Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Contoh Teks Wartawan cilik

Perayaan dan sambutan hari istimewa keagamaan pasti menjadi acara yang dinanti-nantikan
saban tahun bagi kebanyakan agama di seluruh dunia.
Namun, akibat penularan wabak COVID-19 sejak dua tahun yang lepas masyarakat dari
seluruh kaum dan bangsa terpaksa menyambutnya semasa Perintah Kawalan Pegerakan
PKP.
Acara berkumpul beramai-ramai, upacara sembahyang berjemaah di tempat ibadat, majlis
makan malam perlu disambut hanya dalam kalangan keluarga sahaja demi membendung
musuh ‘halimunan’ ini..

Namun tahun 2022 membuka lembaran baharu apabila perayaan Hari Raya Aidilfitri
dirayakan semula oleh seluruh umat Islam di negara ini dengan penuh kesyukuran dan
meriah.
Pada tahun ini Sk Putrajaya Presint 17(1) juga turut sama mengadakan sambutan Aidilfitri
peringkat sekolah . Ustaz Mohd Hanizad bin Ismail sekalu guru besar telah memrasmikan
majlis ini yang dihadiri lebih kurang 1200 orang murid, guru dan staf di sekolah ini.
Sudah semestinya juadah hari raya antara acara yang dinantikan. Murid-murid SKPP171
membawa hidangan sendiri dari rumah dan dikongsi bersama rakan – rakan lain. Ada
pelbagai juadah yang menarik seperti sate, ketupat lemang dan banyak lagi. Antara acara
menarik yang diadakan sempena sambutan hari raya di sekolah hari ini
iaitu persembahan nyanyian menampilkan Cikgu Raphel, Mr Azami dan
Cikgu Farhan.

Walau bagaimana pun, hari raya yang diadakan di sekolah ini tetap mengambil langkah
berjaga-jaga dengan murid dinasihatkan agar memakai pelitup muka bagi mengelakkan
penularan Covid 19.

Majlis pengagihan duit raya untuk semua murid telah menambahkan lagi
kemeriahan sambutan pada tahun ini. Majlis berakhir dengan jamuan hari raya yang
diadakan di dewan sekolah . Pihak Jawatankuasa Sambutan turut merakamkan
ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara lagsung
atau tidak langsung dalam menjayakan majlis sambutan hari raya ini.

Sekian saya HANA QISYA BT ABDUL RAZAK melaporkan lintas langsung


sambutan hari raya SKPP171 2022.

You might also like