Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

UNIT KOKURIKULUM SKBBSD 2

AKTIVITI ICE BREAKING ( TAHUN 2C, 2M, 2D, 3C, 3M, 3D )


TARIKH : 11 MAC 2024 MASA : ( 8:10 pagi - 10 :10 pagi )
Arahan : Guru semasa boleh memilih dan menjalankan mana-mana aktiviti yang dicadangkan di bawah yang
difikirkan sesuai. Jika tidak sempat menghabiskan aktiviti, guru yang seterusnya boleh menyambung
aktiviti tersebut. Jika telah selesai 1 aktiviti, boleh teruskan dengan aktiviti lain sehingga masa tamat.

Aktiviti 1
TEKA – TEKI
Tujuan :
Semangat berkumpulan, kerjasama, kreatif
Saiz kumpulan :
Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan
Tatacara permainan :
Dua kumpulan akan saling bertanya soalan teka-teki kepada kumpulan lawan. Setiap soalan yang berjaya
dijawab, kumpulan lawan akan mendapat 1 markah. Jika soalan gagal dijawab, 1 markah yang diperolehi
pasukan yang bertanya. Perjalanan permainan adalah berdasar kreativiti guru untuk menentukan bilangan
soalan, masa menjawab atau bilangan percubaan. Guru juga boleh mengemukakan soalan teka-teki ( boleh
google ada banyak ) dan murid akan menjawab teka-teki tersebut. Markah diberikan kepada kumpulan yang
berjaya menjawab dengan betul.

Aktiviti 2
KAPAL TERBANG KERTAS
Tujuan :
Menjana idea
Saiz kumpulan :
Aktiviti individu
Arahan kepada murid:
Setiap murid perlu membina kapal kertas menggunakan kertas A4 yang diberikan mengikut kreativiti masing-
masing. Murid bebas membuat reka bentuk sendiri. Jika ada yang tidak tahu, boleh minta bantuan rakan atau
guru boleh tunjuk ajar.
Setelah siap, guru akan menyediakan sasaran samada di lantai atau di papan putih. Setiap murid akan cuba
meluncurkan kapal terbang kertas supaya mengenai sasaran tersebut dari jarak yang tertentu.
Susulan :
Walaupun setiap murid diberikan kertas A4 yang sama, tetapi hasil akhir iaitu kapal terbang kertas adalah
berbeza setiap untuk orang. Bergantung kepada kreativiti, idea serta kemahiran melipat dan kemahiran
meluncurkan kapal terbang kertas tersebut, tidak semua kapal terbang yang terhasil berjaya mengenai sasaran.
Setiap orang akan melalui jalan yang berbeza walaupun lahir dari keluarga yang sama, tinggal di tempat sama,
belajar di sekolah yang sama dan hidup di bumi yang sama. Semuanya akan berkait secara langsung dengan
usaha yang setiap orang. ( Guru boleh menambah apa-apa sahaja yang boleh meberikan motivasi kepada murid)
Aktiviti 3
TELEFON ROSAK
Tujuan :
Komunikasi berkesan

Kumpulan :
Murid dibahagikan kepada 2@3 kumpulan

Tatacara :
Setiap kumpulan akan membentuk 1 barisan. Guru akan membisikkan sepotong ayat kepada murid paling
hadapan. Murid tersebut akan membisikkan ayat tersebut kepada murid dibelakangnya dan ulangi langkah
sehingga murid terakhir. Murid terakhir akan menulis ayat yang disampaikan kepadanya di papan putih. ( Boleh
gunakan kaedah secara lisan – murid terakhir menyebut ayat yang diterima )Bandingkan ayat yang guru
sampaikan dengan ayat yang diterima oleh murid terakhir. Guru boleh memilih ayat yang sesuai untuk diberikan
kepada murid.

Susulan :
Pentingnya komunikasi berkesan (menerima dan menyampaikan maklumat) agar maklumat yang disampaikan
adalah betul.

Disediakan oleh,
Unit Kokurikulum
Sk Bandar Baru Sri Damansara 2
Mac 2024

You might also like