
PERINTAH TETAP KASTAM MUKA SURAT : 29/32
BILANGAN 28

RUJUKAN : KE.HT(94)669/32/KLT.4/(1)
TATACARA PENILAIAN KASTAM
BARANGAN IMPORT TARIKH : 04 JANUARI 2010

7.11.4 Sekiranya memerlukan pengesahan rekod-rekod akaun berkaitan


dengan konsaimen tersebut, Pegawai Penilaian Negeri hendaklah
merujuk kepada Cawangan Pasca Import Negeri.

7.11.5 Pegawai Auditan Pasca Import Negeri berkenaan hendaklah


menjalankan auditan ke atas rekod/dokumen pengimportan
konsaimen berkaitan dan laporan auditan hendaklah disediakan di
dalam format seperti Lampiran ‘F’, Perintah Tetap Kastam Bil. 68.
Selepas mendapat pengesahan penilaian kastam daripada Cawangan
Penilaian Negeri, laporan tersebut hendaklah dikemukakan kepada
Pengarah Kastam Negeri untuk ulasan selanjutnya sebelum
dikemukakan ke Ibu Pejabat.

7.11.6 Laporan auditan dengan ulasan dan syor Pengarah Kastam Negeri
tersebut hendaklah dikemukakan kepada Cawangan Pengurusan
Penilaian, Ibu Pejabat untuk mendapatkan keputusan Ketua Pengarah
Kastam Malaysia.

7.11.7 Keputusan penilaian akan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat dalam bentuk
sijil seperti di Lampiran N berkembar sekiranya keputusan memihak
kepada Jabatan, selaras dengan kehendak Seksyen 22A, Akta Kastam
1967.

7.11.8 Keputusan penilaian seperti di Lampiran O hendaklah dikeluarkan


oleh Ibu Pejabat kepada Pengarah Kastam Negeri, di mana bayaran
secara bantahan dibuat, bagi kes-kes yang memihak kepada
pemohon/pengimport. Pengarah Kastam Negeri seterusnya
hendaklah mengedarkan keputusan tersebut kepada Cawangan-
Cawangan terlibat. Keputusan ini boleh digunapakai selama 3 tahun
mengikut kontrak jualbeli syarikat dengan pembekal.

7.11.9 Keputusan penilaian seperti di Lampiran P pula hendaklah


dikeluarkan oleh Ibu Pejabat bagi kes-kes yang memihak kepada
pemohon/pengimport, untuk edaran kepada pemohon/pengimport
dan Cawangan-Cawangan terlibat.
PERINTAH TETAP KASTAM MUKA SURAT : 30/32
BILANGAN 28

RUJUKAN : KE.HT(94)669/32/KLT.4/(1)
TATACARA PENILAIAN KASTAM
BARANGAN IMPORT TARIKH : 04 JANUARI 2010

7.11.10. Kes cukai/duti dibayar secara bantahan akan berakhir dengan


tuntutan pulangbalik, sekiranya keputusan penilaian memihak kepada
pengimport. Pihak negeri hendaklah memaklumkan kepada syarikat
untuk membuat tuntutan pulangbalik duti/cukai sebaik sahaja
keputusan diterima dari Ibu Pejabat.

7.11.11. Tarikh kuatkuasa keputusan penilaian bagi kes bayaran secara


bantahan hendaklah dikira ke belakang mulai dari tarikh konsaimen
dibayar secara bantahan semasa pengimportan, termasuk juga
konsaimen-konsaimen yang diimport daripada pembekal yang sama
untuk pengimportan seterusnya dalam tempoh 3 tahun.

7.11.12. Bagi kes-kes bayaran secara bantahan yang telah diaudit secara
menyeluruh oleh Cawangan Pasca Import, tuntutan bayaran
pulangbalik untuk konsaimen-konsaimen yang diimport selepasnya
daripada pembekal yang sama, Cawangan Perakaunan Hasil (Unit
Tuntutan) hendaklah mendapatkan pengesahan penilaian kastam
daripada Cawangan Penilaian Negeri terlebih dahulu.

7.11.13. Carta aliran kerja bagi memproses Bayaran Secara Bantahan adalah
seperti di Lampiran L berkembar.

8. LAMPIRAN-LAMPIRAN

8.1. LAMPIRAN A - Format Laporan Harga Barangan Import

8.2. LAMPIRAN B - Format Laporan Harga Barangan Import

8.3 LAMPIRAN C - Format Mengemukakan Maklumbalas Secara


Bertulis

8.4. LAMPIRAN D - Kaedah Nilai Urusniaga. (Per. 4, Peraturan)

8.5 LAMPIRAN E - Kaedah Nilai Barangan Sama.


(Per. 6, Peraturan)

8.6. LAMPIRAN F - Kaedah Nilai Barangan Serupa


(Per. 7, Peraturan)
PERINTAH TETAP KASTAM MUKA SURAT : 31/32
BILANGAN 28

RUJUKAN : KE.HT(94)669/32/KLT.4/(1)
TATACARA PENILAIAN KASTAM
BARANGAN IMPORT TARIKH : 04 JANUARI 2010

8.7. LAMPIRAN G - Kaedah Tolakan. (Per. 8, Peraturan).

8.8. LAMPIRAN H - Kaedah Campuran. (Per. 9, Peraturan)

8.9. LAMPIRAN I - Kaedah Nilai Anjal (Per. 10, Peraturan)

8.10. LAMPIRAN J - Panduan Tambahan Pemakaian Kaedah


Nilai Urusniaga.

8.11. LAMPIRAN K - Tafsiran.

8.12 LAMPIRAN L - Carta Aliran Kerja Bayaran Bantahan Bagi


Kes Penilaian

8.13 LAMPIRAN M Format Laporan Penilaian


(Bayaran Secara Bantahan)

8.14. LAMPIRAN N - Sijil Keputusan Bayaran Secara Bantahan


(Kes Penilaian)

8.13 LAMPIRAN O - Surat Keputusan Bayaran Secara Bantahan


(Kes Penilaian) Kepada Pengarah Kastam
Negeri.

8.14 LAMPIRAN P - Surat Keputusan Bayaran Secara Bantahan


(Kes Penilaian) Kepada Pengimport.

9. RUJUKAN

9.1. Akta Kastam 1967.

9.2. Peraturan-Peraturan Kastam (Kaedah Penilaian) 1999.

9.3. Customs Valuation – GATT Agreement and Texts of The Technical Committee
on Customs Valuation-WCO.

9.4. Customs Valuation Control Handbook – WCO.

9.5. Article VII of the General Agreement on Tariffs and Trade - WTO
PERINTAH TETAP KASTAM MUKA SURAT : 32/32
BILANGAN 28

RUJUKAN : KE.HT(94)669/32/KLT.4/(1)
TATACARA PENILAIAN KASTAM
BARANGAN IMPORT TARIKH : 04 JANUARI 2010

10. PEMBATALAN/PINDAAN

10.1. Dengan terkeluarnya Perintah ini, Perintah Tetap Kastam Bil. 28 Rujukan:
KE.HE (34) 669/32 / (9) bertarikh 01.01.2000 adalah dibatalkan.

11. PENGUATKUASAAN

Perintah Tetap Kastam Bil. 28 ini berkuatkuasa mulai 1.1.2010.

12. PENUTUP

Dengan adanya Perintah ini adalah diharapkan pegawai-pegawai penaksir dapat


melaksanakan tugas penilaian barangan import dengan lebih cekap dan mantap.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

You might also like