Lokomtor & X Lokomotor

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Dalam aktiviti pergerakan kreatif, kita akan bertemu dengan istilah pergerakan lokomotor dan

pergerakan bukan lokomotor. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan
tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar. Contohnya;
meniru pergerakan keretapi.

Manakala pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak mengubah kedudukan disebut
bergerak tanpa beredar. Ianya lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi
buka-tutup dan pusing putar. Contohnya; melambung, membaling, menggolek(spt; menggunakan bola)
dan menampar alatan kecil atau besar(spt; menggunakan kompang).

1.0 TAJUK

Pergerakan Asas Lokomotor dan Bukan Lokomotor Dengan Manipulasi Alatan.

2.0 PENGENALAN

Kemahiran asas dapat diklasifikasikan kepada empat komponen yang utama iaitu Pergerakan Asas,
Kemahiran Manipulatif, Kemahiran Asas Sukan dan Kemahiran Asas Fizikal. Kemahiran Pergerakan Asas
bolleh dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu Kemahiran Lokomotor, Kemahiran Bukan
Lokomotor dan Kemahiran Memanipulasikan Alatan.Dalam Kemahiran Lokomotor, individu perlu
bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain manakala Kemahiran Bukan Lokomotor ialah pergerakan
setempat dan tumpuan diberi kepada keseluruhan tubuh badan iaitu buka-tutup, naik-turun dan pusing-
putar.

2.1 Lokomotor

Lokomotor bermaksud pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Terdapat dua jenis lokomotor
iaitu Lokomotor Beritma Sekata dan Lokomotor Beritma Tidak Sekata. Kemahiran Lokomotor
mempunyai lapan pergerakan iaitu lima pergerakan Beritma Sekata dan tiga pergerakan Beritma Tidak
Sekata.Bagi lokomotor beritma sekata ialah :-1.Berjalan2.Berlari3.Melompat ( mendarat dengan dua
kaki )4.Hop ( melompat dan mendarat dengan sebelah kaki )5.Leap ( melompat serta larian memanjang
dilakukan berterusan dengan kaki berselang seli
Lokomotor Beritma Tidak Sekata ialah :1.Skip2.Galop3.Melongsor

2.2 Pergerakan Bukan Lokomotor

Pergerakan Bukan Lokomotor merupakan pergerakan yang static atau setempat dan tumpuan diberi
kepada keseluruhan tubuh badan iaitu aktiviti seperti buka tutup, naik turun dan pusing putar.
Pergerakan ini dilakukan tanpa menggerakkan dasar menyokong seseorang individu. Antaranya ialah :-
1.Meregang2.Memusing3.Membongkok4.Menghayun5.Menolak6.Menarik
7.Mengilas8.Bangkit9.Rebah10.Berbuai-buai atau bergerak dari kiri ke kanan dan sebaliknyaPada tahun
1977, Burton mengatakan bahawa kesemua pergerakanmerupakan variasi 18 pergerakan asas yang
disenaraikan di atas. Contohnya, pergerakan-pergerakan berikut merupakan kombinasi pergerakan-
pergerakan di atas :-1.Merangkak = membongkok + berjalan2.Membaling = hayunan dengan tangan
dibengkokkkan + satu atau lebih langkah berjalan atau berlari3.Mendekan = rebah +
membongkok, menolak dan menyokong

4.Menguak = menolak + menarik ke kiri dan ke kanan

2.3 Kemahiran Manipulatif

Kemahiran manipulatif ialah kemahiran asas yang menyediakan murid sekolah untuk mempelajari
kemahiran asas sukan. Kemahiran ini amat penting bagi murid-murid sekolah kerana ia membolehkan
mereka untuk memperlaku, mengawal dan mengendalikan objek-objek yang berbeza dari segi saiz,
bentuk dan komposisi. Pembelajaran kemahiran ini melibatkan objek seperti pundi kacang, bola kecil,
bola besar, gelung rotan, tali, batang rotan dan sebagainya.Pada tahun 1988, Thomas, Lee & Thomas
telah menyatakan bahawa manipulasi melibatkan tiga aspek iaitu :-i.Memberi tenaga kepada objek-
objek seperti melontar, menyepak, memukul, mengumpan dan merejamii.Menguasai objek termasuk
menangkap dan menyambutiii.Mengawal objek seperti menggelecek dan memantulIlmu dan kemahiran
pergerakan asas ini perlu diajar kepada murid-murid sekolah rendah. Selepas mempelajari kemahiran
tersebut, kanak-kanak akan lebih bersedia untuk mempelajari kemahiran yang lebih rumit seperti
kemahiran-kemahiran asas sukan.

3.0 MATLAMAT

Kertas kerja ini disediakan dengan matlamat untuk mendapatkan bimbingan dan tunjuk ajar daripada
pensyarah berkenaan dengan kemahiran pergerakan asas. Perkara yang ingin dilihat secara dekat dalam
aktiviti ini adalah kesesuaian pergerakan asas yang dilaksanakan kepada kanak-kanak. Secara tidak
langsung, semua kelemahan dan kekurangan dalam aktiviti yang dijalankan dapat diperbaiki dan
dijadikan sebagai pemangkin dan panduan untuk melakukan yang lebih baik pada masa hadapan.
Sehubungan dengan itu, aktiviti pergerakan asas yang dilakukan ini dapat membentuk para pelajar
mempunyai tubuh badan yang sihat dan cergas serta minda yang cerdas. Di samping itu juga para
pelajar akan mendapat kesedaran tentang kepentingan kesihatan dan kecergasan tubuh badan yang
sememangnya membawa manfaat kepada diri mereka Selain itu, kertas kerja ini bertujuan untuk
menyediakan satu rancangan pengajaran dalam melakukan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor
dengan memanipulasikan alatan secara betul dan selamat.

Melalui kertas kerja yang telah dihasilkan ini, saya telah dapat mempelajari dan menguasai pelbagai
kemahiran berkaitan dengan pergerakan asas. Selain daripada itu, saya mula memahami dengan lebih
mendalam lagi tentang pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor bersama alatan dengan memberi
penekanan kepada aspek kedudukan postur yang betul ketika melaksanakan aktiviti ini. Secara tidak
langsung juga, saya telah digalakkan berfikir secara kreatif dan inovatif serta menjana idea baru untuk
menghasilkan kertas kerja yang lebih kemas, teratur, berkualiti serta menarik perhatian rakan-rakan
mahu pun pensyarah pembimbing.

You might also like