Program Intervensi Dan Pencegahan Buli

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

INTERVENTION & PREVENTION 2014

PROGRAM INTERVENSI DAN PENCEGAHAN BULI

Intervensi dan pencegahan perlakuan buli perlu dijalankan pada peringkat paling awal
selepas perlakuan buli diketahui wujud. Usaha pencegahan dan pengawalan gejala perlakuan buli
di kalangan pelajar bukan sahaja menjadi tanggungjawab pihak sekolah tetapi juga pihak ibu
bapa dan masyarakat sekitar sekolah. Buli juga biasa berlaku di tempat kerja, rumah, penjara
dan rumah asuhan.
Menurut Olwens (1997) dalam Sander dan Phye (2004) buli telah berkembang dan
menjadi masalah biasa dalam kalangan pelajar dikebanyakan sekolah di seluruh dunia. Jenis-
jenis buli dapat dikategorikan kepada dua jenis iaitu dari segi fizikal ( memukul, menyepak ) dan
verbal ( mengejek, menyebarkan fitnah ). Gejala buli akan memberi kesan yang sangat teruk jika
tidak dibendung dengan segera di sekolah.

KESAN-KESAN BULI

Buli boleh menyebabkan kesan yang serius dan menyebabkan kematian. Lebih kurang 85% dari
mangsa buli menderitai kesan psikologi jangka panjang dan mengalami penyakit berkaitan
dengan tekanan dalam kehidupan di masa akan datang. Masalah buli yang tidak dikawal akan
mencetuskan gejala penderaan emosi/ mental seperti;
1. Tiada keyakinan diri
2. Rasa rendah diri
3. Prestasi pelajaran merosot
4. Kehadiran ke sekolah rendah/ menurun
5. Masalah penyesuaian diri apabila dewasa

Terdapat 3 cara untuk membantu mangsa buli iaitu:


1. Program Buddy : Rakan Bantu Rakan (RBR) atau Pembimbing Rakan Sebaya (PRS),
Sukarelawan saling mengambil perhatian keselamatan antara satu sama lain sesama pelajar.
2. Maklumkan segera Ibu bapa mangsa (dibuli) dan pemangsa (pembuli).
3. Kaunseling penyelesaian masalah dan ikatan bon antara kanak-kanak . berserta ibubapa

SUJAATHA NAGARATNAM (M20122001958)


INTERVENTION & PREVENTION 2014

dan pihak sekolah.


4. Lakukan pemantauan terhadap kelakuan/perilaku pembuli dan keselamatan mangsa di
sekolah dan persekitarannya secara menyeluruh.

Pencegahan Buli di sekolah dapat diatasi dengan beberapa cara seperti berikut :

 Wujudkan polisi anti-buli tegas bahawa pihak sekolah tidak boleh terima (never accept)
sebarang kes buli dalam kalangan pelajar.
 Wujudkan sistem intervensi awal, bersepadu dan sistemik menyeluruh dalam
membanteras gejala buli.
 Wujudkan sistem penilaian persekitaran sekolah selamat, termasuk rutin pengawasan
rapi.
 Bina ruang dan peluang konstruktif pembinaan sahsiah dan penghargaan terhadap
sekolah.
 Tindakan penalti buli perlu segera dan konsisten.
 Bina hubungan dan komunikasi kerjasama antara sekolah, ibu bapa, pelajar dan
kejiranan sekolah.
 Permudahkan sistem aduan supaya kanak-kanak rasa selamat untuk melapor.
 Bina iklim budaya ilmu berasaskan toleransi dan saling hormat-menghormati secara
menyeluruh.

Masalah gejala buli yang berlaku di sekolah haruslah segera dibendung agar gejala ini
tidak menjadi barah dalam sistem pendidikan di negara ini. Masalah buli tidak harus dipandang
remeh kerana sekiranya gejala ini tidak dibendung, ia akan memberi kesan yang buruk kepada
perkembangan negara. Jadi komitmen daripada semua pihak, baik guru, ibu bapa atau pelajar itu
sendiri bagi memastikan institusi sekolah menjadi gedung ilmu dan bukannya tempat untuk
melahirkan samseng mahupun pembuli.

SUJAATHA NAGARATNAM (M20122001958)

You might also like