Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan Produk.......................................................................................................2


2.0 Penjanaan Idea.............................................................................................................2
2.1 Meja Belajar Serbaguna.................................................................................................2
2.2 Meja Belajar Tradisi........................................................................................................3
2.3 Meja Belajar....................................................................................................................4
3.0 Pemilihan idea...............................................................................................................4
4.0 Pengujian konsep..........................................................................................................5
5.0 Mengenalpasti masalah................................................................................................5
6.0 Lakaran produk.............................................................................................................7
7.0 Jadual kerja/ Carta Gantt............................................................................................24
8.0 Kesimpulan..................................................................................................................25
9.0 Rujukan.......................................................................................................................26

1
1.0 Pengenalan Produk
Secara amnya, perabot merupakan produk yang sangat penting pada masa ini kerana
digunakan secara meluas di seluruh dunia. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
(2010), perabot ditakrifkan sebagai alat perkakas tukang kayu. Perabot ini menyokong
dan memudahkan pelbagai kegiatan manusia termasuk duduk, makan dan juga tidur.
Misalnya, salah satu perabot yang digunakan secara meluas dan menjadi satu perkara
yang asas adalah meja. Meja adalah salah satu perabot yang berupa permukaan datar
yang disokong oleh beberapa kaki. Setiap meja mempunyai dua bahagian utama iaitu
bahagian atas meja dan kaki meja di mana permukaan atas meja perlu stabil dan rata
disokong oleh kaki meja. Menurut Chadwick(2018), terdapat pelbagai jenis permukaan
meja atas seperti bentuk segi empat sama, segi empat tepat, bulat, bujur, dan
sebagainya. Terdapat beberapa jenis meja yang digunakan untuk kegunaan seharian
seperti meja makan, meja komputer, meja belajar, meja sisi katil, meja kopi dan sisi,
meja serbaguna, meja tidur dan meja solek. Setiap meja ini mempunyai kegunaannya
yang sendiri di mana meja makan digunakan untuk meletakkan makanan yang disaji
biasanya di dapur atau ruang makanan. Meja komputer pula biasanya digunakan untuk
meletakkan komputer, di mana meja jenis ini selalunya mempunyai ruang untuk
meletakkan papan kekunci komputer. Meja serbaguna atau pelbagai guna mempunyai
fungsi yang pelbagai dan menjadi tren pada masa ini. Hal ini demikian kerana, perabot
pelbagai fungsi memiliki lebih daripada satu kegunaan dan ianya mempunyai pelbagai
kelebihan seperti mengurangkan jumlah perabot yang digunakan dan menjimatkan kos
(Ali, 2021). Reka bentuk meja ini boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori seperti
jenis bahan yang digunakan, kaedah pembuatan, fungsi, gaya, status, kepercayaan,
budaya, dan demografi. Dengan ini, produk yang dipilih untuk diinovasikan adalah meja
belajar serbaguna kepada pelajar-pelajar dari sekolah rendah sehingga universiti. Meja
belajar serbaguna ini merupakan meja yang dapat digunakan untuk belajar,
menggunakan laptop dan meletakkan barang. Menurut Norizzah(2016), meja belajar
memainkan peranan yang amat penting terhadap pelajar sekolah rendah bagi
membantu mereka menjalani proses pembelajaran dengan lebih baik. Berdasarkan
penyataan tersebut, tidak dapat dinafikan bahawa, meja belajar serbaguna ini sangat
penting kerana dimanfaatkan oleh kalangan pelajar di seluruh negara.

2.0 Penjanaan Idea


Penjanaan idea adalah bertujuan untuk menghasilkan idea daripada pelbagai sumber
dalaman, luar dan kerjasama merentasi unit (Zuraidah, 2017). Pencetusan idea yang
didapati adalah secara terancang di mana setelah melihat beberapa jenis meja belajar
yang sedia ada dalam pasaran, saya merancang menghasilkan sebuah meja belajar
serbaguna yang dapat digunakan oleh pelajar dengan mudah dan senang. Penjanaan
idea ini juga adalah selepas mengambil kira faktor ergonomik, mesra pengguna,
keselamatan, kesesuaian, dan keselesaan pengguna. Terdapat tiga lakaran produk meja
belajar serbaguna yang telah dibangunkan untuk penjanaan idea. Setiap meja belajar
serbaguna itu berbeza dari segi bentuk dan fungsinya. Namun, tema utamanya adalah
meja belajar yang mempunyai pelbagai fungsi, unik dan berinovasi. Berikut merupakan
tiga idea produk yang telah dibangunkan.

2.1 Meja Belajar Serbaguna


Meja Belajar Serbaguna ini merupakan meja yang dibangunkan untuk pelajar
menggunakannya untuk belajar di rumah. Fungsinya sama seperti meja belajar biasa

2
yang sedia ada dalam pasaran. Namun, inovasi yang telah hasilkan adalah
mempunyai tempat khas untuk meletak botol air dan laci untuk meletak barang. Meja
ini mencukupi untuk dua bilangan orang sahaja.

Rajah 1 Menunjukkan lakaran produk idea pertama iaitu Meja Belajar Serbaguna

2.2 Meja Belajar Tradisi


Meja belajar tradisi ini merupakan satu meja belajar yang biasa. Meja belajar ini
boleh digunakan oleh murid-murid di sekolah. Namanya merupakan meja belajar
tradisi kerana reka bentuknya hampir sama dengan meja belajar yang biasa
digunakan dalam sekolah. Meja ini hanya muat kepada seorang sahaja supaya
digunakan secara selesa. Terdapat sebuah laci terbuka dalam meja ini untuk
penyimpanan barang dan buku.

Rajah 2 Menunjukkan Meja Belajar Tradisi

3
2.3 Meja Belajar
Meja belajar berteknologi ini merupakan meja yang mempunyai teknologi
tinggi. Meja ini adalah meja serbaguna kerana boleh digunakan sebagai meja
letak barang, meja makan dan sebagainya. Terdapat dua plug elektrik yang
telah dicantumkan di atas permukaan meja serta dua pengecas telefon bimbit
(USB Port). Selain itu, pada permukaan bahagian kiri pula, terdapat tempat
meletakkan barang. Laci pula diletak bagi tujuan murid atau pelajar
meletakkan barang yang penting dan berharga kerana boleh mengkunci.
Meja ini boleh muat sehingga maksimum seramai 4 orang.

Rajah 3 Menunjukkan lakaran idea produk ketiga iaitu Meja Belajar Serbaguna
Berteknologi

3.0 Pemilihan idea


Berdasarkan tiga idea yang telah dianalisis, idea yang dipilih adalah Meja Belajar
Serbaguna Berteknologi. Terdapat beberapa justifikasi pemilihan idea ini. Pertama sekali
adalah reka bentuknya menarik dan tiada ada di pasaran sehingga kini. Dengan ini, produk
ini akan menjadi inovasi yang baru kerana mempunyai reka bentuk yang unik di mana
terdapat plug elektrik dan pengecas telefon bimbit dalam meja itu sendiri. Hal ini juga akan
memudahkan para pelajar untuk menggunakan komputer riba semasa belajar. Selain itu,
produk ini juga sesuai digunakan di sekolah dan rumah kerana saiznya sesuai dan ia mesra
pengguna. Meja ini juga dapat dijadikan sebagai salah satu infrastruktur canggih untuk
mewujudkan suasana kelas Pembelajaran Abad ke-21. Meja ini juga mempunyai dua
pengecas telefon bimbit (USB Port) untuk memudahkan murid belajar secara atas talian dari
rumah. Meja ini juga agak luas di mana boleh muat maksimum sehingga empat orang.
Terdapat juga ruang yang disediakan di bahagian atas untuk meletak barang. Pada masa
yang sama, ruang di atas untuk meletak barang boleh ditutup jika tidak digunakan untuk
menambahkan keluasan meja. Terdapat juga laci berkunci di bahagian hadapan meja yang
sesuai dan selamat kepada para murid belajar di sekolah dan pelajar biasa di rumah.

4
Tambahan pula. saya memilih idea ini untuk menghasilkan produk kerana boleh
menyelesaikan semua masalah yang telah dikenalpasti. Meja ini juga sesuai digunakan
pada masa ini kerana pembelajaran digital memainkan peranan yang sangat tinggi dalam
pendidikan. Idea tersebut juga dipilih kerana menarik dari segi reka bentuknya.

4.0 Pengujian konsep


Terdapat beberapa pengujian konsep yang telah dilaksanakan untuk membanding beza idea
sebelum memilih.

Jadual 1 Menunjukkan pengujian konsep produk

Bi Nama / Keluasan Reka Bilangan Kestabila Keselamatan Keunikan/


l Gambar bentuk kaki n Inovasi

1. Meja belajar Luas Biasa Dua Kurang Selamat  Tempat


serbaguna Maksimum: stabil letak
Dua orang botol air
 Laci
2. Meja belajar Sempit Biasa Satu Stabil Selamat  Laci
tradisi Maksimum: terbuka
Seorang

3. Meja belajar Maksimum Menari Empat Sangat Selamat  Ruang


serbaguna 4 orang k stabil (Kurang meletak
berteknologi Selamat barang di
kepada atas meja
kanak-kanak  Plug
berumur 9 elektrik
tahun ke  Pengecas
bawah) telefon
pintar
 Laci
tertutup
untuk
letak
barang

5.0 Mengenalpasti masalah


Terdapat beberapa masalah yang telah dikenal pasti untuk membangunkan produk meja
belajar serbaguna ini. Pertama sekali, meja belajar cepat rosak. Hal ini demikian kerana,
bahan yang digunakan untuk membuat meja belajar adalah kurang berkualiti dan tidak
tahan lama. Selain itu, tiada tempat yang selesa semasa belajar menggunakan
komputer riba dan gadget. Hal ini demikian kerana, kebanyakan pelajar menggunakan
komputer riba semasa belajar secara atas talian dengan meletakkannya di atas riba,
kerusi, katil dan sebagainya (Siti Hajar, 2021). Ini meningkatkan risiko komputer riba
jatuh akibat tidak diletakkan pada tempat yang sesuai. Terdapat juga masalah pelajar
tiada ruang untuk meletakkan barang seperti buku, alat tulis dan sebagainya kerana

5
keluasan meja agak sempit. Tambahan pula, masalah utama semasa menggunakan
meja belajar lain adalah terpaksa mencari plug elektrik untuk mengecas laptop, tablet
dan telefon pintar.

Bagi murid sekolah pula, meja yang terdapat di sekolah kurang selesa kerana
memberi kesan dari segi ciri ergonomik. Hal ini demikian kerana, ukuran dan keluasan
meja yang kurang sesuai menyebabkan postur badan yang salah di mana dapat
memberi masalah terhadap kesihatan dan keselesaan diri murid. Masalah sebegini
menjadikan pelajar berasa cepat letih, kurang penumpuan dan produktiviti serta
mengalami kesakitan tulang belakang, ketegangan otot dan sebagainya. Penyataan ini
boleh dibuktikan dengan kajian iaitu, dua perkara yang sering dikaitkan dengan reka
bentuk adalah masalah maskular-skelatel iaitu sakit belakang dan ketegangan otot
(Salina, 2021). Masalah yang seterusnya adalah, murid tiada mempunyai laci atau
tempat untuk menyimpan buku yang menyebabkan mereka terpaksa membawa balik
semua buku yang berat.

6
6.0 Lakaran produk

7.0 Jadual kerja/ Carta Gantt


Proses kerja merupakan salah satu perkara yang sangat penting dalam penghasilan
produk. Berdasarkan itu, sebuah Carta Gantt yang telah dihasilkan untuk mengenali
proses kerja dengan lebih sistematik. Masa yang diberi adalah sepuluh hari sahaja.

Jadual 2 Menunjukkan Carta Gantt proses penghasilan produk dari awal hingga
akhir
BIL PERKARA HARI

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

1. Menerima taklimat kerja kursus daripada


pensyarah

2. Membuat perancangan tentang


penghasilan produk

3. Mengenal pasti masalah

4. Menjana idea

5. Memilih idea yang terbaik

6. Membuat lakaran produk

7. Menghasilkan lukisan menggunakan


lukisan berkomputer

8. Proses mengukur dan memotong

9. Membuat pemasangan produk

10. Membuat kemasan pada produk

11. Membuat pengujian produk

12. Menghantar tugasan

7
8.0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, penulisan ilmiah ini membincangkan tentang pengenalan produk
di mana terdapat takrifan tentang perabot dan meja serta jenis-jenis meja, penjanaan
idea, pemilihan, pengujian konsep serta pengenalpastian masalah yang telah menjadi
tunjang kepada pembangunan produk meja belajar serbaguna yang ingin dihasilkan.
Terdapat juga lakaran produk yang terdiri daripada lukisan rendering, ton dan perspektif
serta lukisan berkomputer. Carta gantt telah dibuat untuk mengetahui jadual proses kerja
dengan lebih sistematik. Melalui tugasan penulisan ilmiah kursus RBTS3163 (Proses
dan Kaedah Reka Bentuk) ini, saya dapat mempelajari pelbagai ilmu seperti
menganalisis penjanaan idea, pemilihan dan pengujian konsep pembangunan produk
melalui rujukan pelbagai sumber, cara membuat carta gantt yang sistematik dan
menganalisis masalah secara kritis. Dari segi kemahiran pula, saya dapat menghasilkan
lakaran dengan betul dan tepat serta lukisan berkomputer menggunakan perisian
AutoCAD. Tugasan ini juga dapat mengalakkan saya untuk berfikir secara kritis, kreatif
dan inovatif dalam membuat analisis dan membangunkan idea produk dengan lebih
tepat. Saya berharap penulisan ilmiah yang telah dihasilkan ini dapat menjadi rujukan
kepada guru-guru pelatih atau pelajar yang akan membuat tugasan yang hampir sama
pada masa depan. Tambahan pula, tugasan ini juga akan menjadi rujukan yang sangat
baik kepada saya selepas menjadi guru yang sebenar kelak.

8
9.0 Rujukan

Ali, A. S. (2021). Meja Makan Pelbagai Fungsi Diinspirasikan Oleh Bonet Kereta. Research
in Management of Technology and Business, 2, 211-221.

Chadwick, D. (2018). Restaurant Capacity Management: What You Should Know.


Didapatkan dari www.qsrautomations.com

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2010). Kamus Dewan Edisi Keempat. Putrajaya : Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Norizzah. (2016). Kajian Kesepadanan Ukuran Kerusi dan Meja Belajar dengan
Antropometrik Pelajar Sekolah Rendah di Malaysia. 1-45.

Salina. (2021). Nudge or Fudge: Application of Behavioural Insights in Occupational Safety


and Health. Kuala Lumpur : Humanonly Sdn. Bhd.

Siti Hajar, M. A. (2021). Magic Wooden Folding Table. Journal on Technical and Vocational
Education (JTVE), 24-31.

Zuraidah. (2017). Pembelajaran Organisasi dan Penjanaan Idea. 280-287.

You might also like