Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

TEKS UCAPAN PENGETUA

MAJLIS PENUTUPAN RASMI KARNIVAL BAHASA INGGERIS DAERAH


JEMPOL 2014

Bismillahirahmanirahim.

Terima kasih Pengerusi Majlis.

Yang Berusaha Tuan Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Jempol Jelebu selaku
pihak penganjur. Yang dikasihi guru-guru penolong kanan SMK Palong 2 (F),
Guru-guru Pengiring, Hakim-hakim pertandingan, Peserta-peserta Karnival
dan hadirin sekalian.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Izinkan saya berucap dalam bahasa Melayu.

1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana program Karnival Bahasa


Inggeris peringkat Daerah Jempol bagi tahun 2014 telah berlangsung
dengan jayanya dan telah sampai ke penghujungnya. Saya bagi pihak
sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
atas sokongan kalian.

2. Saya berasa amat berbangga kerana pihak sekolah telah diberi kepercayaan
oleh pihak PPD untuk menjadi tuan rumah bagi program ini. Di sini kita
dapat menyaksikan hampir kesemua sekolah di daerah Jempol telah turut
serta bagi menjayakan pelaksanaan program ini. Sepanjang program ini
berlansung terdapat 3 pertandingan telah diadakan iaitu “Choral
Speaking”, “Public Speaking” dan “Debate”. Penyertaan bagi setiap
sekolah sangat menggalakan. Sebanyak 10 buah sekolah telah mengambil
bahagian bagi pertandingan “Choral Speaking”, manakala bagi
pertandingan “Public Speaking” sebanyak 16 buah sekolah telah
mengambil bahagian dan akhir sekali bagi pertandingan “Debate”
sebanyak 3 buah pasukan telah mengambil bahagian.
3. Saya bagi pihak pentadbiran SMK Palong 2 ingin merakamkan setinggi-
tinggi tahniah kepada barisan guru sekolah ini kerana telah bekerja keras
menggalas tanggungjawab bagi memastikan perjalanan program Karnival
Bahasa Inggeris yang berlangsung hari ini agar berjalan dengan lancar.
Saya juga percaya bahawa guru-guru pembimbing dari setiap sekolah juga
telah bertungkus lumus bagi memastikan pasukan dari sekolah tuan-tuan
dan puan-puan telah bersedia untuk memberikan cabaran yang hebat di
dalam pertandingan pada hari ini dan sehubungan dengan itu ribuan terima
kasih saya ucapkan.

Tuan-tuan, puan-puan, anak-anak pelajar yang disayangi,


4. Objektif program ini diadakan adalah bagi menanam minat murid-murid
untuk mendalami Bahasa Inggeris, menambah pengetahuan murid dalam
bidang bahasa dan menggalakkan pembelajaran Bahasa Inggeris secara tidak
langsung. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan
secara menyeluruh kepada para pelajar tentang kesantunan, keindahan dan
meningkatkan kemahiran untuk menggunakan Bahasa Inggeris dengan lebih
yakin di dalam kehidupan seharian. Hal ini kerana, Bahasa Inggeris
merupakan medium komunikasi di peringkat antarabangsa dan Bahasa
Inggeris juga telah diiktiraf sebagai bahasa kedua kita selaras dengan dasar
pihak kerajaan. Tambahan lagi program ini juga dapat memupuk semangat
kecintaan terhadap Bahasa Inggeris di kalangan pelajar yang terlibat.

Hadirin yang dihormati sekalian,

5. Pihak sekolah juga berbesar hati mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih


atas kerjasama yang baik daripada semua sekolah yang telah mengambil
bahagian.

6. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada wakil daripada PPD
iaitu Encik di atas kesudian beliau untuk hadir pada majlis ini.
Sekali lagi saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih
kepada semua ketua-ketua panitia, ahli jawatankuasa kerja yang terlibat, guru-
guru, murid-murid yang membantu serta semua pihak yang membantu
menjayakan Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Daerah Jempol 2014 ini.
Saya ada sebuah pantun untuk pasukan kerja yang telah memastikan majlis ini
berlangsung dengan jayanya.
Berkejar-kejaran ombak di laut,
Menyentuh pantai pasirnya
bersih; Budi tuan kelak disebut-
sebut, Kerja selesai dan terima
kasih.
7. Seterusnya, bagi mengakhiri ucapan saya ini, saya memohon kemaafan jika
sepanjang pertandingan ini diadakan sehingga berlangsungnya majlis
penutupan Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Daerah Jempol 2014 ini
terdapat sebarang kekasaran dan kepincangan. Dan, saya akhiri juga ucapan
saya dengan dua rangkap pantun.
Pohon sirih pohon selasih,
Tumbuh merimbun di hujung laman;
Kalungan budi junjungan kasih,
Menjadi kenangan sepanjang zaman.

Ular lidi menyusur rotan,


Menyusur jati ke dalam paya;
Banyak budi tuan semaikan,
Semoga tumbuh menyinar
dunia.

5. Sekali lagi saya bagi pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada
pihak PPD Jempol Jelebu, terima kasih juga kepada guru-guru pembimbing
yang hadir,hakim-hakim pertandingan, tahniah kepada peserta-peserta
Karnival Bahasa Inggeris dan tahniah sekali lagi kepada pemenang.

6. Saya sudahi dengan Wabilahitaufik walhidayah


wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Selamat
sejahtera.

Sekian, terima kasih.

You might also like